HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
1.0
PENDAHULUAN
Strategi pembangunan adalah cara
atau jalan terbaik untuk mencapai tujuan dan sasaran untuk pembangunan tidak
kira untuk skala wilayah ataupun skala yang lebih kecil iaitu desa.
Pembangunan
bermaksud suatu proses atau perubahan terus dalam bidang fizikal, ekonomi dan
sosial yang dilakukan oleh manusia. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan
taraf hidup semua anggota masyarakat dalam lingkungan kawasan pembangunan,
termasuklah dari segi material dan spiritual.
Selain itu, antara objektif utama
dilakukan pembangunan ke atas
wilayah-wilayah terpilih ini adalah untuk Memastikan perancangan yang cekap dan
berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat
wilayah, negeri dan antara negeri, bandar
dan luar bandar.
Hal ini adalah
untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Strategi pembangunan wilayah bertujuan untuk merapatkan lagi
perhubungan antara negeri dengan cara
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah.
Strategi ini dilaksanakan berasaskan
keupayaan tiap-tiap wilayah bagi pembangunan pertanian dan perusahaan terutama
di negeri yang kurang maju untuk menjamin pembangunan
negara secara keseluruhannya tumbuh dengan baik dan seimbang. Strategi
pembangunan wilayah akan terus memberi tumpuan kepada mengurangkan
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi di antara
negeri-negeri dalam negara.
Satu bentuk pembangunan yang lebih seimbang
adalah diperlukan untuk memudahkan pencapaian matlamat
mengurangkan kemiskinan di negeri-negeri kurang
maju dan memperbaiki agihan pendapatan di Malaysia. Strategi pembangunan di
Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan
zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan berancang.
Dari itu istilah yang digunakan
ialah Rancangan Pembangunan Negara.
Pembangunan berancang ini merupakan satu usaha menentukan bagaimana kedudukan
manusia yang diarah dan diatur dengan sengaja bertujuan mempastikan pencapaian matlamat perubahan yang dikenal pasti
dan yang tanpa adanya campur tangan belum tentu akan berlaku. Mengikut Rahimah
(2000),
pembangunan terancang ini dapat dibahagi kepada empat fasa berdasarkan kronologi dan kaitan
dengan keutamaan perancangan pembangunan yang terdapat dalam sesuatu masa itu.
Fasa-fasa ini juga boleh dikaitkan dengan empat Perdana Menteri Malaysia
yang telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1957 dan rancangan-rancangan
pembangunan lima tahun. Fasa-fasa ini ialah fasa laissez-faire (selepas
merdeka hingga 1970); fasa campur tangan negara (1971-1980), fasa liberalisasi,
persyarikatan Malaysia dan penswastaan (1981-1996)dan fasa kegawatan (bermula 1997 dan selepasnya).
HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
2.0 STRATEGI
PEMBANGUNAN WILAYAH DAN DESA 2.1
Pembangunan Wilayah
Pembangunan
wilayah adalah satu bentuk pembangunan secara terancang melibatkan kawasan yang
luas (wilayah) sama ada berasaskan ekonomi bandar atau pertanian. Pembangunan
wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi yang nyata yang ada antara negeri-negeri.
Strategi ini melibatkan penggunaan
sepenuhnya segala punca-punca keluaran yang
masih belum diusahakan, terutama sekali di negeri kurang maju;
menggalakkan pemindahan penduduk ke kawasan-kawasan yang mengandungi
kemungkinan ekonomi yang banyak; meluaskan kemudahan-kemudahan infrastruktur
dan perkhidmatan sosial di negeri-negeri tersebut dan kawasan-kawasan yang
telah ketinggalan dalam pembangunan.
Perancangan ini mementingkan masalah
ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya
daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan serta
mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di
kawasan tertentu sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah
ketidakseimbangan khususnya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan
pembangunan.
Dalam Rancangan Fizikal Negara
(RFN), objektif utamanya adalah untuk
memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sub-sektor elektronik,
pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pendidikan dan pelancongan
asas kesihatan dan sebagainya.
Untuk mencapai objektif ini,
sokongan, promosi, dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di
wilayah-wilayah yang berpotensi tertinggi dalam
menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap
wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Bagi
tujuan tersebut, struktur dimensi fizikal negara perlu rasional dan sesuai bagi
membolehkan pencapaian pertumbuhan ekonomi
yang berdaya saing. Justeru RFN Ke-2 menganjurkan konsep
Concentrated Decentralization
sebagai strategi pembangunan
negara. la bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi menjana
pertumbuhan ekonomi negara iaitu selaras
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Konsep ini memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu; a) Bagi tujuan
mempertingkatkan daya saing negara, pembangunan perlu difokuskan kepada konurbasi utama yang akan menjadi pusat utama bagi
pelaburan asing dan tempatan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru dan
Kuantan serta conurbation yang lain yang merupakan kawasan paling berdaya saing
dan tersedia dengan rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan. Ini
selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang
HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
melihat
aglomerasi bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dalam usaha kerajaan untuk
menjadi negara berpendapatan tinggi. Dari segi pembangunan industri, setiap conurbation akan menjadi tumpuan kluster
perindustrian. RFN Ke-2 mencadangkan jenis kluster perindustrian dalam kawasan
conurbation yang menyokong bidang
pertumbuhan sasaran yang telah dikenal pasti dalam IMP3 (
Third Industrial Master Plan
). b) Strategi
Concentrated Decentralization dalam
RFN Ke-2 turut menekankan supaya pembangunan perlu difokuskan kepada
lokasilokasi tertentu di sepanjang koridor yang berpotensi iaitu koridor utara
selatan (pantai barat), koridor pantai timur dan koridor tengah serta
koridor-koridor sekunder yang lain. Ini
bagi mewujudkan pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang. Seiring dengan
semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan; RFN Ke-2 telah
memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan
kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan dengan menyediakan sistem perhubungan dan
sistem pengangkutan yang efisien disamping
menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan
ke peringkat global.
2.2 Pembangunan in-situ
Program
pembangunan wilayah secara in situ dilaksanakan untuk memajukan penduduk di kawasan tradisional yang tidak berminat untuk berhijrah ke
luar. Program ini menumpukan usaha kepada
pembangunan semula kampung-kampung dan kawasan pertanian yang telah sedia ada
melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, penanaman semula tanaman, khususnya
yang berorientasikan dagangan bagi meningkatkan keluaran hasil pertanian.
Melaluinya,
petempatan dimodenkan dan perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan keluaran serta taraf hidup penduduk desa. Program
pembangunan in-situ telah dilaksanakan melalui program pembangunan pertanian be
rsepadu (IADP), yang bersifat
“kesepaduan” iaitu mengabung jalinkan
tenaga, sumber potensi dan agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA), Majuikan Sdn. Bhd. (MAJUIKAN), Maju Ternak Enterprise (MAJUTERNAK),
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDEC, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan
Wilayah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi agensi yang terlibat
dan bekerjasama bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui
penyelarasan, mengintergrasi, sejajar dengan objektif pembangunan kawasan pertanian
yang sedia ada.
Pembangunan
in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah pertanian sedia
ada akan terus menjadi strategi utama bagi pembangunan pertanian. Walau bagaimanapun,
pembangunan tanah baru juga harus dilaksanakan terutamanya oleh agensi kerajaan negeri dan kemajuan wilayah serta sektor
swasta.
Di
samping itu, Kerajaan juga haruslah menyediakan
khidmat sokongan dan insentif yang sesuai termasuk menyediakan tanah untuk
membantu penglibatan pihak swasta dalam projek pertanian komersial berskala besar, terutamanya untuk pengeluaran makanan serta
aktiviti florikultur dan akuakultur. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 231). Pendekatan
pembangunan tanah secara in-situ
harus terus dipakai sebagai strategi untuk menggunakan tanah pekebun kecil
dengan lebih baik dan untuk mengatasi
masalah kekurangan tanah.
Tanah terbiar akan ditanam
semula,
disatukan dan dipulihkan terutamanya melalui usaha sama pihak swasta atau kumpulan petani. Disamping itu, Jabatan Pertanian,
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta
agensi awam lain terus menggalakkan penanaman tanaman makanan di kebun kecil berkonsepkan estet
nukleus dan penanaman berkelompok.
2.3 Pembangunan pertanian bersepadu
IADP ialah
satu pakej pembangunan yang bersifat 'kesepaduan' yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi, dan agensi kerajaan
bagi memajukan sektor pertanian luar bandar
dan seterusnya membasmi kemiskinan desa.
Di antara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan
tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula, dan penyatuan
saiz dan skala tani yang tidak ekonomi di
bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok).
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development
Area (IADA) Kalaka-Saribas-Betong merupakan salah satu dari dua projek
pembangunan pertanian bersepadu yang sedang
dilaksanakan di Negeri Sarawak. Konsep IADA adalah menumpukan pemusatan segala
usaha perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu
kawasan sedia-ada atau in-situ.IADA Kalaka-Saribas-Betong terletak kira-kira
300 kilometer dari Bandaraya Kuching di
mana kawasan projek terletak di Daerah Kalaka dan Daerah Saribas di
Bahagian Betong.
Mengikut bancian 1991,terdapat seramai 83,000
orang di kawasan projek yang terdiri daripada 12,000 keluarga tani di mana
dijangka kira-kira seramai 9,600 keluarga
tani akan mendapat faedah dari pelaksanaan projek. Bermula perlaksanaan projek
tahun 1986, tumpuan utama adalah mengatasi masalah kekurangan
infrastruktur yang melibatkan pembangunan skim saliran untuk memperbaiki keadaan tanah yang sering
ditenggelami air pasang surut serta membina
jalanraya
dalam kawasan projek untuk membolehkan ianya dibangunkan dengan aktiviti pertanian
secara komersil. Pembangunan tanaman utama pada peringkat awal tertumpu kepada pembangunan tanaman kelapa sawit di mana pada
tahun 1997 matlamat untuk membangunkan
kawasan kelapa sawit seluas 10,000 hektar telah tercapai.
Fungsinya adalah untuk;
a) Pembangunan
kawasan pertanian bersepadu melalui pengeluaran agromakanan,
penternakan dan industri asas tani berdasarkan pelan pelaksanaan
Rancangan Lima Tahun Malaysia.
b) Membangunkan
usahawan tani dan industri yang bergiat aktif dalam industri agro
makanan, penternakan dan industri asas tani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan.
c) Memindahkan teknologi terkini melalui aktiviti pengembangan,
khidmat nasihat kepakaran, pengwujudan
plot demonstrasi pelbagai tanaman, latihan kepada golongan sasar bertujuan meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan secara holistik dan berterusan untuk mencapai
produktiviti, kualiti produk dan keselamatan
makanan terjamin
d) Membangun, menaik taraf dan menyelenggara sistem saliran dan infrastruktur asas di
kawasan projek pertanian yang dibangunkan oleh IADA Kalaka-Saribas-Betong.
e) Menyalurkan
bantuan input pertanian, penternakan dan peralatan pemprosesan IAT kepada peserta-peserta
projek di bawah IADA Kalaka-Saribas-Betong.
Perindustrian desa
Strategi ini dilakukan melalui
program penyelerakan/penyebaran industri ke desa. Antaranya, melalui
pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada asas sumber, makanan
dan elektronik yang berintensif buruh, pemprosesan produk pertanian dan
sebagainya.
Selain itu, kawasan desa yang berpotensi
dikenal pasti untuk dibina kilang pembuatan atau pemprosesan dengan menjadikan
kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai, dibina kemudahan asas yang
lengkap, diberikan insentif pelaburan, dan lain-lain untuk menarik pelabur
membina industrinya. Penyebaran industri ke desa di jangka dapat meningkatkan
pendapatan penduduk desa melalui pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan
dan perkhidmatan moden.
Strategi ini juga memberi perlindungan kepada
industri-industri yang tidak efisien melalui perlindungan tarif yang tinggi.
Selain daripada itu tujuan untuk mengurangkan pergantungan import tidak
tercapai dengan semakin meningkatkan import barang pelaburan dan barang pertengahan.
Sektor perindustrian juga merupakan sektor
strategik untuk memenuhi matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sektor ini diperlukan untuk
mengurangkan masalah pengangguran bandar, menyerap migran dan desa yang mencari
pekerjaan di sektor yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan yang lebih penting sektor ini
merupakan alat utama untuk penyusunan
semula pekerjaan dan pemilikan aset di samping membasmi kemiskinan.
Strategi industrialisasi desa telah lama
diperkenalkan sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan desa yang dipersatukan. Secara umum strategi ini
bertujuan
untuk:
a) Mengubah masyarakat desa daripada masyarakat tani
kepada masyarakat perindustrian.
b) Mewujudkan altrnatif bagi sumber pendapatan
dan
guna tenaga. terutama dalam keadaan sektor desa
mengalami keadaan pengangguran tak ketara serta mengalami daya pengeluaran yang rendah.
c) Untuk meningkatkan pendapatan dan
membantu mengurangkan kadar kemiskinan
desa.
d)
Dalam konteks yang lebih luas, industrialisasi desa bertujuan untuk
membawa industri-industri kecil dan besar ke desa, terutama
yang berpotensi untuk menggunakan
sumber-sumber ·tempatan serta berintensif buruh untuk mewujudkan peluang
peluang pekerjaan kepada penduduk desa.
e) Dalam konteks DEB,
industri desa bertujuan
untuk meningkatkan penyertaan
Bumiputera dalam perindustrian dan
perdagangan.
Kegiatan industri desa
telah lama bertapak secara kecil-kecilan di desa dalam bentuk perusahaan kraftangan, logam, tembikar, anyaman dan
sebagainya. Percubaan untuk memajukan
industri desa secara tersusun bermula dalam tahun 1950-an dengan tertubuhnya
Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 yang berfungsi untuk memajukan kedudukan sosioekonomi
masyarakat desa yang di an tara kegiatannya
memajukan industri kecil yang berasaskan bahan-bahan tempatan.
Walaupun dalam skop yang kecil, RIDA berperanan untuk
memajukan industri desa melalui penerangan
dan pembesaran program industri desa, memberi galakan dan usaha sama menerusi perkhidmatan nasihat , pemasaran dan kredit.
Pembangunan industri desa oleh RIDA menjadi asas kepada penyertaan Bumiputera dalam
bidang perniagaan dan perumahan.
Skop RlDA yang terhad telah diperluas dengan penubuhan MARA pada tahun 1966, yang selain daripada meneruskan program
pembangunan industri desa jua menekankan program-program latihan dan pengusahawanan
bagi menyediakan penyertaan Bumiputera
dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Peranan ini diperluas terutama
dalam rangka
DEB untuk menyusun semula masyarakat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera
daripada segi guna tenaga dan penguasaan sektor industri, pembandaran dan perdagangan.
2.5 Strategi
Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli
Strategi ini
merupakan strategi yang utama kerana kerajaan pada masa hadapan cuba untuk
mengarah dan mengalihkan letakan pertumbuhan dalam sektor pertanian,
perkilangan dan perkhidmatan ke wilayah yang kurang maju. Pembangunan tanah
adalah merupakan aspek penting, dalam usaha untuk menambahkan hasil pengeluaran
negara amnya dan menambahkan hasil pertanian serta meninggikan taraf hidup
penduduk luar bandar khasnya.
Oleh yang demikian, adalah mustahak
perancangan dan pelaksanaan pembangunan tanah diberikan perhatian yang
sewajarnya. Kepentingan satu pembangunan tanah yang dirancang dengan teliti
mula disedari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada awal tahun 1955 apabila
perwakilan Bank Antarabangsa membuat kajian tentang ekonomi Malaysia. Satu
daripada cadangan perwakilan itu ialah perlunya satu kajian guna tanah yang
menyeluruh mengenai aspek fizikal, ekonomi, sosial, ekologi dan pentadbiran tanah
sebagai mengatasi satu daripada kelemahan perancangan pembangunan tanah.
Pada bulan Ogos 1955 satu jawatankuasa untuk menimbang dan merancang kawasan-kawasan
baru untuk penempatan telah dibentuk. Jawatankuasa ini menyedari pentingnya satu pembangunan tanah yang dirancang
kerana kawasan kediaman orang-orang Melayu yang sedia ada kebanyakannya telah
terlalu padat dan kurang kawasan untuk pembangunan di masa hadapan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah
tersebut, satu langkah segera telah diambil di mana jawatankuasa ini
menekankan perlunya sumberjaya tanah
dinilai, diurus dan dibangunkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang. Jawatankuasa ini mencadangkan perlunya
kemudahan-kemudahan jalan, sekolah, pusat kesihatan dan lain-lain disediakan di
kawasan rancangan baharu. Berikutan dengan itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah
ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah
Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance 1956) yang bertujuan untuk melaksanakan
pembangunan tanah pada peringkat persekutuan, dan pada tahun 1959 Lembaga Pembangunan Tanah Negara telah ditubuhkan di
setiap negeri.
Di Malaysia umumnya, pembukaan dan pembangunan terhadap tanah adalah terletak di bawah
perlaksanaan dua perbadanan kerajaan, iaitu Agensi Pembangunan Tanah dan Agensi Pembangunan Wilayah. Badan-badan yang
bertanggungjawab di bawah Agensi Pembangunan Tanah ialah FELDA,
FELCRA(Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority)
Strategi
Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan
Yang baru
Pihak
kerajaan juga telah menyusun strategi pembangunan untuk pelaksanaan program urbanisasi
di luar bandar. Menerusi strategi ini, pihak pembangunan wilayah telah
menyediakan infrastruktur bertaraf bandar seperti bekalan air, elektrik dan
aktiviti ekonomi moden. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi hasil dari
program urbanisasi luar bandar inilah merupakan platform utama pihak
pembangunan wilayah untuk membentuk sebuah pertumbuhan yang baru. Antara
matlamat perancangan pusat pertumbuhan adalah untuk mendorong pembangunan di
kawasan yang mundur, mengurangkan kesesakan di kawasan bandar metropolitan dan
menyediakan satu saluran penghijrahan ke kawasan bandar (sebagai satu strategi
pembandaran). (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. 1991)
Hal ini dapat dilihat seperti Bandaraya Kuala
Lumpur yang dahulunya hanyalah merupakan
sebuah bandar kecil yang pesat membangun ekoran daripada perkembangan perlombongan bijih timah. Dari sebuah pekan kecil
perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali diseluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur
yang pesat membangun sebagai pusat
pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia
dengan pelbagai kejayaan yang dicipta.
Jika dahulunya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya
lebih diserikan dengan bangunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia terus
mengenali Kuala Lumpur melalui mercu
tanda hebat seperti Menara Berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah
sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi kebanggaan negara yang dilengkapi dengan
teknologi terkini.
Sektor pelancongan juga telah menjadi medium dalam meningkatkan pertumbuhan Kuala
Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan Malaysia. Sektor pelancongan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan
memperluaskan peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan mencakupi
bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan
yang diperlukan adalah pelbagai serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua lapisan penduduk. Pelancongan
memberi manfaat sampingan yang tidak
kurang pentingnya kepada penduduk Kuala Lumpur. Dengan menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk
Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah,
hiburan, rekreasi dan kebudayaan yang lebih pelbagai dapat ditampung. Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan
justifikasi kewangan terhadap
langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki,
serta menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan
perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk
ditawarkan sebagai destinasi pelancongan.
Ia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik.
Sebagai
kesimpulannya, strategi pembangunan wilayah yang dilaksanakan menjadi satu
medium utama yang dihamparkan umpama pemandangan yang sangat indah. Pembangunan
wilayah yang dicapai hari ini digarapkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan
negara seiring dengan era globalisasi yang tiada had sempadannya lagi.
Pertumbuhan wilayah yang pesat membangun menerusi empat strategi pembangunan
wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli, Strategi Pembangunan
In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi Pelaksanaan Program
Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru
secara tidak langsung telah memberikan impak yang sangat besar terhadap
perubahan taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat apabila perkembangan sesebuah wilayah telah membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat yang berhijrah ke bandar-bandar besar seterusnya
membawa kepada sebuah penempatan yang maju seperti di Kuala Lumpur. Kepesatan
sesebuah wilayah yang dibangunkan itu telah melahirkan pelbagai sektor ekonomi
untuk menjana pendapatan negara dan menyumbang kepada Keluaran Kasar Dalam
Negara (KDNK). Selain itu, strategi pembangunan wilayah ini juga menjadi teras dalam
perkembangan penggunaan teknologi dalam semua bidang sejajar dengan hasrat
kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang peka terhadap kemajuan negara. Oleh
yang demikian, strategi pembangunan wilayah menjadi jentera utama didalam
pertumbuhan wilayah yang seimbang di Malaysia. Senario ini menjadi tiket
perkembangan fizikal dan kemudahan infrastruktur demi memenuhi keperluan dan
kehendak rakyat di sesebuah kawasan. Hal ini dapat membantu negara menghapuskan
jurang perbezaan di antara
wilayah yang
ada di Malaysia sebagai menyahut seruan kerajaan “rak
yat
didahulukan,
pencapaian
diutamakan”.