WILAYAH PEMBANGUNAN MALAYSIA
NCER

Wilayah
Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region, NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial
di Malaysia yang membabitkan
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula
diperkenalkan sejak Rancangan
Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai
2007 oleh Perdana
Menteri Malaysia, Abdullah
Ahmad Badawi.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3
pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan
swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk
dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.
Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan
ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar
kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan
bagi seluruh negara.
Fasa
pembinaan
Koridor
Utara membabitkan beberapa fasa iaitu :
Fasa
1: Penyediaan rangka tindakan
Fasa
2: Pembabitan
semua agensi kerajaan, menteri besar dan ketua menteri di 4 negeri tersebut.
Fasa
3: Pembabitan
sektor awam dalam penyediaan infrastruktur.
Fasa
4: Sektor awam
dan swasta digandingkan.
Fasa
5: Sektor
swasta memainkan peranan utama (2012).
Kedaifan
lokasi NCER
Koridor Utara melibatkan 7% keluasan tanah
tetapi melibatkan 60% penduduk 4 negeri tersebut.
2/3 penduduknya terlibat dengan jelapang
padi.
Hanya 1/3 pelancong datang ke kawasan ini.
Hanya 20% industri pembuatan berada di
kawasan ini.
3/4 isi rumah hanya mendapat purata RM2000 pendapatan tahunan. Kadar
pendapatan ini amat rendah berbanding enam wilayah lain di Malaysia kecuali pantai
timur
Objektif utama penubuhan NCER
adalah seperti berikut :-
a) Komitmen
Kerajaan Persekutuan untuk membantu wilayah ini untuk
memaksimumkan potensi ekonominya dan merapatkan jurang pembangunan dan
pendapatan di antara kawasan yang berbagai di Malaysia.
b) Ekonomi
Malaysia bermatlamat untuk bergerak ke arah aktiviti ekonomi
yang lebih tinggi nilai tambahnya dan berasaskan ilmu pengetahuan untuk terus
meningkatkan lagi pendapatan per kapita.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara mempunyai banyak sumber – sumber ekonomi tempatan
yang belum dikomersilkan. Antaranya adalah seperti berikut :-
a) Jelapang
Padi yang terdapat di Kedah, Seberang Perai dan Kerian yang
boleh menjana penghasilan sumber makanan bagi rakyat Malaysia. Tanaman padi
banyak terdapat di sekitar kawasan berkenaan dan menjadi sumber pendapatan bagi
masyarakat yang tinggal di negeri – negeri berkenaan. Kebanyakan tanaman padi
yang dijalankan di sekitar kawasan berkenaan adalah berbentuk tanaman secara
kecil – kecilan dan bukan berbentuk perladangan.
b) Perindustrian
Elektrik dan Elektronik merupakan teras perindustrian utama
yang terdapat di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Banyak kilang –
kilang yang berteraskan kepada Elektrik dan Elektronik didirikan dan dimajukan
di Pulau Pinang.
c) Penanaman
Kelapa Sawit dan Getah. Perak Utara mempunyai banyak kawasan
perladangan kelapa sawit di sekitar Daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama.
Ia banyak diusahakan oleh syarikat perladangan Sime Darby sejak sekian lama.
d) Perlancongan
merupakan sektor yang paling banyak terdapat di Koridor Utara
seperti Pulau Peranginan Pulau Langkawi, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Hutan
Simpan Lembah Belum, Kuala Kangsar, Taiping, Georgetown dan sebagainya. Tempat
– tempat pelancongan ini mampu mernarik ramai pelancong sama ada dari dalam
atau luar negeri untuk mengunjungi tempat tersebut. Dengan ini pembangunan
ekonomi pelancongan di Koridor Utara dapat dikomersilkan secara besar –
besaran.
e) Pertanian
Buah – Buah Tempatan boleh juga didapati di Koridor Utara
seperti buah mempelam Sala di Perlis dan durian di Perak Utara dan Pulau
Pinang. Sektor ini kurang dikomersilkan kerana permintaannya adalah terhad dan
berasaskan kepada musim semata – mata.
f) Seni
Kraftangan paling banyak boleh didapati di Kuala Kangsar yang
mana daerah ini terkenal dengan perusahaan Labu Sayong yang dijalankan di
kawasan desa oleh masyarakat tempatan. Seni ini boleh dijadikan sebagai
cenderamata bagi pelancong – pelancong yang datang ke daerah ini. Sektor ini
boleh dikomersilkan melalui insentif dan dorongan dari kerajaan untuk kemajuan
ekonomi pengusahanya yang terdiri daripada masyarakat Bumiputera.
Matlamat NCER
- Mengurangkan
kadar kemiskinan tegar dari 5.7% sekarang kepada 2.7%.
- Meningkatkan
nilai tambah industri sedia ada dan bukan mewujudkan sesuatu yang baru.
- Meningkatkan
eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan,
pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba.
- Meningkatkan
industri hiliran.
- Menjana kekayaan
dari bahan buangan.
- Pembangunan
hub elektronik berteknologi tinggi.
- Pemprosesan
taman pertanian lestari.
- Meningkatkan
nilai tokok industri sektor elektrik dan elektronik.
- Aktiviti
hiliran industri automatif.
- potensi
bio-teknologi.
- Aktiviti
pelancongan pulangan tinggi - sebagai pintu masuk serantau dengan
memanfaat prasarana sedia ada - pelancongan perubatan.
- Pembangunan Pulau Langkawi kepada
pelancongan mewah.
- Pusat kecemerlangan
industri mikro, pusat pembangunan kemahiran dan pusat penyelidikan dan
pembangunan.
- Latihan
vokasional dan fakulti pertanian di universiti awam di utara Malaysia -
melahirkan siswazah pertanian menjadi petani jutawan.
- Melatih
26,000 belia seawal 15 tahun yang tercicir setiap tahun . 10,000 daripada
mereka adalah di bawah umur 15 tahun.
- Kurikulum
berbeza akan disediakan ke arah pertanian moden, pekerja sawah padi moden,
perniagaan tani dan industri tempatan.
Sektor
Utama Koridor Utara
Di dalam menjayakan pembangunan koridor ini, terdapat sumber utama yang akan
diberi keutamaanya di dalam perlaksanaan program ini. Antaranya ialah :-
a) Pertanian : mengukuhkan sektor huluan dan membangunkan sektor
hiliran.
b) Pembuatan : memajukan sektor ke tahap yang lebih inovasi.
c) Pelancongan : menjadikan destinasi yang terpilih taraf
antarabangsa.
d) Infrastruktur : meningkatkan rangkaian pengangkutan, menyokong
pertumbuhan ekonomi.
e) Modal Insan : mempertingkatkan tahap kemahiran selaras dengan
permintaan pasaran.
f) Alam Sekitar : melindungi dan memelihara demi pembangunan yang
mampan.
Pembangunan
prasarana di NCER
- Pembinaan
depot kontena darat.
- Pembangunan
bandar Padang
Besar di sempadan Perlis-Thailand.
- Pusat
penyelidikan Sime Darby - tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan iklim dan
bijih benih.
- Pulau Pinang sebagai
hub pengangkutan serantau - perluasan lapangan terbang, pelabuhan, sistem
pengangkutan awam bersepadu, pusat kecemerlangan ekonomi mikro dan
pembangunan semula Georgetown.
- Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Maung ke Batu Kawan sepanjang
24 km dengan kos RM2.7 bilion. Diharap kesan limpahan dan kesesakan
sekarang dan akan datang dapat diatasi.
- Dermaga
kontena di Pelabuhan Pulau Pinang diperdalamkan.
- Tanah besar
akan menjadi pusat pemprosesan makanan termasuk hub halal.
- Pembangunan
pelancongan antarabangsa, perubatan dan kesihatan di pulau Langkawi.
- Taman Teknologi Tinggi Kulim dikembangkan menjadi taman
perindustrian utama.
- Pembinaan
jalan raya pesisir pantai barat.
- Penekanan
kepada akuakultur selain padi.
- Sistem
perparitan, tali air dan tebatan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.
- Lebuhraya Timur-Barat antara Grik ke Jeli dinaik taraf.
- Selama - kluster
penternakan moden.
- peluasan
kluster elektrik dan elektronik ke Taiping, Perak.
- Eko-pelancongan
di Taman Negeri Royal Belum dan Grik.
- Ladang herba
dan bio-teknologi di Grik.
- Industri
kraf tangan untuk pelancong mewah.
- Pembabitan
Perniagaan dan Sederhana (PKS) dalam perniagaan makanan berskala komersil.
Bidang
Tumpuan Sektor Ekonomi Mengikut Negeri
Merujuk kepada Buletin Peladang Edisi 3/2007, ringkasan bagi bidang tumpuan
sektor ekonomi telah diringkaskan di dalam tajuk “Fakta Mengenai Pembangunan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER(” yang mana sumber utamanya adalah dari akhbar
Berita Harian. Antaranya adalah seperti berikut :-
Perlis
· Depoh kontena darat
· Pembangunan Bandar Sempadan
· Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Biji Benih
· Pembinaan jalan pesisir pantai dari Kuala Perlis ke Kedah
· Kluster buah – buahan bermusim
· Pelancongan agro di Sungai Batu Pahat
· Pendidikan di Kangar dan Arau
Kedah
· Pelancongan sempadan di Kota Putra dan Bukit Kayu Hitam
· Perikanan di Kuala Kedah dan Kuala Muda
· Pusat pembuatan di Yan, Gurun, Sungai Petani dan Kulim
· Pelancongan kesihatan dan antarabangsa di Langkawi
· Pelancongan eko dan sejarah di Merbok
· Pelancongan keluarga dan riadah tasik di Kuala Nerang
· Pusat Pertanian di Kota Star, Pokok Sena, Kuala Ketil, Kuala Nerang, Pedu,
Sik, Baling dan Bandar Baharu
· Pendidikan di Sintok, Kota Star, Sungai Petani dan Bandar Baharu
· Menaiktaraf sistem pengairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
· Lebuhraya Trans Eastern Hinterland dari Baling ke Kota Putra
· Projek monorel yang disambung dari seberang Perai ke Kulim dan Sungai Petani
· Projek jalan pesisir pantai
Pulau Pinang
· Industri pembuatan di Butterworth dan Kepala Batas
· Pertanian di Nibong Tebal
· Pelancongan kesihatan dan antarabangsa di Georgetown
· Pusat logistik dan lapangan terbang di Georgetown
· Pusat bandaraya Penang City Centre
· Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
· Pendidikan di Georgetown, Butterworth dan Kepala Batas
· Projek monorel di Georgetown dan Batu Kawan yang menghubungkan Sungai Petani
dan Kulim
· Terminal pengangkutan bersepadu di Butterworth Central
· Melaksanakan system pengangkutan awam RapidPenang
· Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua
· Pelebaran Jambatan Pulau Pinang
Perak Utara
· Pelancongan sempadan di Pengkalan Hulu
· Industri pembuatan di Kamunting, Taiping dan Ipoh
· Pertanian di Belum/Temenggor, Lenggong, Kuala Kangsar, Bukit Merah, Bagan
Serai dan Grik
· Projek Penyambungan Lebuhraya Timur-Barat (Grik-Jeli) ke kluster elektrik dan
elektronik (E&E) di Taiping
· Projek ternakan moden di Selama
· Pusat Herba untuk pembangunan bioteknologi di Belum
NCER akan terbahagi kepada 5 zon
iaitu :
- Koridor pulau
- Koridor pesisiran pantai
- Koridor tengah
- Koridor pedalaman
- Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan
Hulu-Grik.
Koridor Pulau(ISCO)
Greater
Penang sebagai bagian daripada Wilayah Koridor Utara
Koridor
Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang akan
menyaksikan pembinaan terminal bersepadu, Penang Sentral dan pelancaran
perkhidmatan pengangkutan bas awam, RapidPenang.
- Lapangan
terbang antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan terbang Langkawi dan pelabuhan
laut akan dipromosi kepada aktiviti pelancongan dan pengedaran
perkhidmatan. Pelancongan perubatan akan dimantapkan terutama untuk
kerjasama IMT-GT dan rantau lain di dunia.
- Universiti
Sains Malaysia akan memainkan peranan sebagai pusat pendidikan mikro dan
aktiviti pembuatan E&E.
- Pulau Pinang
dan Seberang Prai akan kekal sebagai pemacu logistik utama Koridor Utara.
Perkhidmatan pergi-balik dari Seberang Prai ke Pulau Pinang dapat
dipertingkatkan dengan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Koridor Pesisiran Pantai(COCO)
Koridor Pesisiran Pantai meliputi
pintu masuk Padang Besar di Perlis, Arau, Sintok, Kuala Muda dan Kuala Kedah,
Yan, Butterworth, Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai di Perak.
- Bandar-bandar Kuala Muda dan Kuala Kedah
akan menumpukan perhatian kepada perikanan, terutama sekali perikanan laut
dalam dan aktiviti pemprosesan makanan laut. Pelancongan pesisiran pantai
dan aktiviti-aktiviti akuakultur laut akan ditonjolkan di kampung nelayan
dan bandar yang lebih kecil.
- Bandar Yan akan digunakan sebagai
kompleks petrokimia untuk Koridor Utara. Rancangan awal adalah untuk
membina kilang penapis petroleum dan kemudahan simpanan di kawasan
tersebut. Ke arah selatan, Butterworth mengambil peranan sebagai pintu
masuk logistik perkapalan utama untuk ke Koridor Utara.
- Koridor ini mengunjur melalui Nibong
Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai yang pada umumnya merupakan
pusat-pusat berasaskan pertanian.
Koridor Tengah(MICO)
Koridor Tengah termasuklah Lebuh raya
Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam hinggalah ke Ipoh di Perak.
- Ciri utama Koridor Tengah ialah Lebuh
Raya Utara-Selatan iaitu lebuh raya yang merentasi dari bandaraya Ipoh di
selatan ke Bukit Kayu Hitam di utara iaitu sebuah pekan yang berkongsi
sempadan dengan selatan Thailand. Aktiviti utama adalah koridor pembuatan
dari Butterworth/Kulim ke Gurun.
- Sub-sektor E&E dan pemasangan
automotif kekal sebagai aktiviti-aktiviti pembuatan di zon ini. Kamunting
merupakan satu lagi kelompok perusahaan terutamanya untuk perniagaan
Industri Kecil Sederhana (IKS) yang terlibat dalam membekalkan
syarikat-syarikat E&E atau perniagaan tani hiliran.
- Koridor Tengah dijangka akan
diperkukuhkan dengan cadangan projek landasan kereta api berkembar dan
perkhidmatan komuter serta pelebaran jalan di beberapa kawasan menghala ke
pelabuhan dan lapangan terbang.
- Pertanian akan menjadi aktiviti utama
yang akan dipromosikan di sekitar Lebuh Raya Utara-Selatan terutama sekali
ke arah kawasan pedalaman. Estet-estet industri yang kurang digunakan akan
ditukar menjadi taman-taman pertanian bagi produk-produk premium seperti
pengeluaran ikan hiasan, florikultur, pengeluaran benih yang diperakui dan
kelompok-kelompok pemprosesan makanan.
Koridor Pedalaman(RUCO)
- Koridor Pedalaman bermula dari Kota Putra
dan berakhir di Kuala Kangsar. Aktiviti-aktiviti utama adalah pertanian
yang meliputi tanaman komersil (getah dan kelapa sawit), estet-estet
buah-buahan dan penternakan haiwan.
- Koridor ini akan menganjurkan zon
pengeluaran makanan berasaskan kepada lanskap pertaniannya yang
bersesuaian.
- Sebahagian besar kawasan ini merupakan
hutan asli yang kritikal untuk keperluan kawasan air tawar Koridor Utara.
Kawasan ini akan dipelihara dan dipromosikan sebagai tarikan
eko-pelancongan.
- Koridor Pedalaman juga menjadi pintu
masuk kedua ke selatan Thailand, terutama sekali Pengkalan Hulu.
- Aktiviti-aktiviti pelancongan akan
dipromosikan di sini dan di sepanjang tanah tinggi di Tasik Pedu. Ini akan
diperkukuhkan dengan pelurusan, pelebaran dan pembinaan lebuh raya
pedalaman Trans-Kedah.
- Kerja-kerja peluasan jalan yang
menghubungkan Grik-Jeli merupakan satu lagi langkah strategik yang penting
dalam pengembangan perdagangan dengan Kelantan dan Koridor Timur.
- Dirancangkan bahawa jalan perhubungan
akan pada mulanya dinaik taraf, diikuti dengan pembinaan landasan kereta
api yang baru sebaik sahaja perkhidmatan lalu lintas barangan dan
perkhidmatan meningkat
Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan
Hulu Grik
- Koridor ini menghubungkan pusat logistik
Butterworth kepada kelompok perusahaan utama di Kulim.
- Dalam jangka masa yang panjang, koridor
ini dijangka memainkan peranan penting dalam pembukaan Koridor Kelantan
dan Timur melalui pengukuhan jalan Grik-Jeli dan/atau pembinaan landasan
kereta api.
- Jalan-jalan besar Timur-Barat di
sepanjang koridor ini akan dipertingkatkan untuk memperbaiki hubungan
Timur-Barat.
Zon makanan moden
Malaysia berhadapan dengan masalah
import makanan yang besar sedangkan Malaysia berpotensi menjadi pengeluar
makanan dunia. Justeru itu NCER akan menjadi zon makanan moden untuk Malaysia
melalui pendekatan berfasa. Fasa itu ialah:
- pelabur teras kemudahan (2007-2012)
- mempercepat pertumbuhan serantau
(2013-2020)
- mewujudkan kepimpinan global (2021-2025).
Sasaran pengeluaran pertanian pada
tahun 2012 nanti ialah NCER dapat:
- Meningkatkan eksport pertanian daripada
RM32 bilion kepada RM48 bilion
- Hasil padi daripada empat tan setiap
hektar tanah kepada 8.0 tan setiap hektar
- Keuntungan purata setiap hektar tanah
yang diusahakan (kecuali kelapa sawit) kepada RM10,000 setiap hektar
setahun
- Jumlah tanah pertanian yang diusahakan
daripada lebih kurang 800,000 hektar kepada 1.0 juta hektar; Sasaran
sektor pembuatan:
- NCER menjadi pusat elektronik
berteknologi tinggi dan bernilai tambah seperti fabrikasi wafer, reka bentuk
cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan pembangunan bahan atau
pembungkusan.
- Pelaburan dalam sektor perusahaan NCER
daripada RM16.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM24.3 bilion
- Peratusan tenaga pekerja dalam sektor
perusahaan yang terlibat dalam akitiviti nilai tambah yang tinggi kepada
30 peratus
- Meningkatkan nilai tambah sebagai
peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30 peratus.
- Pembangunan sepatutnya berteraskan arus
pasaran dan perdagangan supaya kawasan utara tidak ketinggalan dalam era
globalisasi. Pemilik tanah dan petani menjadi petani kontrak kepada
syarikat swasta yang memajak tanah terbiar mereka. Fokus kepada pengembangan
sektor hiliran pertanian serta pertumbuhan industri kecil dan sederhana
(IKS) asas tani. Aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk-produk
pertanian akan digalakkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada sektor
pertanian.
- Pengurusan tanah padi secara estet akan
membolehkan pengembangan industri-industri hiliran padi seperti pembuatan
produk makanan, minuman, kosmetik serta farmaseutikal, malah hasil
pengeluaran padi termasuk bahan buangan serat padi mampu dijadikan produk
yang bernilai.
- 40% keluasan tanah di NCER atau 932,581
hektar akan diklasifikasikan untuk pertanian termasuk 100,000 hektar tanah
terbiar. 4.9% daripada tanah terbiar ini berada di Pulau Pinang, Perlis
(6.6%), Perak (27.8%) dan Kedah (60.7%).
Sasaran
- 595,615 hektar akan digunakan bagi
penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah.
- 167,598 hektar daripadanya akan ditanam
dengan padi. Luasnya bersamaan dengan 64% daripada jumlah kawasan
penanaman padi di Malaysia.
- Pengeluaran padi daripada 3.0 -5.0 tan
sehektar kepada 8.0 tan sehektar pada 2012 dan 9.0 - 10 tan sehektar pada
2020.
- Sektor pertanian dijangka memberi
sumbangan KDNK daripada 12% tahun 2007 kepada 15% menjelang 2012 nanti.
- Penternakan anak ikan premium untuk
makanan atau hiasan, pendalaman tali air dan pengezonan kawasan persisiran
pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang di dalam sangkar.
- Eksport hasil pertanian asas dan hiliran
yang termasuk buah-buahan segar, buah-buahan diproses dan hasil daging
disasarkan RM48 bilion menjelang 2012.
- Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang
Besar akan dibangunkan sebagai ladang ternakan premium dan pusat
pemprosesan halal.
- 110 hektar tanah di Perak dan Pulau
Pinang dikhaskan bagi penanaman tanaman hiasan dan bunga-bungaan.
- 390,000 hektar tanah di NCER ditanam
dengan kelapa sawit oleh syarikat perladangan.
- Kira-kira 20,000 hektar tanah ditanam
dengan pokok getah oleh para pekebun kecil.
- Syarikat besar akan memajak sawah dan
tanah pertanian terbiar untuk diusahakan secara giat dan produktif
sebagaimana di Jepun dan Korea.
- Penerangan dan maklumat akan disalurkan
kepada petani, nelayan, guru, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK), imam dan semua golongan supaya mereka dapat
mempersiapkan diri menghadapi perubahan cara hidup.
- Rakyat bertukar corak dan masa bekerja dari
hanya empat jam sehari kepada lapan jam. Remaja seawal 15 tahun ke atas
dilatih menyertai sektor pertanian moden dan mestilah mengangggap
pertanian adalah juga perniagaan yang menguntungkan dan menjanjikan
pendapatan yang lumayan.
Cabaran
– Cabaran Utama Sektor Pertanian di Koridor Utara
Antaranya ialah :-
a) Meningkatkan Skala Aktiviti – Aktiviti Pertanian
Selain daripada tanaman komersil yamng diusahakan oleh syarikat – syarikat
perladangan, kebanyakkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh pekebun –
pekebun kecil, terutama sekali penanaman padi dan penternakan. Padi biasanya
ditanam oleh pekebun – pekebun kecil dalam kawasan seluar 1.06 hektar (secara
purata). Ia berbeza dengan negara – negara lain seperti Australia yang mana kawasan
seluas 400 hektar telah diperuntukkan dan dimajukan oleh sebuah keluarga.
Pertanian pada skala kecil – kecilan telah menyebabkan berlakunya
ketidakcekapan, peningkatan kos pengeluaran serta penghasilan keluaran menjadi
tidak konsisten. Akhirnya hasil pengeluaran dan pendapatan menjadi rendah dan
berlakunya penghadan keupayaan petani untuk membuat pelaburan yang dapat
meningkatkan produktiviti tanah seperti sistem pengurusan air dan jentera.
b) Penambahbaikan Sistem Pengedaran dan Pemasaran
Isu – isu yang berkaitan dengan pemasaran hasil – hasil pertanian telah wujud
dan disebabkan oleh pertanian berskala kecil. Ini telah mengakibatkan
berlakunya ketidakupayaan bagi membekal hasil – hasil pada kuantiti, kekerapan
dan mutu yang konsisten. Oleh itu, petani – petani serta penternak – penternak
kurang berupaya untuk membekal terus hasil berkenaan kepada pasaraya mega,
pasaraya biasa, pengilang ataupun peruncit yang akan memastikan permintaan
berterusan terhadap hasil pertanian mereka. Kebanyakkan petani – petani
memasarkan hasil – hasil pertanian mereka melalui pasar – pasar tempatan, pasar
tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau orang tengah yang
tidak dapat memberi harga atau kadar pembelian yang tetap.
c) Peningkatan Terhadap Penggunaan Teknologi dan Amalan Pertanian yang baik
Kadar penggunaan teknologi serta amalan agronomi dikalangan petani masih lagi
rendah walaupun terdapat bantuan yang diberi oleh kerajaan dari segi khidmat
nasihat berhubung dengan amalan pertanian moden, teknologi serta benih yang
berkualiti melalui pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad dan MADA. Ini adalah
antara faktor yang membawa kepada masalah kadar pengeluaran yang rendah seperti
kaedah “tabur terus” yang biasanya diamalkan oleh petani tradisi. Tahap
kemahiran teknikal yang rendah ini juga menjejaskan keupayaan petani untuk
mencapai piawaian antarabangsa seperti Amalan Pertanian Terbaik (GAP).
Selain daripada pertanian padi, penternakan kecil – kecilan juga biasanya tidak
mematuhi piawaian antarabangsa seperti Gred Kesihatan Veterinar (VHM), Analisis
Risiko dan Tanda Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan – Amalan Penternakan
Terbaik (GAHP) yang disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan keupayaan petani
untuk memenuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Dengan ini, ia akan
mengurangkan potensi untuk pengeksportan hasil – hasil pertanian dan merumitkan
lagi isu – isu pemasaran hasil pertanian.
d) Meningkatkan dan Menambahbaikkan Infrastruktur
Had jangkauan sistem pengairan dan pengurusan air adalah salah satu daripada
faktor yang mengakibatkan hasil pengeluaran pertanian menjadi rendah di Koridor
Utara. Walaupun menggunakan benih – benih padi yang berkualiti tinggi. Oleh
itu, penambahbaikan sistem pengairan dan pengurusan air akan menjadi salah satu
dari inisiatif utama bagi meningkatkan hasil pertanian terutama sekali untuk
tanaman padi.
Kawasan sawah padi yang berada dibawah pengurusabn MADA dan IADP menerima
saliran tetapi terdapat sebanyak 40,000 hektar sawah padi yang berada di luar
skop agensi – agensi tersebut yang tidak mempunyai kemudahan sistem pengairan
yang baik. Ini telah menyebabkan pergantungan terhadap air hujan yang hanya
mampu menampung 1 kitaran tanaman setahun dan penghasilan kadar pengeluaran
adalah terhad kepada 3 tan sahaja atau kurang daripada itu.
Kesimpulan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara merupakan salah satu daripada pelan tindakan
kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi dikalangan petani – petani terutamanya
masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negeri – negeri Perlis,
Kedah dan Perak Tengah. Masalah ketidakseimbangan ekonomi wujud terutama sekali
bagi kawasan – kawasan Koridor Utara yang terletak di kawasan pendalaman.
Meskipun mempunyai sumber ekonomi, namun masalah sumber ekonomi yang tidak
dimajukan dan dimodenkan yang mengakibatkan hasil – hasil tersebut adalah
terhad untuk kegunaan petani dan ahli keluarganya.
Perlaksanaan NCER ini juga mampu bagi mengatasi masalah penduduk – penduduk di
Utara Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan kemudahan dan penaiktarafan
prasarana sesuai dengan kawasan – kawasan maju yang lain di Malaysia seperti di
Lembah Klang dan Johor Bahru. Aksesibiliti antara kawasan lain dengan Koridor
Utara telah dimajukan sejak sekian lama lagi dengan siapnya Lebuhraya
Utara-Selatan pada tahun 1994 yang telah meningkatkan keupayaan kawasan –
kawasan utara untuk berhubung dengan tempat – tempat lain di Malaysia.
Berdasarkan kepada tinjauan tidak rasmi, Perlis, Kedah dan Perak Utara
mempunyai keluasan tanah Rizab Melayu yang banyak yang mana tanah – tanah ini
telah diperuntukkan sejak dari zaman penjajahan Inggeris lagi untuk penghasilan
makanan asasi bagi masyarakat Melayu. Namun zaman telah berganti, amalan
pertanian oleh masyarakat tradisi Melayu masih belum berubah dan kadar
penghasilannya adalah sedikit. Oleh itu dengan adanya Koridor Utara ini, ia
sedikit sebanyak akan menggalakkan masyarakat Melayu tradisi untuk mengubah
amalan pertanian mereka kepada corak yang lebih moden serta mampu menjana
pulangan hasil pengeluaran pertanian yang lebih tinggi.
Peranan negeri Pulau Pinang sebagai mentor dan hab bagi sektor perindustrian
terutamanya di dalam sektor Elektrik dan Elektronik yang pastinya memerlukan
sumber mentah boleh mendapatkannya dari negeri – negeri dalam lingkungan
Koridor Utara. Perak Utara merupakan negeri utama bagi hasil tanaman komersil
terutamanya kelapa sawit mampu untuk menyediakan sumber bahan mentah bagi
keperluan perindustrian di Pulau Pinang.
Negeri – negeri Utara mempunyai banyak laluan pintu masuk sempadan yang mana di
Perlis mempunyai pintu sempadannya di Padang Besar, Kedah di Bukit Kayu Hitam
dan Wang Kelian, Perak di Pengkalan Hulu dan Pulau Pinang melalui Lapangan
Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mampu menjana kemajuan eko-pelancongan bagi
Koridor Utara. Dengan penglibatan Malaysia di dalam Kawasan IMT-GT bersama –
sama Indonesia dan Thailand akan dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi di
Koridor Utara.