Rabu, Oktober 24, 2018
TNTI:MEMAHAMI KONSEP PEMBANGUNAN WILAYAH
HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
1.0
PENDAHULUAN
Strategi pembangunan adalah cara
atau jalan terbaik untuk mencapai tujuan dan sasaran untuk pembangunan tidak
kira untuk skala wilayah ataupun skala yang lebih kecil iaitu desa.
Pembangunan
bermaksud suatu proses atau perubahan terus dalam bidang fizikal, ekonomi dan
sosial yang dilakukan oleh manusia. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan
taraf hidup semua anggota masyarakat dalam lingkungan kawasan pembangunan,
termasuklah dari segi material dan spiritual.
Selain itu, antara objektif utama
dilakukan pembangunan ke atas
wilayah-wilayah terpilih ini adalah untuk Memastikan perancangan yang cekap dan
berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat
wilayah, negeri dan antara negeri, bandar
dan luar bandar.
Hal ini adalah
untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Strategi pembangunan wilayah bertujuan untuk merapatkan lagi
perhubungan antara negeri dengan cara
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah.
Strategi ini dilaksanakan berasaskan
keupayaan tiap-tiap wilayah bagi pembangunan pertanian dan perusahaan terutama
di negeri yang kurang maju untuk menjamin pembangunan
negara secara keseluruhannya tumbuh dengan baik dan seimbang. Strategi
pembangunan wilayah akan terus memberi tumpuan kepada mengurangkan
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi di antara
negeri-negeri dalam negara.
Satu bentuk pembangunan yang lebih seimbang
adalah diperlukan untuk memudahkan pencapaian matlamat
mengurangkan kemiskinan di negeri-negeri kurang
maju dan memperbaiki agihan pendapatan di Malaysia. Strategi pembangunan di
Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan
zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan berancang.
Dari itu istilah yang digunakan
ialah Rancangan Pembangunan Negara.
Pembangunan berancang ini merupakan satu usaha menentukan bagaimana kedudukan
manusia yang diarah dan diatur dengan sengaja bertujuan mempastikan pencapaian matlamat perubahan yang dikenal pasti
dan yang tanpa adanya campur tangan belum tentu akan berlaku. Mengikut Rahimah
(2000),
pembangunan terancang ini dapat dibahagi kepada empat fasa berdasarkan kronologi dan kaitan
dengan keutamaan perancangan pembangunan yang terdapat dalam sesuatu masa itu.
Fasa-fasa ini juga boleh dikaitkan dengan empat Perdana Menteri Malaysia
yang telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1957 dan rancangan-rancangan
pembangunan lima tahun. Fasa-fasa ini ialah fasa laissez-faire (selepas
merdeka hingga 1970); fasa campur tangan negara (1971-1980), fasa liberalisasi,
persyarikatan Malaysia dan penswastaan (1981-1996)dan fasa kegawatan (bermula 1997 dan selepasnya).
HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
2.0 STRATEGI
PEMBANGUNAN WILAYAH DAN DESA 2.1
Pembangunan Wilayah
Pembangunan
wilayah adalah satu bentuk pembangunan secara terancang melibatkan kawasan yang
luas (wilayah) sama ada berasaskan ekonomi bandar atau pertanian. Pembangunan
wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi yang nyata yang ada antara negeri-negeri.
Strategi ini melibatkan penggunaan
sepenuhnya segala punca-punca keluaran yang
masih belum diusahakan, terutama sekali di negeri kurang maju;
menggalakkan pemindahan penduduk ke kawasan-kawasan yang mengandungi
kemungkinan ekonomi yang banyak; meluaskan kemudahan-kemudahan infrastruktur
dan perkhidmatan sosial di negeri-negeri tersebut dan kawasan-kawasan yang
telah ketinggalan dalam pembangunan.
Perancangan ini mementingkan masalah
ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya
daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan serta
mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di
kawasan tertentu sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah
ketidakseimbangan khususnya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan
pembangunan.
Dalam Rancangan Fizikal Negara
(RFN), objektif utamanya adalah untuk
memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sub-sektor elektronik,
pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pendidikan dan pelancongan
asas kesihatan dan sebagainya.
Untuk mencapai objektif ini,
sokongan, promosi, dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di
wilayah-wilayah yang berpotensi tertinggi dalam
menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap
wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Bagi
tujuan tersebut, struktur dimensi fizikal negara perlu rasional dan sesuai bagi
membolehkan pencapaian pertumbuhan ekonomi
yang berdaya saing. Justeru RFN Ke-2 menganjurkan konsep
Concentrated Decentralization
sebagai strategi pembangunan
negara. la bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi menjana
pertumbuhan ekonomi negara iaitu selaras
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Konsep ini memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu; a) Bagi tujuan
mempertingkatkan daya saing negara, pembangunan perlu difokuskan kepada konurbasi utama yang akan menjadi pusat utama bagi
pelaburan asing dan tempatan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru dan
Kuantan serta conurbation yang lain yang merupakan kawasan paling berdaya saing
dan tersedia dengan rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan. Ini
selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang
HNG
3033
PEMBANGUNAN WILAYAH
melihat
aglomerasi bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dalam usaha kerajaan untuk
menjadi negara berpendapatan tinggi. Dari segi pembangunan industri, setiap conurbation akan menjadi tumpuan kluster
perindustrian. RFN Ke-2 mencadangkan jenis kluster perindustrian dalam kawasan
conurbation yang menyokong bidang
pertumbuhan sasaran yang telah dikenal pasti dalam IMP3 (
Third Industrial Master Plan
). b) Strategi
Concentrated Decentralization dalam
RFN Ke-2 turut menekankan supaya pembangunan perlu difokuskan kepada
lokasilokasi tertentu di sepanjang koridor yang berpotensi iaitu koridor utara
selatan (pantai barat), koridor pantai timur dan koridor tengah serta
koridor-koridor sekunder yang lain. Ini
bagi mewujudkan pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang. Seiring dengan
semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan; RFN Ke-2 telah
memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan
kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan dengan menyediakan sistem perhubungan dan
sistem pengangkutan yang efisien disamping
menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan
ke peringkat global.
2.2 Pembangunan in-situ
Program
pembangunan wilayah secara in situ dilaksanakan untuk memajukan penduduk di kawasan tradisional yang tidak berminat untuk berhijrah ke
luar. Program ini menumpukan usaha kepada
pembangunan semula kampung-kampung dan kawasan pertanian yang telah sedia ada
melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, penanaman semula tanaman, khususnya
yang berorientasikan dagangan bagi meningkatkan keluaran hasil pertanian.
Melaluinya,
petempatan dimodenkan dan perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan keluaran serta taraf hidup penduduk desa. Program
pembangunan in-situ telah dilaksanakan melalui program pembangunan pertanian be
rsepadu (IADP), yang bersifat
“kesepaduan” iaitu mengabung jalinkan
tenaga, sumber potensi dan agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA), Majuikan Sdn. Bhd. (MAJUIKAN), Maju Ternak Enterprise (MAJUTERNAK),
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDEC, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan
Wilayah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi agensi yang terlibat
dan bekerjasama bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui
penyelarasan, mengintergrasi, sejajar dengan objektif pembangunan kawasan pertanian
yang sedia ada.
Pembangunan
in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah pertanian sedia
ada akan terus menjadi strategi utama bagi pembangunan pertanian. Walau bagaimanapun,
pembangunan tanah baru juga harus dilaksanakan terutamanya oleh agensi kerajaan negeri dan kemajuan wilayah serta sektor
swasta.
Di
samping itu, Kerajaan juga haruslah menyediakan
khidmat sokongan dan insentif yang sesuai termasuk menyediakan tanah untuk
membantu penglibatan pihak swasta dalam projek pertanian komersial berskala besar, terutamanya untuk pengeluaran makanan serta
aktiviti florikultur dan akuakultur. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 231). Pendekatan
pembangunan tanah secara in-situ
harus terus dipakai sebagai strategi untuk menggunakan tanah pekebun kecil
dengan lebih baik dan untuk mengatasi
masalah kekurangan tanah.
Tanah terbiar akan ditanam
semula,
disatukan dan dipulihkan terutamanya melalui usaha sama pihak swasta atau kumpulan petani. Disamping itu, Jabatan Pertanian,
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta
agensi awam lain terus menggalakkan penanaman tanaman makanan di kebun kecil berkonsepkan estet
nukleus dan penanaman berkelompok.
2.3 Pembangunan pertanian bersepadu
IADP ialah
satu pakej pembangunan yang bersifat 'kesepaduan' yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi, dan agensi kerajaan
bagi memajukan sektor pertanian luar bandar
dan seterusnya membasmi kemiskinan desa.
Di antara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan
tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula, dan penyatuan
saiz dan skala tani yang tidak ekonomi di
bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok).
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development
Area (IADA) Kalaka-Saribas-Betong merupakan salah satu dari dua projek
pembangunan pertanian bersepadu yang sedang
dilaksanakan di Negeri Sarawak. Konsep IADA adalah menumpukan pemusatan segala
usaha perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu
kawasan sedia-ada atau in-situ.IADA Kalaka-Saribas-Betong terletak kira-kira
300 kilometer dari Bandaraya Kuching di
mana kawasan projek terletak di Daerah Kalaka dan Daerah Saribas di
Bahagian Betong.
Mengikut bancian 1991,terdapat seramai 83,000
orang di kawasan projek yang terdiri daripada 12,000 keluarga tani di mana
dijangka kira-kira seramai 9,600 keluarga
tani akan mendapat faedah dari pelaksanaan projek. Bermula perlaksanaan projek
tahun 1986, tumpuan utama adalah mengatasi masalah kekurangan
infrastruktur yang melibatkan pembangunan skim saliran untuk memperbaiki keadaan tanah yang sering
ditenggelami air pasang surut serta membina
jalanraya
dalam kawasan projek untuk membolehkan ianya dibangunkan dengan aktiviti pertanian
secara komersil. Pembangunan tanaman utama pada peringkat awal tertumpu kepada pembangunan tanaman kelapa sawit di mana pada
tahun 1997 matlamat untuk membangunkan
kawasan kelapa sawit seluas 10,000 hektar telah tercapai.
Fungsinya adalah untuk;
a) Pembangunan
kawasan pertanian bersepadu melalui pengeluaran agromakanan,
penternakan dan industri asas tani berdasarkan pelan pelaksanaan
Rancangan Lima Tahun Malaysia.
b) Membangunkan
usahawan tani dan industri yang bergiat aktif dalam industri agro
makanan, penternakan dan industri asas tani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan.
c) Memindahkan teknologi terkini melalui aktiviti pengembangan,
khidmat nasihat kepakaran, pengwujudan
plot demonstrasi pelbagai tanaman, latihan kepada golongan sasar bertujuan meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan secara holistik dan berterusan untuk mencapai
produktiviti, kualiti produk dan keselamatan
makanan terjamin
d) Membangun, menaik taraf dan menyelenggara sistem saliran dan infrastruktur asas di
kawasan projek pertanian yang dibangunkan oleh IADA Kalaka-Saribas-Betong.
e) Menyalurkan
bantuan input pertanian, penternakan dan peralatan pemprosesan IAT kepada peserta-peserta
projek di bawah IADA Kalaka-Saribas-Betong.
Perindustrian desa
Strategi ini dilakukan melalui
program penyelerakan/penyebaran industri ke desa. Antaranya, melalui
pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada asas sumber, makanan
dan elektronik yang berintensif buruh, pemprosesan produk pertanian dan
sebagainya.
Selain itu, kawasan desa yang berpotensi
dikenal pasti untuk dibina kilang pembuatan atau pemprosesan dengan menjadikan
kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai, dibina kemudahan asas yang
lengkap, diberikan insentif pelaburan, dan lain-lain untuk menarik pelabur
membina industrinya. Penyebaran industri ke desa di jangka dapat meningkatkan
pendapatan penduduk desa melalui pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan
dan perkhidmatan moden.
Strategi ini juga memberi perlindungan kepada
industri-industri yang tidak efisien melalui perlindungan tarif yang tinggi.
Selain daripada itu tujuan untuk mengurangkan pergantungan import tidak
tercapai dengan semakin meningkatkan import barang pelaburan dan barang pertengahan.
Sektor perindustrian juga merupakan sektor
strategik untuk memenuhi matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sektor ini diperlukan untuk
mengurangkan masalah pengangguran bandar, menyerap migran dan desa yang mencari
pekerjaan di sektor yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan yang lebih penting sektor ini
merupakan alat utama untuk penyusunan
semula pekerjaan dan pemilikan aset di samping membasmi kemiskinan.
Strategi industrialisasi desa telah lama
diperkenalkan sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan desa yang dipersatukan. Secara umum strategi ini
bertujuan
untuk:
a) Mengubah masyarakat desa daripada masyarakat tani
kepada masyarakat perindustrian.
b) Mewujudkan altrnatif bagi sumber pendapatan
dan
guna tenaga. terutama dalam keadaan sektor desa
mengalami keadaan pengangguran tak ketara serta mengalami daya pengeluaran yang rendah.
c) Untuk meningkatkan pendapatan dan
membantu mengurangkan kadar kemiskinan
desa.
d)
Dalam konteks yang lebih luas, industrialisasi desa bertujuan untuk
membawa industri-industri kecil dan besar ke desa, terutama
yang berpotensi untuk menggunakan
sumber-sumber ·tempatan serta berintensif buruh untuk mewujudkan peluang
peluang pekerjaan kepada penduduk desa.
e) Dalam konteks DEB,
industri desa bertujuan
untuk meningkatkan penyertaan
Bumiputera dalam perindustrian dan
perdagangan.
Kegiatan industri desa
telah lama bertapak secara kecil-kecilan di desa dalam bentuk perusahaan kraftangan, logam, tembikar, anyaman dan
sebagainya. Percubaan untuk memajukan
industri desa secara tersusun bermula dalam tahun 1950-an dengan tertubuhnya
Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 yang berfungsi untuk memajukan kedudukan sosioekonomi
masyarakat desa yang di an tara kegiatannya
memajukan industri kecil yang berasaskan bahan-bahan tempatan.
Walaupun dalam skop yang kecil, RIDA berperanan untuk
memajukan industri desa melalui penerangan
dan pembesaran program industri desa, memberi galakan dan usaha sama menerusi perkhidmatan nasihat , pemasaran dan kredit.
Pembangunan industri desa oleh RIDA menjadi asas kepada penyertaan Bumiputera dalam
bidang perniagaan dan perumahan.
Skop RlDA yang terhad telah diperluas dengan penubuhan MARA pada tahun 1966, yang selain daripada meneruskan program
pembangunan industri desa jua menekankan program-program latihan dan pengusahawanan
bagi menyediakan penyertaan Bumiputera
dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Peranan ini diperluas terutama
dalam rangka
DEB untuk menyusun semula masyarakat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera
daripada segi guna tenaga dan penguasaan sektor industri, pembandaran dan perdagangan.
2.5 Strategi
Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli
Strategi ini
merupakan strategi yang utama kerana kerajaan pada masa hadapan cuba untuk
mengarah dan mengalihkan letakan pertumbuhan dalam sektor pertanian,
perkilangan dan perkhidmatan ke wilayah yang kurang maju. Pembangunan tanah
adalah merupakan aspek penting, dalam usaha untuk menambahkan hasil pengeluaran
negara amnya dan menambahkan hasil pertanian serta meninggikan taraf hidup
penduduk luar bandar khasnya.
Oleh yang demikian, adalah mustahak
perancangan dan pelaksanaan pembangunan tanah diberikan perhatian yang
sewajarnya. Kepentingan satu pembangunan tanah yang dirancang dengan teliti
mula disedari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada awal tahun 1955 apabila
perwakilan Bank Antarabangsa membuat kajian tentang ekonomi Malaysia. Satu
daripada cadangan perwakilan itu ialah perlunya satu kajian guna tanah yang
menyeluruh mengenai aspek fizikal, ekonomi, sosial, ekologi dan pentadbiran tanah
sebagai mengatasi satu daripada kelemahan perancangan pembangunan tanah.
Pada bulan Ogos 1955 satu jawatankuasa untuk menimbang dan merancang kawasan-kawasan
baru untuk penempatan telah dibentuk. Jawatankuasa ini menyedari pentingnya satu pembangunan tanah yang dirancang
kerana kawasan kediaman orang-orang Melayu yang sedia ada kebanyakannya telah
terlalu padat dan kurang kawasan untuk pembangunan di masa hadapan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah
tersebut, satu langkah segera telah diambil di mana jawatankuasa ini
menekankan perlunya sumberjaya tanah
dinilai, diurus dan dibangunkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang. Jawatankuasa ini mencadangkan perlunya
kemudahan-kemudahan jalan, sekolah, pusat kesihatan dan lain-lain disediakan di
kawasan rancangan baharu. Berikutan dengan itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah
ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah
Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance 1956) yang bertujuan untuk melaksanakan
pembangunan tanah pada peringkat persekutuan, dan pada tahun 1959 Lembaga Pembangunan Tanah Negara telah ditubuhkan di
setiap negeri.
Di Malaysia umumnya, pembukaan dan pembangunan terhadap tanah adalah terletak di bawah
perlaksanaan dua perbadanan kerajaan, iaitu Agensi Pembangunan Tanah dan Agensi Pembangunan Wilayah. Badan-badan yang
bertanggungjawab di bawah Agensi Pembangunan Tanah ialah FELDA,
FELCRA(Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority)
Strategi
Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan
Yang baru
Pihak
kerajaan juga telah menyusun strategi pembangunan untuk pelaksanaan program urbanisasi
di luar bandar. Menerusi strategi ini, pihak pembangunan wilayah telah
menyediakan infrastruktur bertaraf bandar seperti bekalan air, elektrik dan
aktiviti ekonomi moden. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi hasil dari
program urbanisasi luar bandar inilah merupakan platform utama pihak
pembangunan wilayah untuk membentuk sebuah pertumbuhan yang baru. Antara
matlamat perancangan pusat pertumbuhan adalah untuk mendorong pembangunan di
kawasan yang mundur, mengurangkan kesesakan di kawasan bandar metropolitan dan
menyediakan satu saluran penghijrahan ke kawasan bandar (sebagai satu strategi
pembandaran). (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. 1991)
Hal ini dapat dilihat seperti Bandaraya Kuala
Lumpur yang dahulunya hanyalah merupakan
sebuah bandar kecil yang pesat membangun ekoran daripada perkembangan perlombongan bijih timah. Dari sebuah pekan kecil
perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali diseluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur
yang pesat membangun sebagai pusat
pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia
dengan pelbagai kejayaan yang dicipta.
Jika dahulunya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya
lebih diserikan dengan bangunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia terus
mengenali Kuala Lumpur melalui mercu
tanda hebat seperti Menara Berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah
sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi kebanggaan negara yang dilengkapi dengan
teknologi terkini.
Sektor pelancongan juga telah menjadi medium dalam meningkatkan pertumbuhan Kuala
Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan Malaysia. Sektor pelancongan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan
memperluaskan peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan mencakupi
bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan
yang diperlukan adalah pelbagai serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua lapisan penduduk. Pelancongan
memberi manfaat sampingan yang tidak
kurang pentingnya kepada penduduk Kuala Lumpur. Dengan menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk
Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah,
hiburan, rekreasi dan kebudayaan yang lebih pelbagai dapat ditampung. Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan
justifikasi kewangan terhadap
langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki,
serta menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan
perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk
ditawarkan sebagai destinasi pelancongan.
Ia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik.
Sebagai
kesimpulannya, strategi pembangunan wilayah yang dilaksanakan menjadi satu
medium utama yang dihamparkan umpama pemandangan yang sangat indah. Pembangunan
wilayah yang dicapai hari ini digarapkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan
negara seiring dengan era globalisasi yang tiada had sempadannya lagi.
Pertumbuhan wilayah yang pesat membangun menerusi empat strategi pembangunan
wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli, Strategi Pembangunan
In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi Pelaksanaan Program
Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru
secara tidak langsung telah memberikan impak yang sangat besar terhadap
perubahan taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat apabila perkembangan sesebuah wilayah telah membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat yang berhijrah ke bandar-bandar besar seterusnya
membawa kepada sebuah penempatan yang maju seperti di Kuala Lumpur. Kepesatan
sesebuah wilayah yang dibangunkan itu telah melahirkan pelbagai sektor ekonomi
untuk menjana pendapatan negara dan menyumbang kepada Keluaran Kasar Dalam
Negara (KDNK). Selain itu, strategi pembangunan wilayah ini juga menjadi teras dalam
perkembangan penggunaan teknologi dalam semua bidang sejajar dengan hasrat
kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang peka terhadap kemajuan negara. Oleh
yang demikian, strategi pembangunan wilayah menjadi jentera utama didalam
pertumbuhan wilayah yang seimbang di Malaysia. Senario ini menjadi tiket
perkembangan fizikal dan kemudahan infrastruktur demi memenuhi keperluan dan
kehendak rakyat di sesebuah kawasan. Hal ini dapat membantu negara menghapuskan
jurang perbezaan di antara
wilayah yang
ada di Malaysia sebagai menyahut seruan kerajaan “rak
yat
didahulukan,
pencapaian
diutamakan”.
TNTI:MEMAHAMI GLOBALISASI DAN KERJASAMA SERANTAU
Kerjasama serantau
GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU
4.3
PERTUMBUHAN SEGITIGA ( 6 W)
Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
(b) ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN
Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:
Pelaburan
Teknologi
Pengeluaran
Bekalan Buruh
(ii) Daya saing
Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.
GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAHAN: Siapkan
Folio berdasarkan panduan di bawah:-
(a) Menyatakan maksud
globalisasi ekonomi
(b)
Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan;
(i) Pelaburan
(ii) Teknologi
(iii) Pengeluaran
(iv) Pasaran
(v) Bekalan buruh
(c) Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara
kawasan;
(i) Kecekapan ekonomi
(ii)
Daya saing
(iii)
Pengkhususan
(iv)
Penyertaan dalam ekonomi dunia.
(d)Membincangkan kesan globalisasi ekonomi
terhadap sesebuah negara;
KESAN POSITIF
(i)
Perdagangan bebas
(ii)
Perluasan pasaran
(iii)
Pemindahan teknologi
(iv)
Aliran buruh
(v)
Menggalakkan persaingan
(vi)
Peningkatan kualiti produk
KESAN NEGATIF
(i) Penguasaan ekonomi negara
oleh syarikat multinasional (MNC)
(ii) Ancaman kepada barangan,
perkhidmatan dan budaya tempatan.
(iii) Ancaman kepada penguasa
kecil dan sederhana tempatan
(iv) Kesukaran untuk mengawal
aliran modal asing.
(v)
Penghakisan
kedaulatan negara.
4.2
KERJASAMA SERANTAU (14 W )
4.2.1
Konsep Kerjasama Serantau
(a)
Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :
i) Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN).
ii) Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA).
iii) Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (APEC).
iv) Kesatuan Eropah (EC).
v) Perjanjian Kawasan
Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
(b) Menjelaskan konsep kerjasama
dan persaingan antara
kawasan.
4.2.2 Kepentingan dan masalah
(a) Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau :
i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi
ekonomi dunia.
ii)
Pasaran bersama
iii)
Meningkatkan daya saing serantau
iv)
Menjaga kepentingan bersama serantau
v) Keperluan guna tenaga buruh.
4.2.2
Kepentingan dan masalah
(b) Membincangkan isu dan masalah dalam
kerjasama ekonomi serantau :
i) Perbezaan ekonomi antara
negara anggota.
ii) Konflik politik wilayah dalam negara anggota
iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama
serantau
iv) Persaingan antara kepentingan
negara dengan
kepentingan serantau
v) Pencemaran rentas sempadan
vi) Keselamatan serantau.
|
(a)
Mentakrifkan konsep Pertumbuhan segitiga .
(b) Mengenalpasti kawasan
Pertumbuhan
segitiga
di dalam ASEAN:
i) Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia –
Malaysia – Singapura (IMS – GT).
ii) Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia
–Thailand
(IMT – GT)
iii) Kawasan Pertumbuhan Asean Timur : Berunai
Darusalam –
Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP – EAGA)
Fokus Kerjasama: IMS – GT (Perindustrian)
IMT – GT
(Sumber pertanian dan pelancongan)
BIMP – EAGA (Pelbagai
aktiviti ekonomi)
(c) Membincangkan
peranan pertumbuhan segitiga dalam memajukan wilayah ;
i) Perdagangan.
ii)
Pelaburan.
iii)
Pengaliran buruh
iv)
Penggunaan sumber
v)
Pengangkutan dan perhubungan
vi)
Teknologi.
4.4
HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR (4 W )
(a)
Menyatakan dasar luar
negara Malaysia.
Catatan: Teras dasar luar negara Malaysia – Aman,
Bebas dan berkecuali.
Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam
pakatan kerjasama serantau.
Catatan: Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama
kerjasama serantau
Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau
dalam melindungi alam sekitar.
Catatan: Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan
- Tamat -
(a) KONSEP GLOBALISASI EKONOMI
Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
(b) ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN
Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:
Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara
membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal
untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke
Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt
minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah
menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang
pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.
Teknologi
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan
tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor
ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran
dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan
negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh
teknologi HITEC,teknologi reka bentuk
dll.
Pengeluaran
Globalisasi
membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan dan pembuatan berpindah dari negara maju ke
negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada
kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah
membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti
Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang
menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.
1
Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada
kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga
barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran
barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia
Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga
negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan
akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.
Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung
oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung
kepada buruh-buruh Indonesia dalam
sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor
ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang
masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju
ke negara membangun.
Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah
dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor
industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan
Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia
untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk
mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling
kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.
(c) Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara
kawasan;
(i) Kecekapan ekonomi :
-Terdapat
negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding
dengan negara lain.-Cont:-Negara Thai lebih cekap menghasil beras berbanding
dengan Malaysia maka Malaysia
mengimport beras dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi. Amerika syarikat lebih cekap menghasilkan
kapal terbang dan gandum berbanding dengan Jepun. Maka Jepun mengimport
tersebut.
(ii) Daya saing
Daya
saing ialah kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari
negara-negara lain. Kerjasama antara kawasan membolehkan sesebuah
negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran yang baik
berbanding dengan negara pengeluar yang lain.
-Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) untuk mengeluarkan model kenderaan baru.
-Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) untuk mengeluarkan model kenderaan baru.
(iii)
Pengkhususan :
-
Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan.
Contohnya, Negara-negara maju memerlukan
getah asli tetapi tidak dapat dihasilkan oleh negara mereka. Mereka terpaksa
mengimport barang tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Negara Thai dan
Indonesia)
-Sebaliknya
Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (kapal terbang,
mesin2 industri) perlu import dari negara2 maju.
(iv)
Penyertaan dalam ekonomi dunia.
-
Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang
lengkap.
-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.
-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.
(d) KESAN GLOBALISASI
Kesan Positif:
Perdagangan
Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi
peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa
tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan
tanpa banyak sekatan.
Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
Pemindahan
Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti
Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima
pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama
ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan
(R&D
Aliran
Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai
penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke
negara lebih maju yang kurang
penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh
berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan
Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua
pihak.
Menggalakkan
Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka
berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan
di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan
akan berjaya dalam persaingan ini.
Peningkatan
Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya
barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti
dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan
melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.
Kesan Negatif ;
Penguasaan
Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat
tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak
berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari
negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
Ancaman
kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama
negara membangun yang masih mempunyai
kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat
menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan
perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan
sederhana penduduk tempatan.
Kesukaran
mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah
membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun.
Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah
mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara
membangun tidak memerlukannya.
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KERJASAMA SERANTAU
4.2.1 Definisi Konsep Kerjasama
Serantau
a. Kerjasama serantau merupakan satu
persefahaman yang dibentuk antara negara berjiran dalam konteks untuk menjaga
kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan. Kerjasama melibatkan
bidang ekonomi, budaya dan alam sekitar.
Contoh kerjasama serantau ialah Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN), Kesatuan Eropah (EU), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).
(a) Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :
a.
Pengenalan
ASEAN ditubuhkan Pada 8 ogos 1967 yang terdiri daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura. Kini Asean terdiri daripada 10 negara apabila
Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.
b.
Tujuan penubuhan ASEAN ialah
1.Memajukan ekonomi,sosial dan kebudayaan
di rantau Asia Tenggara.
2.Meningkatkan kerjasama antara
negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara daripada ancaman pengganas, lanun dan pencemaran rentas negara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai
bantuan latihan dan penyelidikan. Contohnya amaran awal tsunami dan jerebu.
c.
Projek Perindustrian ASEAN
Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan
mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu * projek baja urea ASEAN di Indonesia
*projek baja urea ASEAN di Malaysia
*projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
*projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
*projek batuan abu soda ASEAN di Thailand
Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama
untuk meluaskan tapak pertumbuhan
ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN
berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur
asing.
Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan
jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan
rakan perdagangan yang baik.
ii)AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN/ASEAN Free Trade Area)
a.
Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi
Singapura. Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu untuk mengurang atau
menghapuskan cukai (tarif) bagi sesetengah barangan yang diniagakan di kalangan negara ASEAN.
b.
Tujuan AFTA
i. Menggalakkan kegiatan perdagangan iaitu
import dan eksport sesama negara Anggota.
ii. Mengurang dan menghapuskan beberapa aspek
berikut ; tarif perdagangan, dasar perlindungan dan birokrasi.
iii. Ke arah mewujudkan imbangan perdagangan
yang lebih seimbang antara negara anggota.
c.
Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah
1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan
beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang belum diproses contohnya
beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan
negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan
yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.
d.
Feadah Afta Kepada Negara Malaysia
Di antara faedah penyertaan Malaysia
dala AFTA ialah:
1.
Malaysia boleh dengan bebasnya mengeksport barangannya dalam kuantiti yang
banyak dari sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan ke negara-negara
anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA. Negara ASEAN lain tidak boleh
menyekat atau mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi terhadap barangan
dari Malaysia.
2.Malaysia
juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negara-negara anggota
AFTA. Ini menyebabkan penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah mampu membeli
barangan dari negara-negara ASEAN.
3. AFTA
menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan
eks[port ke negara anggota Asean lain.
Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri
daripada Amerika Syarikat, Autralia, Brunei, Chile, China, Filipina, Hong Kong,
Indonesia, Jepun, Kanada, Malaysia ,Mexico, Thailand, New Zealand, Papua New
Guinea, Peru, Rusia, Korea, Singapura, Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun
1989. Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50% penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan
wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan
ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan
barangan,perkhidmatan dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa
kerja Apec 1991 ialah
@
projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia
dan Filipina
@projek
pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea
Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
@projek perikanan yang diketuai oleh
NEW Zealand,Thailand dan Jepun
@Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
@projek
pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun
1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di
rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara
membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan
harga barangan dan perkhidmatan.
a. Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara European Coal and
Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC
Anggotanya sebanyak 27 buah negara; Antaranya ialah:- Jerman, Belanda, United
Kingdom, Perancis, Itali, Belgium, Ireland Sepanyol, Sweden, Austria, Finland, Denmark,
Greece., Portugal, Luxemburg dan lain-lain.
b. Tujuan :
i. Mewujudkan
satu matawang tunggal
ii. Polisi
pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
iii. Satu
kerakyatan tidak memerlukan passport untuk bergerak ke Negara lain.
iv. Parlimen
EU yang berkuasa
v) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika
Utara (NAFTA/ North America Free Trade Agreement Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara).
a. NAFTA ditubuhkan pada 1994, adalah sebuah
pakatan kerjasama ekonomi yang berasaskan prinsip pasaran bebas yang terdiri
daripada negarai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
b .Tujuan penubuhan NAFTA untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi melalui:-
i.
Kerjasama perdagangan yang bebas dan adil
ii. Menciptakan iklim pelaburan dan persaingan
yang sihat
iii. Memberi perlindungan terhadap hak milik
intelektual.
iv. Mencipta produser yang efektif dalam
penyelesaian masalah perdagangan antara negara anggota.
v. Menghapuskan halangan tarif dikalangan negara
anggota secara berperingkat-dalam 5 hingga 15 tahun.
(b)
Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan antara
kawasan.
Jenis Kerjasama
|
Takrif
|
Contoh Kerjasama
|
Kerjasama dua hala
Kerjasama pelbagai
hala
Kerjasama serantau
Kerjasama kumpulan negara
Kerjasama Sedunia
Segi Tiga
Pertumbuhan
|
Kerjasama antara dua buah negara
Kerjasama antara beberapa buah negara
Kerjasama antara negaranegara yang terletak rantau yang
sama
Kerjasama antara negaranegara yang sama aras
pembangunannya
Kerjasama yang melibatkan kebanyakan negara di dunia
Kerjasama yang melibatkan kawasan-kawasan tertentu di
negara-negara yang berhampiran
|
Kerjasama antara Malaysia denganjepun dalam pemindahan
teknologi membuat kereta
Kerjasama antara Malaysia dengan India, China, dan
Taiwan dalam pelonggaran prosedur import-eksport
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Kerjasama Ekonomi Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN)
Kerjasama antara negara perindustrian G7 (Kanada,
Perancis, Jerman, Jepun, Itali, U.K., Amerika Syarikat, dan Rusia)
Kerj asama antara negara membangun Gl 5 (Algeria,
Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia,
Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe)
Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)
Sgi Tiga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
—thailand
(IMT — GT)
Segi
TIga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
— Singapura (IMS — CT)
|
4.2.2 Kepentingan dan masalah
(a) Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi
serantau :
i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi
dunia.
1
Kerjasama serantau seperti dalam ASEAN, APEC dan juga kerjasama
ekonomi
antara negara Asia Timur penting bagi mengurangkan kesan
negatif
globalisasi ekonomi dunia.
2
Melalui kerjasama ini juga, kemahiran dan kepakaran serantau dapat
disepadukan
supaya berdaya saing di pasaraan antarabangsa, Selain itu,
kemajuan
teknologi juga dapat dikongsi bersama.
ii)
Pasaran bersama
1. AFTA ialah satu contoh
kesungguhan negara anggota ASEAN mewujudkan pasaran bersama, melalui AFTA
penghapusan tarif membolehkan negara-negara anggota
2. menjimatkan kos
pengeluaran lalu memperoleh ekonomi bidangan.
3 Dengan jumlah penduduk
negara-negara anggota yang begitu ramai, pastinya pasaran bersama mi akan
menguntungkan negara anggota. Pasaran yang besar inilah yang perlu diterokai
dengan bijak agar penduduk rantau mi memberi keutamaan kepada produk dan ASEAN.
iii)
Meningkatkan daya saing serantau
1
Bagi meningkatkan daya saing serantau dalam usaha mengurangkan kesan
globalisasi ekonomi dunia, khasnya
cabaran daripada China dan India.
2 keutamaan diberikan kepada R&D, teknologi
dan juga membangunkan sumber manusia (modal insan).
iv)
Menjaga kepentingan bersama serantau
1
Negara-negara anggota ASEAN perlu sentiasa memikirkan tentang kepentingan
negara anggota. Ini boleh menyumbang kepada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
2
ASEAN perlu mengekalkan dan meningkatkan lagi suasana mesra bisnes. ASEAN perlu
mengatasi beberapa isu yang menjejaskan keefisienan tempat berniaga.
3
Kepentingan bersama serantau dipertingkatkan lagi dengan adanya Skim Kerjasama
Industri ASEAN dan Kawasan Pelaburan ASEAN.
v) Keperluan guna tenaga buruh.
1 Kerjasama dua hala dan
pelbagai hala antara negara anggota berkaitan bekalan tenaga buruh membantu
pembangunan ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura
kekurangan bekalan tenaga buruh dalam sektor pembinaan, industri dan
perladangan dan domestik. Justeru, masalah
dapat diatasi dengan mendapatkan buruh daripada negara jiran seperti dan
Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
2 Kemasukan tenaga ini
membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan itu pembangunan dan
kemajuan ekonomi tidak terbantut.
(b) Membincangkan isu dan
masalah dalam kerjasama ekonomi serantau
:
i)
Perbezaan ekonomi antara negara anggota.
1 Dalam usaha membangunkan ekonomi negara-negara anggota, masalah utama
yang dihadapi ialah tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tidak sama
antara negara-negara anggota. Contohnya pembangunan di Singapura dan
Malaysia lebih pesat jika dibandingkan negaranegara ASEAN yang lain. Negara
Laos dan Myanmar misalnya masih mundur.
2 Perkembangan ekonomi yang tidak sama ini menjadi
halangan dalam pelaksanaan persetujuan kerjasama AFTA. Penghapusan cukai dan
tarif tidak dapat dibuat secara serentak. Sebaliknya secara berperingkat dan dalam
tempoh tertentu.
3 Di kalangan negara anggota ASEAN yang masih mundur, pelaksanaan APTA
bererti wujudnya pasaran bebas. Sungguhpun pasaran bebas membawa kecekapan yang
Iebih tinggi serta barangan yang lebih murah, Ia juga bererti syarikat-syarikat
tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan
muflis. mi mungkin kerana syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai daya saing
yang tinggi.
4 Terdapat negara-negara yang berusaha melanjutkan tempoh penghapusan
cukai dan tarif bagi tujuan melindungi syarikat-syarikat tempatan. Ii merupakan
halangan kepada pelaksanaan sepenuhnya persetujuan dalam AFTA.
ii) Konflik
politik wilayah dalam negara anggota
1
Konflik berlaku di kalangan anggota ASEAN. Konflik ii berkisar pada pertindihan
tuntutan wilayah atau kawasan sempadan bersama yang masih tidak dapat diselesaikan hingga hari
ini.
2
Contoh konflik adalah antara Malaysia dan Thailand ke atas kawasan perikanan
di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini didapati kaya dengan sumber
petroleum. Konflik Malaysia-Filipina disebabkan tuntutan Filipina ke
atas Sabah. Filipina masib enggan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
3
Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bukan sahaja di kalangan negara anggota
ASEAN seperti Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia, tetapi China dan Taiwan
juga membuat tuntutan.
4
Kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah pun bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Manakala konflik tuntutan ke atas Pulau Sipadan antara Malaysia dengan
Indonesia telah selesai selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa
berpihak kepada Malaysia.
5
Konflik dalam ASEAN diselesaikan melalui rundingan dan menghormati hak dan
kedaulatan setiap negara. Ketenteraan bukanlab cara anggota ASEAN menyelesaikan
sebarang konflik.
iii)
Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
1 Projek kerjasama ASEAN merupakan strategi ASEAN menangani globalisasi
ekonomi dunia. Adanya kerjasama atau perkongsian strategik membolehkan produk
ASEAN berdaya saing tinggi.
2 Sungguhpun jurang ekonomi kalangan negara auggota ASEAN agak besar, kenjasama
dan komitmen anggota ASEAN yang lebih maju mampu melaksanakan projek-proj ek
yang telah dipersetujui bersama.
3 Kerjasama ekonomi dalam segi tiga pertumbuhan adalah antara projek projek
kerjasama serantau yang telah terbukti berjaya dilalcsanakan. Misalnya usaha
memajukan sektor pelancongan di IMT-GT. Sektor industri pembuatan di IMS-GT
telah menarik pelabur dan Singapura dan Malaysia melabur modal di Riau.
iv)
Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau
1 Ini merupakan dilema yang
dihadapi oleh semua negara dalam pakatan kerjasama. Atas dasar kerjasama dan
untuk kepentingan bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dunia,
persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau dapat diminimumkan.
2 Ini berdasarkan kepada dasar ASEAN yang percayakan kepada ‘Memakmurkan
Jiran Anda’ boleh membantu satu sama lain kerana ASEAN beranggapan jiran-jiran
yang makmur itu menjadi rakan dagang yang baik dan memberi sedikit masalah
antara satu sama lain.
3 Membantu negara jiran memajukan sektor ekonomi tidak menjejaskan kepentingan
negara kerana akhirnya kemakmuran negara jiran tersebut membantu kemakmuran
negara yang dibantu. Dalam jangka panjang, kepentingan negara tidak terjejas.
4 ASEAN yang makmur bererti ASEAN yang stabil. ASEAN yang stabil bererti ASEAN
yang aman. ASEAN yang lemah dan miskin tidak membawa manfaat kepada nggotanya.
5 Persaingan antara negara serantau dapat diminimumkan melalui pengkhususan.
Pengkhususan akan menguntungkan kedua-dua pihak kerana setiap negara anggota
akan memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mana
negara tersebut mempunyai kelebihan persaingan. Dengan kerjasama antara
syarikat negara anggota dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermakna keuntungan
dikongsi bersama.
v) Pencemaran rentas sempadan
1 Kejadian jerebu yang menjejaskan kualiti udara beberapa buah negara
anggota ekoran aktiviti pembakaran hutan di Indonesia telah membawa kepada
usaha mengatasi masalah jerebu secara lebih serius.
2 Ini membuktikan baliawa ASEAN mempunyai komitmen yang tinggi dan serius
menangani masalah jerebu merentas
sempadan. Hasil daripada
perjanjian ialah sebuah badan yang dipanggil ASE44J( Coordinating Centre
for Transboundry Haze Pollution Control) ditubuhkan.
3 Kerjasama mi bererti ahli-ahli bekerjasama mencegah dan mengawal
punca-punca pembakaran dengan mendirikan satu sistem amaran awal, bertukar
maldumat dan teknologi.
vi)
Keselamatan serantau.
1 Kebelakangan ini
kerjasama dalam keselamatan serantau menjadi semakin penting ekoran daripada
ancaman keganasan yang menjejaskan keselamatan dalam negara dan serantau.
2 Usaha dilakukan bagi
meningkatkan keselamatan serantau dengan kerjasama serantau melalui pertukaran
maklumat, kepakaran dan Iatihan tentera negara anggota
3 Ancaman kumpulan pelampau bukan sahaja menggugat dan
mengancam kestabilan dan keselamatan negara, tetapi boleh menjejaskan ekonomi.
Perbincangan sering diadakan sama ada di peringkat pegawai mahu ASEAN pun di
peringkat menteri berhubung keselamatan serantau bagi mencari alternatifterbaik
menangani gelaja ini
Langgan:
Catatan (Atom)
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...