Pada tahun 2012, jumlah penduduk Malaysia
dianggarkan 27.2 juta orang. Purata kepadatan penduduk ialah kira-kira 84 orang per km persegi. Namun begitu, taburan penduduknya adalah tidak
seimbang. Pola taburan penduduk di Malaysia boleh dibahagikan kepada
penduduk padat, penduduk sederhana padat dan penduduk jarang.
Kawasan berpenduduk padat (melebihi 200 orang per km persegi) terdapat di kawasan
yang rata, subur serta sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian,
perhubungan, perkilangan, perkhidmatan dan perindustrian.
Kebanyakan kawasan berpenduduk padat terletak di jaluranPantai Barat
Semenanjung Malaysia yang bermula dari utara hingga selatan Semenanjung
Malaysia. Antara kawasan berpenduduk padat seperti di Dataran
Kedah-Perlis, Lembah Kinta di Perak, Lembah Klang di Selangor, sekitar
bandar Seremban di Neger Sembilan dan di sekitar bandar Johor Bahru di
Johor. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula kawasan berpenduduk padat terletak di Dataran Kelantan di kelantan, Kuala Terengganu di Terengganu dan bandar Kuantan di Pahang.
Selain itu, bandar-bandar utama di setiap negeri juga berpenduduk padat
kerana fungsinya sebagai ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan,
pusat kewangan dan pusat industri seperti Seremban, Ipoh, George Town,
Kangar dan Kota Bharu.
Kawasan berpenduduk sederhana padat (antara 50 hingga 200 orang per km persegi) tertumpu di kawasan
penanaman padi, getah dan kelapa sawit, pesisir pantai, bandar kecil
dan sederhana serta kawasan rancangan tanah kerajaan. Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pula kawasan berpenduduk sederhana pada terletak di sekitar Kulim dan Jitra di Kedah, Teluk Intan di Perak, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Batu Pahat dn Muar di Johor. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kawasan berpenduduk sederhana padat terletak di antara Dungun
dengan kawasan luar Kuantan, Daerah Bachok di Kelantan, sekitar bandar
Jerantut di Pahang dan sekitar bandar Mersing di Johor.
Selain itu, kawasan berpenduduk sederhana terletak di kawasan rancangan
kemajuan tanah seperti di Jengka, Pahang Tenggara (DARA), Johor Tenggara
(KEJORA), Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Kawasan berpenduduk jarang (kurang 50 orang per km persegi) biasanya terletak di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang, berhutan tebal seperti di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Tahan serta kawasan berpaya di bahagian timur Johor.
Kawasan ini mempunyai penduduk jarang kerana kurangnya kemudahan
pengangkutan. Penduduk di kawasan ini tinggal berelerak dan menjalankan
kegiatan pertanian pindah.