Ahad, Oktober 07, 2012

MEMAHAMI TRANSFORMASI DESA

 Transformasi Desa dan Pembandaran

1. Transformasi Desa: 
Proses perubahan yg berlaku kepada kws luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kws desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kws desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Pembandaran Desa:
Bermaksud melengkapkan kws desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kws desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar.

3. Pembangunan tidak seimbang
Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah.

4. Dasar
Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.

5. Pembangunan In-situ
Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa.

6. Pembangunan Pertanian bersepadu
Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa.

7. Pembangunan wilayah
Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar.

8. Pembandaran/Urbanisasi
Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat kompleks. Meliputi aspek berikut:
a) pertambahan jmlh penduduk di bandar
b) perluasan saiz bandar
c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden
d) perubahan cara hidup

9. Ketersampaian: 
Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan.

10. Bandaraya Primat:
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.

11. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

12. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

13. Metropolis
Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org.

14. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.

15. Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.

16. Bandar Satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.

17. Setinggan
Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024