SULIT*
942/1
STPM 2010
GEOGRAFI
KERTAS 1 ALAM SEKITAR FIZIKAL
(Tiga jam)
PEPERIKSAAN EXCEL JABATAN PELAJARAN SABAH
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Arahan kepada calon:
Jawabempat soalan.
Markah kepujian akan diberikan kepada anda sekiranya anda menggunakan peta-peta
lakar dan gambar-gambar rajah yang sesuai.
Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh-contoh yang khusus dan teliti yang
dikaji melalui kajian luar dan kajian tempatan yang dibuat sendiri.
Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [].
Sekiranya bahan-bahan yang perlu diperiksa dibuat pada peta-peta rangka dunia,
helaian itu hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama
dengan jawapan anda.
sulit
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? [5]
b) Huraikanempat fenomena yang berlaku hasil putaran bumi [8]
c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber
semula jadi. [12]
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik? [5]
b) Huraikantiga proses endogenik yang mewujudkan pelbagai bentuk muka bumi. [10]
c) Jelaskantiga pengaruh bentuk muka bumi hasil proses endogenik terhadap
aktiviti manusia. [10]
3. a) Nyatakantiga perbezaan antara kesotan tanih dengan gelongsoran tanih.[6]
b) Huraikanempat faktor fizikal yang mempengaruhi proses pergerakan jisim. [9]
c) Terangkantiga aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya
pergerakan jisim? [10]
ATAU
{a) Apakah yang dimaksudkan dengan arus pesisir pantai?
b) Jelaskanlima faktor fizikal yang mempengaruhi proses geomorfologi di
pinggir pantai. [10]
c) Huraikanlima aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kemerosotan persekitaran
pinggir pantai. [10]
4 Peta 1 menunjukkan taburan tekanan udara di Asia dalam unit milibar (mb).
a) Dengan menggunakan Peta 1, plotkan isobar untuk menunjukkan taburan tekanan
udara di Asia. [10]
b) Huraikan bagaimana perbezaan tekanan udara mempengaruhi kejadian bayu darat
dan bayu laut. [9]
c) Nyatakan pengaruh bayu terhadap kehidupan manusia. [6]
5a) Bagaimana proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera. [5]
b) Huraikanempat punca yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. [8]
c) Jelaskanenam kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar. [12]
6a) Apakah yang dimaksudkan denganinfiltrasi? [5]
b) Huraikanlima faktor yang mempengaruhi kapasiti infiltrasi. [10]
c) Jelaskanlima aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi kadar infiltrasi tanah. [10]
7
a) Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? [5]
b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan bagi ekosistem tasik. [10]
c) Jelaskanlima aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem tasik. [10]
8 Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi,
a) Nyatakan salah satu proses geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut
dan jelaskan maksudnya. [5]
b) Huraikanempat kepentingan kawasan tanah tinggi tersebut terhadap alam
sekitar. [8]
c) Terangkantiga masalah alam sekitar fizikal yang wujud akibat pembangunan
yang pesat di tanah tinggi tersebut. [6]
d) Jelaskantiga langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar tersebut. [6]
SKEMA ALAM SEKITAR FIZIKAL (SET 2)
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? [5]
b) Huraikanempat fenomena yang berlaku hasil putaran bumi [8]
c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber
semula jadi. [12]
a) Putaran bumi merujuk kepada bumi yang berputar di atas paksinya yang
condong pada sudut 23½ º pada satah tengah dari barat ke timur.
b) b1 Kejadian siang dan malam
b2 Kejadian pasang surut air laut
b3 Biasan angindan arus lautan
b4 Perbezaan zon waktu
4 X2 = 8m
c) c1 Tenaga haba daripada matahari
Panel-panel atau sel diperbuat daripada besi, aluminium dll, dipasang
di kawasan lapang / bumbung rumah
c2 Bahan api fosil
Pembakaran arang batu, petroleum dan gas asli
c3 Tenaga haba daripada angina
Kincir-kincir angin dipasang untuk menggerakkan air bawah tanah
untuk minuman ternakan
c4 Air sungai
Pembinaan empangan untuk menggerakkan turbin – tenaga elektrik
c5 Tenaga ombak / pasang surut
Menggerakkan duck- menghasilkan elektrik
c6 Tenaga geotermal
Tenaga air panas menghasilkan tekanan wap untuk menggerakkan turbin c7 Tenaga biojisim – pemnbakaran bahan-bahan organik dalam insinerator c8 Lain-lain mineral yang boleh menghasilkan haba
mana-mana 6 X 2 = 12m
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik? [5]
b) Huraikantiga proses endogenik yang mewujudkan pelbagai bentuk muka bumi. [10]
c) Jelaskantiga pengaruh bentuk muka bumi hasil proses endogenik terhadap
aktiviti manusia. [10]
a) Tenaga endogenik adalah proses dalaman iaitu pergerakan bumi relatif
menghasilkan aliran haba dan material / bahan di sub permukaan / dari bawah
kerak bumi digerakkan oleh reputan radioaktif dan radiogenik.
b) b1. Letusan gunung berapi - terbentuk apabila magma melalui percampuran bahan
kimia galian silica pada suhu yang tinggi. Magma mengandungi bahan dalam bentuk
pepejal , cecair dan gas. Suhu dan tekanan yang tinggi menyebabkan sebahagian
daripada magma mengalir ke permukaan bumi sebagai lava (terobosan) dan
sebahagiannya membeku di dalam rekahan (rejahan)di bawah permukaan bumi.
b2. Pembentukan gunung lipat - berlaku apabila strata rata yang berlapis terdedah kepada
tekanan himpitan dan mampatan. Proses ini menghasilkan bongkah antiklin ( ke atas)an
bongkah sinklin (ke bawah).
b3. Pembentukan lurah gelinciran - apabila strata batuan mengalami regangan di luar
keupayaan untuk kekal sebagai satu unit blok dan tergelincir di antara satu sama lain.Di
zon gelinciran ini kerap kali berlaku gempa bumi dll.
3 x 3 + 1 = 10m
c. c1 Sistem gunung lipat/ banjaran gunung
membentuk legeh sesuatu lembangan sungai dan menjadi kawasan tadahan/ tujuan
domestik/ pelancongan/ pertanian tanah tinggi, cth : Banjaran Titiwangsa
c2 Krater / tasik kawah - merupakan lekukan tasik akibat letusan gunung berapi sesuai
untuk pelancongan, perikanan cth : Danau Toba Indonesia
c3 Lava bes (terobosan) - sesuai untuk pertanian cth: Pulau Jawa
c4 Lurah gelinciran - memajukan industri pelancongan
cth: Lurah Gelinciran Afrika Timur
c5 Geiser - tenaga terma / pelancongan
mana-mana 3 x 3 + 1 = 10 m
3. a) Nyatakantiga perbezaan antara kesotan tanih dengan gelongsoran tanih.
[6]
b) Huraikanempat faktor fizikal yang mempengaruhi proses pergerakan jisim. [9]
c) Terangkantiga aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya
pergerakan jisim? [10]
Perbezaan
Kesotan tanih
Gelongsoran tanih
a1 Kawasan
Cerun yang landai
Cerun yang curam
a2 Kadar pergerakan
Sangat perlahan
Cepat
a3 Kesan
Objek seperti tiang elektrik
dan pagar menjadi condong
Tanah @ batuan runtuh
dikaki ceru
3 X 2 = 6m
b) b1 Kecerunan
b2 Jenis batuan
b3 Hujan
b4 Litupan tumbuh-tumbuhan
b5 Gegaran
mana-mana 4 X2 + 1 = 9m
c) c1 Pertanian / pertanian pindah di cerun bukit. Tumbuhan litupan bumi ditebang,
dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar.
c2 Penternakan - berlaku ragutan berlebihan
c3 Perlombongan / kuari di cerun bukit
c4 Pembinaan jalan raya – peneresandan pemotongan bukit
c5 Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi / cerun bukit
c6 Pembalakan di kawasan cerun bukit / tanah tinggi
c7 Lain-lain kegiatan
mana-mana 3 X 3 + 1 = 10m
ATAU
a) Apakah yang dimaksudkan dengan arus pesisir pantai?
[5]
b) Jelaskanlima faktor fizikal yang mempengaruhi proses geomorfologi di
pinggir pantai.
[10]
c) Huraikanlima aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kemerosotan persekitaran
pinggir pantai.
[10]
a) Arus pesisir pantai merujuk kepada arus yang bergerak selari dengan garis pantai
mengikut arah tiupan angin lazim yang membawa muatan ke pantai dengan keadaan
sudut serong manakala lurutannya berkeadaan sudut tepat dengan garis pantai.
b) b1 Faktor jenis ombak – ombak pembina menimbum pasir, ombak pembinasa
membawa keluar pasir, kelikir dll.
b2 Keadaan cerun pantai – curam atau landai
b3 Bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak)
b4 Arah kedatangan ombak – menyerong atau bersudut tepat dengan pantai
b5 Orientasi pantai sama ada terlindung atau terdedah
b6 Bekalan bahan mendak – kalau kurang bekalan akan berlaku hakisan, kalau
bekalan sentiasa ada atau berlebihan – pemendapan berlaku. (dipengarui
oleh arus pesisir
b7 Litupan tumbuhan (paya bakau)
mana-mana 5 X 2 =10m
c) c1 Pembinaan benteng, cerucuk, pemecah ombak dll – pemendapan pinggir
pantai (mungkin dimendapkan di kawasan yang tidak sesuai)
c2 Perlombongan pasir / pengorekan pasir – hakisan pinggir pantai,
c3 Penebangan hutan bakau – hakisan pinggir pantai
c4 Aktiviti pelancongan – pemcemaran sampah sarap
c5 Pembuangan sisa minyak, kimia dll oleh kegiatan industri perkilangan
c6 Penambakan dan pembangunan – kemusnahan ekosistem laut
mana-mana 5 X 2 = 10m
b) Kenal pasti masa berlaku – bayu laut (siang) dan bayu darat (malam)
1m
b1 Bayu laut – kesan pemanasan matahari yang berbeza daratan (pepejal) lebih cepat
panas berbanding lautan (cecair)
- sel tekanan udara rendah wujud di daratan
- sel tekanan udara tinggi wujud di lautan
- wujud daya kecerunan tekanan udara di laut dan daratan menyebabkan
udara bergerak dari laut ke daratan
b2 Bayu darat – daratan lebih cepat sejuk berbanding lautan pada waktu malam
- sel tekanan udara tinggi wujud di daratan
- sel tekanan udara rendah wujud di lautan
- wujudnya daya kecerunan tekanan udara di daratan dan laut
menyebabkan udara bergerak dari daratan ke laut
2 bayu X 4m + 1m = 9m
c) c1 Kegiatan perikanan pinggir pantai
c2 Meningkatkan aktiviti social dan rekreasi di pinggir pantai
c3 Memajukan pelancongan di kawasan pinggir pantai kerana kelembapan udara
dan penyederhanaan suhu oleh bayu laut
c4 Menggalakkan industri desa seperti pengeringan ikan, sotong, membuat
belacan, membuat tikar mengkuang, batik
3 x 2 = 6m
5. a) Bagaimana proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera.
[5]
b) Huraikanempat punca yang menyebabkan penipisan lapisan ozon.
[8]
c) Jelaskanenam kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar.
[12]
a) a1 Penggunaan gas CFC secara berlebihan
a2 Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu
lalu terurai menjadi atom klorin
a3 Atom-atom klorin bertindakbalas dengan molekul-molekul ozon menyebabkan
molekul ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen
a4 Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin
monoksida
a5 Pengurangan molekul ozon berlaku
b) b1 Industri yang membebaskan gas CFC seperti industri pencuci @ pelarut
b2 Penggunaan baja nitrogen menghakis lapisan ozon
b3 Kapal terbang supersonik membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan
lapisan ozon
b4 Penggunaan alat pemadam api membebaskan gas halon yang menghakis
lapisan ozon
b5 CFC yang dibebaskan oleh penyembur aerosol, peti sejuk dan alat pendingin
udara mempercepatkan proses penghakisan lapisan ozon
mana-mana 4 X 2 = 8m
c) Kesan fizikal
cf1 Sinaran ultra ungu yang berlebihan sampai ke permukaan bumi
cf2 Peningkatan suhu secara globa
cf3 Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi
cf4 Meningkatkan kadar luluhawa dan hakisan
cf5 Mengubah tiupan angin
cf6 Mengganggu keseimbangan kitar hidrologi
cf7 Membantut pertumbuhan tumbuh-tumbuhan
Kesan manusia
cm1 Kancer kulit dan katarak mata
cm2 Melemahkan imunisasi manusia
cm3 Mengubah DNA manusia
(sekurang-kurang satu kesan fizikal dan kesan manusia)
6 X 2 = 12m
6. a) Apakah yang dimaksudkan denganinfiltrasi?
[5]
b) Huraikanlima faktor yang mempengaruhi kapasiti infiltrasi.
[10]
c) Jelaskanlima aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi kadar infiltrasi tanah.
[10]
a) Proses / penyusupan atau penyerapan air secara menegak ke lapisan dalam tanih
melalui liang-liang tanih hingga ke aras mata air / akuifer
Atau formula:
Infiltrasi = Jumlah kerpasan – sejahpeluhan + air larian permukaan
b) b1 Intensiti hujan
b2 Struktur geologi permukaan
b3 Litupan permukaan
b4 Keporosan dan ketelapan
b5 Sifat air perkolasi
b6 Profil tanah
5 X 2m = 10m
c) Menambah kadar infiltrasi
c1 Penggunaan baja organik
c2 Membajak tanah
c3 Sistem perparitan di kawasan tanah rata
c4 Projek tanam semula hutan
c5 Memelihara cacing tanah
Mengurang kadar infiltrasi
c6 Aktiviti penyahutanan
c7 Pertambahan permukaan bertar dan konkrit
c8 Tarahan cerun
5 X 2 = 10m
7. a) Apakah yang dimaksudkan denganautotrof?
[5]
b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan bagi ekosistem tasik.
[10]
c) Jelaskanlima aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem tasik.
[10]
a) Autotrof merujuk kepada segala jenis tumbuhan yang berupaya memproses
makanan sendiri dengan bantuan cahaya matahari melalui proses fotosintesis
b) b1 Matahari – tenaga dipindahkan kepada tumbuhan untuk fotosintesis – disimpan
dalam bentuk kabohaidrat, protien, lemak, dan asid tumbuhan
b2 Pengguna primer memakan zooplankton dan cacing, tenaga digunakan
untuk membiak dan bergerak
b3 Pengguna sekunder mamakan daging sahaja seperti ikan kecil, tenaga
digunakan untuk bergerak dan membiak
b4 Pengguna tertiar memakan daging dan tumbuhan seperti ikan besar, tenaga
digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak
b5 Pengurai yang terdiri daripada organisma mikro seperti bakteria, mengurai dan mereputkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah mati, bahan yang reput itu boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai baja dan nutrien
5 X 2 = 10m
c) c1 Pertanian – bahan kimia, racun makhluk perosak dan rumpai
c2 Pelancongan – pembuangan bahan buangan
c3 Perlombongan – minyak dan bahan mendak
c4 Pengangkutan – minyak dan bunyi bising
c5 Industri – sisa toksik
c6 Ternakan – najis babi
c7 Lain-lain – perikanan
5 X 2 = 10m
8. Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi,
a) Nyatakan salah satu proses geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut
dan jelaskan maksudnya.
[5]
b) Huraikanempat kepentingan kawasan tanah tinggi tersebut terhadap alam
sekitar.
[8]
c) Terangkantiga masalah alam sekitar fizikal yang wujud akibat pembangunan
yang pesat di tanah tinggi tersebut.
[6]
d) Jelaskantiga langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar tersebut.
[6]
a) a1 Gerakan jisim
Semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa menuruni cerun akibat tarikan
graviti tanpa bantuan agen geomorfologi secara langsung
a2 Hakisan
Proses pengukiran permukaan bumi dan pemindahan bahan oleh agen-agen
Hakisan seperti air yang mengalir, hujan, angin, glasier dan ombak.
mana-mana 1 X 5 = 5m
b) b1 Kawasan tadahan hujan
b2 Habitat fauna
b3 Bekalan oksigen
b4 Destinasi pelancongan dan ekopelancongan
b5 Kawasan sumber pembalakan
b6 Kawasan pengeluaran sayur-sayuran dan bunga-bungaan
b7 Sumber ubatan dan penyelidikan
b8 Kawasan petempatan mewah
mana-mana 4 X 2 = 8m
c) c1 Hakisan
c2 Tanah runtuh
c3 Kehilangan kawasan tadahan air
c4 Peningkatan suhu
c5 Kemusnahan habitat
c6 Kepupusan hidupan liar
mana-mana 3 X 2 = 6m
d) d1 Perundangan – terdapat undang-undang mengawal pembangunan seperti Kanun
Tanah Negara 1965, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Pemuliharaan
d2 Garis panduan – Garis Panduan Topografi, Garis Panduan Pembangunan di
Kawasan Tanah Bukit 1997
d3 Perancangan guna tanah
d4 Kempen dan kependidikan
d5 Langkah-langkah kesrukturan – hutan rizab, penyimenan mengawal cerun
mana-mana 3 X 2 = 6m
Ahad, Ogos 08, 2010
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...