WELCOME BACK TO MY BLOG....2018
NAMA :
…………………………………………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………
|
SULIT
942/3
Geografi
Kertas1
STPM
2018
1 jam
|
942/3 STPM
MODUL GURU-CAKNA
GEOGRAFI
SMK TENGKU IBRAHIM
SETIU
TERENGGANU
KERTAS 3
(Satu
jam)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHARU
(NEW MALAYSIA HIGHER SCHOOL
CERTIFICATE)
|
Jawapan untuk semua soalan bagi Bahagian A dan bagiBahagian B hendaklah ditulis dalam ruang
yang disediakan dalam kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
____________________________________________________________________________________
Kertas
soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.
BAHAGIAN A: Alam sekitar
fizikal
[20
markah]
Jawab semua
soalan.
1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
kitar karbon? [2]
Kitar karbon merupakan proses
pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida)
dalam atmosfera secara berterusan.
(b) Jelaskan dua proses terlibat
dalam kitar karbon. [4]
(i) Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas
karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis.
Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi
unsur-unsur karbon daripadanya.
Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan
dantubuh haiwan akan mereput.
Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan
kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida.
(ii) .
Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan
petroleum juga membebaskan karbon dioksida.
Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon
dioksida. Jadi,proses-proses seperti
pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis
(c) Terangkan dua pengaruh tindakan manusia terhadap
kitar karbon. [4]
i)
Ø Pembakaran bahan api fosil (kenderaan
/kilang) – membebaskan co2 ke atmosfera.
Ø Penanaman tumbuhan- galakkan fotosintesis dgn
menggunakan co2 serta tingkatkan jumlah oksigen dalam udara.
ii)
Ø Penebangan hutan /pembalakan tingkatkan co2
di udara-sepatutnya digunakan oleh tumbuhan utk footosintesis
Ø Penebangan hutan juga menyebabkan berlakunya
pereputan dan ini akan menambahkan co2 dam tanih
Ø Perlombongan arang batu dan petroleum
bebaskan karbon di atmosfera
Ø Pembakaran sampah – tambahkan jumlah karbon
dalam udara
2 (a) Jelaskan dua kesan pemanasan
global terhadap sistem geomorfologi. [4]
( i) JEREBU
Jerebu berlaku
disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang
terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena
jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh
menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
(ii) PENIPISAN
LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon
(CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC
terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk.
Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan
membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan
ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh
memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak
mata.
- KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah
hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam
lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke
atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak
haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana
berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen
monoksida dan metana ke atmosfera.
- HUJAN ASID
Di kawasan
perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi
gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air
dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia
dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan,
merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia
terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
(b) Terangkan
kepentingan alam sekitar berikut terhadap kehidupan manusia. [6]
i)
litosfera
-Sebagai tempat
tinggal manusia..manusia menggunakan litosfera untuk membina rumah sebagai
tempat kediaman.
-Sebaiai sumber
makanan.;iosfera dijadikan sebagai kawansan pertanian seperti kelapa sawit.padi
,gandum dan sebagainy
-sebagai sumber
bahan mentah terutaman hasil hasil dari litisfera seperti besi.emas dan
sebgainya
ii)
biosfera
-Sebagai sumber
makanan seperti tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam hutan hujan tropika.
-
iii) hidrosfera
-Membekal
sumber protein utama kepada manusia.seperti ikan .udang dan sebagainya
-sebagai
jalan pengangkutan utama seperti perkapalan seperti selat melaka
=penjanaan
tenaga eletrik seperti tasik kenyir terengganu
Bahagian
B:
Alam Sekitar Manusia
[20
markah]
Jawab semua soalan
3.
a) Berikan maksud pencemaran udara merentas
sempadan. [2]
-Pencemaran
udara merentas sempadan bermaksud
sesuatu pencemaran yang berlaku seperti jerebu di sebuah Negara dan kesannya turut
di rasakan oleh Negara lain,seperti fenomena kejadian jerebu di Indonesia turun
di rasai oleh Negara jiran seperti Malaysia dan singapura.
b)
Bagaimanakah aktiviti
perindustrian telah memberikan kesan negatif kepada unsur-unsur cuaca dan iklim bandar. [4]
i) Ibdustri akan melepaskan gas gas beracun
seperti karbon monoksida dan karbon dioiksida yang akan menyebakan berlakunya
pertambahan kepekatan gas tersebut di atmosfera dan akan menyebabkan ini kan
mengubagh beberapa unsur cuaca seperti keamatan sinaran matahari menjadi tinggi
dan seterusnyan menggalakan kejadian angina kencang dan hujan yang lebat.
ii)
Perindustrian juga melepaskan gas CFC yang bertindak untuk menipiskan lapisan
ozon yan turut menganggu unsur unsur iklim dan cuaca seperti akan meningkatan
suhu sesuatu kawasan dan akan menyebaknan kejadian kebaran yang akan
menghasilkan jerebu.
c)
Cadangkan dua langkah bukan perundangan yang
boleh diambil bagi mengurangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap
persekitaran fizikal bandar.
[4]
i) Memasang alat penyerap dan penapis di setiap
cerombong kilang industri,,langkah ini akan dapat mengurangkan pembebasan bahan
bahan pencemar seperti gas ke udara.
ii)
Mengadakan kempen yang menyeluruh samada di media massa atau media cetak dan
mestilah disasarkan kepada masyarakat dan pemula pemula industry.supaya mereka
memahami kepentingan kebersamaan menjaga
alam sekitar daripada tercemar.
4 a) Apakah
yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar? [2]
Pengurusan alam sekitar bermaksud
bagaimana atau cara cara pengurusan alam yang terbaik demi keperluan masa kini
dan juga untuk generasi akan dating..iaitu melalui kaedah pemeliharaan dan
pemuliharaan.
b)
Terangkan prinsip
“mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup” dalam
prinsip pembangunan lestari. [4]
i) Prinsip tersebut bermaksud didalam
kita berusaha mencapai tingkat kualiti ekonomi
yang terbaik untuk masa kini,kita juga harus mengekal sumber sumbernya
supaya sumber sumber ini seperti air,tanah,udara dan tumbuhan sentiasa ada dan
mampu diekpoloitasi dari masa ke semasa tanpa ada pengurangan.
ii) Prinsisp ini juga menekankan kepada
pengurusan sumber secara lestari melalui konsep pemeliharaan dan pemuliharaan
sejajar dengan pertumbuhan kualiti ekonomi sesebuah Negara.
c) Bagaimanakah
konsep pembangunan lestari boleh diterapkan dalam menangani masalah peningkatan
suhu setempat. [4]
i) menggurangkan penggunaan bahan
api fosil oleh kenderaan di sesebyah Bandar dan menggalakkan penggunaan
perkhidmatan awam mampu menanggani masalah peningkat suhu di bandar
ii)-Konsep bumbung hijau dan pancuran air di puncak
puncak bangunan juga mampu untuk menanggani peningkatan suhu setempat contohnya
di bandaraya Kuala Lumpur.terdapatnya bangunan bangunan yang ad ataman taman
hijau di puncaknya seperti bangunan GoldMines Resort dan pancuran pancuran air
di kemuncak bangunan banguna pencakar langit sepert menar MayBank dan Daya
Bumi.