Beberapa bulan dahulu kita dikejutkan dengan berita mengenai benua amerika dilanda beberapa ribut taufan seperti Hurricane Harvey, Hurricane Irma dan Hurricane Jose. Tetapi,
tahukah anda apakah itu sebenarnya ribut taufan? Apa pula bezanya
dengan puting beliung? Di samping dua soalan yang admin ajukan itu,
mungkin ada selalu mendegar terma di dalam bahasa Inggeris seperti
hurricane, typhoon, dan tropical cyclone. Di dalam bahasa Melayu
ketiga-tiga tersebut adalah ribut taufan, tetapi kenapa di dalam bahasa
Inggeris ada 3 terma yang berbeza pula ya? Jadi di dalam artikel kali
ini admin akan membincangkan mengenai persoalan-persoalan tersebut.
Apa itu ribut taufan?
Ribut taufan merupakan sejenis ribut yang terjadi di kawasan lautan
tropika dan sub tropika. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk
mengetahui di manakah kawasan tropika dan sub tropika.
Ribut taufan merupakan ribut pada tahap yang terakhir, terdapat 4 tahap untuk ribut, bermula dari disturbance, depression, storm, dan tropical cyclone (ribut taufan). Apa
yang membezakan di antara ketiga-tiga ini adalah kekuatan dan kelajuan
ribut itu. Tahap yang pertama adalah disturbance ataupun ribut petir.
Ribut petir ini sudah tentu tidak asing lagi bagi semua orang, di mana
akan berlaku hujan beserta petir. Tahap yang kedua pula adalah tropical depression. Tahap ini adalah di mana angin sudah mula berpusar dan kelajuan pusaran angin adalah tidak melebihi 63 km/j (34 knot). Apabila kelajuan pusaran angin bertabah kuat dan laju, kita akan masuk kepada tahap yang ketiga, iaitu tropical storm ataupun ribut tropika. Kelajuan angin pusaran ribut tropika adalah kebiasaannya di antara 63 – 118 km/j. Bayangkan kalau kita bawa kereta dengan kelajuan 100 km/j
dan kita hulurkan kepala kita di luar tingkap, macam tu lah kekuatan
anginnya. Tahap yang terakhir adalah tahap dimana ribut taufan sudah
terbentuk dengan kelajuan angin melebihi 118 km/j.
Struktur dan Formasi
Apabila sudah terbentuknya ribut taufan ni, ianya akan diklasifikasikan
kepada pelbagai kategori, antara kateogri yang mungkin anda semua selalu
dengar adalah Saffir-Simpson Hurricane Scale (Kategori 1 – 5). Sebenarnya skala kelajuan angin ribut taufan adalah berbeza mengikut tempat,
dan setiap tempat mempunyai kelajuan angin yang berbeza untuk setiap
kategori. Jadi, kebiasaannya kategori yang digunakan untuk ribut taufan
di benua Amerika tidak akan sama dengan kategori yang digunakan di benua
Asia. Untuk
menyelaraskan kelajuan angin ribut di semua tempat, satu skala
universal telah digunakan, iaitu skala Beaufort. Skala ini digunakan
untuk mengklasifikasikan kekuatan angin secara umum, dan bermula dari skala 0 hingga 12. Walau bagaimanapun, kelajuan angin untuk ribut taufan kesemuanya adalah pada skala 12.
Kekuatan ribut taufan dijana oleh haba dari lautan dan wap-wap air.
Semakin lama dan banyak haba dan wap air diserap oleh ribut taufan,
semakin laju lah ia. Kelahiran sesebuah ribut taufan bermula apabila
udara panas dari permukaan lautan naik ke atas dan meninggalkan ruangan bertekanan rendah. Ini akan membuatkan udara persekitaran akan cuba untuk memenuhi ruangan bertekanan rendah
itu. Udara tersebut juga turut akan menjadi panas dan kitaran udaran
akan berterusan. Udara panas yang naik ke atas itu juga akan turun
membawa wap-wap air. Wap-wap tersebut akan menyejuk melalui proses
kondensasi dan melepaskan haba lalu membentuk awan (awan Cumulonimbus).
Sistem awan ini akan makin membesar dan kitaran udara pula menjadi
semakin laju. Semasa menghampiri pembentukan ribut taufan, udara panas
akan naik secara berpusar, meninggalkan kawasan bertekanan rendah di
bahagian tengah, udara yang sejuk akan cuba memenuhi ruangan bertekanan
rendah di bahagian tengah.
Apabila ribut taufan naik ke darat, kekuatannya akan semakin
berkurangan, ini adalah kerana penjana kuasanya sudah tiada, iaitu udara
panas dan wap-wap air, walau bagaimanapun, ianya akan mengambil masa
yang lama untuk reda.
Bahagian tengah sesebuah ribut taufan dikenali sebagai eye, kawasan
ini sangat tenang berbanding dengan tempat dimana angin berpusar
(eyewall). Lihat video di bawah ini bagaimana kapal terbang peninjau
cuaca memasuki kawasan eye taufan Irma.
Hurricane vs Typhoon vs Cyclone
Kita selalu dengar akan 3 perkataan ini, ketiga-tiganya membawa maksud
kepada ribut taufan, tetapi kenapa ada 3 nama ya? Ini adalah kerana, apa
yang membezakan di antara ketiga-tiganya adalah lokasi kejadian
berlaku. Boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui kawasan mana yang
ribut taufannya dipanggil sebagai typhoon, hurricane dan cyclone.
Saffir-Simspon Scale hanya digunakan untuk hurricane sahaja (benua amerika), manakala untuk typhoon dan tropical cyclone pula Tropical Cyclone Intensity Scale digunakan.
Puting Beliung
Berbeza dengan taufan, puting beliung pula terjadi di darat dengan
mekanisma pembentukan yang agak serupa. Puting beliung terhasil dengan
wujudnya sejenis awan ribut petir yang dinamakan sebagai Supercell. Awan supercell adalah
awah ribut yang mempunyai pusaran secara melintang di dalamnya.
Awan ini juga menerima tenaga dan kekuatan daripada haba di daratan dan
wap-wap air. Udara panas dari darat akan menghasilkan satu tiupan angin
ke atas yang dipanggil sebagai updraft. Tiupan updraft ini
akan memusingkan pusaran angin itu tadi untuk menjadi tegak. Jika
puting beliung terjadi di kawasan perairan, ianya akan dipanggil
sebagai waterspout. Walau bagaimanapun, kekuatan pusaran waterspout tidak sekuat puting beliung.
Malaysia, Ribut Taufan dan Puting Beliung
Kedua-dua fenomena alam ni juga berlaku di Malaysia. Negeri Sabah
menerima tempias ribut taufan daripada taufan yang melanda Filipina,
manakala puting beliung pula dilaporkan kerap berlaku di kawasan lapang
di Kedah. Waterspout pula sering dilihat di kawasan Jambatan Pulau
Pinang. Lihat video di bawah rakaman kejadian waterspout di Jambatan Pulau Pinang.
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...