Teori Hanyutan Benua
Maklumat Teori Hanyutan Benua
.
Teori Hanyutan Benua
Apa sebenarnya Hanyutan Benua ni? Jom kita baca sikit pasal sejarah hanyutan benua..
Katanya :P
Pendahuluan
Latar Belakang
Hanyutan benua adalah satu teori yang menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada pada hari ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang ahli meterologi dari Jerman, pada tahun 1910-an. Teori ini ditulis dalam bukunya yang berjudul “The Origin of Continent and Oceans”. Menurut Alfred Wegener benua-benua yang berasal pada hari ini sebenarnya berasalkan daripada satu benua yang besar sahaja yang bernama Pangea (Pan = all, Gea = earth) dan dikelilingi oleh laut yang dinamakan Panthalassa (Wegener, n.d.-a). Menurut Wegener, Pangea ini wujud sejak 240 juta tahun yang lalu dan pada 200 juta tahun yang lalu pangea ini terpisah daripada antara satu sama lain. Pangea ini terpisah disebabkan pergerakan di dalam kerak bumi. Apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini. Gerakan-gerakan yang berlaku dalam kerak bumi yang menyebabkan berlakunya hanyutan benua ialah daya mampatan dan daya tegangan. Kedua-kedua daya ini wujud kerana adanya arus perolakan yang panas di dalam kerak bumi. Ketika arus perolakan ini bergerak ia menyebabkan lapisan kerak bumi turut bergerak. Pergerakan ini mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya untuk menjadi benua-benua pada masa kini.
Proses Hanyutan Benua
Zaman Karboniferus, Bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea. Daratan atau tanah besar ini dikelilingi oleh sebuah laut purba yang dikenali sebagai Panthalassa (merupakan dasar lautan Pasifik pada hari ini).
Zaman triasik tengah, terjadi dua hanyutan atau pergerakan benua. Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada dua bagian yang utama iaitu Laurasia dan Gondwana. Laurasia di sebelah utara yang mengandungi benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sebelah selatan ialah Gondwana yang terdiri daripada benua-benua Afrika, Amerika Selatan, Antartik, Australia dan benua kecil India.
Zaman jurasik akhir, proses hanyutan benua telah berlaku dengan lebih giat. Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia bergerak kearah timur dan berpisah daripada Antartik.
Zaman kretasius akhir, proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius. Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan benua Afrika. Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan menghampiri benua Asia. Benua kecil India terus hanyut kearah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan Atlantik.
Zaman tertiari, proses hanyutan benua terus berlaku. Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah dari benua Eropa. India telah bergabung dengan Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan mendekat. Sisa tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.
Bukti Kebenaran
Teori
Bukti Keselanjaran Benua
Kejadian hanyutan benua dapat dibuktikan dengan keselanjaran benua di mana garis di pinggir pantai di beberapa buah benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua ini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan yang besar seperti Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Kejadian ini telah dapat dibuktikan oleh para pengkaji bahawa garis di pinggir pantai boleh dicantumkan untuk menjadi sebuah benua. Kaedah percantuman ini dilakukan dengan menggunakan grafik komputer kerana ianya lebih mudah dan senang untuk dilihat bentuknya. Sebagai contoh, pinggir laut di bahagian barat Afrika dapat di cantumkan dengan pinggir laut di bahagian timur Amerika Selatan. Selain itu, pinggir laut dia Eropah Barat juga dapat dicantumkan dengan pinggir laut di Amerika Utara. Sekiranya garis-garis pinggir laut tersebut dicantumkan dengan teliti, wujudlah keadaan keselanjaran di antara benua-benua tersebut. Menurut Wegener padanan antara benua yang dicantum ini adalah seperti “Jigsaw Puzzle” (Ingolfsson, 2004). Fenomena ini telah membuktikan dan mengukuhkan lagi bagi pendokong tentang teori hanyutan benua tersebut. Walaupun benua-benua ini telah dipisahkan oleh lautan yang luas akan tetapi ia telah membuktikan bahawa bumi kita pada masa dahulu berasal daripada satu benua yang besar yang dikenali sebagai pangea.
Bukti keselanjaran antara benua
.
Bukti Geologi
Kejadian hanyutan benua juga dapat dibuktikan dengan bukti geologi. Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar lautan Atlantik adalah sama dengan enapan yang ditemui di benua Amerika Selatan dan benua Afrika. Enapan tersebut adalah sama dari segi usia dan jenisnya. Penemuan tersebut adalah menggunakan teknik radiometrik untuk keputusan yang lebih tepat dan betul. Bukti geologi yang ditemui itu dikatakan bermula pada Zaman Pra-Kambria sehingga ke zaman Mesozoik. Sebagai contoh, di sepanjang pinggir pantai Brazil di Amerika Selatan terdapat satu jaluran batuan lama yang berusia kira-kira 2000 juta tahun dahulu. Batuan tersebut dikatakan menyerupai dan mempunyai ciri yang sama seperti batuan di Afrika. Selain itu, penemuan bahan mendakan lautan paling awal ditemui di pinggir pantai di kedua-dua buah benua berkenaan dengan mempunyai usia yang sama. Bukti ini telah mengukuhkan lagi akan teori hanyutan benua yang dibuat oleh pengkaji. Penemuan ini juga telah membuktikan bahawa benua-benua di bumi ini telah dipisahkan oleh lautan yang luas seperti Lautan Atlantik.
Batuan yang mempunyai ciri dan usia yang sama.
Bukti Paleontologi atau Fosil
Bahan fosil
juga merupakan salah satu bukti akan terjadinya teori hanyutan benua. Secara logiknya, sesetengah organisma seperti tumbuhan dan haiwan tidak mungkin dapat berpindah jika terdapat halangan seperti lautan yang luas di antara benua, akan tetapi terdapat beberapa fosil haiwan yang sama dijumpai diantara dua benua yang berbeza. Fosil-fosil haiwan yang ditemui di antara dua benua ini adalah sama dari segi usia dan bentuknya. Sebagai contoh, fosil tulang dinasour ini telah dijumpai terpisah di antara dua benua yang dikatakan hidup pada Zaman Jurasik. Pandangan ini telah disokong melalui kajian fosil atau bidang paleontologi. Fosil-fosil yang dijumpai tersebut masih terpelihara dengan sempurna di dalam lapisan ais yang tebal. Oleh yang demikian ini telah membuktikan bahawa benua-benua tersebut pada asalnya adalah satu dan haiwan-haiwan berkenaan hidup di satu kawasan yang sama.
Fosil tulang haiwan yang dijumpai
Bukti geologi
Bukti Paleomagnetisme / Kemagnetan Purba
Menurut kajian paleomagnetisma telah memberi kesan terhadap bumi dimana berlakunya perpindahan kutub, pengalihan dan putaran benua, dan pembalikan medan geomagnet. Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kedudukan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena ini dikatakan berlaku pada Zaman Pra-Kambria sehingga Zaman Pertengahan Tersier. Bukti-bukti kejadian ini telah mengukuhkan lagi tentang berlakunya hanyutan benua pada masa dahulu.
Bukti Oseanik
Teori hanyutan benua dikukuhkan lagi dengan bukti aseanik di mana bukti ini diperoleh daripada lembangan lautan. Lembangan dan dasar lautan adalah relatif lebih muda dari benua di mana umur batuan mencapai sehingga 3500 juta tahun sementara lautan mempunyai usia kira-kira 160 juta tahun iaitu pada Zaman Jurasik dengan kadar mendapan 5mm per 1000 tahun. Ketebalan bahan mendap pada masa kini bagi Lautan Pasifik 400 meter dan Lautan Atlantik 500 meter. Kejadian ini menunjukkan usia batuan tersebut hampir-hampir 200 juta tahun. Bahan mendap lautan yang berhampiran dengan benua adalah lebih tua berbanding dengan bahan mendapan di tengah lembangan. Fenomena ini menunjukkan bahawa dasar laut mengalami perluasan melalui mekanisme perolakan. Di samping itu, adanya garis plat pemusnah telah menunjukkan berlakunya hanyutan benua secara berterusan. Oleh yang demikian terbentuklah benua-benua pada masa kini
KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan oleh Alfred Wegener bumi pada asalnya hanya terdiri daripada satu daratan yang dikenali sebagai pangea. Dari satu daratan telah berpecah kepada dua dan seterusnya sehingga menjadi benua yang ad masa kini. Daratan yang satu ini erpisah disebabkan oleh arus perolakan yang berada di dalam kerak bumi. Arus tersebut telah memanaskan mantel dalam kerak bumi yeng menyebabkan kerak bumi bergerak. Kenyataan ini juga telah dibuktikan dengan beberapa bukti iaitu bukti keselanjaran benua, bukti geologi, bukti bahan fosil, bukti paleomagnet dan bukti oseanik. Bukti-bukti ini telah mengukuhkan lagi tentang kejadian teori hanyutan benua yang telah dikeluarkan oleh Alfred Wegener. Oleh yang demikian jelaslah bahawa kejadian hanyutan benua ini telah menyebabkan terbentuknya benua-benua pada masa kini.
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...