PENGGAL 1 : ALAM SEKITAR MANUSIA
PERTUMBUHAN PENDUDUK
Ø Konsep :
o Pertumbuhan
penduduk biasanya merujuk kepada satu angka perubahan bilangan penduduk
sesebuah negara / tempat pada satu-satu tahun tertentu.
o Perubahan ini
sama ada pesat, perlahan, statik ataupun berkurangan.
Ø Pertumbuhan
penduduk diperolehi dengan mengambil kira tiga perkara;
a. Kadar
Kelahiran Penduduk
b. Kadar
Kematian Penduduk
c. Migrasi
Ø Pertumbuhan
penduduk boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1.
Pertumbuhan Semulajadi @ Pertumbuhan Penduduk Kasar (Kadar Kelahiran
ditolak dengan Kadar Kematian).
2.
Pertumbuhan Bersih @ Pertumbuhan Penduduk (Pertumbuhan Semulajadi
ditambah dengan Migrasi Bersih).
Ø Secara umumnya
Negara-negara Membangun mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Contohnya,
India 2.4 % setahun, Brazil 3.0 %, Thailand 3.1 % dan Malaysia 2.5 %. Manakala
Negara-negara Maju seperti di Eropah mencatatkan kadar pertumbuhan yang agak
rendah iaitu hanya 0.8 % setahun.
Ø Pertumbuhan
penduduk diukur dalam unit peratus @ per 1000 orang.
Contohnya,
Kadar pertumbuhan Malaysia pada tahun 1990 adalah 2.5 %.
Per 1000 = 25 orang / 1000 (pertambahan seramai 25 orang
bagi setiap 1000 orang penduduk)Ø
Peratus Kadar Kelahiran – Peratus Kadar Kematian
Pertumbuhan
Semulajadi dikira dengan menggunakan formula berikut:
Ø Kadar Pertumbuhan Semulajadi + Kadar Migrasi BersiPertumbuhan
Penduduk pula dikira dengan menggunakan formula berikut:
Ø Contoh;
Jumlah Penduduk Malaysia (1990) = 17 812 000 orang
Bilangan Kelahiran = 534 360 orang
Bilangan Kematian = 89 060 orang
Ø Cara Pengiraan;
Langkah 1
i.
x 1000
Kadar Kelahiran Kasar
= Bilangan Kelahiran
Jumlah Penduduk
x 1000
= 534 360
17 812 000
ii.
x 1000
Kadar Kematian Kasar
= Bilangan Kematian
Jumlah Penduduk
= 5 orang /
1000
x 1000
= 89 060
= 30 orang /
1000
17 812 000
Langkah 2
iii.
x 100
Peratus Kadar Kelahiran
= Kadar Kelahiran
1000
= 3 %
x 100
= 30
1000
iv.
x 100
Peratus Kadar Kematian
= Kadar Kematian
1000
= 0.5 %
x 100
= 5
1000
Langkah 3
Ø Peratus Pertumbuhan
Penduduk Semulajadi
= peratus
kadar kelahiran - peratus kadar kematian
= 3 %
- 0.5 %
= 2.5 %
o Oleh itu Kadar
Pertumbuhan Semulajadi Malaysia pada tahun 1990 ialah 2.5 %.
Formula menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk :
r = 1/n Log e (Pn / Po) x 100
r : kadar pertumbuhan tahunan
n : bilangan tahun
Pn : penduduk tahun semasa
Po : penduduk tahun asas
Contoh:
1990 : bilangan penduduk
16 j
2000 : bilangan penduduk
24 j
N = 2000
– 1990 = 10
r = 1/10 Log e (24/16) x 100
= 0.1 Log e (1.5) x 100
Log e
1.5 = 0.4
= 0.1 x 0.4 x 100
r = 4%
Ø Kadar Kelahiran
Konsep :
Jumlah kelahiran bayi berbanding jumlah penduduk pada
pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
Faktor yang
mempengaruhi kadar kelahiran :
Peranan kerajaan, amalan perancangan keluarga, taraf
kesihatan, status kerjaya dan umur berkahwin kaum wanita, taraf hidup dan
sosioekonomi penduduk, faktor hayat, kemampuan ekonomi negara dll.
Ø Kadar Kematian
KonsepJumlah kematian berbanding jumlah penduduk pada pertengahan
tahun berkenaan bagi setiap 1000 orang.
Faktor yang
mempengaruhi kadar kematian :
Peperangan dan politik yang tidak stabil, bencana alam,
penyakit, kebuluran, kemunduran ekonomi, kekurangan kemudahan kesihatan dan
kemudahan asas dll.
Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk
1. Taraf
Kesihatan;
Ø prasarana kesihatan
yang baik seperti hospital dan klinik yang mencukupi serta sistem perubatan
yang cekap dapat membantu mengurangkan kadar kematian.
Ø amalan pemakanan
dan cara hidup yang sihat serta kaedah penyelidikan perubatan juga dapat
meningkatkan taraf kesihatan penduduk.
Ø cth. penemuan
ubatan kuining pada tahun 1970an telah berjaya menyelamatkan berjuta-juta
penduduk Asia dari penyakit malaria.
2. Amalan
Perancang Keluarga;
Ø suatu kaedah atau
teknik moden atau tradisional bagi mencegah, mengurang atau menjarakkan
kelahiran.
Ø melalui kempen
mengurang atau mencegah kelahiran, kaedah-kaedah seperti penggunaan pil
perancang keluarga, kondom, teknik AUD.
Ø cth. pada 1979,
seramai 900 ribu wanita di dunia mengamalkan perancangan keluarga untuk
mengurangkan saiz keluarga dan masalah kesihatan.
3. Peranan /
Dasar Kerajaan;
Ø dasar atau polisi
kerajaan boleh mempengaruhi pertambahan atau pengurangan penduduk melalui
langkah menggalak atau menyekat kelahiran.
Ä Malaysia : Dasar 70 Juta Orang Penduduk.
1 untuk menambah jumlah penduduknya
1 langkah menggalakkan pertambahan kelahiran termasuklah
memperkenalkan rebat cukai pendapatan, menambah cuti bersalin dan meningkatkan
kemudahan rawatan.
Ä China : Dasar Satu Keluarga Satu Anak
1untuk mengurangkan jumlah penduduknya.
1mengenakan denda sebanyak AS$4000, cukai pendapatan yang
tinggi, tidak memberi taraf kerakyatan, menarik kemudahan pendidikan dan
kesihatan.
4. Umur Berkahwin
Kaum Wanita;
Ø wanita
berpendidikan tinggi lebih lambat berkahwin menyebabkan tempoh melahirkan anak
bagi mereka adalah singkat. Ini kerana kadar kesuburan (fertiliti) wanita akan
berkurangan apabila usia meningkat tua. Mereka juga cenderung memilih saiz
keluarga kecil.
Ø perkahwinan di awal
usia 20an sering berlaku di negara-negara mundur dan membangun seperti
Bangladesh, Indonesia, Filipina dll. Manakala penduduk negara-negara yang lebih
maju seperti Britain, Amarika Syarikat, Singapura dll. lebih cenderung
berkahwinan pada usia lewat 30an.
Ø cth. Semenanjung
Malaysia : jumlah perkahwinan pada usia 24 tahun menurun sebanyak 50% dari
tahun 1931 hingga 1980 menyebabkan kadar kelahiran juga menurun.
5. Kestabilan
Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø negara yang stabil
memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa
panjang.
Ø kemampuan ekonomi
membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu
menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø cth. Malaysia mampu
melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana
kestabilan politik dan ekonomi negara.
6. Bencana Alam
dan Perperangan;
Ø bencana alam
seperti tsunami, banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi dll.
mengorbankan banyak jiwa.
Ø
peperangan-peperangan seperti Perang Dunia Pertama, Perang Iraq, Perang
Pasifik dll.
Ø selain itu wabak
penyakit dan kebuluran di kawasan yang mengalami bencana alam juga
mengakibatkan kematian.
Ø cth. kejadian
tsunami pada November 2004 mengakibatkan hampir 25 ribu penduduk Acheh
terkorban.
7. Faktor
Migrasi;
Ø kesan migrasi
memperlihatkan pertumbuhan bersih di sesebuah negara sama ada positif ataupun
negatif.
Ø bagi negara yang
mengalami imigrasi seperti Malaysia, pertumbuhan adalah positif kerana
kemasukan ramai warga asing seperti Indonesia, Bangladesh dll.
Ø emigrasi pula
mengakibatkan pertumbuhan penduduk merosot.
Ø cth. Pahang
mengalami migrasi masuk yang tinggi pada tahun 1970an berikutan pembukaan
tanah-tanah rancangan seperti Felda Jengka, Felda Teriang, Felda Bukit Goh dll.
8. Kestabilan
Politik dan Kemampuan Ekonomi Negara;
Ø negara yang stabil
memberi ruang kepada kerajaan merangka aspek demografi dalam jangkamasa
panjang.
Ø kemampuan ekonomi
membolehkan program pembangunan penduduk dijalankan dan rakyat mampu
menjalankan dasar saiz keluarga besar.
Ø cth. Malaysia mampu
melaksanakan Dasar 70 Juta Orang Penduduk menjelang tahun 2100 kerana
kestabilan politik dan ekonomi negara.
Kesan Pertumbuhan Penduduk Kepada Sosioekonomi Negara
Pertumbuhan penduduk boleh memberi kesan sama ada positif
atau negatif ke atas sesebuah negara bergantung kepada keadaan dan situasi
negara berkenaan.
1 Kesan Positif :
1. Sebagai Sumber
Tenaga :
o penduduk merupakan
aset yang amat diperlukan dalam menjana pembangunan ekonomi.
o pada masa kini
Malaysia amat memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam sektor perindustrian,
pembinaan, pertanian dll.
o juga diperlukan
untuk pembangunan sumber seperti mineral, tanah, hutan, perikanan dll.
2. Meluaskan Pasaran Domestik :
o membantu
memperluaskan saiz pasaran terutama pasaran domestik (tempatan) bagi barangan
keluaran negara berkenaan.
o cth. China
mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion
merupakan kuasa pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik.
Keadaan ini memungkinkannya mendominasi ekonomi rantau Asia pada abad ke 21.
3. Menguatkan
Pertahanan Negara :
o penduduk yang ramai
dapat diserapkan ke unit angkatan tentera bagi menguatkan pertahanan negara.
o cth. Indonesia yang
berpenduduk 250 juta orang mempunyai jumlah angkatan tentera yang terkuat dalam
kalangan negara-negara membangun di rantau ASEAN.
4. Menggalakkan
Proses Urbanisasi (Pembandaran):
o penduduk yang pesat
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kawasan pinggir.
o cth. pertumbuhan
pesat penduduk Kuala Lumpur menggalakkan penyebaran pembangunan di pinggir
bandar tersebut ke Segambut, Hulu Klang, Kepong dan Puchong.
1 Kesan Negatif :
Pertumbuhan
penduduk yang terlalu pesat boleh mengakibatkan kesan negatif. Contoh
negara-negara tersebut ialah negara China, India, Bangladesh, Indonesia dll.
Pada 1987 jumlah
penduduk Indonesia adalah 178 juta orang. Meningkat kepada 203 juta orang pada
tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan 3 % setahun. Kepadatan penduduknya juga
tinggi iaitu 106 orang / km².
Antara kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat
ialah :
1. Kemiskinan dan
Kemunduran :
o pertumbuhan
penduduk yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi mengakibatkan persaingan
bagi mendapatkan pekerjaan yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah
pengangguran dan kemiskinan yang tinggi.
o cth. fenomena
“kemiskinan bandar” akibat pengangguran dan kemiskinan penduduk yang tinggal di
bandar-bandar besar seperti Manila dan Jakarta kesan daripada pertumbuhan
penduduk yang pesat.
o pendapatan per
kapita penduduk Indonesia adalah rendah iaitu sekitar AS$130.00 sahaja.
2. Menggalakkan
Migrasi Golongan Muda dan Profesional :
o kemiskinan,
pengangguran dan kekurangan sumber mengakibatkan penduduk mula berhijrah ke
kawasan atau negara lain.
o kesannya negara
asal akan kekurangan tenaga kerja yang produktif untuk pembangunan negara.
Kesan ini lebih ketara jika emigrasi ini dilakukan oleh golongan profesional
dan intelektual.
3. Tekanan Ke
Atas Sumber Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat menggalakkan penerokaan sumber alam dengan lebih giat
sebagai bahan mentah industri, bahan api, kawasan petempatan dsb.
o cth. pertumbuhan
penduduk yang pesat di China mengakibatkan banyak kawasan pertanian terpaksa
dikorbankan untuk dijadikan kawasan petempatan. Diramalkan menjelang 2045 China
akan mengalami krisis makanan dan tempat tinggal jika kadar pertumbuhan ini
berterusan.
4. Pencemaran
Alam :
o pertumbuhan
penduduk yang pesat memungkinkan impak negatif ke atas alam sekitar terutamanya
terhadap sumber air, udara dan tanah.
o pencemaran air :
kesan dari pembuangan sampah sarap (sisa domestik) dan sisa industri.
o pencemaran udara :
terhasil dari asap kenderaan dan kilang-kilang industri.
o pencemaran tanah :
akibat pembuangan sampah sarap dan sisa pertanian, bahan kimia dll.
o cth. pencemaran
Sungai Klang dan Sungai Gombak akibat pembuangan sisa industri dan sisa
domestik.
5. Kesan Sosial :
o penduduk yang ramai
mewujudkan persaingan yang tinggi terutama dari segi pendidikan, pentempatan,
kesihatan dll.
o pendidikan : jumlah
penduduk yang terlalu ramai tidak mampu ditanggung oleh pihak kerajaan
mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar buta huruf. Cth. Indonesia kadar
buta huruf yang tinggi iaitu 24.8% - kesan : kurangnya tenaga kerja mahir dan
pakar dalam bidang ekonomi.
o petempatan :
kesesakan dan mewujudkan masalah setinggan terutama di sekitar bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Jakarta.
o kesihatan :
pertambahan sampah sarap dan persekitaran yang kotor terutama di kawasan
setinggan menyukarkan kawalan penyakit seperti denggi dan taun.
o jenayah :
pertambahan kadar kemiskinan dan pengangguran di bandar-bandar mengakibatkan
peningkatan kadar jenayah seperti ragut, samun, pelacuran dll.