MEMAHAMI ECO-INOVASI
Eko-Inovasi: Pemacu Kelestarian Alam Sekitar
Pengisytiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia dilihat satu permulaan yang baik bagi menggerakkan usaha-usaha yang seterusnya ke arah penyuburan budaya inovasi di kalangan masyarakat. Antara salah satu usaha yang cukup penting ialah langkah awal kerajaan dengan memperkenal dan mempergiatkan lagi penerokaan eko-inovasi bagi membela nasib alam sekitar yang kian bercelaru pada hari ini. Ia merupakan langkah wajar yang harus disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat bagi memastikan idea dan inovasi ke arah matlamat pelestarian alam sekitar dapat diteroka dan diketengahkan selari dengan usaha mengukuh dan memartabatkan Malaysia sebagai negara Islam contoh di persada dunia.
Eko-inovasi yang digambarkan sebagai hasil dan proses baru yang menyumbang kepada pembangunan mapan serta sekaligus mengurangkan impak ke atas alam sekitar seharusnya diperhalusi sehingga ke akar umbi. Ini bagi memastikan ia mampu digunapakai secara lebih berkesan dan diaplikasi dengan sebaik mungkin bagi mencapai matlamat ekonomi dan juga matlamat pelestarian alam sekitar. Malah, ia penting sebagai proses pembaharuan ke arah mewujudkan suasana alam sekitar yang lebih sihat, selamat dan harmoni.
Pada hari ini, rata-rata negara beranggapan inovasi teknologi sebagai saluran utama yang mampu mengangkat ekonomi mereka ke tahap yang lebih tinggi untuk pembangunan mapan negara. Justeru, penglibatan negara di dalam teknologi mesra alam merupakan satu keputusan yang tepat dan antara usaha jangka panjang bagi memastikan kepentingan alam sekitar terus terpelihara. Dengan penglibatan dan pelaburan di dalam teknologi mesra alam, ia dapat membantu negara mencapai objektif alam sekitar dalam lingkungan yang lebih luas terutamanya bagi mengurangkan masalah perubahan cuaca dunia, pencemaran air dan udara serta meningkatkan keberkesanan penggunaan sumber secara lebih menyeluruh.
Keperluan eko-inovasi terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan pembangunan mapan negara tidak dapat disangkal lagi. Alasan kukuh mengapa ianya perlu ialah, pertama kerana teknologi yang sedia ada tidak mampu menyediakan momentum baru bagi meminimumkan impak dan menangani krisis alam sekitar hasil daripada penggunaan medium teknologi sedia ada seperti bahan bakar fosil dan seumpamanya. Malah, ia kian memberi tekanan dan tidak mampu untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Sedangkan kita seharusnya realistik bahawa cabaran dunia pada hari ini adalah bagi mengurangkan impak hasil daripada penggunaan bahan api fosil dan beralih kepada ekonomi karbon rendah dengan mencari sumber tenaga yang lebih bersih dan selamat. Justeru, atas kesedaran ini maka eko-inovasi dilihat sebagai satu momentum dan pendekatan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang melanda alam sekitar pada hari ini seperti pencemaran, pemanasan global dan pembaziran serta penyusutan sumber ekoran kebergantungan kepada sumber tertentu sahaja.
Kedua, pentingnya eko-inovasi adalah kerana Malaysia memerlukan strategi dan pendekatan baru yang lebih holistik dan bersepadu ke arah menangani ketidakcekapan penggunaan tenaga dan krisis alam sekitar yang saban hari kian membimbangkan. Natijahnya telah dapat kita lihat pada hari ini apabila bencana alam berlaku secara berleluasa diserata dunia lantaran keseimbangan alam yang semakin tergugat. Sampai bilakah kita hanya ingin berpeluk tubuh menyaksikan bencana demi bencana berlaku tanpa melakukan sebarang usaha untuk mengatasi dan mengurangkan impak yang boleh mencetuskan kejadian seumpama itu ekoran ketidakstabilan iklim global.
Ketiga, perlunya eko-inovasi kerana ia boleh membawa perubahan yang besar terutamanya dari aspek penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan efisien. Dengan tranformasi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar dan ekosistem. Ini memandangkan transformasi kepada penggunaan teknologi mesra alam dapat meminimumkan pembebasan gas karbon dioksida yang mencemarkan atau penggunaan karbon sifar yang sekaligus dapat menjadi pemacu ke arah pembangunan ekonomi rendah karbon yang lebih lestari. Ia sangat bertepatan dengan matlamat negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahu 2020.
Malah, penerokaan secara meluas ke atas eko-inovasi akan membuka peluang yang besar untuk pengembangan ekonomi baru berasaskan ekonomi hijau yang pasti memberi pulangan yang lumayan kepada negara. Misalnya, dengan inovasi teknologi yang ditemui dan dibangunkan kita bukan sahaja dapat memanfaaatkannya untuk tujuan pembangunan negara sendiri, malah ia juga dapat dikongsikan dengan negara-negara lain dengan bertindak sebagai pengeksport produk ‘hijau' yang telah kita hasilkan kepada negara-negara yang memerlukan. Ini memandangkan pasaran untuk teknologi dan produk hijau sangat besar, khususnya dalam sektor tenaga bol
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...