Rabu, Oktober 03, 2018

Kejadian Empat Musim








Kejadian empat musim merujuk kepada fenomena alam yang berlaku kesan daripada peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun, terutamanya di negara-negara yang mengalami iklim empat musim seperti negara-negara Eropah dan Asia.

Terdapat empat musim yang dikaitkan dengan fenomena ini, iaitu;
     i) ekuinoks musim bunga (21 Mac)
     ii) solstis musim panas (21 Jun)
     iii) ekuinoks musim luruh (23 September)
     iv) solstis musim sejuk/dingin (22 Disember)

Apa itu ekuinoks dan solstis?

Fenomena ekuinoks merujuk kepada kedudukan matahari tegak di Garisan Khatulistiwa. Manakala solstis pula merujuk kepada kedudukan matahari tegak di atas Garisan Sartan dan Garisan Jadi.

Perubahan fizikal yang berlaku di permukaan bumi semasa kejadian empat musim.

Kejadian empat musim yang berlaku menyebabkan beberapa perubahan fizikal di permukaan bumi, iaitu semasa berlakunya;

i) Ekuinoks musim bunga.
- setiap 21 Mac.
- matahari tegak berada tepat di Garisan Khatulistiwa.

- berlaku musim bunga di hemisfera utara, sebaliknya musim luruh di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam adalah sama panjang.

ii) Solstis musim panas.
- setiap 21 Jun.
- matahari tegak di Garisan Sartan.
- berlaku musim panas di hemisfera utara, sebaliknya musim dingin di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di kutub selatan.

iii) Ekuinoks musim luruh.
- setiap 23 September.
- matahari tegak di Garisan Khatulistiwa.
- berlaku musim luruh di hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan.
- siang dan malam adalah sama panjang.

iv) Solstis musim sejuk/dingin.
- setiap 22 Disember.
- matahari tegak di Garisan Jadi.
- berlaku musim dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.
- siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam malam di kutub utara.

Kesimpulan

Kewujudan musim-musim yang berlainan ini mewujudkan perubahan unik terhadap ciri-ciri fizikal di muka bumi ini yang sudah pastinya sangat mengujakan dan mempersonakan. Perbezaan ini sudah tentunya mempengaruhi pelabagi aktiviti seluruh hidupan yang mendiami muka bumi ini, terutamanya manusia.  

Ia juga menunjukkan kepda kita betapa indahnya ciptaan Tuhan. Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah sedar akan tanggungjawab besar kita untuk mengekalkan keindahan yang sedia ada ini sewajarnya.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024