Kemerosotan Kualiti Sumber Air
Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran
terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari
sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah
dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks
kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur
melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen
Biologikal (BOD), kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli),
kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal terampai (SS), nilai
keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam
sesuatu sumber air tersebut.
Faktor-faktor Kemerosotan kualiti air
1.
Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian,
petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. Air tercemar
apabila partikel tanah terhakis di bawa ke dalam sistem saliran.
2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia.
3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai.
4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang.
5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.
6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki.
7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.
8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.
9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.
Langkah-langkah mengatasi kemerosotan kualiti air
1.
Langkah Perundangan;-Penguatkuasaan undang-undang pengawasan/pemantauan
yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda dan kompaun, menarik
balik lesen operasi dan penjara ke atas mana-mana pihak yang di kenal
pasti mencemarkan sumber-sumber air sama ada dari pekilang, penternak,
pemilik kapal, orang perseoragan dan sebagainya. Langkah ini
dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
2.
Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di
kawasan rizab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi
menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya
kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan
penampan yang tidak boleh di usik untuk pembalakan dan penyahutanan.
3.
Merawat air yang tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air
kumbahan. Disamping memperbanyakkan loji rawatan air.Menyediakan
perangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran
sampah sarap dan melicinkan kadar alirannya.Meningkatkan R&D dan
teknologi ke arah yang tidak mencemarkan alam sekitar khususnya sumber
air.
4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi
mengawal pencemaran laut melalui rondaan bersama, perkongsian teknologi
dan kos pemulihraan/pembersihan air laut yang tercemar.
5.
Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar - menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjada sumber air sebagai
penerus kehidupan.