Isnin, Oktober 29, 2018

TNTI;MEMAHAMI LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN DI MALAYSIA


Langkah Dalam Mengatasi Fenomena Setinggan.



Masalah setinggan sudah lama wujud di negara ini. Banyak pendekatan digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun masalah ini masih dianggap boleh dibendung tetapi sukar dihapuskan sama sekali terutama dalam tempoh kita menghadapi abad ke-21 ini.

 Untuk mengatasi masalah setinggan, langkah pertama yang wajar dijalankan ialah dengan menubuhkan satu unit khas yang dipanggil sebagai Unit Penyelidikan Sosioekonomi. Unit tersebut mempunyai tenaga pakar dalam bidang penyelidikan, ilmu ekonomi , statistik dan sebagainya untuk menjayakan masalah setinggan. Unit ini akan diminta untuk menganalisis semua aspek mengenai setinggan di negara ini, di samping menjalankan kajian tentang peranan yang sebenar yang boleh dimainkan oleh agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun serta pihak swasta tertentu dalam menangani masalah setinggan. Tanpa mempunyai pakar ekonomi yang ditempatkan di Unit berkenaan agak sukar unit itu untuk menjalankan tugas yang amat berat dan mencabar. Tambahan lagi, jika para pengurusan unit tersebut hanya terdiri dari
pada ‘generalists’ maka unit ini pada akhirnya akan menjadi sebuah pejabat pentadbiran sahaja bukan menjadi ‘think tank’ kepada Kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan.

 Perhatian harus diberi kepada masalah tersebut. Unit ini harus diberi kuasa untuk terus mengemukakan cadangannya kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Hal yang demikian, supaya pelaksanaan suatu program tindakan dapat dijalankan dengan cepat, tepat dan berkesan. Dengan wujudnya satu Unit khusus serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, pihak berkuasa akan dapat meneliti masalah yang sebenar yang dihadapi oleh setinggan menjelang abad ke-21 ini. Pada permulaan, perancangan lima tahun pertama dijalankan bagi menangai masalah setinggan, kemudian perancangan bertindak yang lebih mantap dijalankan. Unit ini juga harus dibebankan dengan tugas untuk memperolehi data yang lengkap serta terkini mengenai setinggan di negara ini.

 Satu kajian menyeluruh mengenai setinggan harus dijalankan oleh unit berkenaan. Ia bertujuan untuk mengenal pasti taraf sosioekonomi dan latarbelakang setinggan di negara ini. Dengan mengunakan data kajian berkenaan, pihak berkuasa dapat membuat perancangan yang lebih teratur untuk mengatasi masalah setinggan sebenar. Dalam dunia moden ini, kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu tanpa mempunyai maklumat yang lengkap serta terkini mengenai masalah berkenaan.

 Lazimanya kita menghadapi masalah memperolehi data yang terbaru yang disebabkan kekurangan pakar menyebabkan data yang sepatutnya diperolehi dalam masa singkat terpaksa diperolehi dalam masa yang agak lama ini menggagalkan usaha negara dalam mengatasi fenomena setinggan. Justeru itu, tindakan dalam memastikan unit yang bakal ditubuhkan tidak menghadapi masalah yang disebutkan harus dikajian semula. Dalam mengatasi masalah ini, di dalam perpustakaan unit berkenaan harus dilengkapkan dengan buku, laporan, tulisan dan bahan-bahan yang terkini mengenai setinggan di Sabah dan Malaysia.

 Ini bagi memudahkan para pakar membuat unjuran atau cadangan dan mengemukakan pelan bertindak yang lebih teratur untuk mengatasi masalah setinggan yang menghimpit negara kita menjelang abad ke-21 ini. Sebagai sebuah negara membangun, peranan Kerajaaan amat penting. Dengan usaha Kerajaan yang gigih, sesuatu program dan rancangan itu dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Pemimpin kita diakui mempunyai visi yang amat bernas untuk mengatasi masalah yang menghimpit negara kita. Pemimpin negara mempunyai kuasa untuk menjayakan sesuatu rancangan untuk kepentingan rakyat.

 Dalam keadaan tersebut, peranan yang boleh dimainkan oleh ahli politik memang begitu besar. Ini selaras dengan matlamat membasmi kawasan setinggan disamping menubuhkan unit yang ditugaskan untuk memperolehi idea-idea bernas mengenai penyelesaian masalah setinggan. negara kita mempunyai golongan pegawai pentadbiran yang cekap dan efesen untuk menjalankan tangggungjawab mereka dengan sebaik-baik yang mungkin. Sebagai contoh, Ahli politik disesebuah kawasan boleh memainkan peranan yang agressif sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing, mereka juga boleh mengemukakan idea dan cadangan yang bernas bagi mengatasi masalah setinggan.

 Ini disebabkan sebagai seorang wakil rakyat di sesebuah kawasan yang diwakilinya, beliau sentiasa bergaul rapat dengah ahli-ahlinya yang sebahagiannya turut merupakan penduduk atau masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan. Justeru, masalah mereka lebih diketahui oleh ahli politik atau wakil rakyat di kawasan mereka sendiri dan usaha ini akan dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana mereka dapat mempengaruhi penduduk setinggan yang menjadi penyokongnya dengan memberitahu bahawa dalam perjalanan pembangunan negara, sudah tentu ada pihak akan mendapat keuntungan, tetapi tidak kurang jua terpaksa berkorban untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.

 Hal ini bermaksud untuk memajukan negara, kawasan setinggan yang menjadi penghalang kepada kemajuan negara harus di musnahkan namun, penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan diberi penempatan yang lebih selesa yang di sediakan oleh kerajaan.

Dalam keadaan demikian, peranan yang boleh dimainkan oleh ahli politik begitu penting kerana wakil rakyat dalam sesebuah kawasan mempunyai penyokong tersendiri yang mampu memberi kesetiaan dan kerjasama dalam sesuatu pembaharuan yang dilakukan. Hal ini, bermaksud persefahaman antara pemimpin dan penduduk disesebuah kawasan amat penting dan sekiranya ada berlaku konflik kepentingan diri timbul, kepentingan negera dan kepentingan majoriti masyarakat harus diutamakan.

 Dengan cara demikian, barulah masalah setinggan yang merupakan salah isu negara boleh diatasi. Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan harus memainkan peranan dalam menangani masalah setinggan yang wujud dibandar. Misalnya Pihak Berkuasa Tempatan boleh melaksanakan setiap program dan rancangan pembasmian kawasan setinggan. Namun yang demikian, usaha yang dijalankan harusla disokong oleh pihak-pihak lain seperti pihak swasta, NGO dan juga persatuan penduduk setempat. .

Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil inisiatif dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan projek perumahan yang berskala besar bertujuan untuk menghapuskan ketidakseimbangan di kalangan penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama Pihak Berkuasa Tempatan  juga dapat menjamin dalam meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin bandar. Selain itu, masalah setinggan yang wujud juga lebih banyak melibatkan Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan, termasuk juga Pejabat Tanah. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah setinggan pihak Kerajaan Negeri perlu bersikap terbuka untuk menangani masalah tersebut.

Dalam hal tersebut, pihak berkuasa tempatan dan negeri harus menguatkuasakan undang-undang tanah dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, kawasan tanah yang terbiar, tanah lombong, tanah pinggir dapat digunakan dan dimajukan untuk mendirikan kawasan perumahan yang berkos rendah untuk menempatkan penduduk yang menjadi penghuni kawasan setinggan serta penduduk yang mempunyai masalah kemiskinan yang tidak mampu untuk membeli rumah. Dalam menjalankan usaha ini kita dapat melihat pihak kerajaan bersungguh-sungguh dalam membasmi masalah setinggan yang wujud di negara kita.

 Misalnya kerajaan telah memperkenalkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang merupakan progam dalam rancangan Malaysia Ketujuh iaitu rancangan yang berlangsung pada tahun 1996 sehingga 2000 dan kemudiaanya diperkembangan dengan mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin yang dikendalikan dibawah Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Objektif utama dalam pelaksanaan projek ini adalah untuk mengawal dan menempatkan semula penduduk dikawasan setinggan dan memberi kemudahan serta meringankan beban golongan miskin dengan cara membina rumah yang lebih selesa dan mampu dimiliki kerana rumah merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia serta rumah yang didiami mampu memberi keselesana dan menjamin keselamatan penghuninya. Selain itu,pihak kerajaan juga perlu menekankan pembinaan rumah berdasarkan Pelan Induk Urbanisasi bagi mengatasi semua masalah di kawasan bandar di seluruh negara serta rangkaian pembinaan rumah yang strategik.

 Melalui langkah ini,golongan yang berpendapatan rendah harus dibantu kerana mereka layak menyewa atau tinggal di tempat lain dan bukannya tinggal di kawasan setinggan Seterusnya, peranan syarikat-syarikat perumahan Kerajaan harus diubah dengan hanya membina rumah yang berkos rendah dan rumah berkos sederhana sahaja. Pihak Kerajaan harus memperuntukkan satu peruntukan yang besar untuk mendirikan rumah pangsa yang murah untuk dibeli atau disewa oleh setinggan.

 Lazimnya kita dapati syarikat-syarikat perumahan Kerajaan negeri lebih berminat berlumba-lumba dengan pihak swasta mendirikan rumah berkos tinggi. Melalui langkah ini pihak pemaju swasta akan diberi tanggungjawab untuk mengendali dan mendirikan rumah untuk golongan menengah dan golongan kaya manakala pihak Perumahan Kerajaan akan mengendalikan pembinaan rumah yang berkos rendah untuk menampung penduduk di kawasan setinggan. Di samping itu, Satu langkah yang dikira berkesan yang pernah dijalankan oleh Kerajaan ialah mengenai syarat atau sekatan mengenai pembelian rumah.
 Mereka yang telah memiliki rumah tidak dibenarkan memiliki rumah yang kedua dan cara ini merupakan salah satu langkah yang berkesan kerana ia bukan sahaja menyekat harga rumah dari melambung tinggi namun juga memberi peluang kepada lebih ramai para setinggan membeli atau menyewa rumah Kerajaan. Penyekatan ini sepatutnya diteruskan untuk kepentingan banyak pihak. Dengan cara ini, peluang yang terbuka itu dapat diraih oleh mereka yang berpendapatan rendah. Bukan pihak yang berkemampuan sahaja diberi peluang untuk menikmati sebanyak rumah yang mereka mampu beli.

 Dalam keadaan harga rumah tinggi, bilangan rumah terhad, pihak setinggan sudah tentu tidak mampu untuk memiliki atau menyewa rumah. Berhadapan keadaan demikian, jalan keluar bagi setinggan ialah dengan sengaja menerokai tanah Kerajaan secara haram untuk mendirikan pondok mereka. Mereka juga seperti kita juga memerlukan tempat tingggal yang selesa untuk tempat kediaman anak-anak mereka.

 Usaha Kerajaan yang teratur untuk memindahkan setinggan juga harus dialu-alukan serta dijalankan. Pemindahan mereka ke sesuatu kawasan penempatan yang baru boleh mengubahkan taraf hidup dan sikap mereka. Pengubahan sikap membuahkan peningkatan taraf hidup mereka masing-masing. Pemindahan ke satu kawasan penempatan baru membolehkan mereka dapat mendiami di kawasan yang lebih teratur dan sempurna. Di samping itu, pihak berkuasa perlu menyediakan projek khas untuk mereka usahakan bagi menambahkan pendapatan yang lebih.

Kawasan penempatan baru juga akan disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti api, air, jalan dan kawasan permainkan disamping anak-anak mereka juga akan akan mendapat persekolahan yang lebih baik. Ini akan memberi peluang mobiliti yang lebih kepada mereka. Penempatan baru juga akan menyelesaikan banyak masalah. Satu daripadanya ialah masalah jenayah di kawasan setinggan yang biasanya dilakukan oleh pendatang tanpa izin yang banyak mempengaruhi penduduk tempatan.

Justeru, dengan pembinaan kawasan penempatan yang baru akan memberi peluang kepada pihak berkuasa mengawal dan membenteras penyakit sosial di kawasan berkenaan.

Setiap tahun kerajan tidak pernah lupa untuk mengumumkan dana bagi membina kawasan penempatan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), Jabatan Perumahan Negara telah merangka beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti Program Perumahan Rakyat Bersepadu, Program Perumahan Rakyat Disewa (Dasar Baru), Program Perumahan Rakyat Dimiliki (Dasar Baru) dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

 Program Perumahan Rakyat adalah salah satu program kerajaan untuk menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Sehingga Disember 2006 bilangan unit yang terlibat adalah sebanyak 95,222 unit yang merangkumi 158 projek. Program Perumahan Rakyat Bersepadu Dilaksanakan mulai Disember 1998 berikutan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), supaya menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan bagi penempatan semula golongan setinggan.

 Matlamatnya ialah supaya memastikan pencapaian setinggan sifar menjelang tahun 2005. Sehingga Disember 2006 bilangan projek yang dilaksanakan ialah 52 yang melibatkan 53,348 unit. Manakala Program Perumahan Rakyat Disewa (Dasar Baru) pula yang dikendalikan di bawah strategi Dasar Baru pelaksanaan Program Perumahan Rakyat oleh kerajaan pada Februari 2002, memberi keutamaan kepada tanah yang disediakan oleh kerajaan Negeri. Kos penyediaan tapak dan pembinaan bangunan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Rumah PPR Disewa adalah disewa pada kadar harga RM124 sebulan. Projek yang telah disiapkan akan diserah kepada Kerajaan Negeri bagi urusan pemilikan penyewa dan kerja-kerja penyelenggaraan. Sasaran utamanya adalah masyarakat setinggan, namun ianya akan dibuka kepada golongan berpendapatan rendah yang lain setelah matlamat setinggan sifar tercapai.

Disasarkan sebanyak 50,000 unit rumah PPR Disewa akan dibina dalam tempoh 5 tahun. Sebanyak 12,426 (14 projek) sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara. Bagi PPR Dimiliki (Dasar Baru) Program ini menggantikan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dibawah strategi dan Dasar baru pelaksanaan PPR pada Februari 2002. Kos tanah dan 50% kos infrastruktur akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk geran tetapi keutamaan diberi kepada tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan membayar sepenuhnya kos pembinaan bangunan dan 50% kos infrastruktur daripada Tabung Pusingan PPR Dimiliki. Harga jualan adalah antara RM25,000 hingga RM35,000 berdasarkan harga tanah dan lokasi projek iaitu di Bandar raya, Bandar besar dan pinggir Bandar, Bandar kecil atau luar Bandar dengan kenaikan tidak melebihi 20% bagi negeri Sabah dan Sarawak. Hasil jualan dimasukkan ke dalam Tabung Pusing PPR Dimiliki untuk membiayai pembinaan Projek-projek akan datang.

Masalah setinggan merupakan satu masalah negera yang berterusan dan memerlukan pengorbanan banyak pihak. Jumlah setinggan semakin bertambah tahun demi tahun disebabkan oleh jumlah tanah yang ada terhad di samping, kejadian bencana alam seperti hakisan tanah dan banjir yang memburukkan keadaan serta menyekang peluang setinggan mempunyai rumah sendiri. Selain itu, pembangunan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri di Malaysia merupakan satu faktor juga mewujudkan setinggan.

 Bandar besar sudah sesak, disesakkan lagi dengan masalah setinggan. Semua negeri berebut-rebut bagi pembangunan yang sama. Begitu juga pelabur lebih berminat melabur di kawasan tertentu. arah aliran ini perlu diubah agar dapat menjamin pekerjaan untuk golongan setinggan. Usaha dalam mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan ini dapat meningkatkan pendapatan mereka sekaligus mengubah taraf hidup golongan tersebut dan membantu mereka untuk berkemampuan dalam memiliki rumah masing-masing.

Langkah ini wajar dijalankan oleh Pihak berkuasa yang mampu membantu dan menempatkan golongan setingggan di dalam bidang kemahiran yang mana sebahagian daripada golongan setinggan ini mempunyai potensi untuk berkembang maju. di samping itu, mereka yang mempunyai pengalaman tertentu dan mereka boleh dilibatkan dalam bidang perniagaan tertentu. Satu institusi kewangan harus dilantik untuk memberi pinjaman kepada ahli anggota keluarga setinggan untuk mengusahakan sesuatu projek atau perniagaan yang boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka.

 Mereka juga mesti diberi rangsangan bagi mengubahkan sikap mereka untuk mencari peluang-peluang baru yang boleh menambahkan pendapatan mereka sepanjang masa agar mereka dapat hidup dengan lebih maju dan tidak memilih kawasan setinggan yang berisiko tinggi untuk menjalankan kehidupan mereka. Pengurangan masalah kawasan setinggan dapat dilihat apabila pendapatan setinggan sudah meningkat di samping pihak berkuasa sudah berkemampuan menyediakan tempat kediaman untuk kebanyakan setinggan di negara ini untuk membeli atau menyewa rumah yang berkos rendah.

Selain daripada itu, langkah menaikkan kadar gaji pekerja dan menyediakan perumahan serta peluang pekerjaan dapat membantu dalam mengurangkan masalah setinggan. kerajaan harus menaikkan gaji pekerja sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Kenaikan gaji ini penting kerana kita tahu dunia pada hari ini kian berkembang pesat terutama sekali melibatkan kawasan bandar. Oleh yang demikian, tahap gaji yang berada pada paras lama sudah tidak relevan dengan arus perbandaran pada hari ini.

 Melihat pada bajet 2012 yang telah dikatakan mampu menangani masalah kemiskinan yang menjadi penyumbang utama dalam kewujudan kawasan setinggan. Hal ini kerana, melalui bajet 2012 ini, pekerja di sektor awam akan mendapat kenaikan gaji dan juga mendapat kadar bonus yang agak lumayan. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu golongan pekerja sektor awam yang berada pada paras kemiskinan untuk keluar dari kancah berkenaan.

Mereka bukan sahaja dapat keluar dari kancah kemiskinan malah mereka mungkin dapat memberi keselesaan yang lebih kepada keluarga mereka sama ada dari segi perumahan dan juga berpeluang memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka. Manakala bagi pekerja di sektor swasta pula, kerajaan telah berbincang dengan pihak swasta untuk meningkatkan gaji pokok pekerja swasta.

Namun, perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana sektor swasta tidak berada di bawah kawalan oleh kerajaan. Namun begitu, kerajaan tetap berusaha untuk membantu golongan pekerja swasta yang berada pada tahap kemiskinan untuk membantu mereka keluar dari masalah kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Walaupun kenaikan gaji pekerja ini tidak dapat menangani masalah setinggan di bandar secara menyeluruh namun kebanjiran pekerja dalam sektor awam mahupun swasta di kawasan bandar ini secara tidak langsung dapat mengurangan masalah fenomena tersebut.

 Hal ini demikian kerana, masalah setinggan yang berlaku bandar terjadi akibat pendapatan yang rendah dan tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar. Oleh yang demikian, menyebabkan mereka mewujudkan kawasan setinggan yang mana dapat mengurangkan kos sara hidup mereka kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi dalam menjalankan kehidupan mereka dimana mereka tidak perlu membayar sewa tanah, bil air dan elektrik.

 Justeru, dengan kenaikan gaji ini secara tidak langsung dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin ini menjalani kehidupan yang lebih selesa dan juga teratur. Kegagalan dalam mengadakan rundingan menyebabkan penduduk setinggan meminta pampasan yang tidak munasabah untuk dipertimbangkan oleh kerajaan menyebabkan masalah setinggan ini tidak dapat diselesaikan dan dibiarkan tergantung.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran mengerakkan kembali pasukan petugas khas mengenai masalah setinggan agar selaras dengan agensi kerajaan tempatan di negeri-negeri (Utusan Malaysia,16 Mei 2005). Oleh itu, langkah lain seperti merujuk kejayaan atau kegagalan Program Setinggan Sifar 2005 bagi negeri Selangor boleh dijadikan kayu pengukur kepada kerajaan negeri yang lain dalam menangani masalah yang sama agar dapat membantu Malaysia bebas dari petempatan setinggan pada masa hadapan.

 Pemaju juga boleh menggunakan kajian atau contoh yang telah dilakukan sebagai rujukan dalam menangani masalah yang sering mereka hadapi dengan kawasan setinggan. Kajian ini juga dapat membantu pihak berkuasa dalam merangka sesebuah kawasan atau bandar supaya lebih tersusun dan terancang agar tidak wujud lagi mana-mana kawasan kosong yang berpotensi untuk dijadikan kawasan setinggan.

Sebagai contoh pihak berkuasa dan pihak pemaju boleh mengumpulkan data yang rapat dengan pengumpulan data primer dan sekunder. Dalam data sekunder maklumat boleh didapati dari sumber seperti buku,  jurnal, laman web, petikan dari akhbar, majalah dan bahan cetak lain yang berkait rapat dengan masalah setinggan.

 Sementara dalam data primer pula maklumat boleh diperoleh dari temubual dengan pihak perancang serta pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menghapuskan setinggan serta melalui kaedah soal-selidik yang diedarkan kepada beberapa penduduk setinggan di kawasan kajian secara rawak. Soal-selidik ini akan memfokuskan kepada pendapat penduduk setinggan tentang hasrat kerajaan untuk menghapuskan setinggan serta sebab-sebab mereka memilih cara hidup sebegini berbanding dengan memiliki kediaman yang sah disisi undang-undang.

 Data yang dikumpul melalui sumber primer dan sekunder akan dianalisa untuk mengenalpasti faktor-faktor wujudnya kawasan setinggan. Masalah yang seringkali timbul dari kawasan ini juga diperbincangkan di peringkat ini. Untuk mencapai objektif, keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh pihak perancang terutamanya dapat dikenalpasti diperingkat ini dan dapat menilai sejauhmana langkah-langkah ini berjaya. Hal ini akan membawa kepada penemuan kajian dan akhirnya akan mencapai matlamat kajian

. Keputusan dari soal-selidik serta temubual yang dijalankan dapat memberi pemahaman serta pendekatan yang lebih mantap bagi mencapai matlamat setinggan sifar di dalam negara. Seterusnya langkah Program perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada golongan yang berpendapatan rendah supaya matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemiskinan.

 Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes yang melibatkan golongan yang berpendapatan tinggi telah memiliki rumah kos rendah. Kes-kes ini timbul akibat kecuaian pengawasan dan kawalan pengagihan rumah kos rendah. Rancangan ini menyentuh tentang pengwujudan satu sistem pendaftaran yang seragam dan berkesan serta mempastikan program-program ini dimanfaat oleh golongan sasaran. Jabatan Perumahan Negara telah mengeluarkan garis panduan pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam.

 Penubuhan Sistem Pendaftaran Terbuka bertujuan mempastikan pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah dan rumah pangsa awam dilaksanakan dengan adil serta menepati kumpulan sasarannya. Garis panduan ini disediakan khusus untuk menyeragamkan dasar dan kriteria pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya agar memanfaatkan kumpulan yang disasarkan. Garis panduan itu, di antara lain menetapkan sistem pemberian markah dalam pemprosesan permohonan membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam dan telah dipersetujui serta diterima pakai oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan-kerajaan Negeri.

Terdapat dakwaan dan rungutan bahawa rumah rumah kos rendah tidak dijual dan dinikmati oleh golongan yang disasarkan dan keraguan mengenai cara-cara yang digunakan untuk memilih pembeli yang layak. Bagi mengatasi masalah-masalah di atas, satu garis panduan telah diwujudkan. Garis panduan ini bertujuan untuk meningkat keberkesanan pelaksanaan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR), Program Perumahan rakyat (PPR) Dana RM500 juta dan projek-projek sektor swasta yang mengandungi rumah kos rendah supaya kemudahan perumahan yang disediakan di bawah program-program ini dimanfaati oleh golongan yang sasaran sahaja. Seterusnya langkah yang dapat dijalankan dalam mengatasi masalah setinggan ialah dengan memperketatkan lagi pengawalan kemasukan migrasi dari luar negara.

 Langkah ini dapat mengurangkan berlakunya kebanjiran masuk migrasi dari luar negara yang menyebabkan wujudnya kawasan petempatan setinggan yang semakin berleluasa di  kawasan bandar. Kemasukan migrasi ini haruslah dipandang serius dan dititikberatkan oleh pihak-pihak berkuasa bagi mengurangkan masalah petempatan setinggan yang akan didirikan oleh golongan tersebut secara haram di tanah-tanah kerajaan yang terbiar.

 Kemasukan golongan migrasi dari luar negara ini berpunca daripada sikap pihak berkuasa yang memandangan mudah perkara tersebut disamping, kemudahan keluar dan masuk golongan ini ke dalam negara kerana tiada kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa di sempadan-sempadan perairan negara. Secara keseluruhannya, terdapat empat sebab utama yang boleh menerangkan punca kemunculan kawasan setinggan di negeri Sabah. Pertama masalah ketidakupayaan kawasan perumahan menampung bilangan penduduk yang semakin meningkat (Dayu, 1981).

Seterusnya kelahiran semula jadi, proses migrasi luar bandar ke bandar dan penghijrahan antarabangsa (Cheong, 1991). Migrasi antarabangsa ini merujuk kepada kemasukan golongan pendatang asing dengan izin ataupun tanpa izin dari dua negara jiran Malaysia iaitu Filipina dan Indonesia.

 Di Kota Kinabalu sendiri, bilangan rumah setinggan telah mengalami pertambahan sejak kemasukan migrasi dari luar negara samaada dari Indonesia dan Filipina yang telah mula dilaporkan sebelum tahun 1970-an lagi (Jalihah, 2004). Terdapat dua tahap perkembangan kawasan setinggan di Kota Kinabalu. Pertama peringkat awal berlaku sebelum 1970-an yang melibatkan setinggan tempatan. Tahap kedua iaitu selepas tahun 1970-an memperlihatkan kemunculan setinggan asing secara berleluasa. Punca kepada masalah disebabkan oleh penghijrahan golongan belia tempatan luar bandar ke bandar dan bertambahnya kemasukan pelarian dari Filipina (Dayu, 1981:142).

 Justeru dalam menangani masalah ini proses bancian perlu dijalankan oleh kerajaan bagi memudahkan pihak berkuasa mengenalpasti warga asing tanpa izin yang mengambil kesempatan menghuni di petempatan setinggan di Sabah. Menurut Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan terus mengambil langkah proatif dalam menangani masalah setinggan secara berterusan melalui pelbagai pendekatan samaada melalui program pemantauan, bancian mahupun menjalan operasi merobohkan kawasan setinggan bagi memastikan tiada kawasan setinggan baru yang akan didirikan.

 Selain itu, langkah lain yang dapat dijalankan adalah dengan meningkatkan kemajuan dan pembangunan di pinggir bandar. Usaha ini dilakukan untuk menjadikan kawasan pinggir bandar turut maju daripada segi pembangunan sealiran dengan pembangunan yang berada di bandar.

Jika melihat kepada kawasan bandar ia selalunya menjadi kawasan tumpuan ramai kerana faktor pembangunan dan kemajuan sekali gus menyebabkan berlakunya aliran migrasi yang akan bertumpu di kawasan tersebut. Penghijrahan ini berlaku dari kawasan luar bandar dan luar negara disebabkan golongan trsebut berapa mereka berada dalam taraf hidup yang rendah serta kurangnya peluang-peluang kemudahan yang tersedia berbanding di bandar.

Oleh itu, untuk mengubah nasib mereka cuba untuk mendapatkan pekerjaan di bandar dan ini akan menyebabkan berlakunya tumpuan masyarakat ke pusat bandar. Kebanjiran penduduk yang berhijrah ke bandar menyebabkan penduduk bandar bertambah ramai dan permintaan untuk sektor perumahan akan turut meningkat seterusnya akan menyebabkan kos rumah sama ada untuk disewa atau dibeli akan bertambah mahal.

Hal yang demikian, akan menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan akan mencari penyelesaian mudah dengan mewujudkan petempatan setinggan. Justeru langkah dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan di pinggir bandar perlu bagi mengelakkan golongan yang tinggal di kawasan pinggir pantai tidak berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka.

Pihak kerajaan terutamanya akan merangka beberapa projek pembangunan yang sesuai untuk dibina di kawasan pinggir bandar, ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang menjalankan aktiviti pekerjaan mereka. Sekiranya pembinaan yang dibuat tidak mengikut efisien penduduk sekitarnya pembinaan yang dibuat mungkin akan sia-sia kerana sektor pembinaan yang dibuat tidak menepati kerjaya mereka.

 Umpamanya, di Terengganu kawasan pinggir bandarnya merupakan kawasan pantai. Oleh sebab itu, segala usaha dibuat adalah menepati kerjaya mereka sebagai nelayan dengan membina jeti untuk pemunggahan hasil tangkapan dan pemberian subsidi minyak. Terdapat  juga pembinaan daripada sektor pelancongan seperti di duyung dan pantai Batu Buruk. Pembinaan kawasan pelancongan ini dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

 Oleh sebab itu, peluang pekerjaan tidak akan tertumpu di pusat bandar sahaja dan ini dapat mengurangkan migrasi penduduk luar bandar terus ke pusat bandar kerana mereka juga mendapat peluang untuk bekerja di kawasan pinggir bandar dengan pelbagai sektor pekerjaan. Disamping kemudahan seperti infrastruktur dan perkhidmatan yag dibina dapat memberi kemudahan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pinggir bandar

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024