Terdapat
beberapa perbezaan di antara proses hakisan galir dan hakisan galur yang dapat
dijelaskan seperti dalam jadual di bawah :
Hakisan galir
|
Hakisan
galur
|
Galir adalah merujuk alur-alur air
yang kekal,bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat.
|
Galur ialah satu unit alur yang paling
kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan ia bersifat sementara.
|
Alur –alur ini lebih besar daripada
gegalur dan biasanya kekal lebih lama.
|
Galur terbentuk akibat hujan yang
lebat tetapi tidak kekal lama dan akan terhapus selepas hujan yang
berikutnya.
|
Hakisan di dalam alur adalah merujuk
kepada hakisan sungai dan percantuman alur-alur di dalam suatu kawasan itu
akan membentuk satu sistem sungai.
|
Hakisan terhasil daripada baki air
yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke
udara,yang meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan
selepas kerpasan (hujan)berlaku
|
Melalui alur-alur inilah air akan
mengalir daripada kawasan yang tinggi (hulu) menghala ke kawasan rendah
(hilir).
|
Aliran air akan menuruni cerun-cerun menuju ke kawasan yang
lebih rendah kemudian dimendapkan.
|
Semasa air mengalir,tebing dan dasar
alur-alur tersebut akan mengalami penghausan,peruntuhan,pelebaran,pendalaman
akibat proses hakisan air sungai ke atasnya.
|
Air yang bertakung di permukaan cerun
bertindak sebagai penghakis,penghaus,memusnahkan partikel-partikel tanah.
|