1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? [5 ]
(b) Jelaskan kesan bahangan suria terhadap bumi dan atmosfera. [ 10 ]
(c ) Jelaskan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di kawasan hawa sederhana [10 ]
2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan aras laut? [5 ]
(b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan aras laut. [10]
(c ) Jelaskan bukti-bukti berlakunya perubahan aras laut
3. (a) (i) Nyatakan jenis hakisan sungai [5 ]
(ii) Jelaskan perbandingan antara sungai peringkat muda dengan sungai peringkat tua. [10 ]
(iii) Dengan merujuk kepada bentuk muka bumi pemendapan sungai, jelaskan kepentingan bentuk-bentuk tersebut kepada aktiviti manusia. [10 ]
Atau
Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda lakukan di sesebuah kawasan,
(b) (i) Nyatakan cara hakisan pinggir pantai. [4]
(ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai. [6]
(iii) Jelaskan tiga bentuk muka bumi yang dihasilkan daripada hakisan pinggir pantai. [6]
(iv) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar hakisan di zon pinggir pantai tersebut. [9]
4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pulau haba? [5]
(b) Jelaskan ciri-ciri di bandar yang mewujudkan pulau haba. [10]
(c) Jelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pulau haba di sesebuah bandar. [10]
Peta ini unt uk soalan 5(b)
5. (a) Nyatakan lima unsur cuaca dan iklim [5 ]
(b) Berdasarkan peta garisan sehujan /isoyhet(di muka surat 3)pada bulan April dan Disember 2007 di Semenanjung Malaysia, bandingkan taburan hujan yang diterima di Semenanjung Malaysia pada bulan April 2007 dengan Disember 2007. [10]
(c) Bandingkan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi manusia di kawasan hawa sederhana dengan kawasan tropika lembap [ 10 ]
6. (a) Jelaskan maksud fasa air. [5 ]
(b) Huraikan proses-proses perubahan air dan tenaga dalam fasa air. [10]
(c ) Jelaskan kesan imbangan air negatif terhadap aktiviti pertanian [10 ]
7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik? [5 ]
(b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan aliran tenaga dalam ekosistem kolam. [10 ]
(c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu ekosistem. [10 ]
8 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan alam sekitar? [5]
(b) Jelaskan bagaimana kebakaran hutan mempengaruhi sistem-sistem yang lain. [10]
(c) Huraikan langkah-langkah pengurusan hutan secara lestari. [10]
ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA? Definisi 1 Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak. Definisi 2.
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negAtif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global iniFaktor pemanasan global.
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
• Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim. • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) . Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi. Pelepasan karbon dioksida. Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit. Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
1) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
2) PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
3) KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
4) PULAU HABA BANDAR
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
5) HUJAN ASID
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
6) KEMARAU Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Mudah-mudahan selepas membaca NOTA ini akan dapat menyedarkan kita betapa pentingnya bumi ini kepada manusia dan makhluk Allah yang lain….
Luluhawa adalah gabungan dua perkataan...iaitu luluh dan hawa.
Luluh membawa maksud sesuatu yang terpisah/tercerai/terjatuh dari struktur asal. hawa pula membawa pengertian tentang perbezaan suhu samada panas,sejuk,lembab,mendung,basah,kering dan sebagainya.
Dalam geofizik luluhawa dapat diertikan sebagai satu proses pemecahan,penyepain,pereputan dan penguraian batuan kepada butiran-butiran kecil secara insitu dengan bantuan unsur-unsur cuaca dan iklim.
Luluhawa boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu;
Luluhawa biologi/organan iaitu proses pemecahan,penyepaian ,pereputan dan penguraian batuan besar kepada kecil samada mengubah sifat kimia batuan atau tidak ini disebabkan oleh kesan kimia dan fizikal proses organik terhadap batuan.
Luluhawa Fizikal: Proses pemecahan dan penyepaian batuan besar kepada kecil tanpa melibatkan perubahan sifat kimia batuan tersebut.
Luluhawa kimia: ialah prosespemecahan, penyepaian dan pereputan batuan yang mengubah saiz dan sifat batuan tersebut.(Memecahkan batuan secara kimia dgn menambah atau menanggalkan (removing) unsur2 kimia, mengubah unsur2 tersebut menjadi bahan2 baru .
KADAR KEBERKESANAN LULUHAWA
1. Kandungan batuan:
Batuan igneus bas yang kaya dengan mineral silikat berbesi akan lebih mudah terluluhawa berbanding dengan batuan igneus asid yang kaya dengan kuarza, dan yang paling stabil ialah batu pasir kuarza. Batuan yang terdiri daripada banyak jenis mineral lebih cepat terluluhawa berbanding dengan sejenis mineral.
Ini disebabkan perubahan suhu yang cepat menyebabkan berlaku pengembangan dan pengecutan yang berbeza untuk mineral yang berbeza.
2. Struktur batuan:
Kepadatan retakan dan lapisan yang nipis akan menyediakan ruang atau permukaan yang luas untuk tindakan luluhawa. Air akan masuk ke dalam satahsatah ini, dan akan mempercepatkan proses luluhawa. Kedudukan retakan atau lapisan yang condong atau menegat akan memudahkan air memasuki celahan yang ada berbanding dengan lapisan atau retakan yang mendatar
3. Iklim:
Iklim memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan jenis luluhawa yang mana yang akan dominan. Di kawasan lembab yang banyak hujan, proses luluhawa kimia akan lepih dominan, dan di kawasan gersang pula, luluhawa fizikal yang dominan. Di kawasan lembab ini biasanya banyak ditutupi oleh tumbuhan, jadi luluhaw biologi juga tinggi di kawasan ini. 4. Masa:
Semakin lama proses luluhawa berlaku, makin besar pengaruhnya
5. Topografi:
Kawasan berjasad timbul tinggi (kawasan yang mempunyai cerun yang curam) akan mudah terhakis, dan ini menyebabkan jasad batuan tidak sempat terdedah kepada proses luluhawa untuk jangka masa yang lama. Hasilnya, kita akan perhatikan di kawasan berjasad timbul tinggi, batuannya masih dalam keadaan segar. Keadaan sebaliknya berlaku untuk kawasan berjasad timbul rendah atau kawasan yang rata. Proses luluhawa yang bertindak akan membentuk tanah yang tebal.
6. Tumbuhan & Haiwan:
Tumbuhan boleh mempercepatkan proses luluhawa biologi dan juga luluhawa kimia. Haiwan boleh membuat lubang dan sebagainya.
Terdapat 5 proses dalam luluhawa kimia
a Larutan (solution) b Pengoksidaan(oxsidation) c Pengkarbonan (carbonation) d Penghidratan (hydration) e Urai air (Hidrolisis)
Proses larutan
Keberkesanan larutan bergantung kepada mineral dan banyaknya air yang terkena atau masuk kedalam batuan tersebut,Pelbagai jenis mineral boleh larut dalam air sebagai contoh air hujan melarutkan mineral batuan seperti natrium klorida(garam),gipsum dan batu kapur.
Keadaan ini akan menyebabkan batuan yang mengandungi unsur ini aka terlarut dan meninggalkan batuan asal dalam keadaan berongga,rapuh dan mudah pecah.Di kawasan batu kapur tindakan kimia melalui proses ini akan menghasilkanlubang-lubang bulat dalam batuan asal yang dikenali sebagai (honeycomb)
Suhu yang panas juga akan menyebabkan air hujan juga menjadi panas dan ini akan menggalakkan proses larutan.Mengikut Van hoff semaki tinggi suhu kadar luluhawa akan menjadi semakin tinggi.