Ahad, November 11, 2018

TNTI:LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PANTAI


PINGGIR PANTAI
Konsep Pantai

Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

Kata kunci
-          pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
-          di kawasan pinggir pantai
-          antara tikas air surut dengan tikas air pasang
-          termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
-          hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

Konsep Pantai Seimbang

Pantai seimbang merujuk kepada pantai yang seimbang atau sama daripada segi hakisan dan pemendapan bahan.

Kata kunci
-          pantai yang seimbang atau sama
-          hakisan dan pemendapan bahan

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI
 
Konsep hakisan pinggir pantai

Hakisan Pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut.

Kata kunci
-          proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan
-          di kawasan pinggir pantai
-          oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut

Agen-agen hakisan pinggir pantai

Ombak
-          Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut.
-          terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina ( pemendapan dan ombak pembinasa )

Tsunami
-    Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi, gelinciran dan tanah runtuh di dasar laut.
-          mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.

Arus atau hanyutan pesisir pantai
-          Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin atau biasan angin lazim serta kesan daya koriolis atau putaran bumi.

Pasang surut
-          terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut.
-          Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai.
  
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hidraul 
-         berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri
-     ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau retakan batuan tersebut.
-  semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan tersebut.
-         semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi dilepaskan.
-  berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.

Geselan/lelasan
-         disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
-         bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir pantai.
-         semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan
-       proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai.
-         berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur

Lagaan
-         Bahan-bahan yang dibawa oleh  ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.
-         Melibatkan perubahan saiz bahan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal ( semulajadi )

Jenis ombak
-      Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami 

Pendedahan Pantai
-         Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang  terlindung.

Arus
-         arus bergerak selari dengan pantai.
-         bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya  akan diseret selari dengan pantai.
-         berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bahan
-         kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan.
-         bahan-bahan pinggir pantai seperti  pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen   yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis.
 
Batuan
-         pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.
-          pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.
-         pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis.
-         pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.

Cerun pantai
-         pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.
-         bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 

Orientasi pantai
-         pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
-         pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.
-         tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.
 
Tumbuhan
-    tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
-         sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.

FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

  1. Pembalakan dan penebangan hutan bakau
o   aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai
o   akar bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan ombak.
o  pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan giat.
o akar bakau juga berperanan memerangkap sidemen yang di bawa oleh ombak- memungkinkan berlakunya pemendapan.

  1. Perlombongan pasir
o   menyebabkan pinggir pantai hilang titik keseimbangan.
o   pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku secara besar-besaran kerana secara semulajadinya pasir kawasan pinggir pantai tersebut akan mencari titik keseimbangan yang baru.

  1. Pembinaan
o   pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan yang melonggarkan struktur tanah.
o   tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
o   aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti bakau ditebang.
o   penebangan  pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.

  1. Pelancongan
o   aktiviti sukan air seperti penggunaan jet ski serta pergerakan bot-bot penumpang  akan menghasilkan pergerakan air atau ombak.
o   mempertingkatkan kadar hakisan di kawasan pinggir pantai.

  1. Pendalaman kawasan pinggir pantai
o pendalaman pinggir pantai untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan mengubah jenis ombak.
o   ombak pembinasa akan terhasil akibat pendalaman kawasan pinggir pantai tersebut – kesannya hakisan bertambah.
 
BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Cenuram atau tebing tinggi
  • terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan
  • tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul, larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.
  • hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya batuan di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak
  • tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
  • berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
  • pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.
Tanjung dan Teluk
  • kedua-duanya terbentuk secara bersampingan
  • tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
  • teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.
  • proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang tersusun secara berselang-seli. 
  • tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit, batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.
  • bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung. 
Gua
  • Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
  • Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang dikenali sebagai gua.
Lohong Ombak ( gloup )
  • Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
  • Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
  • Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.                                         
 
KAEDAH  MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
 
Kaedah Perundangan
-          Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada-  hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lessen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai dan sebagainya.
 
Kaedah bukan Perundangan

Penanaman Pokok Bakau
Penanaman pokok bakau
-          Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
-          Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada serangan ombak terutama semasa damparan ombak. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau sediment.
-          Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.

Penambakan
-          pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak.
-          Penambakan akan mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan kadar hakisan di kawasan tersebut.

Benteng Pemecah Ombak
Benteng pemecah ombak
-          benteng yang beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah.
-          bertujuan memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
-          Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan kelajuan dan kebolehannya menghakis.

Tembok
-          tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
-          Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan igneus ).
-          Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.

Guni pasir 
-          pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di pantai.
-          Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.

Pendidikan
-    melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran geografi, Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya  atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam Sekitar.
-          dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.

Kempen
-     kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
-          Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun melalui media massa.
-          Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.


PROSES PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI
Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai

Hanyutan Pesisir Pantai
Konsep Hanyutan Pesisir Pantai
o   Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai akibat daripada pembiasan ombak .
o   bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya  pindahkan secara selari dengan garisan pinggir  pantai.
o   semasa hanyutan pesisir pantai membawa bahan mendapan ini, tindakan damparan ombak ke atas pinggir pantai akan membolehkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai. 

Golekan
o   melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .
o   bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.

Ampaian
o   bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai  hampir dengan permukaan.
o   melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o   bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.

Seretan
o   berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
o   proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN PINGGIR PANTAI

Ombak dan arus
o   ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai lalu memendapkannya. Ombak pembinasa pula  menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.
o   arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan bahan-bahan secara selari dengan garisan pantai.

Pasang surut
o   semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
o   semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.  

Cerun
o   bahan-bahan pinggir pantai  yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai berbanding pengangkutan bahan ke pantai. 

Halangan
o   merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau, tanjung dan benteng pemecahan ombak.
o   bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada halangan-halangan tersebut.
o   contoh, pembinaan benteng pemecah ombak menyebabkan bahan yang diangkut tidak sampai ke pantai tetapi sebaliknya dimendapkan sepanjang benteng tersebut.    

Orientasi pantai
o   bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o   bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan seperti tanjung. 

Saiz bahan, jenis dan bentuk bahan
o   bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu dan kelodak diangkut secara ampaian.
o   bahan yang berat seperti batu tonngkol diangkut secara golekan atau seretan.
o   bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di bahagian dasar secara golekan

TNTI:FUNGSI EKOSISTEM

TNTI:MEMAHAMI PEMBANGUNAN LESTARI

Pembangunan Lestari /Mampan
Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari
Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar  dan program-program pembangunan  lestari di negara masing-masing.
            Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “… balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.”
            Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia  dengan keupayaan  sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.
Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP).
            Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi.
Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.
 Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.
Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut:
Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.
Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.
Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.
Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.
Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.
Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.
Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.
Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.
Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.
Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)
Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.
Pembangunan Mapan (Green City) 

Latar belakang Agenda 21:
 Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
 Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
 Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
 Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”
Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi
PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:
a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari
Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan.
Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber
            Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Pembangunan Fizikal
            Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti Alam Sekitar
            Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Kesaksamaan Sosial
            Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
Penyertaan politik
            Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.

Ekonomi
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.
Budaya
Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan "Amalkan Penggunaan Lestari".
Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai
dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
            Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan
1.  Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti  Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan  pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang  unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984
 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976
- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980
- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Sabtu, November 10, 2018

TNTI:MEMAHAMI KEPENTINGAN OKSIGEN KEPADA MANUISA

20 Manfaat Oksigen Bagi Manusia

Tidak memiliki warna, tidak berasa serta tidak memiliki bau merupakan ciri dari oksigen. Oksigen menjadi unsur yang penting bagi kehidupan, bahkan oksigen termasuk kedalam golongan unsur yang mudah bereaksi dengan banyak unsur lainnya. Oksigen sendiri termasuk ke dalam unsur yang banyak di muka bumi, yaitu berada di urutan ketiga dari gas yang melimpah di semesta, selain helium dan hidrogen.
manfaat oksigenMengapa oksigen mudah bereaksi?
Oksigen mudah bereaksi dengan berbagai unsur, dikarenakan oksigen merupakan unsur yang reaktif. Bahkan tanpa ada unsur lain jika di dunia ini memiliki kadar oksigen berlebih, oksigen akan mudah menimbulkan kebakaran karena api sekecil apapun. Namun bukan hanya ada oksigen di udara, terdapat kandungan unsur karbondioksida, nitrogen, carbon, dan sebagainya. Kandungan oksigen di udara sekitar 20%, tidak lebih dan kurang.
Tanpa oksigen tidak akan ada kehidupan di bumi ini, hal ini karena kegunaan oksigen sangat vital. Manfaat oksigen kita ketahui sebagai gas yang berguna dalam sistem pernafasan, metabolisme dan peredaran darah. Namun tidak hanya itu, oksigen memiliki banyak manfaat untuk kehidupan sehari-hari secara luas. Apa saja kegunaan oksigen ini? Berikut ini ulasan selengkapnya :

Manfaat Oksigen Bagi Tubuh

1. Diperlukan dalam sistem pernafasan
Oksigen diperlukan dalam proses pernafasan pada manusia, dikarenakan oksigen memiliki peran sebagai pemenuhan kebutuhan metabolisme tubuh. Bila manusia tidak lagi ada oksigen, kecil harapan untuk hidup. Oksigen diperlukan oleh semua makhluk hidup, bila tidak ada oksigen manusia menuju kepunahan dan kehidupan menuju kehancuran.
2. Membantu fungsi sel-sel tubuh manusia
Salah satunya adala, didalam tubuh manusia ada bakteri aerob yang hanya bisa hidup dikarenakan adanya oksigen yang masuk kedalam tubuh. Bakteri inilah yang bertanggung jawab terhadap terjadinya penguraian limbah yang dilakukan oleh bakteri aerob didalam usus.
3. Mencegah pertumbuhan sel anaerob
Oksigen mencegah pertumbuhan sel anaerob pada tubuh. Dimana bakteri anaerob pada tubuh, bila kekurangan kadar oksigen, maka perkembangannya akan meningkat. Sehingga limbah yang dihasilkan semakin berteumpuk dan membahayakan tubuh.
4. Membantu sistem peredaran darah
Sistem peredaran darah pada manusia dipengaruhi oleh adanya oksigen. Tubuh membutuhkan oksigen dengan nilai persentase 90 % keatas. Karena ketika oksigen di dalam darah berkurang, maka akan menyebabkan kesulitan bernafas (sesak nafas).
5. Mempercantik kulit dan mencegah penuaan dini
Kulit memang hal yang sangat sensitif, bahkan terkadang banyak orang yang rela mengeluarkan banyak uang untuk mempercantik diri. Termasuk mencegah bahaya penuaan dini karena faktor umur, lingkungan yang tidak bersih. Khusus pada wanita yang memiliki sistem metabolisme tubuh yang dapat menyebabkan proses penuaan relatif lebih cepat dari pada yang dialami oleh pria. Air oksigen adalah solusinya.
Air oksigen sendiri membantu pembentukan jaringan pernafasan pada kulit, sehingga metabolisme menjadi aktif untuk menghilangkan racun. Oksigen menangkal radikal bebas, sehingga membantu regenerasi sel-sel pada kulit wajah seperti manfaat vitamin E.
6. Mengoptimalkan Daya Ingat
Sirkulasi oksigen pada tubuh berpengaruh terhadap fungsi otak. Jika oksigen masuk ke otak secara stabil, maka daya ingat serta kecerdasan otak menjadi meningkat. Selain itu lakukan latihan otak seperti pada :
7. Mencegah kanker, asma dan penyakit lainya
Kadar oksigen yang tinggi didalam tubuh menyebabkan sel-sel penyakit seperti kanker menjadi tidak dapat tumbuh. Pada saat sel tumbuh dengan lebih banyak ruang tanpa oksigen, menyebabkan sel-sel lebih leluasa untuk menyerang dengan pertumbuhan sel yang menjadi tidak terkendali. Tapi ketika ruang kosong tersebut terisi dengan oksigen, makan pertumbuhan sel abnormal ini, menjadi berkurang bahkan hampir hilang.

8. Mengatasi Stress
Kebanyakan dari kita mengalami stress serta gugup karena sesuatu. Tahukah anda bila strees dapat dihilangkan dengan oksigen? Ya. Ketika kita stress pikiran cenderung menjadi mumet dan terasa bosan. Namun manfaat oksigen dengan cara mengambil nafas panjang, penarikan nafas panjang ini berfungsi untuk membantu terbukanya paru-paru hingga bisa menyerap energi yang bisa memperbaiki sel-sel tubuh, sehingga pikiran menjadi lebih segar.
9. Menjaga kekebalan tubuh
Tidak hanya mengkonsumsi manfaat buah-buahan dan sayuran saja yang mampu meningkatkan imunitas. Namun tubuh yang memiliki kadar oksigen cukup, akan membuat sistem kekebalan tubuh menjadi lebih stabil. Hal ini akan membuat tubuh menjadi kebal terhadap serangan dari virus, bakteri dan bibit penyakit.
10. Membantu degenerasi sel secara biologi
Oksigen yang melimpah didalam tubuh membantu proses degenerasi sel secara biologi dengan maksimal.
11. Support energi tubuh
Oksigen yang cukup pada tubuh membuat sel-sel berfungsi secara normal sehingga membuat fungsi tubuh manusia dapat bekerja secara optimal, dengan adanya energi dari oksigen yang cukup.
12. Sebagai terapi penyakit
Fungsi oksigen yang dapat membantu memperbaiki dan mengaktifkan sel, baik digunakan untuk terapi bagi mereka yang menderita sakit diabetes, gagal ginjal dan penyakit lainnya.

Manfaat Oksigen dalam Industri

1. Membantu Pembakaran
Jika ingin membakar namun tidak adanya oksigen, maka pembakaran tidak akan bisa. Karena pada kenyataannya, syarat pembakaran haruslah ada tiga komponen penting, yaitu sumber panas, bahan bakar serta oksigen. Sehingga kebakaran bukan hanya karena adanya sumber api serta bahan bakar tapi juga karena ada oksigen.

Namun ironisnya manfaat oksigen ini disalah gunakan dalam pembakaran hutan, yang justru merusak kadar oksigen yang menggangu lingkungan hidup sekitarnya.
2. Menerbangkan pesawat
Pesawat terbang hanya mampu terbang dengan ketinggian maksimum 11 km. Hal ini dikarenakan semakin tinggi terbangnya, maka akan semakin berkurang kadar oksigen di udara.
3, Dimanfaatkan roket pesawat angkasa
Oksigen yang ada di atmosfer dimanfaatkan roket untuk bahan bakar yang menghasilkan gaya dorong sehingga roket dapat bergerak, baik maju ataupun melesat terbang ke atas.
4. Sebagai Bahan peledak
Oksigen yang direaksikan dengan berbagai unsur lain dapat menjadi bahan peledak. 5. Diperlukan untuk mengelas
Manfaat  oksigen yang digunakan secara bersamaan dengan gas asitilen digunakan untuk mengelas.
6. Untuk melakukan penyelaman
Tidak ada manusia yang mampu menyelam lama diair tanpa adanya alat bantu penyelaman. Karena manusia terbiasa bernafas dengan oksigen menggunakan tabung.
7. Oksigen di kapal selam
Kapal selam memerlukan oksigen yang cukup untuk melakukan penyelaman, karena muatan manusia didalamnya memerlukan oksigen untuk bernafas. Ketika di dalam air, sirkulasi udara menggunakan tenaga listrik yang berasal dari baterai. Saat kapal kembali mengapung, maka katup penampung akan terisi udara kembali.
8. Dipelukan dalam industri baja
Pada proses pembuatan besi/baja menggunakan oksigen dalam sistem tanur.
Oksigen yang berlimpah yang diberikan Tuhan, menjadi keberkahan yang luar biasa. Tidak ada makhluk hidup yang mampu hidup tanpa adanya oksigen. Oksigen yang ada di dunia tidak pernah habis, bahkan manusia dengan tumbuhan memiliki hubungan yang saling membutuhkan seperti yang didapatkan dari manfaat penghijauan bagi lingkungan. Manusia menghirup oksigen dan mengeluarkan karbondioksida, sedangkan tumbuhan mengeluarkan oksigen dan menggunakan karbondioksida untuk proses fotosintesis.
Namun seperti yang banyak terjadi sekarang, kerusakan lingkungan bukan hal yang baru lagi. Bahkan semakin banyaknya manusia yang, semakin banyak pula kerusakan yang timbulkan. Hal ini seperti yang banyak dilakukan, yakni pembabatan dan pengerusakan terhadap paru-paru dunia (tumbuhan), yang berakibat pada kualitas udara yang semakin berkurang.
Lebih bijaklah memanfaatkan bumi, jangan merusaknya dan mengancam kehidupan di dunia.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024