Isnin, April 18, 2011

MEMAHAMI KONSEP BUMBUNG HIJAU



KESTABILAN MIKROIKLIM MENERUSI APLIKASI BUMBUNG HIJAU :

Kawasan bandar biasanya didominasikan oleh kawasan yang berturap seperti lapisan asphalt serta tar. Kawasan tepubina seperti bangunan mempunyai lapisan konkrit yang mempunyai kapasiti menyerap haba dan menghasilkan tompok panas yang membawa ketidakselesaan terma kepada penghuni serta penambahan tenaga untuk penyejukan dalam bangunan. Dengan itu lahirlah konsep bumbung hijau atau ecoroof,

PENDAHULUAN Isu signifikan yang sering diperdebatkan berkaitan ekosistem bandar adalah mengenai aspek permukaan tepu bina bandar. Penelitian terhadap aspek tepu bina ini telah banyak diperkatakan sama ada daripada disiplin sains, kejuruteraan awam atau bangunan mahupun kemanusiaan . Namun isu kesan tepu bina terhadap iklim mikro bandar dan keadaan hidrologi bandar agak terkehadapan, sehinggakan ujud Kajian yang mengukur hubungan tepu bina dengan kehadiran fenomena pulau haba.

BUMBUNG HIJAU : DARI PERSPEKTIF MIKROIKLIM BANDAR

Bumbung hijau atau bumbung bervegetasi hijau dirujuk sebagai eko-bumbung adalah alternatif kepada bumbung konkrit atau tepu bina yang menghalang proses infiltrasi dan juga sejatpeluhan (Velazquez 2002). Penggunaan bumbung hijau dianggap bukan sahaja bermanfaat untuk aspek persekitaran malahan ia berkemampuan untuk menambahkan lagi ruang kegunaan kediaman.
Ia juga mampu mengurangkan atau menjimatkan kos penggunaan penyaman udara tahunan. kawasan yang telah menjadi kawasan tepu bina dan terbatas untuk mengwujudkan kawasan bertanaman atau kawasan hijau, kaedah bumbung hijau adalah teknik yang amat sesuai diaplikasikan. Pembinaan kawasan hijau di bumbung rumah mampu mengawal permukaan atap daripada terkena bahangan solar.
Apabila keadaan ini berlaku maka pembebasan bahangan solar bergelombang panjang di waktu malam dapat dikurangkan, justeru mampu mengurangkan kesan pulau haba bandar . Pada kebiasaannya, bumbung hijau mengandungi satu ketebalan lapisan tanih serta litupan vegetasi tahap rendah di atas material bumbung.

Secara tipikal, struktur kompleks bumbung hijau mempunyai membran tapisan, lapisan saliran, vegetasi terpilih, panel sokongan dan insulasi termal ,bumbung hijau mampu meningkatkan jangka hayat sistem bumbung serta mempertingkatkan kawalan larian air permukaan. Di samping itu, bumbung hijau juga boleh meningkatkan dengan signifikan persekitaran terma di sekitar bumbung dan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada bangunan tetapi juga bagi kawasan sekitarnya.

Kajian yang telah dijalankan di Singapura (Hien 2006), sebagai contoh mendapati sistem bumbung hijau boleh mengurangkan suhu ambien di persekitaran bumbung sehingga 3oC. Selain itu, menambahkan litupan vegetasi boleh menyebabkan imbangan air menjadi lebih bersifat semulajadi. Sistem bumbung hijau didapati berjaya mengurangkan perubahan harian suhu sekitaran.Pengurangan kesan perubahan ini boleh meningkatkan jangka hayat penggunaan bumbung serta mengurangkan kos pemuliharaan.

Selain itu, sistem bumbung hijau ini juga berkeupayaan meningkatkan sekitaran terma bumbung bangunan dan seterusnya memberikan persekitaran yang kondusif kepada manusia. Keadaan suhu melampau dibumbung konkrit pula sama ada yang diukur dengan alat Thermometer mahupun Infrared.Thermometer jelas menunjukkan impak negatif yang besar dan ini berkemungkinan akan meningkatkan penggunaan tenaga untuk penyejukan dalam bangunan serta ketidakselesaan manusia akibat peningkatan suhu.

Peningkatan suhu pada awal petang dibumbung hijau boleh dikaitkan dengan perendahan proses sejatpeluhan di samping pelepasan haba pendam oleh permukaan tersebut. Secara umumnya, tiada perbezaan ketara dalam suhu permukaan antara masa hujandengan tiada hujan. Walau bagaimanapun, wujud kelebihan daripada aspek kawalan air larian di bumbung hijau dengan memperlahankan serta mengurangkan komposisi hujan yang ditukar bentuknya kepada air larian permukaan.

Bumbung hijau dilihat berpotensi untuk dijadikan alternatif kepada bumbung bangunan hari ini memandangkan ianya bukan sahaja menambahkan ruang kepelbagaian penggunaan, malahan menambahkan seri lanskap bangunan di samping faedah ekonomi dan alam sekitar. Diharapkan juga kajian masa akan datang melibatkan juga fungsi bumbung hijau dalam menyediakan tapak penuaian air hujan sebagai sumber alternatif bekalan air di kawasan bandar.

Peningkatan penggunaan sistem bumbung hijau secara eksklusif di dalam bandar mampu mengurangkan suhu ambien dan dengan itu secara relatifnya boleh mengurangkan pembentukan pulau haba bandar. Sekiranya, kaedah ini diterap dengan meluas, keadaan ketidakselesaan warga kota dapat diminimakan, masalah pencemaran udara juga boleh dikurangkan dan menambahkan kadar pembebasan oksigen serta mengurangkan kadar karbon dioksida di persekitaran bandar.

Sabtu, April 02, 2011

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli), kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.
Faktor-faktor Kemerosotan kualiti air

1. Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. Air tercemar apabila partikel tanah terhakis di bawa ke dalam sistem saliran.

2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia.

3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai.

4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang.

5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.

6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki.

7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.

8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.

9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.

Langkah-langkah mengatasi kemerosotan kualiti air

1. Langkah Perundangan;-Penguatkuasaan undang-undang pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda dan kompaun, menarik balik lesen operasi dan penjara ke atas mana-mana pihak yang di kenal pasti mencemarkan sumber-sumber air sama ada dari pekilang, penternak, pemilik kapal, orang perseoragan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

2. Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rizab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang tidak boleh di usik untuk pembalakan dan penyahutanan.

3. Merawat air yang tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Disamping memperbanyakkan loji rawatan air.Menyediakan perangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melicinkan kadar alirannya.Meningkatkan R&D dan teknologi ke arah yang tidak mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air.

4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut melalui rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemulihraan/pembersihan air laut yang tercemar.

5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar - menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjada sumber air sebagai penerus kehidupan.

Tnti 2011

AKUIFER DAN PENCEMARAN AIR BAWAH TANAH

Airtanah (groundwater) berada pada susunan batuan yang berpori atau pada lapisan pembawa air yang dapat menyimpan dan melepas air dalam jumlah yang cukup. Lapisan pembawa air dimaksud adalah aquifer.

Aquifer terdapat dalam beberapa keadaan:


Aquifer Tertekan

Aquifer tertekan (Confined aquifer, non-leaky aquifer) dapat juga disebut sebagai aquifer terkurung, adalah lapisan pembawa air yang sepenuhnya jenuh air, dengan bagian atas dan bagian bawah dibatasi oleh lapisan kedap air. Tinggi pisometris muka airtanah tertekan, berada di atas posisi aquifer itu sendiri, dan apabila muncul di atas permukaan tanah, maka disebut sebagai air artesis.

Aquifer tidak tertekan (aquifer bebas)

Aquifer bebas (unconfined aquifer, water-table aquifer) ialah aquifer yang hanya sebagian terisi air, dan terletak pada suatu dasar lapisan yang kedap air. Batas bagian atas adalah muka air bebas atau muka air freatik yang dipengaruhi oleh tekanan atmosfir.

Aquifer semi-tertekan (aquifer bocor)

Aquifer semi-tertekan atau aquifer bocor adalah aquifer jenuh yang sempurna, pada bagian atas dibatasi oleh lapisan semi-lulus air dan bagian bawah merupakan lapisan lulus air ataupun semi-lulus air.


PENCEMARAN AIR BAWAH TANAH DAN CARA PERAWATANNYA
JABATAN GEOFIZIK SMK TENGKU IBRAHIM


PENCEMARAN AIR TANIH
(untuk pelajarku..ilmu yang berguna membantu masa depan yang lebih baik )

SEBAB – SEBAB DAN PUNCA PENCEMARAN

Pembuangan Sisa
Termasuk sisa cecair dan pepejal
Sisa Cecair
Tangki septik dan cesspools menyebabkan pencemaran secara terus sisa yang terturas di tanah yang menyebabkan kenaikan BOD, COD, nitrat, kimia organik dan kemungkinan virus dan bakteria dalam air bawah tanah.
Pengklorinan dan penggunaan bahan kimia untuk pembersihan sistem septik boleh menjadi pencemar tambahan. Penyebab utama pencemaran sisa cecair bagi air bawah tanah adalah akibat aplikasi tanah sisa buangan dan bahan buangan.
Di kawasan urbanisasi, garam dan bahan tambahan telah bertambah dalam kuantiti yang besar pada masa musim sejuk dan mencemarkan air bawah tanah melalui larian air yang akan meresap masuk ke dalam tanah.Bahan-bahan ini termasuk dalam ais salji yang mencair, ia boleh meresap masuk dengan air ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran air bawah tanah di akuifer cetek.

Sisa Pepejal

Tanah buangan perbandaran dan sisa pepejal industri adalah antara punca pencemaran air bawah tanah.Sisa yang ditanam ditapis air hujan dan air permukaan yang berhampiran dengan tempat pembuangan sisa. Leachate yang terhasil mengkandungi peringkat tinggi BOD,COD, nitrat, klorida dan unsur surih yang boleh menurunkan kualiti air bawah tanah. Selain itu,pereputan biokimia bahan organik dalam sisa menghasilkan gas metana, CO2, NH4 dan H2S yang boleh berpindah melalui zon kering ke tanah berhampiran dan menyebabkan bahaya seperti letupan metana.
Timbunan barang dan sisa susulanmerupakan pencemaran air bawah tanah.Pemendakan jatuhan ke atas timbunan ini menyebabkan penghasilan leachate dan diserap oleh tanah. Leachate boleh mengkandungi logam berat, garam-garam dan bahan pencemar organic dan inorganic dalam air bawah tanah.

Penyimpanan dan Pengangkutan Bahan Komersial
Punca pencemaran adalah daripada kebocoran tangki simpanan dan limpahan gasoline yang mengandungi xilen,toluene dan benzene dengan darjah perlarutan yang tinggi dan likat dalam air bawah tanah serta berbahaya kepada manusia. Tangki logam yang berkarat menyebabkan kegagalan pada struktur dan kebocoran berlaku. Limpahan daripada bahan kimia akan mengalir ke bawah dan mencemar air bawah tanah.

Aktiviti Perlombongan
Buangan dari perlombongan permukaan dan bawah tanah yang aktif antara faktor lain bagi pencemaran air bawah tanah.Serapan air melalui lombong bawah tanah , menghakis logam toksik dari bijih dan bahan mentah yang terdedah.Pengoksidaan dan perturasan bagi lombong arang batu menghasilkan sebatian tinggi Fe dan S serta pH yang rendah dalam air bawah tanah.




Aktiviti Pertanian

Baja
Merupakan antara faktor utama bagi pencemaran air bawah tanah. Baja organik dan inorganik digunakan pada tanah pertanian untuk menyediakan nutrien seperti N,P dan K yang membajai tanah dan pertumbuhan tumbuhan.Sebahagian nutrien akan meresap melalui tanah dan sampai ke paras air bawah tanah.Baja P dan K mudah diserap oleh tanah dan sering dikaitkan dengan masalah pencemaran.Walaubagaimanapun sebahagian N2 yang diserap oleh tanah atau yang digunakan oleh tumbuhan,ada yang larut dalam air
membentuk nitrat melalui proses nitrifikasi. Nitrat larut dalam air bawah tanah dan berpotensi berbahaya kepada manusia jika diserap lebih daripada kadar biasa.

Racun serangga
Racun serangga, racun tumbuhan dan racun kulat yang diguna untuk menghapuskan haiwan perosak ,tanaman dan kulat yang tidak dikehendaki boleh mencemarkan.Apabila diguna pada tanah dan dibuang di tempat pembuang sampah sarap, bahan kimia ini tergredasi dalam alam sekitar melalui pelbagai mekanisme. Walaubagaimana pun,sebatian utama dan sebatian lain kekal lama akan memberi impak terhadap tanah dan air bawah tanah.
Intrusi Air Masin
Air masin bercampur dengan air tulen,ini berlaku apabila hidrodinamik antara air segar dan air masin terganggu contohnya seperti air bawah yang tulen dipam berlebihan di akuifer pantai.Ia juga boleh berlaku apabila sempadan semulajadi yang memisahkan air segar dan air masin musnah akibat daripada pembinaan terowong bawah laut yang memudahkan air laut masuk ke akuifer air segar.







CARA PERAWATAN BAGI PENCEMARAN AIR BAWAH TANAH

Teknologi rawatan tanah
Penyimpanan dan pembersihan akuifer tercemar termasuklah tanah yang tercemar di zon vados.Masa menetap bahan pencemar di zon vados memperlahankan rawatan dan ia dipindah untuk menghalang bahan pencemar dari terus memasuki air bawah tanah akibat peresapan air hujan. Beberapa teknik boleh digunakan untuk merawat pencemaran di zon vados ini termasuklah rawatan fizikal, biologi,terma dan kestabilan.
Rawatan Fizikal
Ekstrak WapTanah
melibatkan pindahan unsur yang tidak dikehendaki dari zon vados.Aliran air disuntik melalui telaga ekstrak yang menghasilkan vakum dan tekanan bahan yang menyebabkan bahan tercemar keluar melalui telaga tersebut.Bahan yang dikumpul dalam bentuk gas akan dirawat di permukaan.Cara ini adalah efektif untuk bahan pencemar HC. Kos efektif apabila isipadu tanah yang banyak dan tidak efektif pada tanah dengan keporosan yang rendah,suhu rendah dan kandungan C yang tinggi.
Basuhan tanah
Cara ini untuk membuang bahan pencemar dari butiran tanah dan ia mengurangkan isipadu bahan pencemar.Rawatan ini efektif untuk hidrokarbon inorganik dan kurang efektif apabila tanah mengandungi banyak Lumpur dan lodak yang tinggi kandungan organiknya.
Rawatan Biologi
Biodegradasi Lumpur
Cara ini merawat tanah yang tercemar dengan mencampur reaktor aerob dengan air dan nutrien. Cara ini memaksimumkan hubungan bahna pencemar dengan mikrob yang boleh mengradasikannya.Ia efektif untuk tanah tercemar dengan karbon yang boleh dimusnahkan dan tanah boleh diguna semula .Ia kurang efektif untuk bahan pencemar degradasi rendah,kehadiran klorida atau logam berat dan racun serangga serta rumpai dalam tanah yang menganggu tindakbalas mikrob.

Biorawatan ex situ
Merawat tanah tercemar dengan memasukkannya ke dalam sel biorawatan. Ianya efektif untuk merawat bahan pencemar hidrokarbon.
Rawatan Terma
Pembakaran
Cara ini efektif untuk bahan meruap halogen dan bukan halogen serta punca HC dan racun serangga.Kebanyakan bahan pencemar akan musnah.
Pencairan Terma
Bagi suhu rendah cara ini efektif untuk bahan semi meruap halogen,bahan meruap bukan halogen dan racun serangga.Bagi suhu tinggi pula, ia efektif untuk bahan meruap dan semi meruap halogen dan hidrokarbon.
Rawatan Kestabilan
Rawatan ini boleh dilakukan sama ada bagi rawatan in situ dan ex situ di mana ia efektif untuk tanah, lumpur dan bahan pencemar inorganik. Tetapi rawatan ini tidak efektif bagi tanah yang tercemar dengan bahan organik,kandungan air dan lempung yang tinggi.
Rawatan Pemejalan
Rawatan ini boleh dilakukan sama ada bagi rawatan in situ dan ex situ di mana ianya efektif untuk bahan meruap dan semi meruap halogen dan tak halogen, hidrokarbon, racun serangga dan bahan inorganik.
Teknologi Pam dan Perawatan
Sistem keluaran dan pencemaran
Iaitu sistem telaga dan longkang subpermukaan adalah efisien dan efektif untuk kawal pencemaran air bawah tanah. Longkang subpermukaan tidak sesuai untuk tanah ketelapan yang sangat rendah dan lebih kos efektif dari telaga dalam akuifer dengan ketelapan rendah atau pelbagai.

Sistem Rawatan
• Pengasingan ketumpatan
Proses pengasingan air daripada bahan pencemar berdasarkan perbezaan ketumpatan dan digunakan sebagai prarawatan air bawah tanah yang telah dipam

• Penurasan
Bahan pepejal ditapis apabila air dilalukan melalui medium poros seperti pasir atau pasir dengan antrasit ( arang batu ). Kaedah ini efektif untuk mengeluarkan pepejal daripada air bawah tanah.
.Serapan Karbon
Kaedah ini efektif untuk teknologi rawatan mudah untuk sebatian organic meruap tetapi tidak digalakkan untuk diaplikasikan kepada sebatian pencemar yang mempunyai berat molekul yang rendah dan polarity yang tinggi.
Pengoksidaan dan Penurunan
Pengoksidaan Kimia
Kaedah ini memasukkan agen oksida ke dalam air tercemar dan mengekalkan pH pada tahap yang sesuai. Agen oksida yang hendak digunakan bergantung kepada sebatian yang hendak dinyahtoksikkan. Agen – agennya adalah seperti hydrogen peroksida, ozon, hipoklorit, klorin dan klorin dioksida.
Pengoksidaan Lanjutan
Kaedah ini menggunakan radiasi uv yang bergabung dengan ozon atau hirogen peroksida untuk menaikkan kadar oksidasi sebatian.
Penurunan Kimia
Digunakan untuk mengurangkan sisa kimia

Teknologi Rawatan In Situ
Peneutralan dan detoksifikasi

Terhad kepada bahan pencemar yang boleh dineutralkan kepada produk yang tidak toksik.Ia boleh digunakan pada sebatian organik dan inorganik.

Peningkatan Penyembuhan Terma

kos efektif untuk kawasan besar dan dalam pencemarannya,ia memerlukan pengorekan yang rumit dan boleh diaplikasi pada kawasan rawatan yang sma saiz dan kedalaman.

Retakan Pneumatik

ia merawat pencemaran in situ dengan formasi ketelapan rendah dan boleh digunakan pada kedalaman 50 kaki. Ia tidak boleh diaplikasikan untuk rawatan sebatian organik tidak meruap dan inorganik.

Lapisan Rawatan Ketelapan

rawatan in situ dengan paras air bawah tanah yang rendah dan digunakan untuk mengurangkan kunatiti pencemar.Keefektifan bergantung kepada rekaan perlapisan dan bahan perlapisan yang digunakan untuk merawat pencemar.

KESIMPULAN
Pencemaran air bawah tanah semakin mendapat perhatian yang meluas di kalangan masyarakat pada masa kini.
Pelbagai cara telah dilakukan untuk memelihara dan merawat air bawah tanah ini antaranya ialah teknologi perawatan tanah dan sebagainya.
Air bawah tanah adalah merupakan satu sumber semulajadi yang perlu kita pelihara kerana sumbangannya yang besar dalam kehidupan kita seharian

Selasa, Mac 29, 2011

SUMBER AIR

SUMBER AIR MENTAH
•AIR BAWAH TANAH
a. Air Bumi
b. Equifer (mata air)
•AIR PERMUKAAN BUMI
a. Air Sungai
b. Air Tasik
c. Air Larian Permukaan
d. Air Hujan
•AIR BAWAH TANAH
- Dikenali sebagai Zon Tepu Air iaitu kawasan yang
mengandungi liang, rekahan, dan ruang antara
partikel batu yang dipenuhi air.
- Berpunca daripada kerpasan yang menyerap masuk
ke bawah tanah dari permukaan atas bumi.
- Pergerakan air bergantung kepada darjah ketelapan dan porositi iaitu jumlah ruang kosong di dalam batu sub-permukaan.
- Memerlukan masa beribu-ribu tahun untuk kembali
ke alam sekitar apabila diserap jauh ke dalam equifer
mendalam.
- Merupakan sebahagian daripada kitaran air dunia.
- Digunakan oleh manusia untuk aktiviti harian.
•EQUIFER dan MATA AIR

- Air permukaan yang cetek akan diserap oleh akar-
akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari
permukaan daun melalui proses transpirasi
tumbuhan.
- Sebahagian air tersebut diserap semakin dalam ke
dalam tanah dan mengisi equifer (batuan sub-
permukaan) yang dapat menyimpan air dalam
kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama.



- Equifer yang telah dipenuhi air akan melimpahkan air
keluar ke permukaan bumi.
- Boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dari saiz
kecil yang akan mengalir selepas hujan lebat kepada
kolam mata air yang besar yang boleh mengalir
berjuta-juta gelen sehari.
- Boleh terbentuk dalam pelbagai jenis batu
(kebanyakannya didapati dalam batu kapur) yang
sangat senang merekah dan boleh dilarutkan oleh air
hujan seterusnya menjadikannya bersifat asid.
- Apabila batu tersabut melarut dan merekah, ruang
akan terbentuk yang membolehkan air mengalir.
- Pengaliran air secara mendatar akan menyebabkan air mengalir ke permukaan bumi dan menjadi mata air.
- Sering didapati dalam keadaan jernih tetapi terdapat
juga yang berwarna merah kerana telah bercampur
dengan garam mineral bawah tanah (ferum).
•MATA AIR PANAS
- Mata air biasa tetapi airnya adalah suam dan di
kawasan tertentu seperti Taman Negara
Yellowstone,Wyoming,USA.
- Didapati di kawasan yang telah mengalami aktiviti
letusan gunung berapi iaitu air menjadi panas
apabila bersentuhan dengan batu-bata panas jauh di
bawah permukaan bumi.
- Batu menjadi semakin panas apabila semakin dekat
dengan kerak bumi dan membentuk mata air panas
apabila air bawah tanah mengalir melalui laluan-
laluan ke atas permukaan bumi.
- Berlaku di serata dunia dan boleh didapati di
kawasan gunung ais beku.
JENIS-JENIS SUMBER AIR
PERMUKAAN
•AIR SUNGAI
- Sangat penting untuk hidupan di dunia.
- Menjadikan bawah tanah sentiasa dipenuhi air
dengan mengalirkan air ke bawah tanah melalui
dasar sungai.
- Menjadikan laut dipenuhi air kerana sentiasa
menerima pengaliran air sungai.
- Kualiti air dipengaruhi oleh kegiatan manusia di
kawasan tersebut.
-Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras
sungai tetapi hal tersebut hanya boleh terjadi
apabila kawasan tadahan mengalami hujan pada
kawasan yang lebih tinggi iaitu air akan mengalir ke
bawah melalui lokasi aliran keluar.

- Saiz bagi sesebuah sungai bergantung kepada saiz
tadahan air baginya.
- Kadar peningkatan dan penurunan paras air bagi sungai besar adalah perlahan berbanding sungai kecil.
- Pengaliran air keluar dan masuk akan menyebabkan
kuantiti air dalam sungai sentiasa berubah.
- Pengaliran masuk adalah disebabkan kerpasan,air
larian permukaan,resapan bawah tanah dan
pengaliran daripada cabang-cabang sungai kecil.
- Pengaliran keluar disebabkan oleh proses sejatan dan
resapan ke bawah tanah.
- Kuantiti dan lokasi boleh mengalami perubahan
selepas suatu tempoh masa dan ruang tertentu
samada secara semulajadi atau kesan daripada aktiviti
manusia.
AIR AIR TASIK
-Terbahagi kepada dua iaitu tasik buatan dan
tasik semulajadi.
-Punca utama bagi tasik ialah sungai, anak
sungai, atau teluk dan kerpasan.
-Saiz tasik adalah lebih besar berbanding
kolam.
-Kebanyakan air tasik merupakan air tawar
tetapi ada juga air tasik yang masin.
-Tasik juga boleh menjadi satu kawasan yang
terlalu dalam akibat daripada pencairan
glasier
•AIR LARIAN PERMUKAAN
- Air larian kerpasan yang diperolehi secara terus sejumlah besar
air sungai.
- Secara global, air larian daripada salji membentuk sebahagian
besar daripada pergerakan air dunia.
- Di kawasan iklim yang lebih sejuk, air larian adalah pada musim
bunga dan aliran air sungai berpunca daripada pencairan salji
dan ais.
- Pencairan salji dengan kadar yang terlalu cepat boleh
menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
- Air larian daripada cairan salji adalah berbeza mengikut musim
dan tahun.
- Dipengaruhi olh faktor iklim dan cuaca serta keadaan fizikal
geologi dan topografi sesebuah tanah.
- Hanya 1/3 daripada air hujan yang jatuh ke atas bumi akan
mengalir ke dalam sungai dan kembali ke laut.
- 2/3 daripada hujan pula akan mengalami proses sejatan,
transpirasi, atau akan menyerap dalam tanah.
- Boleh digunakan oleh manusia untuk kegunaan harian.
•AIR HUJAN
-Awan yang terapung di atmosfera mengandungi
wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke
permukaan bumi sebagai kerana saiznya yang kecil,
tetapi saiznya adalah cukup besar untuk
membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia.
-Air di langit akan mengalami proses sejatan dan
kondensasi secara berterusan.
-Kebayakan daripada air yang terkondensasi di
dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan
air hujan kerana turbulen udara yang
mengampaikan awan-awan di atmosfera.
-Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air
mula mengalami proses kondensasi dan bergabung
untuk membentuk titisan-titisan air besar dan
menjadi cukup berat untuk membentuk
hujan.Pembentukan satu titisan hujan memerlukan
gabungan berjuta-juta titisan awan.

KEPENTINGAN SUMBER AIR
MENTAH YANG BERSIH DAN BEBAS
DARIPADA PENCEMARAN
•Menjimatkan kos bagi memulih air yang
tercemar menjadi air yang lebih bersih.
•Mengelakan sebarang penyakit bawaan air
seperti taun,penyakit kulit dan sebagainya.
•Untuk kepentingan pertanian seperti
mengairi kawasan tanaman,haiwan
ternakan,hortikultur perladangan dan
sebagainya.
•Mengekalkan nilai estetika sesebuah sungai,
tasik atau laut.
•Memelihara hidupan akuatik.

KITARAN HIDROLOGI

Khas untuk anak-anak didik Ku
TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI
4.1 FASA AIR
Tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat:
a. Cecair ( air)
b. Gas (wap air)
c. Pepejal (ais)
Proses sejatan/perwapan akan menukarkan cecair kepada wap air (gas).Pemejalwapan adalah proses menukarkan ais kepada bentuk wap air.Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air. Air dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalu proses pemeluwapan.Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais. Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pejalwapan.

4.2 KITARAN HIDROLOGI
Proses Kitaran Hidrologi
Proses Mendatar Kitaran Hidrologi
i. Larian air permukaan
Larian air permukaan adalah baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang diguna oleh tumbuhan. Larian air permukaan berlaku setelah semua liang pori tanah tepu dengan air yang masuk ke dalam tanah. Air hujan tidak dapat lagi diserap sebaliknya mengalir dipermukaan bumi menuju ke sungai, tasik, kolam dan seterusnya ke laut.
ii. Aliran air bawah tanah
Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan disimpan di dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali akuifer. Air yang terdapat dalam takungan ini akan berfungsi sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, dan seterusnya ke laut.
iii. Alir lintang atmosfera
Pergerakan titisan air atau awan dari lautan ke daratan akibat ditiup oleh angin yang berpunca daripada perbezaan tekanan udara antara dua kawasan.
Proses Menegak Kitaran Hidrologi
i. Sejatan
Proses penukaran air daripada cecair kepada bentuk wap. Proses sejatan berlaku apabila tekanan wap di permukaan air lebih tinggi daripada tekanan wap dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Tenaga haba yang cukup diperlukan untuk sejatan di mana haba akan memanaskan air dipermukaan sungai, tasik, kolam, dan juga laut. Tenaga haba yang cukup akan menyebab molekul-molekul air bertukar kepada wap air.
ii. Sejatpeluhan
Wap-wap air juga dibebaskan ke atmosfera melalui proses perpeluhan. Ia berlaku melalui liang-liang stoma daun di mana tekanan-tekanan wap pada permukaan sel-sel daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara pada atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. Kombinasi antara sejatan dari lembapan tanah dengan perpeluhan dinamakan sebagai sejat peluhan.
iii. Kerpasan
Kerpasan ialah hujan, hujan batu, salji dan embun. Ia berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di atmosfera turun ke bumi. Terdapat tiga jenis hujan utama contohnya hujan perolakan, hujan bukit dan hujan perenggan. Hujan perolakan berlaku apabila titisan air yang turun dari jisim udara yang sudah tepu dengan wap-wap air( turun dari awan kumulonimbus).


iv. Aliran batang
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang. Ia berpunca dari proses pintasan kanopi.
v. Resapan/ susupan
Proses dimana air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanah secara menegak. Kadar susupan bergantung kepada peratus liang pori yang ada dalam sesuatu jenis tanah. contohnya tanah pasir alami kadar susupan yang tinggi berbanding dengan tanah liat.
Proses pemeluwapan
Proses penukaran wap air kepada air( titisan air/hujan). Proses berlaku akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera(semakin tinggi suhu, suhu semakin rendah)-penyejukan adiabatik. Apabila suhu di dalam jisim udara mencapai takat embun ( 0°celcius ) akan menyebabkan wap air bertukar kepada cecair(hujan)
Pengaruh Sejatan Dan Sejatpeluhan Terhadap Kandungan Air Di Atmosfera (Kelembapan).
Kelembapan merujuk kepada jumlah air yang terkandung di dalam atmosfera pada satu masa tertentu. Proses penyejatan dari permukaan air, tanah-tanih dan sejat peluhan dari tumbuhan adalah penting terhadap kandungan air di atmosfera. Ia akan memastikan lebih kurang 5% darpada jumlah isipadu atmosfera dipenuhi oleh kelembapan. Proses sejatan dan sejat peluhan akan memastikan kelembapan atmosfera atau kandungan air dunia sentiasa dalam keadaan keseimbangan. Air dalam pelbagai bentuk sama ada wap air, air hujan, air tanih, larian permukaan atau air lautan adalah sama pada setiap masa.
i. Maksud Sejatan:
Proses penukaran cecair kepada wap air/ penukaran air kepada gas.
ii. Maksud sejat peluhan:
Proses pembebasan wap air oleh tumbuhan melalui liang stoma daun dan batang.
KEBERKESANAN KERPASAN
Konsep keberkesanan kerpasan / kerpasan Efektif
Keberkesanan kerpasan merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.
Faktor-Faktor Yang Mnentukan Keberkesanan Kerpasan
i. Intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa)
Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak. Oleh itu keberkesanan kerpasan adalah rendah dan tidak mencukupi untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan dan tanaman (kawasan gurun). Manakala kawasan yang mengalami turunan hujan yang lebat dan banyak akan mempengaruhi tanah menjadi cukup basah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi (kawasan khatulistiwa)
ii. Tempoh Musim Hujan
Tempoh curahan hujan atau bilangan hari hujan adalah tidak sekata sepanjang tahun. Pada musim hujan/tengkujuh, bilangan hari hujan dalam sebulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding dengan musim kemarau/musim kering. Oleh itu dalam tempoh musim hujan/ tengkujuh , nilai keberkesanan kerpasan adalah lebih tinggi dan tumbuh-tumbuhan serta tanaman dapat membesar dengan dengan sempurna.Hal ini dapat dibuktikan di kawasan yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiaptahun. Di kawasan khatulistiwa pula mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi kerana hujan lebat sepanjang tahun.





iii. kecerunan Permukaan muka bumi
di kawasan cerun curam, nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah. Di kawasan cerun landai atau di kawasan permukaan bumi yang hampir rata, halaju larian air di permukaan adalah perlahan.Ini memberi peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah. Oleh itu nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.
iv. Ciri-ciri geologi sesuatu kawasan
Nilai keberkesanan kerpasan berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan. Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir (kuartza) walaupun banyak meresapkan air tetapi nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah. Ini disebabkan air tidak boleh tersimpan lama dalam tanah tersebut untuk digunakan oleh tumbuhan dan tanaman, sebaliknya air terus meresap ke dalam tanah dan membentuk aliran air bawah tanah. Di kawasan yang mempunyai geologi yang keras dan tidak poros juga mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang rendah kerana sifatnya tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porenya. Nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi adalah di kawasan geologi yang mampu membenarkan air meresapinya dan menyimpan air tersebut seperti di kawasan tanah laterit daripada batuan riolit, kawasan tanah aluvium dam tanah lava bes.
v. Tumbuh-tumbuhan Litupan
Di kawasan hutan yang berkanopi seperti khatulistiwa, titisan air hujan akan turun perlahan akibat proses cegatan silara tumbuh-tumbuhan berkenaan. Titisan air hujan dengan perlahan ini mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi. Berbeza dengan kawasan gondol atau kawasan litupan tumbuhan yang kecil, di mana larian air permukaan adalah lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kerana sedikit sahaja air yang dapat digunakan untuk tumbesaran tumbuhan dan tanaman.
vi. Suhu
Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan. Di kawasan suhu tinggi/panas (kawasan gurun), nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana kadar sejatan permukaan yang begitu tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan yang turun sekali-sekalanya adalah lebat. Di kawasan suhu rendah, nilai keberkesanan kerpasan juga rendah kerana semua kerpasan yang turun berbentuk salji dan membeku di permukaan. Keberkesanan kerpasan yang tinggi berlaku di kawasan Khatulistiwa (min suhu 27°C) kerana menerima hujan sepanjang tahun.
4.3 EDARAN AIR TANIH
Konsep edaran air tanih
Edaran air merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakkan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan secara mendatar dalam sistem akuifer/ edaran air bawah tanah. Semua pergerakan ini dalam bentuk cecair.
Proses-Proses Dalam Edaran Air Tanih
i. Larian air permukaan
Air hujan yang turun sebahagiannya akan meresap ke dalam tanah dan selepas daya resapan dipenuhi, air hujan yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. Ia boleh terbentuk apabila kelebatan hujan melebihi kadar resapan tanah.
ii. Resapan/infiltrasi/susupan
Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak iaitu menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan banyak. Proses ini membekalkan air tanih.


iii. Aliran air bawah tanah
Air mengalir secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Ia mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan.Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan sampai ke lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau paya.
iv. Simpanan air tanih
Simpanan air tanih adalah air yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan di zon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak berhampiran di permukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan, dan air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.
v. Keporosan dan ketelapan
Sifat sesuatu batuan yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah. Keporosan ialah ruang rongga antara tanih. Keporosan sesuatu tanah di pengaruhi oleh struktur susunan partikel tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan. Ketelapan ialah kebolehan air melalui keporosan atau liang pori tanih. Sifat keporosan dan ketelapan merupakan ciri penting dalam menentukan kemampuan batu batan menakung dan memindahkan air.
vi. Akuifer
Akuifer ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liang-liang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah. Ia juga sebagai pengawal aliran semulajadi iaitu meresap air semasa hujan lebat untuk mengurangkan kadar aliran air tanah yang terlalu cepat dan membekalkan air kepada alur sungai pada masa kekurangan air hujan atau musim kering.
KEPENTINGAN SUMBER AIR KE ATAS AKTIVITI MANUSIA
i. Kegunaan domestik
Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman,mencuci dan keperluan-keperlun lain.Sumber air yang utama adalah dari sungai-sungai,conthnya Sungai Muda di Kedah,Sungai Pahang di Pahang dan lain-lain.
ii. Pertanian
Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air.Empangan di bina untuk membekalkan air dan mengawal input output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Ia dilaksanakan melalui projek-projek perairan untuk pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah. Contohnya pengairan telah membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti rancangan pengairan Muda di Kedah, Kemubu di Kelantan.
iii. Perindustrian
Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian, besi dan keluli. Air digunakan dalam pelbagai cara terutamanya sebagai pencuci dan membersih produk-produk atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih yang berterusan contohnya dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia.
iv. Sistem Pengangkutan Air
Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. Contonya sungai Rajang di Sarawak dan sungai Kinabatangan di sabah.
v. Rekreasi, Eko Pelancongan Dan Sukan Air
Sumber air dapat menambahkan keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong seperti tasik dan air terjun. Contohnya, air terjun kota Tinggi di Johor. Pembinaan chalet-chalet terapung, resort dan rumah rehat, pusat sukan air seperti aktiviti berkayak, berkelah dapat dijalankan di kawasan jeram dan air terjun.





4.4 IMBANGAN AIR
Konsep Imbangan Air
Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyaknya dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan, sejatan yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagai storan.
Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)
P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.
ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan
dST = air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.
S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan air )
Konsep Lebihan Air
Lebihan air merupakan Imbangan air positif,yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ia boleh menyebabkan fenomena banjir.
Konsep Kurangan air
Kurangan air atau imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.ambarajah – Imbangan air
VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT RUANG DAN MASA


Keterangan:
Jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (P)=(et) jumlah sejatan dari lautan dan daratan, iaitu seluruh sejatan ke lapisan atmosfera sepatutnya mesti menurun semula sebagai kerpasan ke permukaan bumi. Sejatan dari lautan adalah sebanyak 84% , tetapi yang menurun sebagai kerpasan di lautan ialah sebanyak 77%. Berlaku kehilangan kerpasan sebanyak 7%. Sementara di daratan, sejat peluhan ialah sebanyak 16%, tetapi kerpasan sebanyak 23%, iaitu lebihan kerpasan sebanyak 7%. Kehilangan 7% kerpasan di lautan telah ditiup ke daratan sebagai awan. Apabila sampai di daratan, awan ini menurun sebagai kerpasan lalu menyebabkan terdapatnya lebihan 7% kerpasan di daratan. Lebihan 7% kerpasan di daratan ini disalirkan sebagai air larian di permukaan daratan. Formula imbangan air akan menjadi seimbang, iaitu jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (+7% air larian) = jumlah sejatan dari lautan dan daratan (-7% wap air yang ditiupke daratan). Oleh itu, elemen (+r) boleh diketepikan kerana tujuh peratus air larian di permukaan tanah datang dari kehilangan tujuh peratus kerpasan di lautan.
oleh itu, p=et, iaitu jumlah kerpasan di daratan dan di lautan bersamaan dengan jumlah sejatan (termasuk sejat peluhan) dari lautan dan daratan.
77% + 23% (+7%) = 84% +16% (-7%), iaitu 100% = 100%
Faktor-Faktor Mempengaruhi Variasi Imbangan Air (Kuliah Kali: )
i Topografi dan aspek
Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan hujan. Contohnya dikawasan pantai barat Banjaran Rocky mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur. Oleh itu di bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering.





ii. Hujan
Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi. Kesannya boleh meningkatkan air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir. Manakala pengurangan imput hujan pula boleh mempengaruhi kepasiti storan air tanih dan menyebabkan sungai yang mengalir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.
ii.Tumbuhan
Litupan tumbuhan tebal seperti hutan hujan khatulistiwa membantu kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan jumlah air dalam tanah kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam tanih daripada mengalir di permukaan. Tumbuhan juga boleh meningkatkan kehilangan air melalui proses sejat peluhan.dan menjamin kelembapan udara, seterusnya membentuk awan yang boleh menurunkan hujan.Kekurangan tumbuhan menyebabkan persekitaran menjadi kering,,sejatan meningkat maka hujan akan berkurangan,kurangan air akan berlaku..
iii. Ketelapan tanih dan ciri batuan
Tanah yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding tanah berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanah liat yang menggalakkan air bertakung dan menyebabkan lebihan air.
iv. Kehadiran badan air
Kewujudan sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh menjadi pembekal utama kepada system akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan air
v.Tindakan manusia.
Pembangunan yang pesat yang melibatkan penyahutanan untuk pembinaan petempatan,perindustrian dan lain-lain akan menyebabkab kurangan air. Kekurangan hutan menyebabkan kurangnya simpanan air tanih untuk dibekalkan secara tetap kepada sungai.Pembandaran yang pesat menyebabkan permukaan bumi diturap,kadar susupan air berkurangan menyebabkan simpanan air tanih berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat mudah berlaku apabila berlaku hujan.



















Rumusan Proses-Proses Yang Terlibat Dalam Sistem Hidrologi
Proses Kitaran Hidrologi
i. Proses mendatar
• Larian air permukaan
• Aliran air bawah tanah
• Alir lintang atmosfera
ii. Proses menegak
• Sejatan
• Sejatpeluhan
• Kerpasan
• Aliran batang
• Resapan
4.5 KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA
Gangguan Imbangan Air
Gangguan terhadap kitar air boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan air sama ada ketidaksembangan positif(air berlebihan seperti banjir) atau ketidakseimbangan negatif( air berkurangan seperti kemarau).
a. Kejadian kemarau.
Kemarau di definasikan sebagai keadaan jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang.Kemarau juga mewujudkan keadaan imbangan air negatif iaitu kekurangan air yang di alami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu.Dalam hal ini kadar sejatan melebihi daripada kerpasan(hujan) yang turun di kawasan berkenaan.Keadaan cuaca semasa kemarau ialah panas, udara kering(% kelembapan udara rendah), hujan berkurangan atau tiada langsung.
b. Kejadian banjir.
Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir.Banjir boleh di takrifkan sebagai satu keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehngga melebihi daya tampung sesebuah saluran seperti sungai,tasik dan laut lalu mengalir limpahkan ke kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah.Limpahan air ini berlaku dalam tempoh tertentu dan bersifat sementara.
c. Banjir monsun/musiman.
Banjir musiman ialah limpahan air secara besar-besaran dan kompleks yang berlaku secara meluas pada musim-musim tertentu dalam jangka masa yang lama akibat curahan hujan lebat yang berpanjangan. Hujan tahunan atau musiman yang lebat dalam masa yang lebih panjang mengakibatkan kejadian banjir yang lebih meluas,boleh meliputi seluruh kawasan legehnya.Hujan maksimum yang berlaku dalam musim-musim/bulan-bulan tertentu dalam tempoh setahun boleh menyebabkan banjir musiman. Di kawasan Asia Monsun, kejadian banjir boleh di pengaruhi oleh ketibaan hujan yang sangat lebat dalam musim-musim tiupan angin monsun Timur laut dan barat daya.Tiupan angin monsun Timur laut merentasi Laut China Selatan mengumpulkan banyak kelembapan dan membawa hujan yng sangat lebat.
d.Banjir kilat.
Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja.Akibat daripada curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permkaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup ke dalam tanih yang mana liang porinya telah ditutup dengan bitumen/tar/aspalt lalu mengalir-limpah sebagai air larian permukaan.Banjir jenis ini banyak berlaku di bandar-bandar besar.











GANGGUAN IMBANGAN AIR TERHADAP AKTIVITI MANUSIA
i. Pertanian
Imbangan air positif (banjir) boleh mengganggu aktiviti pertanian iaitu boleh merosakkan tanaman contohnya penenggelaman kawasan sawah padi yang
merosakkan pokok-pokok padi. Contohnya sawah padi di Kelantan pada musim tengkujuh.Manakala imbangan air negatif (kemarau) boleh menyebabkan bekalan air berkurangan, jumlah air sungai, tasik dan empangan akan berkurangan. Hal ini menyebabkan tanaman yang bergantung kepada sumber air akan mati dan menjejaskan pendapatan petani.
ii. Perikanan
Semasa lebihan air (banjir) kolam-kolam akan ditenggelami air, sungai-sungai akan melimpahi tebing yang boleh menyebabkan ikan-ikan ternak terbebas keluar. Arus-arus sungai yang deras boleh memusnahkan sangkar-sangkar ikan yang dibina.
Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan sungai, tasik dan kolam-kolam ternakan kekeringan air. Benih-benih ikan akan mati. Ini akan menjejaskan penternakan ikan dan udang samada di kolam atau sangkar dalam sungai.
iii. Pembalakan
Lebihan air (banjir) boleh mengganggu aktiviti pembalakan ,jalan-jalan raya terputus, pengangkutan kayu balak dan pemasarannya akan terganggu.Kekurangan air (kemarau) boleh mengakibatkan berlaku kebakaran hutan yang boleh menjejaskan aktiviti pembalakan dan mengurangkan sumber hasil kayu balak
iv. Penternakan
Lebihan air (banjir) boleh mengganggu aktiviti penternakan di mana kawasan ragutan ternakan dan kandang ternakan ditenggelami air.Semasa banjir penternak sukar untuk memindahkan ternakan.Keadaan ini boleh menyebabkan ternakan akan mati dan kerugian kepada penternak.Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan kekurangan kawasan ragut rumput untuk ternakan lembu kambing
Penyesuaian Manusia Terhadap Kurangan Air Dan Lebihan Air.

Kurangan air/ kemarau
i. Penggunaan Air bawah tanah
Memajukan sumber air , contohnya kekurangan sumber air boleh di atasi dengan penggunaan air bawah tanah dengan cara menggerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.
ii. Pembenihan Awan
pembenihan awan boleh dilakukan bagi menurunkan hujan tiruan di kawasan tadahan. Larutan garam (silver iodide) disemburkan ke atas awan kumulusnimbus. Larutan garam berfungsi sebagai ‘nukleus kondensasi’ untuk menarik wap-wap air di dalam awan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akan berlaku dan mencapai tahap tepu yang menyebabkan hujan akan turun.
iii. Membina Laluan Air/Terowong Air
pembinaan laluan air adalah untuk memindahkan air antara lembangan. Contohnya pembinaan terowong menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah iaitu Terowong Saiong. Air dari Empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapai paras tertentu.Hal ini dapat menambahkan bekalan air kepada penduduk.
iv. Penggunaan Air Tasik, Kolam
bagi menambahkan sumber air, tasik tinggalan perlombongan bijih timah akan dipam, dirawat, disalirkan dengan menggunakan alat ULTRA SOURCE. Projek ini dapat menampung keperluan air kepada penduduk contohnya di Lembah Klang.
Lebihan air / Banjir:
i. Membina empangan besar
Empangan besar di bina bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat. Disamping mengawal banjir ia dapat menyimpan air dan membekalkan air untuk penduduk.
Ii .Mendalam dan meluruskan sungai
kerja-kerja mendalamkan dan meluruskan alur-alur sungai boleh menyebabkan sungai dapat mengalir dengan mudah dan tepat ke laut.Keadaan ini dapat mengurangkan kejadian banjir.
iii. Membina benteng/tetambak
Bbenteng di bina sepanjang sungai teutamanya di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebing dan menyebabkan banjir
iv.Tindakan Undang-undang
Kawalan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air bagi mengekalkan storan air. Aktiviti pembalakan haram harus dikenakan tindakan undang-undang bagi memastikan kawasan hutan tidak diceroboh dan mengurangkan larian air permukaan yang mengakibatkan banjir.
BANJIR KILAT
Konsep Banjir Kilat
Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/ beberapa jam. Akibat daripada curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih yang mana liang porenya tetah ditutup dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian permukaan . oleh sebab itu, banjir jenis ini banyak berlaku di Bandar-bandar besar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Banjir Kilat.
i. Litupan Permukaan Tidak Telap Air
Litupan permukaan tidak telap air seperti bitumen/tar/ aspalt menyebabkan liang pore permukaan tanih ditutup. Permukaan tidak telap air menghalang penyusupan air ke dalam tanih. Keadaan ini menyebabkan larian air berlaku di permukaan dan peningkatan air secara mendadak semasa hujan lebat menggalakkkan kejadian banjir kilat.
ii. Sistem perparitan tidak cekap
Sistem perparitan tidak cekap seperti perparitan yang bersaiz kecil, jumlah sedikit, tersumbat dengan sampah-sarap tidak dapat menampung isipadu air semasa hujan lebat. Isipadu air hujan yang banyak akan melimpah keluar daripada parit dan longkang dan menyababkan kejadian banjir kilat.
iii. Kekurangan Litupan Tumbuh-Tumbuhan
Di kawasan Bandar kurankawasan hijau. Keadaan ini menyebabkan fungsi pokok dalam proses cegatan silara tidak berlaku dan air hujan yang turun menjadi larian air permukaan menggalakkan kejadian banjir kilat.
iv. Kepesatan pembangunan
kepesatan pembangunan khususnya di pinggir bandar akan memusnahkan kawasan tadahan yang luas. Pembangunan projek perumahan, pembandaran , tapak perindustrian menyebabkan kawasan tadahan dimusnahkan dan paya ditimbus. Sekiranya hujan lebat akan membanjiri kawasan bandar yang lebih rendah dengan cepat.
v. Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab sperti membuang sampah dalam parit, penduduk setinggan membuang sampah ke sungai dalam Bandar. Apabila hujan lebat, air sungai cepat melimpah ke kawasan Bandar menyebabkan kejadian banjir kilat.
Langkah-Langkah Mengatasi Kejadian Banjir Kilat.
i. Sistem Perparitan Yang Lebih Cekap Dan Sistematik
Kerajaan tempatan mengadakan pelan induk sistem perparitan di kawasan baru dibuka. Perancangan bandar yang teliti di mana longkang dan parit diperbesarkan, diperdalamkan supaya dapat tampung kuantiti air yang banyak ketika hujan lebat. Sistem perparitan diselenggaraan supaya sentiasa bersih dan tidak tersumbat.
ii. Penghijauan Persekitaran Kawasan Bandar
Langkah penghijauan kawasan bandar seperti menanam rumput dan pokok sebagai menggalakkan proses cegatan silara. Peranan pokok ini boleh mengurangkan larian air permukaan mengelakkan banjir kilat.
iii. Rizab Sungai
Penetapan rizab sungai iaitu 30 meter daripada sungai tidak boleh diterokai untuk pembangunan. Kawasan rizab sungai dapat menggalakkan penyusupan air sebelum ke dalam sungai. Sebagai langkah untuk memudahkan pengurusan meluruskan dan memperdalamkan sungai pada masa akan datang
iv. Tindakan Undang-Undang
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah dalam konteks sisa pepejal ke dalam parit/longkang dan sungai. Di antara tindakan yang dikenakan termasuk didenda, penjara atau kedua-duanya sekai.
v. Kempen Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar
Kempen kesedaran melalui media massa (TV, radio, internet) & media cetak (surat khabar, majalah, risalah) dapat menyedarkan masyarakat dan generasi muda kepentingan menjaga kebersihan sungai, parit/longkang melalui projek gotong-royong membersihkan sampah-sarap dalam parit dan sungai. Pendidikan alam sekitar di sekolah melalui mata pelajaran geografi juga memberi kefahaman punca dan kesan banjir kilat.

Ahad, Oktober 31, 2010

SOALAN RAMALAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KERTAS
GEOFIZIK KEPADA SEMUA PELAJAR KU.
CIKGU DOAKAN SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA

....INGAT PESAN CIKGU...







2 a) Takrifkan konsep bahangan bumi.{5}
b) Huraikan kesan putaran dan peredaran bumi terhadap jumlah tenaga matahari yang diterima oleh permukaan bumi [10]
c) Jelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima bumi terhadap alam sekitar
manusia dan fizikal [10]

3 a) i.Apakah yang dimaksud dengan tenaga? [3]
ii)Nyatakan 2 jenis dan punca tenaga dalam sistem bumi .[4]
b) i .Nyatakan 2 faktor kejadian solstis.[2]
ii.Jelaskan perbezaan penerimaan tenaga suria semasa kejadian solstis.[6]
c) Huraikan pengaruh kejadian 4 musim terhadap aktiviti manusia.[10]

4 a) i. Huraikan konsep kitar batuan[4]
ii.Nyatakan tiga jenis batuan utama.[3]
b) Jelaskan proses pembentukan dua daripada tiga jenis batuan seperti (a)(ii) di atas.[10]
c) Huraikan kepentingan batuan kepada sumber ekonomi manusia.[8]

5 a) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa fizikal?[5]
b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap.[6]
c)Jelaskan tiga faktor fizikal yang mempengaruhi proses luluhawa di kawasan tropika
lembap.[6]
d) Huraikan kepentingan proses luluhawa terhada aktiviti manusia.[8]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim.[5]
b) Huraikan proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap.[10]
c) Terangkan bagaimana kegiatan manusia boleh menyebabkan terjadinya pergerakan
jisim.[10]

7 a) i. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan lembangan saliran.[5]
ii. Rujuk peta...[7]
iii. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai.[8]
iv. Huraikan kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai kepada
kegiatan manusia.[8]

atau

7 b) i. Takrifkan maksud profil pantai.[3]
ii.Nyatakan empat agen hakisan di zon pesisir pantai.[4]
iii.Terangkan proses pembentukan anak tanjung dan beting pasir.[10]
iv.Jelaskan bagaimana kegiatan manusia menyebabkan berlakunya hakisan pantai.[8]

8 a) Apakah yang anda faham tentang pemanasan global.[5]
b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap geomofologi.[10]
c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi kegitan manusia di
kawasan tropoka lembap.[10]

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024