Taburan
Penduduk
Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk
1
Taburan
penduduk bermaksud penumpuan, sebaran atau agihan dan pembahagian penduduk di
atas sesuatu ruang, kawasan atau wilayah, negeri, negara dan benua. Taburan
adalah dalam keadaan yang berbeza kepadatan dan sentiasa berubah mengikut
peredaran masa, kemajuan ekonomi dan politik.
2
Taburan
penduduk di permukaan bumi secara umumnya adalah tidak seragam, tidak seimbang
atau tidak sekata. Ada kawasan yang padat dengan penduduk, kawasan sederhana
padat dan kawasan yang jarang dihuni penduduk atau berkepadatan rendah. Ada
juga kawasan ekstrem atau melampau yang tidak didiami manusia.
3
Bentuk
muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan ketersampaian yang rendah
semuanya telah menghadkan aktiviti dan taburan manusia. Kawasan tundra (Kutub
Utara) misalnya sangat sejuk dan terpencil maka ia hanya dihuni oleh penduduk
nomad kaum Eskimo. Hutan tebal, gurun panas, bukit dan gunung atau tanah tinggi
semuanya menghalang tumpuan penduduk ke kawasan tersebut. Terdapat penduduk
orang asli di kawasan terpencil dan berhutan tebal.
4
Kawasan
tumpuan yang paling padat dengan penduduk di dunia ialah sama ada di kawasan
pembangunan perindustrian yang maju atau wilayah pembangunan pertanian yang
intensif dan saintifik.
5
Antara
kawasan pembangunan perindustrian utama yang menjadi tumpuan penduduk sejak
zaman dahulu ialah kawasan perusahaan barat laut Eropah, iaitu United Kingdom,
Jerman, Denmark, Perancis dan kawasan perusahaan timur laut Amerika Syarikat di
sekitar tasik-tasik besar Sungai St. Lawrence hingga ke New York.
6
Lembah
Chang Jiang di China, Dataran Indus-Ganges di India, Delta Menam Chao Phraya di
Thailand, Delta Irrawaddy di Myanmar, Pulau Jawa di Indonesia, Pulau Luzon di
Filipina serta lembah dan delta Sungai Nil di Mesir menjadi tumpuan penduduk
pada masa dahulu dan kini kerana tanah yang subur untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
7
Kepadatan
(densiti) penduduk bermaksud bilangan atau jumlah penduduk sesebuah kawasan
atau negara dibahagikan dengan keluasan kawasan atau negara tersebut. Formula
pengiraan kepadatan penduduk adalah seperti berikut:
8
Aras
kepadatan penduduk sesebuah kawasan atau negara sama ada berkepadatan tinggi
atau rendah adalah dipengaruhi oleh keluasan sesebuah negara atau kawasan
tersebut.
9
Kepadatan
penduduk adalah berbeza-beza antara negara misalnya Malaysia (53 orang km
persegi), India (260 orang km persegi), Jepun (327 orang km persegi), China
(118 orang km persegi), Australia (dua orang km persegi), Singapura (5280 orang
km persegi).
10
Benua
Eropah yang meliputi sebanyak 25 buah negara dengan keluasan 9.6 juta kilometer
persegi dan bilangan penduduk berjumlah 850 juta adalah berkepadatan penduduk,
iaitu 90 orang setiap km persegi.
Taburan Penduduk Mengikut Wilayah
1
Jumlah
penduduk dunia pada tahun 2014 ialah seramai tujuh bilion dan taburan atau
sebaran penduduk mengikut wilayah dunia adalah tidak seimbang atau tidak
sekata. Keadaan tersebut mewujudkan kawasan padat, sederhana padat dan jarang
seperti berikut:
Wilayah Dunia
|
Taburan (%)
|
Asia
Afrika
Amerika Latin
Amerika Utara
Eropah
Australasia
|
62
12
9
6
11
1
|
2
Taburan
penduduk wilayah dunia mengikut benua menunjukkan hampir tiga per empat
penduduk terdapat di benua Asia dan benua Eropah. Lebih separuh daripada
penduduk dunia pula tinggal di negara-negara Asia. la meliputi lebih 60 peratus
penduduk dunia atau berjumlah lebih kurang tiga bilion orang.
3
Manakala
kawasan Oceania yang meliputi Australia dan New Zealand adalah kawasan yang
berpenduduk jarang atau kurang penduduk.
4
Kawasan
tumpuan penduduk yang padat dengan kepadatan 200 orang bagi setiap kilometer
persegi terdapat di beberapa buah kawasan utama, iaitu barat laut Eropah
(United Kingdom, Jerman, Denmark, Perancis) Asia Timur (China), Asia Selatan
(India), Amerika Utara (USA-New York dan Kanada-Ottawa) dan Tokyo di Jepun.
5
Kawasan
sederhana padat yang berkepadatan 50 hingga 200 orang bagi setiap kilometer
persegi meliputi kawasan padang rumput hawa sederhana seperti Prairie di
Kanada, Asia Tenggara, Afrika Tengah, Afrika Selatan, Eropah Timur, bahagian
Selatan Rusia dan timur Australia.
6
Kawasan
yang kurang menjadi tumpuan dan jarang penduduk seperti di kutub, kawasan
tundra di Kanada, kawasan pergunungan seperti Gunung Himalaya (Nepal), Gunung
Rocky (Amerika Utara), Gunung Andes (Peru-Bolivia), kawasan padang pasir dan
Gurun Sahara (Afrika Utara), Gurun Gobi (China) serta kawasan pedalaman Asia
Tenggara seperti Borneo, Kalimantan dan Sumatera.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan dan Kepadatan PendudukWilayah Dunia
1
Pelbagai
faktor boleh mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk dunia seperti faktor
alam sekitar fizikal atau faktor semula jadi (iklim, bentuk muka bumi, tanah,
saliran dan sumber galian) dan faktor kemanusiaan (dasar kerajaan, sistem
pengangkutan, peluang pekerjaan, ekonomi dan lain-lain).
2
Sesebuah
negara yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil akan mengalami masalah
taburan penduduk yang tidak seimbang atau tidak seragam. Ada sebahagian negara
yang menjadi tumpuan sehingga sebahagian yang lain menjadi terlalu jarang
penduduk seperti di Kanada dan Australia.
3
Bagi
negara yang mempunyai terlalu ramai penduduk sehingga sumber alam yang ada di
dalam negara tersebut tidak mencukupi untuk menampung penduduknya. Contohnya
seperti negara Bangladesh dan India yang mengalami penduduk berlebihan.
4
Negara
maju seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah Barat serta Jepun dapat
menampung bilangan dan keperluan penduduknya. Hal ini kerana kemajuan teknologi
dan sumber alam yang mencukupi dapat menyerap ledakan penduduk dengan
menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang optimum.
5
Kerajaan
juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi taburan penduduk seperti
melalui program transmigrasi penduduk di Indonesia. la dilakukan dengan menarik
penduduk di Pulau Jawa (penduduk padat) ke Pulau Sumatera dan Kalimantan
(penduduk jarang).
6
Program
pembangunan wilayah dan pembukaan tanah baharu seperti di Malaysia merupakan
perancangan kerajaan negara untuk mentransformasikan kawasan luar bandar.
Perancangan serampang dua mata ini secara langsung telah menarik pelbagai
kegiatan ekonomi berkaitan serta bilangan penduduk yang ramai tertumpu di
sesebuah kawasan.
7
Faktor-faktor
lain yang mempengaruhi taburan penduduk di wilayah dunia adalah seperti
berikut:
Taburan dan Kepadatan Kawasan
|
Faktor
yang Mempengaruhi
|
Kawasan padat penduduk
|
·
Letakan yang strategik seperti berdekatan dengan sumber
air
·
Darjah ketersampaian yang tinggi
·
Kawasan tanah pamah yang luas dan subur untuk pertanian
secara intensif
·
Kekayaan pelbagai jenis sumber galian termasuk bahan api
Tumpuan pembangunan sektor ekonomi perindustrian, perdagangan dan
perkhidmatan
·
Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan
·
Perkembangan bandar-bandar
·
Tumpuan migrasi kerana terdapat pelbagai kemudahan
·
Kadar urbanisasi yang pesat
·
Sejarah pembangunan, dasar penjajahan dan tumpuan
peradaban masa lampau
·
Sistem saliran yang baik dan berfungsi
|
Kawasan sederhana padat
|
· Kawasan tanah
pamah dan tanah beralun yang menggalakkan aktiviti pertanian sara diri,
pertanian campur dan pertanian bijirin ekstensif
· Kawasan
pembalakan dan perlombongan
· Kegiatan
perindustrian dan pembandaran
|
Kawasan
jarang penduduk
|
Pelbagai
masalah dan halangan seperti lokasi yang jauh dan terpencil dan ketersampaian
rendah kerana rupa muka bumi yang kasap. Iklim yang ekstrem atau melampau,
lapisan tanah nipis serta hujan tahunan yang sedikit
|
Taburan Penduduk di Malaysia
1
Taburan
penduduk Malaysia adalah tidak seimbang atau tidak seragam. Ketidakseragaman
ini adalah antara kawasan atau wilayah Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat)
dengan Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur).
2
Taburan
penduduk yang tidak seimbang juga berlaku antara kawasan atau negeri di pantai
timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dengan pantai
barat Semenanjung Malaysia (Selangor, Johor, Negeri Sembilan Perak dan Pulau
Pinang). Lebih daripada 80% daripada penduduk Malaysia tertumpu di kawasan
pantai barat Semenanjung Malaysia.
3
Antara
kawasan penduduk padat di Malaysia ialah di Lembah Klang, Lembah Kinta,
Seremban, Pulau Pinang, delta Kedah-Perlis dan delta Kelantan. Manakala bandar
yang menjadi pusat tumpuan penduduk pula seperti Johor Bahru, Ipoh, Kucing,
Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu dan sebagainya.
4
Secara
umum, kawasan yang sederhana padat penduduk terletak di kawasan penanaman
getah, kelapa sawit, pertanian tanah tinggi, kawasan pesisir pantai serta
kawasan pembangunan tanah dan pusat-pusat pertumbuhan baru.
5
Kawasan
yang mempunyai bilangan penduduk yang sederhana padat seperti di kawasan
Rancangan Pembangunan Tanah FELDA (Federal Land Development Authority) KEJORA
(Rancangan Johor Tenggara), KESEDAR (Rancangan Kelantan Selatan), bandar-bandar
kecil di Marang, Jerteh, Bachok, Port Dickson, Jasin, Kangar, Limbang, Semporna
dan lain-lain.
6
Kawasan
jarang penduduk di Malaysia seperti di kawasan pedalaman, iaitu di kawasan
kaki-kaki bukit, kawasan-kawasan kampung dan petempatan yang sukar dihubungi
terutama perkampungan orang asli seperti di sekitar Gua Musang Kelantan, Tanah
Rata dan Kuala Tahan di Pahang.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia
1
Pelbagai
faktor mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia seperti bentuk muka bumi dan
saliran, kegiatan ekonomi, kemudahan asas, sosial dan dasar kerajaan.
2
Faktor
fizikal di Malaysia adalah berkait dengan keadaan tanah tinggi dan tanah pamah yang
beralun, rata dan luas serta lembah-lembah sungai dan kawasan hutan rimba.
3
Kawasan
berbukit bukau dengan liputan hutan yang tebal menyukarkan pembinaan petempatan
dan penumpuan penduduk. Kawasan ini banyak terdapat di kawasan pedalaman
Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
4
Kawasan
tanah pamah dan rendah yang subur, bersaliran baik seperti di delta
Kedah-Perlis, delta Kelantan, kawasan sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Perak
adalah kawasan tumpuan dan kepadatan penduduk utama.
5
Faktor
ekonomi yang berkaitan dengan kemajuan perindustrian, perniagaan, pertanian dan
perkhidmatan yang menyediakan banyak peluang pekerjaan menyebabkan ramai
penduduk tertumpu ke kawasan bandar dan estet perindustrian seperti Kuala
Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Sungai Way, Seberang Perai, Bayan Lepas,
Senawang, Tasek dan lain-lain.
6
Lembah
Klang terutamanya metropolis Kuala Lumpur adalah destinasi utama tumpuan
penduduk atau penghijrah dari negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung
untuk bekerja dan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. la telah menjadi
antara kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia. Jumlah penduduk di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2010 ialah kira-kira 1.67 juta
orang.
7
Kemudahan
pengangkutan terutamanya jalan raya dan jalan kereta api sangat mempengaruhi
mobiliti penduduk menuju ke sesuatu lokasi yang sarat dengan kemudahan sosial
seperti sekolah dan institusi pengajian, klinik dan hospital. Ketersampaian
yang rendah menyebabkan beberapa buah kawasan di Sabah dan Sarawak hanya dihuni
oleh beberapa buah keluarga sahaja.
8
Dasar
atau polisi kerajaan Malaysia yang memberi penekanan kepada kemajuan dan
kesejahteraan negara dan rakyat telah membuka banyak kawasan pembangunan tanah
FELDA, KETENGAH, KESEDAR, DARA dan KEJORA. Kawasan yang dipenuhi hutan tebal,
tanpa jalan dan kemudahan sosial dibersihkan menjadi beberapa gugusan rancangan
tanah moden dengan menarik penduduk yang tidak bertanah menjadi peneroka.
Akhirnya, kawasan tanah rancangan ini telah menjadi pusat pertumbuhan baharu
kawasan luar bandar dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan tumpuan penduduk.
Bandar Muadzam Shah, bandar Al-Muktafi Billah Shah dan bandar Jengka adalah
pusat bandar yang menjadi tumpuan penduduk di luar bandar.
9
Dasar
kerajaan Malaysia untuk menyeimbangkan kemajuan antara kawasan dan negeri
seperti dasar penyelerakan industri ke kawasan atau negeri kurang maju
menyebabkan penduduk tertumpu ke kawasan berkenaan. Contoh kawasan
perindustrian di bawah program ini ialah seperti kawasan perindustrian
Pengkalan Chepa, Mak Mandin, Taman Teknologi Tinggi
Kulim, Proton City dan lain-lain.
Kesan Taburan Penduduk yang Tidak Seragam terhadap Sumber Alam
1
Kesan
tumpuan penduduk dan bilangan penduduk yang ramai di sesuatu kawasan ke atas
sumber tanah akan menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah yang sengit.
Kawasan tanah akan digunakan untuk aktiviti perindustrian, petempatan atau
pertanian. Saiz tanah akan menjadi kecil dan tidak ekonomik untuk menjalankan
aktiviti pertanian secara meluas. Harga tanah juga semakin meningkat.
2
Penggunaan
tanah yang sangat intensif untuk pertanian demi menampung keperluan penduduk
yang ramai menyebabkan tanah cepat hilang kesuburan dan menjadi tandus. Hakisan
dan tanah runtuh juga akan berlaku. Sungai menjadi cetek apabila kelodak
daripada hakisan masuk ke dalam sungai.
3
Sumber
galian atau mineral akan cepat habis bila dieksploit secara berleluasa
menyebabkan sesebuah kawasan itu terjejas dari segi kemajuan dan pembangunan.
Bijih timah yang telah habis dilombong di Lembah Kinta, Lembah Klang, Taiping,
Seremban dan Sungai Lembing telah menyebabkan beberapa buah bandar kecil yang
sangat sibuk pada tahun 1960-an dan 1970-an telah menjadi bandar mati.
4
Hutan
yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna yang merupakan habitat
biodiversiti serta orang asli telah turut terjejas akibat keperluan penduduk
yang ramai.
5
Tumpuan
penduduk ke kawasan bandar besar telah menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi
sampah sarap. Pencemaran persekitaran ini menyebabkan timbul masalah penyakit,
ketidakselesaan dan masalah bau busuk. Udara juga turut tercemar apabila kilang
dibina dan kenderaan yang membebaskan gas karbon monoksida dan sulfur dioksida.
6
Ada
kawasan yang kaya dengan sumber mineral dan tanah yang luas seperti di
pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi berpenduduk jarang menyebabkan isu
pembaziran alam sekitar akan berlaku.
7
Sebaliknya
apa yang positif ialah dengan tumpuan penduduk yang ramai ke sesuatu kawasan
boleh menyebabkan semua sumber yang ada seperti mineral, tanih dan tumbuhan
akan digunakan secara optimum untuk tujuan meningkatkan ekonomi dan taraf hidup
penduduk. Banyak peluang pekerjaan akan wujud.
Pertumbuhan
Penduduk
Pertumbuhan Penduduk Dunia
1
Pertumbuhan
penduduk dunia hari ini, khususnya di negara sedang membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Latin sangat pesat. Bilangan penduduk sentiasa meningkat daripada
masa ke semasa disebabkan oleh kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian
yang rendah.
2
Pertumbuhan
penduduk yang pesat adalah berikutan peningkatan tahap kesihatan dan keadaan
hidup yang semakin baik. Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk di negara maju
mutakhir ini menunjukkan kadar yang agak perlahan atau dikenali sebagai kadar
pertumbuhan penduduk sifar (zero population growth).
3
Pada
tahun 2005, penduduk dunia berjumlah 6.9 bilion dan mengikut suruhanjaya
mengenai Kependudukan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyatakan jumlah penduduk dunia akan meningkat kepada 9 bilion pada
tahun 2050.
4
Daripada
238 buah negara yang di rekod oleh Biro Bancian Amerika Syarikat pada tahun
2010, China mencatatkan penduduk paling ramai, iaitu 1.3 bilion orang manakala
Pitcairn Island adalah negara paling sedikit penduduknya, iaitu 64 orang.
Jumlah penduduk Malaysia pula ialah seramai 28.7 juta orang. Pada tahun 2100
penduduk dunia dijangka meningkat kepada 10.1 bilion.
5
Trend pertumbuhan
penduduk dunia masa kini:
(a)
Penduduk dunia
bertambah tiga orang setiap saat atau 250 000 sehari atau 90 juta hingga 100
juta orang setahun.
(b)
Pada tahun 1990,
bilangan penduduk dunia ialah 5.3 bilion dan era 1933-an ini menyaksikan
pertumbuhan penduduk paling pesat dalam sejarah pembangunan manusia sejagat
Jadual
1 Anggaran penduduk dunia mengikut wilayah pada tahun 2û15
Wilayah dunia
|
Bilangan Penduduk
(juta orang)
|
Asia
Timur
|
2
050.6
|
Asia
Tenggara
|
4873
|
Amerika
Selatan — Carribean
|
624.3
|
Asia
Barat — Afrika Utara
|
393.9
|
Asia
Selatan
|
1651.9
|
Afrika
sub-Sahara
|
921.1
|
Eropah
Barat
|
286.8
|
Amerika
Utara
|
450.3
|
Oceania
|
252
|
6
Pertumbuhan
penduduk merujuk kepada peratus perubahan bilangan penduduk yang mendiami sesuatu
kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itü positif
(bertambah) atau negatif (berkurang) disebabkan kadar kelahiran, kematian dan
migrasi bersih. Kombinasi tiga faktor tersebut telah menyebabkan perubahan
bilangan penduduk berlaku sama ada pesat, semakin bertambah atau stabil.
7
Pertumbuhan
penduduk juga merujuk kepada perbezaan antara kadar kelahiran dengan kematian
serta perbezaan antara migrasi maşuk dengan migrasi keluar (migrasi bersih).
8
Pertumbuhan
semula jadi penduduk ialah perbezaan antara bilangan kematian dengan bilangan
kelahiran (kadar kelahiran tolak kadar kematian). Manakala pertambahan penduduk
ialah bilangan penduduk yang semakin ramai atau meningkat.
9
Kadar
pertumbuhan penduduk adalah paling tinggi di Asia, manakala pertambahan
penduduk terendah adalah di Eropah, iaitu dengan keadaan pertumbuhan penduduk
sifar.
10
Kelahiran
dan migrasi maşuk akan menambahkan bilangan penduduk sesuatu kawasan manakala
kematian dan migrasi keluar akan mengurangkan penduduk di sesuatu kawasan.
11
Kadar
kelahiran merujuk kepada bilangan bayi yang dilahirkan oleh setiap 1 000 orang
penduduk dalam sesuatu tahun. Kadar kelahiran sangat tinggi di negara seperti
Afrika, Amerika Latin dan Asia (35/1 000 orang).
12
Kadar kematian pula
ialah bilangan kematian bagi setiap 1 000 orang penduduk. Berikut ialah kadar
pertumbuhan penduduk dunia mengikut negara dan kawasan terpilih:
Jadual 2 Pertumbuhan penduduk dunia
Negara/Kawasan
|
Pertumbuhan (%)
|
Mexico
|
3.0% ke atas
|
Ecuador
|
3.0% ke atas
|
Arab Saudi
|
3.0% ke atas
|
Algeria
|
3.0% ke atas
|
India
|
2.0% hingga 2.9%
|
Bangladesh
|
2.0% hingga 2.9%
|
India
|
2.0% hingga 2.9%
|
Filipina
|
2.0% hingga 2.9%
|
China
|
1.0% hingga 1.9%
|
Australia
|
1.0% hingga 1.9%
|
Argentina
|
1.0% hingga 1.9%
|
USA/Amerika Utara
|
Kurang daripada
1.0%
|
Perancis
|
Kurang daripada
1.0%
|
United Kingdom
|
Kurang daripada
1.0%
|
Switzerland
|
Kurang daripada
1.0%
|
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran
1
Faktor
hayat berkaitan dengan bangsa, kesihatan dan kesuburan genetik. Misalnya, kadar
kesuburan wanita dipengaruhi oleh umur semasa berkahwin. Perkahwinan pada usia
muda atau kahwin muda boleh mempengaruhi kadar kesuburan dan keupayaan
melahirkan anak yang lebih ramai.
2
Faktor
demografi seperti bilangan penduduk, umur, komposisi jantina, tempat tinggal di
luar bandar atau bandar dan status wanita sama ada berkerjaya atau sebaliknya.
Wanita berkerjaya cenderung berkahwin pada usia yang lewat. Bilangan penduduk
muda yang ramai boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Golongan penduduk muda
adalah lebih subur dan sihat.
3
Faktor
sosial seperti berkahwin awal pada usia muda, perkahwinan kanak-kanak
(kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka apabila
sudah dewasa atau matang), umur semasa berkahwin, tabiat seks dan adat
berkaitan perkahwinan.
4
Di
Asia, umur purata semasa berkahwin ialah 22.6 tahun, di Asia Timur ialah 24.2
tahun, di India 19.3 tahun dan Afrika 18.5 tahun. Pada zaman 1970-an, umur
berkahwin di Malaysia ialah 15—19 tahun.
5
Adat
perkahwinan berkaitan poligami dan poliandri (amalan bersuami lebih daripada
satu orang pada masa yang sama) banyak berlaku tetapi hanya melibatkan beberapa
buah negara seperti penduduk India dan Mongolia yang mengamalkan poliandri.
6
Dari
segi agama, sebarang cubaan yang sengaja menghadkan saiz keluarga dianggap
sebagai penyelewengan hükum agama. Agama Islam dan Kristian Katolik
mengharamkan pengguguran janin.
7
Taraf
pendidikan dan pekerjaan seseorang mempengaruhi kehidupan kekeluargaan. Saiz
keluarga yang kecil sudah mencukupi bagi mereka yang berpendidikan tinggi dan
terlibat dalam bidang profesional.
8
Dasar
kerajaan juga mempengaruhi saiz keluarga. Contohnya pada tahun 1970, Singapura
mengamalkan dasar menghadkan bilangan anak, iaitu hanya dua orang sahaja, di
China dasar hanya satu orang anak manakala di India menjalankan dasar
pemandulan terutama di kalangan penduduk lelaki.
9
insentif
kerajaan Malaysia antaranya ialah pemberian cuti bersalin yang lebih panjang
kepada ibu bersalin (6090 hari), dasar rebat percukaian ke atas bilangan anak
dan skim rawatan percuma kepada ibu mengandung turut mempengaruhi kadar
kelahiran yang tinggi.
10
Amalan
perancangan keluarga mempengaruhi kadar kelahiran menjadi lebih kecil apabila
penduduk menggunakan kaedah penjarakan anak melalui penggunaan ubatan dan alat
pencegahan kehamilan. Contohnya seperti pil perancang kehamilan, kondom,
mengikat rahim (bilateral tubal ligation), IUD (intrauterine device) dan
lain-lain. Amalan perancangan keluarga ini kebanyakannya diamalkan di negara
maju. Perancangan keluarga kadang-kadang tidak begitu berjaya di sesetengah
negara yang mengharamkan pengguguran janin serta halangan agama dan adat di
samping kos yang tinggi terutama di negara sedang membangun.
11
Kemajuan
teknologi dalam perubatan mampu memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.
Ubat-ubatan yang moden mampu menyembuhkan penyakit dan dapat mengurangkan kadar
kematian ibu dan anak ketika bersalin.
12
Teknologi
dan peralatan moden untuk ibu-ibu bersalin pula memudahkan kelahiran anak. Teknologi
dan alatan moden yang terdapat di bahagian obstetrik dan ginekologi (O&G),
pediatrik, radioterapi, neurologi dan ortopedik juga diperluaskan untuk
mengesan dan merawat pelbagai penyakit.
13
Amalan
pemakanan yang sihat dan sempurna juga mempengaruhi kadar kelahiran. Bekalan
makanan yang mencukupi serta berkhasiat
adalah penting untuk ibu-ibu mengandung dan bayi yang bakal dilahirkan hidup.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kematian
1
Kadar
kematian ialah bilangan penduduk yang mati berbanding dengan jumlah penduduk
pada tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. Contohnya, pada tahun 1980 Sweden
dan Jepun mencatatkan kadar kematian bayi yang rendah di dunia, iaitu 8.0
orang/1 000 bagi setiap kelahiran, manakala di Afghanistan, iaitu 22.6 orang/1 000
kelahiran.
2
Antara
faktor yang mempengaruhi kadar kematian (terutamanya bayi) ialah:
(a)
pemakanan
yang kurang berkhasiat atau zat yang tidak mencukupi
(b)
taraf
kesihatan yang rendah terutama penduduk miskin yang tinggal di kawasan luar
bandar
(c)
kekurangan kemudahan perubatan dan kawalan kebersihan di
rumah dan persekitarankemiskinan dan taraf hidup yang rendah menyukarkan
penduduk mendapatkan kemudahan rawatan kerana kos yang tinggi
(d)
perang,
bencana alam, wabak penyakit boleh menyebabkan kematian penduduk yang ramai.
3
Berikut
ialah langkah-langkah mengurangkan kadar kematian di Malaysia:
(a)
pendidikan
kesihatan terutamanya kepada ibu mengandung
(b)
pendidikan
mengenai pemakanan seimbang dan berkhasiat
(c)
pemberian
susu kotak dan makanan percuma (rancangan makanan tambahan) di sekolah
(d)
mengurangkan
penggunaan gula dalam minuman dan makanan
(e)
kempen
larangan merokok dan kempen antidadah
(f)
menyediakan
bekalan air bersih terutama di kawasan luar bandar
(g)
kaedah
pembuangan najis dan pelupusan sampah yang bersistematik dan moden
(h)
pencegahan
wabak penyakit seperti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan Iain-lain
penyakit bawaan vektor
(i)
perkhidmatan
perubatan moden, menambah bilangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik
yang lengkap dengan peralatan moden dan perkhidmatan klinik bergerak di kawasan
pedalaman.
Migrasi
1
Migrasi
juga adalah salah satu lagi faktor yang mempengaruhi perubahan bilangan
penduduk. Migrasi masuk (imigrasi) penduduk ke sesuatu kawasan akan
meningkatkan jumlah penduduk, sementara migrasi keluar (emigrasi) akan
mengurangkan penduduk.
2
Terdapat
lebih kurang 780 000 rakyat Malaysia menetap dan berhijrah ke Australia.
Malaysia pula menjadi tumpuan penduduk Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar
dan Iain-lain yang berada di Malaysia.
Dasar Kerajaan
1
Kerajaan
sesebuah negara banyak mempengaruhi kadar kelahiran seperti kerajaan China yang
telah menetapkan sebuah keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja.
Pada tahun 1970-an, kerajaan Singapura juga menetapkan sebuah keluarga hanya
boleh mempunyai dua orang anak sahaja. Jika keluarga mempunyai lebih daripada
dua anak, keluarga tersebut terpaksa menanggung segala kos pendidikan dan sara
hidup anak tersebut.
2
Kerajaan
Malaysia pula menggunakan polisi cukai, iaitu rebat cukai per kepala dilakukan
ke atas ketua keluarga bergaji tetap yang menanggung sebilangan anak di bawah
tanggungan mereka. Cuti bersalin yang agak panjang (30-90 hari) juga diberikan
kepada ibu yang bersalin untuk menjaga anak yang masih kecil.
Demografi Kependudukan
1.
Demografi
ialah kajian mengenai keadaan penduduk. la mengkaji hal-hal yang berkaitan
dengan penduduk termasuk saiz dan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang
berlaku dalam penduduk, sebab musabab perubahan terjadi dan kesan perubahan
pada masa akan datang.
2
Secara
khususnya, demografi ialah:
(a)
pertumbuhan
saiz penduduk di seluruh dunia (kadar kelahiran dan kematian)
(b)
kadar
kesuburan mempengaruhi keupayaan melahirkan dan mempunyai anak. Contohnya di
Malaysia keupayaan seseorang ibu adalah boleh melahirkan seramai 6.6 orang anak
(c)
kadar
kematian bayi, kanak-kanak dan ibu
(d)
jangka
hayat penduduk yang dikaitkan dengan kesihatan dan proses penuaan penduduk
(e)
nisbah
jantina, iaitu antara lelaki dan wanita di Malaysia ialah 106:100. Bilangan
lelaki lebih ramai berbanding perempuan
(f)
piramid
umur jantina. la penting kepada kerajaan sebagai petunjuk untuk menyediakan
kemudahan kepada golongan yang berkaitan.
Masalah Kependudukan
Lebihan Penduduk di Negara Sedang Membangun
1
Lebihan
penduduk bermaksud kadar pertumbuhan penduduk melebihi pengeluaran sumber alam.
Lebihan penduduk berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti bilangan
penduduk yang bertambah, sumber alam yang semakin berkurangan dan berlakunya
permintaan untuk tenaga buruh yang tinggi.
2
Pertambahan
penduduk yang pesat membebankan kerajaan serta golongan dewasa kerana terpaksa
menanggung golongan yang lebih muda dan tua.
3
Pengangguran
tinggi kerana peluang pekerjaan terhad dan berlaku persaingan untuk mendapatkan
pekerjaan terutamanya pekerjaan kolar biru.
4
Menimbulkan
masalah perumahan dan kesihatan. Penduduk tiada tempat tinggal dan terpaksa
tinggal di kawasan setinggan (squatter) yang kotor, kurang kemudahan asas dan
boleh menjejaskan kesihatan.
5
Masalah
kemiskinan tinggi apabila peluang pekerjaan terhad.
6
Kadar
buta huruf yang tinggi boleh membantutkan usaha kerajaan dalam penyebaran dan
pembauran inovasi. Golongan buta huruf lambat menerima pembaharuan.
7
Masalah
kekurangan bekalan makanan dan kebuluran yang mengancam nyawa.
8
Tekanan
ke atas sumber-sumber semula jadi seperti tanah, galian, tumbuhan yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar, kerosakan dan
kepupusan biodiversiti, hakisan dan runtuhan tanah serta peningkatan suhu.
9
Kehabisan
dan kepupusan sumber akibat eksploitasi berlebihan menyebabkan kehilangan pekerjaan
dan mengurangkan pendapatan negara.
10
Kekurangan
kemudahan asas terutamanya sistem pengangkutan, kesihatan dan pendidikan yang
sempurna menyebabkan penduduk luar bandar ketinggalan dalam arus pembangunan
negara.
Kurang Penduduk
Penduduk yang mendiami sesuatu kawasan adalah sedikit
berbanding saiz kawasan, negeri dan negara yang luas. Sumber alam seperti
mineral, tanah dan kekayaan lain juga banyak tetapi tidak dieksploitasi secara
maksimum yang menyebabkan pembaziran. Pertumbuhan ekonomi yang lambat serta
sektor kritikal tidak berkembang kerana masalah kekurangan tenaga kerja atau
penduduk. Contoh negara kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia, New
Zealand, Malaysia dan Singapura.
Penuaan Penduduk
1
Penuaan
penduduk bermaksud penduduk menjadi tua. la berkaitan dengan jangka hayat,
iaitu umur boleh hidup penduduk bermula daripada masa lahir sehingga saat
kematian. Di Malaysia, jangka hayat penduduk adalah di antara umur 65 hingga 75
tahun manakala di Jepun antara 75 hingga 85 tahun.
2
Penduduk
tua dunia telah meningkat dengan mendadak daripada 131 juta pada tahun 1950
kepada 469 juta pada tahun 2000. Anggaran penduduk tua pada tahun 2025 ialah
813 juta orang. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (2005), pada tahun 1991
jumlah penduduk tua ialah 679 600 orang dan telah meningkat kepada 900 600
orang pada tahun 2000.
3
Penduduk
tua dapat digolongkan kepada tiga kumpulan. Pertama, individu yang sihat yang
dapat menjaga dirinya dan memerlukan penjagaan kesihatan yang minimum. Kedua,
individu yang terhad aktivitinya dan mereka memerlukan bantuan untuk ke tandas,
mandi dan makan. Ketiga, individu yang sangat memerlukan penjagaan kesihatan
dan rawatan perubatan seperti memberi suntikan, membuang air kecil dan makan
menggunakan tiub. Kumpulan ketiga ini kebanyakannya yang terlantar di atas
katil (bedridden).
4
Proses
penuaan penduduk memberi kesan terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi
di sesebuah negara seperti perubahan komposisi umur (golongan tua bertambah),
bekalan tenaga buruh berkurangan dan bebanan kepada kerajaan untuk membayar
pencen dan penyediaan kemudahan percuma. Bagaimanapun, golongan lebih tua atau
warga emas yang berpendidikan tinggi juga merupakan penyumbang idea kepada
pembangunan negara kerana keintelektualan dan pengalaman mereka.
5
Ketidakseimbangan
taburan penduduk disebabkan migrasi dari luar bandar ke bandar yang menyebabkan
ketidakseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan
pembangunan ini akan mewujudkan jurang yang luas dan menyebabkan kawasan luar
bandar mundur.
6
Pencemaran
alam sekitar, penduduk padat, kesesakan lalü lintas, tekanan perasaan dan
masalah sosial seperti jenayah, pelacuran dan penyakit berjangkit akan berlaku
apabila bilangan penduduk meningkat dengan pesat.
Model Peralihan Demografi
1.
Model
peralihan demografi adalah model dalam bentuk graf garis yang diasaskan untuk
menerangkan tentang perubahan atau transisi penduduk mengikut tempoh tertentu
tentang kadar kelahiran, kadar kematian dan dipertumbuhan penduduk keseluruhan
daripada masa lalü hingga sekarang. Peralihan yang berlaku adalah secara
berperingkat-peringkat.
2
Terdapat
empat tahap atau peringkat peralihan demografi, iaitu:
(a)
tahap
I (tetap tinggi) di mana kadar kelahiran dan kematian adalah tinggi
(b)
tahap
II (pengembangan awal) di mana kadar kelahiran kekal atau tetap tinggi dan
kematian menurun sedikit
(c)
tahap
III (pengembangan akhir) menerangkan kadar kelahiran menurun ya
(d)
tahap
IV (tetap rendah) di mana kadar kelahiran dan kadar kematian rendah.
Ciri Penduduk dalam Konteks Model Peralihan Demografi Negara Sedang Membangun
1
Kadar
pertumbuhan meningkat disebabkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian
menurun. Migrasi penduduk berlaku dengan pesat terutamanya migrasi antara
bandar ke bandar dan migrasi luar bandar ke bandar.
2
Kadar
kelahiran terutamanya bayi dan bilangan kanak-kanak meningkat. Faktor yang
menyebabkan kadar kelahiran meningkat ialah kerana kemudahan perubatan moden,
pemakanan seimbang dan berkhasiat serta taraf sosioekonomi penduduk yang
semakin meningkat.
3
Kadar
kematian telah menurun kerana teknologi perubatan semakin majü dan kes kematian
semasa bersalin jarang berlaku dan berkurangan. Peperangan yang melibatkan
kematian yang beşar sudah berkurang kecuali di beberapa buah negara Timur
Tengah yang masih dalam konflik perang saudara.
4
Kebuluran
(malnutrition) yang dihadapi oleh penduduk seperti di Sudan, Chad dan Somalia
telah berkurang dengan banyak. Tanaman yang ditanam menjadi maka sumber makanan
mencukupi jika tidak berlaku bencana alam seperti kemarau panjang dan kemusnahan
kawasan pertanian akibat cuaca yang melampau.
5
Jangka
hayat penduduk semakin meningkat. Hal ini adalah kerana kaedah rawatan dan
penjagaan kesihatan yang baik. Peningkatan dalam penjagaan kesihatan dan
penemuan kaedah rawatan moden terutama bagi golongan tua mempengaruhi
pemanjangan jangka hayat seseorang