Rabu, November 14, 2018

TNTI:MEMAHAMI ALBEDO

Albedo ialah proses PEMBALIKAN @ PANTULAN sebahagian daripada bahangan yang dipancarkan oleh matahari pada sebarang permukaan di bumi ke lapisan atmosfera ( ada dinyatakan dalam bentuk peratus ). Kadar Albedo juga dipengaruhi oleh perbezaan pada ciri2 permukaan sebagai contoh permukaan gelap @ cerah, kedudukan pancaran matahari samada tegak mahupun condong, tumbuh-tumbuhan juga mempengaruhi faktor kadar Albedo.
Contoh gambar kejadian Albedo
Faktor mempengaruhi proses Albedo.

1.       Faktor PERMUKAAN BUMI YANG BERBEZA.
2.      Faktor WARNA PERMUKAAN. Permukaan GELAP serap LEBIH banyak haba berbanding  CERAH ( lebih kepada pembalikan haba )
3.      FAKTOR KANDUNGAN MINERAL. Jenis mineral yang menyerap & membalikkan haba.
4.      FAKTOR STRUKTUR. Sangat mempengaruhi samada mempunyai litupan awan di ATMOSFERA, litupan TUMBUHAN, litupan BERSIMEN @ BERTAR.
5.      FAKTOR CERUN. Bergantung pada kedudukan permukaan CERUN tersebut samada menghadap ke matahari @ membelakangi matahari.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024