Ahad, September 30, 2018


1          
 PENGGAL 1 2018

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi ?

Merujuk kepada [bumi mengelilingi matahari] [dalam orbit] dengan mengambil masa [365¼ hari] [dari barat ke timur/lawan jam]
[mana-mana 3x1m = 3 markah]






(b)  Terangkan bagaimana kejadian berikut berlaku.

(i)                  Solstis musim sejuk.

Matahari berada tegak di atas kepala di garisan
jadi pada waktu tengah hari.
1
Berlaku pada 22 Disember.
1
Kesannya malam lebih panjang daripada siang
1

(ii) Solstis musim panas.

  Matahari berada tegak di atas kepala di garisan
sartan pada waktu tengah hari.
1
Berlaku pada 21 Jun.
1
Kesannya siang lebih panjang daripada malam.
1

(c)  Jelaskan tiga kesan kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia.
isi
fakta
huraian
markah

pertanian
Dijalankan mengikut musim tertentu , tidak sepanjang tahun. Contoh penanaman gandum dijalankan musim bunga dan dituai pada musim sejuk.

2

perlancongan
Dijalankan pada musim sejuk. Pelancong bermain luncur air dan hoki ais.Terima jika nyatakan musim bunga.
2

petempatan
Musim sejuk tinggal dalam iglu.
Musim panas tinggal dalm tupik
2

pembalakan
Dijalankan pada musim sejuk apabila getah pokok beku dan senang ditebang.
Tidak dijalankan sepanjang tahun
2

ternakan
Musim panas dilepaskan meragut rumput di padang.
Musim sejuk dibiarkan dalam kandang dan diberi makan jerami dan oat.
2








2         (a)  Terangkan proses geomorfologi yang sering berlaku di Malaysia.
isi
fakta
huraian
markah

Luluhawa fizikal
Proses pemecahan batuan secara insitu oleh agen luluhawa seperti suhu dan hujan sehingga berlaku perubahan pada saiz batuan tersebut.

2

Luluhawa kimia
Proses pemecahan batuan secara insitu oleh agen luluhbawa seperti suhu dan hujan sehingga berlaku perubahan kimia pada batuan tersebut,

2

Luluhawa biologi
Proses pemecahan batuan secara in situ oleh agen luluhawa seperti tumbuhan dan haiwan.

2

Gerakan jisim
Melibatkan pergerakan regolit dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti dan air hujan sebagai pelicin.

2

hakisan
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen bergerak seperti air mengalir dan ombak

2

pengangkutan
Proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa atau terhakis oleh agen bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.

2

pemendapan
Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir dan ombak di sesuatu kawasan.

2








           (b) Bincangkan aktiviti manusia yang sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah di Malaysia.
isi
fakta
huraian
markah

pertanian
Tanah pamah yang rata dan subur dapat menakung air untuk penanaman padi.
Tanah pamah yang beralun dan bersaliran baik subur untuk getah dan kelapa sawit.

2

petempatan
Tanah pamah lebih mudah untuk dibina tapak kawasan perumahan, tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk meratakan tanah.
2

pengangkutan
Jaringan pengangkutan lebih mudah dibina tanpa kos membinaan yang tinggi dan lebih selamat.

2

perlombongan
Kawasan tanah pamah seperti kawasan lembah sungai kaya dengan sumber bijih timah dan kawasan tanah pamah yang beralun kaya dengan bauksit.
2

perindustrian
Pembinaan tapak kilang di kawasan tanah pamah yang rata lebih mudah dan kos yang rendah.
2

pelancongan
Kawasan  pinggir pantai sesuai untuk aktiviti pelancongan seperti kawasan pantai berpasir.

2




2

        











3   (a)   (i)  Jelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi gunung berapi.
               
isi
fakta
huraian
markah

Gunung berapi lava bes
Lava bersifat cair dan lambat membeku menyebabkan ianya bergerak laju dan membentuk cerun landai dan membentuk mendapan yang luas

2

Gunung berapi lava asid
Lava bersifat likat dan cepat membeku menyebabkan aliran lava tidak mengalir jauh dan membentuk cerun curam

2

Palam gunung berapi
Lava yang agak pekat sebahagian kecilnya membeku di lohong gunung api, proses gondolan di kawasan gunung berapi mati akan menyebabkan terbentuk sebagai tiang tinggi di kawasan gunung berapi.

2

Dataran lava
Apabila lava yang sangat cair mengalir di celah rekahan batuan dan membeku di permukaan bumi.

2

Gunung berapi kon abu
Terbentuk dari abu yang dikeluarkan semasa letusan gunung berapi. Biasanya gunung berapi ini kecil-kecil dan cerunnya agak curam.

2

kaldera
Tekanan yang kuat semasa letusan menyebabkan bahagian puncak gunung berapi musnah dan membentuk kawah.

2

geiser
Merupakan pancutan air panas hasil daripada pemanasan wap air oleh magma di dalam kerak bumi.

2

Gunung berapi komposit
Terbentuk apabila kon terbina dari abu dan debu yang berselang seli dengan lawa. Bahan yang membentuk kon bukan sahaja keluar dari bahagian tengah, tetapi pada sisi dan membentuk kon kecil.







(ii)                Bincangkan kesan positif bentuk muka bumi gunung berapi terhadap aktiviti manusia.
isi
fakta
huraian
markah

pertanian
Di lereng-lereng gunung berapi lava bes yang subur sesuai untuk penanaman padi sawah dan sayur-sayuran serta buah-buahan
2

Penjanaan tenaga elektrik
Pembinaan logi memproses wap air untuk dijadikan kuasa elektrik giat dijalankan di kawasan gunung berapi.
2

pelancongan
Penghasilan bentuk muka bumi yang menarik hasil dari letusan gunung berapi menarik kedatangan pelancong seperti kaldera dan geiser
2

perikanan
Tasik kawah yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi merupakan habitat yang sesuai untuk ikan air tawar dan telah dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh nelayan
2

perlombongan
Kawasan gunung berapai kaya dengan sumber mineral seperti batuan granit dalam aktiviti kuari dan juga terdapat sumber sulfur
2

perubatan
Sulfur atau belereng dan lumpur gunung berapai merupakan sumber berubatan tradisional
2

pentempatan
Kawasan lereng gunung berapi yang subur dan  banyak peluang pekerjaan menggalakkan pembinaan pertempatan
2

     (b)   (i)  Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi proses pemendapan sungai.
               
isi
faktor
huraian
markah

isipadu
Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau pada musim kemarau akan menyebabkan daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di alur sungai
2

Halaju
Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama di peringkat hilir. Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai  akan dimendapkan di bahagian hilir apabila daya mengangkut semakin berkurangan.
2

kecerunan
Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan sungai di peringkat hilir adalah lebih landai berbanding dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju dan tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.
2


bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam memudahkan berlakunya pemendapan berbanding dengan bentuk alur yang lulus.
2

Bentuk alur
alur sungai yang  terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir akan menghasilkan beban sideman yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses pemendapan  berbanding alur  sungai yang batuanya terdiri daripada batuan keras seperti granit
2

Bahan muatan
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang berbeza. Pengurangan tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang dibawanya.
2

halangan
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai. Keadaan ini  menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat
2






            (ii)  Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.
               
isi
fakta
huraian
markah

Pertanian/dataran banjir/delta
merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.
2

Pengangkutan/tetambak
merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir. Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut.

2

Ternakan ikan air tawar/akuakultur
merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang. Keadaannya yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak ikan di tasik tersebut.
2

Pembinaan/pulau sungai
salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat dengan sektor pembinaan.
2

Pelancongan/tasik ladam
merupakan tasik semula jadi yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara untuk menjalankan aktiviti riadah seperti memancing.
2

IKS/PKS
Kedudukanya yang tinggi dan jauh dari banjir serta rata sesuai untuk menjadi tempat menjemur hasil perikanan seperti menjemur ikan kering.

2

Perlombongan sungai
Aktiviti pelombongan pasir dijalankan di kawasan pulau sungai yang kaya dengan pasir dengan cara mengorek kawasan sungai yang mempunyai pulau sungai yang terbentuk dari proses pemendapan.

2












Bahagian B : Alam Sekitar Manusia
[40 markah]
4  (a) Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?

Taburan penduduk ialah agihan atau sebaran penduduk di atas ruang/permukaan bumi yang menghasilkan kepadatan mengikut kawasan sama ada padat, sederhana, atau jarang.
[1 x 3m = 3m]


   (b)   Huraikan tiga faktor yang menyebabkan bandar-bandar besar di Malaysia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
isi
fakta
huraian
markah

Sector ekonomi moden
Perkembangan sektor perindustrian akan meningkatkan kemasukan migrasi dari kawasan luar bandar ke bandar.
2

Pembandaran/urbanisasi
Penduduk tertumpu di bandar kerana kemudahan pendidikan tinggi, perubatan moden, pusat perniagaan,  kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi canggih dan moden.
2

Demografi/kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi
Penduduk yang bermigrasi ke bandar merupakan golongan muda yang berada pada peringkat umur subur dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan mampu mengurangkan kadar kematian bayi
2

Peluang pekerjaan yang luas
Penduduk tertumpu ke kawasan bandar kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Sektor perindustrian dan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
2

Kemudahan insfrastruktur
Kemudahan pengangkutan yang lengkap meningkatkan darjah ketersampaian ke bandar. Kemudahan telekomunikasi meningkatkan tahap perhubungan.
2

Peluang pendidikan
Penduduk terutamanya golongan muda tertumpu ke bandar untuk menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.
2






  (c)  Bagaimanakah kepadatan penduduk yang tinggi di bandar-bandar besar boleh
menjejaskan sumber alam?     
isi
fakta
huraian
markah

Persaingan guna tanah
Persaingan guna tanah untuk kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan dan perniagaan yang meningkat.
-          Menyebabkan tekanan terhadap sumber tanah kerana saiz tanah semakin berkurangan.
2

Aktiviti domestic penduduk
Aktiviti pembuangan sisa domestik/sisa kumbahan /enfluen industri / pertambahan bilangan kenderaan .
-           boleh menyebabkan pencemaran air/udara/bau
2

Pembinaan insfrastrujtur
Kepesatan sektor pembinaan petempatan dan infrastruktur menyebabkan banyak kawasan berbukit dan tanah tinggi di potong, ditarah dan diratakan.
-          menyebabkan kejadian tanah runtuh, tanah mendap dan banjir kilat.
2

5  (a)  Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan daya tampung sumber alam di Malaysia.
isi
fakta
huraian
markah

Kualiti dan kuantiti sumber yang ada
Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak – sumber tanah, sumber mineral dan sumber hutan.
-          Mampu menampung dan memenuhi keperluan penduduk.Sumber tanah yang luas dan subur sesuai untuk aktiviti pertanian untuk menampung keperluan makanan penduduk.

2

Tahap teknologi untuk penerokaan sumber
Teknologi yang tinggi membolehkan Malaysia meneroka stok sumber yang tersimpan untuk menampung keperluan ekonomi dan penduduk.
-          Teknologi juga berupaya untuk meneroka sumber-sumber baru atau mempelbagai sumber alam sedia ada.

2

Pengurusan sumber yang cekap melalui pemuliharaan dan pemeliharaan
Menitik beratkan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan dalam menguruskan sumber secara berkesan.Contohnya menguruskan sumber hutan secara lestari melalui projek perladangan hutan dan rawatan silvikultur.
-          Melalui langkah ini ia membolehkan sumber hutan dapat dikekalkan.

2

Kawalan jumlah penduduk
Memastikan sumber alam dapat memenuhi keperluan penduduk dan sumber dapat digunakan dengan optimum.
-          Ia boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah secara terkawal seperti menggalakkan kelahiran melalui rawatan percuma kepada ibu dan anak dsb.

2

(b)  Cadangkan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan alam sekitar fizikal akibat daripada penerokaan sumber alam.
isi
fakta
huraian
markah
Langkah perundangan

Penguatkuasaan undang undang
Menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling, 1974 yang bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam sekitar dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar.
2

Kawalan dan pemantauan
Kawalan dan pemantauan harus dilakananakan secara berkala dan berterusan.
2

Hukuman dan denda
Hukuman dan denda yang setimpal perlu dijalankan secara telus dan tanpa memilih kepentingan sesuatu pihak.
-          Supaya dapat menjadi pengajaran kepada individu atau pengusaha lain
2

Laporan EIA
  Semua projek pembangunan perlu mengemukakan laporan EIA untuk dinilai oleh pihak berkuasa sebelum melaksanakan sesuatu projek.
-          Bertujuan untuk meminimumkan impak pembangunan terhadap alam sekitar
2
Bukan perundangan

Pembinaan tembok cth gabion
        untuk menstabilkan cerun.

2

Tanam tanaman tutup bumi
Menanam rumput di cerun bukit yang telah diteroka

2

Membina teres
Dapat mengurangkan larian  air permukaan/ hujan yang menyebabkan hakisan
2

Penghutanan semula
Menanam semula kawasan hutan yang telah ditebang.
2

Merawat sumber air
Memastikan sumber air yang tercemar dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan semula ke dalam sungai/sistem saliran


Memasang alat penapis asap
Alat tersebut dipasang di cerobong asap kilang untuk menapis asap yang dilepaskan oleh kilang.


kempen
Melaksanakan kempen kesedaran melalui media masa dan kerjasama NGO


pendidikan
Pendidikan alam sekitar diterapkan di sekolah sama ada secara formal atau tidak formal sejak diawal persekolahan.


6   Dengan merujuk kepada sesebuah kawasan desa yang sedang mengalami perubahan.
(a)    terangkan bukti yang menunjukkan kawasan desa tersebut telah mengalami kemajuan
lokasi

isi
fakta
huraian
markah

Perubahan fizikal
Guna tanah, bangunan, landskap dan lain-lain kawasan desa berubah.
-          Contoh, bangunan rumah tradisional telah berubah kepada reka bentuk moden, kawasan terbiar dibina bangunan ternakan ayam telur/daging secara komersial.

2

Perubahan ekonomi
          Sudah wujud kepelbagaian ekonomi.
-          Penglibatan penduduk dalam ekonomi moden berjaya meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang pekerjaan.
-          Mampu meningkatkan pendapatan, peningkatan pendapatan telah meningkatkan taraf hidup dan tabungan penduduk.

2

Perubahan sosial
-          Penduduk berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
-          Tahap kesihatan dan pemakanan juga bertambah baik dan dapat dilihat melalui penurunan kadar kematian kanak-kanak dan bayi.
-          Selain itu, pemilikan kenderaan dalam kalangan penduduk semakin meningkat dan gaya hidup moden mulai diamalkan, khususnya dalam golongan orang muda.

2

Perubahan teknologi
-          Pengenalan ekonomi moden mementingkan peningkatan produktiviti dan kecekapan pengeluaran.
-          Oleh itu, jentera moden. input moden dan teknik pengeluaran moden diperkenalkan di desa.
-          Contohnya, penggunaan jentera membajak dan menuai, baja kimia dan racun serangga dalam pertanian padi sawah.

2

Perubahan infrastruktur dan kemudahan sosial
        Projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini telah banyak memajukan kawasan desa.
-          Klinik kesihatan, sekolah rendah dan menengah, bekalan air paip dan elektrik sudah dilaksanakan.

2

Pengangkutan dan komunikasi
          Jalan desa telah dinaiktarafkan dari jalan tidak berturap kepada berturap bagi meningkatkan tahap ketersampaian desa dengan bandar, peluasan perkhidmatan jalur lebar dan ASTRO memberi kemudahan kepada penduduk desa berhubung dengan dunia luar

2



(b)    huraikan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal kawasan kajian
isi
fakta
huraian
markah

Pencemaran air
          Berlaku akibat daripada pembuangan sisa dan najis ternakan ke dalam sungai yang menyebabkan air sungai tercemar dengan bakteria E-coli.
-          Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa kilang pemprosesan dan pembuatan sos cili, kerepek pisang dan ubi kayu, mengecap batik.
-          Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan dalam aktiviti pertanian meningkatkan nilai keasidan  air sungai

2

Pencemaran udara
-          berlaku akibat daripada pembakaran jerami padi selepas musim menuai dan pembakaran sampah secara terbuka yang sering dilakukan oleh penduduk desa.

2

Pencemaran bau
berpunca dari sisa longgokan sampah dan air sampah kilang seperti kilang memproses dan membuat sos cili dan kerepak.
-          Najis  ternakan seperti ternakan ayam, lembu, kambing dan babi juga menyebabkan pencemaran bau berlaku.

2

Pencemaran bunyi
          Pencemaran bunyi bising pula berlaku dari jentera kilang yang beroperasi.

2

Hakisan tanih dan gerakan jisim
      berpunca daripada aktiviti tanaman semula getah di kawasan cerun bukit tanpa tanaman tutup bumi menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku pada musim hujan.
-          Cerun bukit juga mengalami gerakan jisim kerana cerun bukit menjadi tidak stabil pada musim hujan.

2

Gangguan ekologi kawasan desa
    berlaku disebabkan, hutan di sekitar desa ditebang untuk meluaskan kawasan tanaman ubi kayu dan pisang.
-          Kepelbagaian spesies flora dan fauna turut terjejas dengan penebangan hutan ini apabila habitat musnah.

2

Gangguan hidrologi setempat
       Penebangan hutan akan mengurangkan susupan dan simpanan air tanih.
-          Berlaku peningkatan larian air permukaan.
-          Berlakunya kejadian banjir.

2




(c)     Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan desa tersebut.
isi
fakta
huraian
markah

BMB
-          Tanah pamah yang rata dan beralun sesuai untuk pembinaan petempatan dan aktiviti ekonomi.
-          Bebas daripada bencana alam - banjir
2

Berhampiran bandar
      dapat meningkatkan interaksi desa-bandar melalui mobaliti penduduk, barangan dan perkhidmatan.
2

Potensi sumber alam yg dimiliki
-          Sumber tanih yang subur sesuai untuk pertanian. Cthnya tanih aluvium sesuai untuk tanaman padi sawah dan tanah laterit sesuai untuk tanaman kelapa sawit.
-          Keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi yang menggalakkan aktiviti ekopelancongan.
2

Dasar kerajaan /govenant
      Rancangan pemodenan desa/pembangunan insitu.
-          Mewujudkan pusat pertumbuhan desa (PPD)
-          Penyelerakan industri ke kawasan luar bandar
2

Kemajuan system pengangkutan
         Wujudnya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik seperti jalanraya dan landasan kereta api.
-          Memudahkan pengangkutan dan pemasaran barangan.
-          Darjah ketersampaian tinggi.
2

Kedinamika penduduk
Mempunyai daya keusahawanan, minda terbuka yang dapat menyediakan tenaga kerja untuk memajukan sumber-sumber ekonomi desa.
-          Meluaskan saiz pasaran dan kuasa beli pengguna.
2

Factor teknologi
         Teknologi moden dalam sektor pertanian seperti penggunaan jentera, teknik dan input moden yang dapat meningkatkan produktiviti pertanian desa.
-          Penggunaan teknologi dan peralatan moden dalam perusahaan kecil dan sederhana (IKS).
2

modal
Keupayaan modal untuk mengerakkan sektor ekonomi desa khususnya PKS.
-          Penyediaan modal oleh pihak kerajaan dan institusi kewangan – skim kredit mikro di bawah PKS, pinjaman oleh AgroBank
2

Prasarana/kemudahan sosial
    Kemudahan asas yang lengkap seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan bekalan air.
-          Kemudahan sosial – sekolah, klinik kesihatan, rumah ibadat, tempat rekreasi dan pusat perniagaan.

2

Sabtu, September 29, 2018

WELCOME BACK TO MY BLOG....2018

 

NAMA : …………………………………………………………………………………………………     TINGKATAN : ……………………………
SULIT
942/3
Geografi
Kertas1
STPM
2018
jam
nnanana






       942/3                                                           STPM

MODUL GURU-CAKNA

GEOGRAFI

SMK TENGKU IBRAHIM
SETIU
TERENGGANU


KERTAS 3


(Satu jam)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHARU

(NEW MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

     
       




Jawapan untuk semua soalan  bagi Bahagian A dan  bagiBahagian B hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [   ].


____________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada       halaman bercetak dan       halaman kosong.
BAHAGIAN A: Alam sekitar fizikal
[20 markah]
 Jawab semua soalan.
1.         (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar karbon?                                                            [2]
    Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan.

            (b) Jelaskan dua proses terlibat dalam kitar karbon.                                                   [4]
(i)    Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis.
    Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya.
    Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput.
    Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida.   
 (ii)   . Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida.  Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida.  Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis       

(c) Terangkan dua pengaruh tindakan manusia terhadap kitar karbon.                      [4]
i)
Ø  Pembakaran bahan api fosil (kenderaan /kilang) – membebaskan co2 ke atmosfera.
Ø  Penanaman tumbuhan- galakkan fotosintesis dgn menggunakan co2 serta tingkatkan jumlah oksigen dalam udara.
            ii)  
Ø  Penebangan hutan /pembalakan tingkatkan co2 di udara-sepatutnya digunakan oleh tumbuhan utk footosintesis
Ø  Penebangan hutan juga menyebabkan berlakunya pereputan dan ini akan menambahkan co2 dam tanih
Ø  Perlombongan arang batu dan petroleum bebaskan karbon di atmosfera
Ø  Pembakaran sampah – tambahkan jumlah karbon dalam udara
2          (a) Jelaskan dua kesan pemanasan global terhadap sistem geomorfologi.                  [4]
            ( i) JEREBU

Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
(ii) PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.         
- KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
- HUJAN ASID
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

(b) Terangkan kepentingan alam sekitar berikut terhadap kehidupan manusia.         [6]
            i)  litosfera
-Sebagai tempat tinggal manusia..manusia menggunakan litosfera untuk membina rumah sebagai tempat kediaman.
-Sebaiai sumber makanan.;iosfera dijadikan sebagai kawansan pertanian seperti kelapa sawit.padi ,gandum dan sebagainy
-sebagai sumber bahan mentah terutaman hasil hasil dari litisfera seperti besi.emas dan sebgainya
            ii)  biosfera
-Sebagai sumber makanan seperti tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam hutan hujan tropika.
-
            iii) hidrosfera
-Membekal sumber protein utama kepada manusia.seperti ikan .udang dan sebagainya
-sebagai jalan pengangkutan utama seperti perkapalan seperti selat melaka
=penjanaan tenaga eletrik seperti tasik kenyir terengganu








Bahagian B: Alam Sekitar Manusia
[20 markah]
Jawab semua soalan

3.             a)     Berikan maksud pencemaran udara merentas sempadan.                                          [2]
-Pencemaran udara  merentas sempadan bermaksud sesuatu pencemaran yang berlaku seperti jerebu di sebuah Negara dan kesannya turut di rasakan oleh Negara lain,seperti fenomena kejadian jerebu di Indonesia turun di rasai oleh Negara jiran seperti Malaysia dan singapura.
b)             Bagaimanakah aktiviti perindustrian telah memberikan kesan negatif kepada unsur-unsur cuaca dan  iklim bandar.                                                                          [4]

i)  Ibdustri akan melepaskan gas gas beracun seperti karbon monoksida dan karbon dioiksida yang akan menyebakan berlakunya pertambahan kepekatan gas tersebut di atmosfera dan akan menyebabkan ini kan mengubagh beberapa unsur cuaca seperti keamatan sinaran matahari menjadi tinggi dan seterusnyan menggalakan kejadian angina kencang dan hujan yang lebat.
ii) Perindustrian juga melepaskan gas CFC yang bertindak untuk menipiskan lapisan ozon yan turut menganggu unsur unsur iklim dan cuaca seperti akan meningkatan suhu sesuatu kawasan dan akan menyebaknan kejadian kebaran yang akan menghasilkan jerebu.


c)             Cadangkan dua langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap persekitaran fizikal bandar.                            [4]

i)  Memasang alat penyerap dan penapis di setiap cerombong kilang industri,,langkah ini akan dapat mengurangkan pembebasan bahan bahan pencemar seperti gas ke udara.
ii) Mengadakan kempen yang menyeluruh samada di media massa atau media cetak dan mestilah disasarkan kepada masyarakat dan pemula pemula industry.supaya mereka memahami kepentingan  kebersamaan menjaga alam sekitar daripada tercemar.












4      a)                    Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar?                                  [2]                                                                  
Pengurusan alam sekitar bermaksud bagaimana atau cara cara pengurusan alam yang terbaik demi keperluan masa kini dan juga untuk generasi akan dating..iaitu melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan.

b)             Terangkan prinsip “mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup” dalam prinsip pembangunan lestari.                                  [4]

i) Prinsip tersebut bermaksud didalam kita berusaha mencapai tingkat kualiti ekonomi  yang terbaik untuk masa kini,kita juga harus mengekal sumber sumbernya supaya sumber sumber ini seperti air,tanah,udara dan tumbuhan sentiasa ada dan mampu diekpoloitasi dari masa ke semasa tanpa ada pengurangan.

ii) Prinsisp ini juga menekankan kepada pengurusan sumber secara lestari melalui konsep pemeliharaan dan pemuliharaan sejajar dengan pertumbuhan kualiti ekonomi sesebuah Negara.

c)      Bagaimanakah konsep pembangunan lestari boleh diterapkan dalam menangani masalah peningkatan suhu setempat.                                                                              [4]

i) menggurangkan penggunaan bahan api fosil oleh kenderaan di sesebyah Bandar dan menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam mampu menanggani masalah peningkat suhu di bandar


ii)-Konsep bumbung hijau dan pancuran air di puncak puncak bangunan juga mampu untuk menanggani peningkatan suhu setempat contohnya di bandaraya Kuala Lumpur.terdapatnya bangunan bangunan yang ad ataman taman hijau di puncaknya seperti bangunan GoldMines Resort dan pancuran pancuran air di kemuncak bangunan banguna pencakar langit sepert menar MayBank dan Daya Bumi.

 

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024