Isnin, Oktober 15, 2018

TNTI:MEMAHAMI PANCUTAN GEISER

 Image result for pancutan air panas di yellowstone

Geiser adalah air mata yang melepaskan air secara derasnya dan disertai dengan wap.
Fenomena yang agak jarang berlaku ini disebabkan oleh keadaan hidrogeologi tertentu yang hanya boleh didapati di beberapa tempat di Bumi. Semua tapak geiser secara umumnya terletak berdekatan dengan kawasan gunung berapi yang aktif di mana letusan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemanasan aliran magma. Air permukaan mengalir turun ke kedalaman rata-rata sekitar 2000 meter (6,600 kaki) di mana ia bersentuhan dengan batu panas. Pendidihan air bertekanan tinggi ini menyebabkan air panas dan wap menyembur keluar dari lubang di permukaan Bumi (yakni sebagai suatu ledakan hidroterma).
Sekurang-kurangnya 1,283 buah geiser telah meletus di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, Amerika Syarikat; dan rata-rata 465 geiser aktif dalam sesebuah tahun.[1][2] Aktiviti letusan geiser barangkalinya boleh terjejas atau terhenti akibat pengumpulan mineral yang berterusan dalam lohong geiser, pertukaran fungsi dengan mata air panas yang berdekatan, gempa bumi, serta campur tangan manusia

TNTI:MEMAHAMI KENAPA LAVA GUNUNG BERAPI BERWARNA BIRU?

 https: img-z.okeinfo.net content 2016 09 28 56 1500500 fakta-gunung-berapi-indonesia-punya-lava-berwarna-biru-FlrkQ6mirp.jpg

 Lava atau cairan yang dikeluarkan oleh Gunung pada saat meletus memiliki suhu panas mulai 700 hingga 1.200 celcius. Biasanya ia memiliki warna merah kekuningan yang menyala pada saat keluar dari perut Bumi.
Namun uniknya, di Indonesia atau lebih tepatnya di kawah Ijen lava yang dikeluarkan justru berwarna biru. Dilansir IFL Science, Rabu (28/9/2016) Gunung Ijen diketahui sebagai stratovolcaono yakni gunung yang terbenutk dari beberapa lapisan lava, abu dan partikel batuan.


Lava yang dihasilkan pada Kawah Ijen diperkirakan memiliki suhu antara 600 hingga 900 celcius. Sedangkan api berwarna biru diakibatkan oleh banyak pelepasan energi dibandingkan dengan api berwarna merah jingga.
Dalam proses pembakaran, terdapat rekasi kimia yang terjadi. Sebuah warna menunjukkan kuantitas rendah atau tingginya energi yang dilepaskan pada saat pembakaran tersebut. Api berwarna kehujauan menandakan bahwa pelepasan energi memiliki tingkat menengah, sedangka api dengan warna biru memiliki pelepasan paling besar.
Pada saat meletus, gunung berapi biasanya melepaskan beberapa elemen yang dapat menghancurkan benda-benda di sekitarnya. Gunug Ijen diketahui meletus pada 1999 yang kini menyisakan kawah sekira 22 kilometer dengan ketinggian 2.444 mdpl.
Akibat letusan tersebut saat ini Gunug Ijen menjadi salah satu destinasi wisata terkenal karena menyisakan kawah dengan lava dan api berwarna biru.

TNTI:MEMAHAMI KEJADIAN OMBAK MERAH

 

Kejadian ombak merah di persisiran pantai

  Image result for OMBAK MERAH

Kita pernah terbaca dalam media cetak dan elektronik kejadian ombak merah dan kejadian keracunan kerang-kerangan di negeri Sabah.
Kejadian ombak merah di Sabah mula berleluasa akhir tahun 2012 dan berlarutan sehingga kini.
Menurut sumber laporan Pusat Penyelidikan Perikanan Likas, Sabah, ledakan alga berlaku di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan sebanyak 43 kes keracunan kerangan telah direkodkan sepanjang tahun 2012 akibat termakan kerang-kerangan yang tercemar di kawasan tersebut.
Mungkin orang ramai tertanya-tanya apa itu sebenarnya ombak merah, dan bagaimana berlaku.
Ombak merah atau air merah, juga dikenali sebagai red tides, adalah satu fenomena semulajadi yang mana ledakan alga mikroskopik berlaku.
Dalam persekitaran marin terdapat pelbagai jenis hidupan mikroskopik yang penting untuk persekitaran dan hidupannya.
Hidupan mikroskopik ini menghasilkan makanan melalui aktiviti fotosintesis dan menyokong hidupan lain di aras trofik yang lebih tinggi dalam rangkaian makanan.
Kebanyakan hidupan ini terapung dalam turus air dan bergerak mengikut pergerakan air (arus dan pasang-surut) di sekelililingnya.
Hidupan mikroskopik ini juga sering dikenali sebagai alga atau fitoplankton.
Pelbagai jenis manfaat boleh diperoleh daripada fitoplankton.
Walau bagaimanapun, terdapat fitoplankton tertentu yang berupaya menghasilkan bahan metabolit beracun dalam selnya yang boleh membawa mudarat kepada hidupan laut serta manusia.
Apabila fitoplankton tertentu menumbuh dengan pesat akibat keadaan persekitaran yang sesuai atau rangsangan luaran seperti peningkatan komposisi nutrient dalam air, ia akan membentuk ledakan dan menyebabkan persekitaran air berubah menjadi kemerahan. Walaupun kebanyakan ledakan adalah berwarna kemerahan, terdapat juga ledakan yang berbentuk kehijauan dan keperangan.
Jika ledakan alga berlaku di kawasan penghasilan kerang-kerangan (seumpamanya kerang, tiram dan kupang), kemungkinan besar kerang-kerangan ini akan tercemar dengan bahan metabolit beracun yang dihasilkan oleh fitoplankton tersebut.
Ini menyebabkan kerangan tidak sesuai untuk dipasarkan atau dimakan.
Kebanyakan bahan metabolit ini adalah jenis toksin saraf yang akan merencat fungsi saluran ion dalam sistem saraf mamalia.
Kejadian yang pernah berlaku Sabah baru-baru ini adalah disebabkan oleh fitoplankton dari kelas Dinophyta (dinoflagelat), Pyrodinium bahamense.
Ledakan spesies ini mula direkodkan sejak 1970an, dan telah menyebabkan beratus kes keracunan kerangan dan kematian.
Secara saintifik, keracunan ini dikenali sebagai keracunan kerangan yang melumpuhkan (Paralytic Shellfish Poisoning) atau PSP.
Mangsa keracunan akan mengalami kelumpuhan sistem otot dan penafasan dalam 30 minit.
Tahap ketoksikan ini adalah seribu kali lebih tinggi berbanding dengan cyanide, tidak berbau, tiada rasa, tidak dapat dimusnahkan dengan sebarang asid atau alkali, atau dengan suhu yang tinggi.
Kejadian PSP di Malaysia terdahulu hanya diketahui di perairan pantai Sabah.
Sehingga 1990an, beberapa kes keracunan PSP telah dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Kes-kes keracunan yang berlaku di Sebatu, Melaka dan Tumpat, Kelantan adalah disebabkan oleh spesies dinoflagelat yang berbeza tetapi mempunyai keupayaan untuk menghasilkan toksin dalam kumpulan yang sama.
Kumpulan penyelidikan yang saya ketuai telah menjumpai dinoflagelat penyebab keracunan tersebut, Alexandrium minutum, dan melalui analisis kaedah kimia, mereka mendapati toksin yang dijumpai dalam lokan yang tercemar di kawasan keracunan adalah sepadan dengan dinoflagelat tersebut.
Ini membuktikan spesies ini bertanggungjawab ke atas kejadian keracunan kerang-kerangan di Tumpat.
Semasa kejadian ledakan alga dikesan, aktiviti pemantauan berkala akan dilakukan sehingga keadaan persekitaran kembali ke normal. Apabila paras racun dalam kerang-kerangan melebihi paras keselamatan piawaian antarabangsa, larangan pemasaran hasilan laut jenis kerang-kerangan akan dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab.
Terdapat juga ledakan yang berlaku disebabkan oleh fitoplankton yang tidak menghasilkan racun. Walau bagaimanapun, ia membawa masalah kepada industri penternakan ikan dalam sangkar yang kini berkembang pesat di persisiran pantai.
Ledakan alga akibat kepadatan sel yang tinggi akan menyebabkan kematian ikan secara besar-besaran, sama ada melalui kerosakan fizikal pada insang ikan atau secara tidak langsungnya menyebabkan kesesakan nafas akibat paras oksigen terlarut dalam air yang rendah.
Dalam keadaan persekitaran yang terlindung seperti teluk, kematian ikan semulajadi juga boleh berlaku di persekitaran tersebut.
Berdasarkan kajian saya juga jenis dinoflagelat seperti Ceratium furca, adalah spesies yang bertanggungjawab ke atas kejadian ombak merah di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
Spesies berkenaan tidak pernah dikaitkan dengan penghasilan toksin saraf, tetapi sering menyebabkan ledakan di persisiran pantai.
Spesies ini juga dilaporkan sebagai penyebab kematian ikan di kawasan perternakan ikan sangkar.
Menurut seorang lagi ahli penyelidik dalam bidang ombak merah, Dr. Leaw Chui Pin, salah satu pendorong kepada ombak merah adalah pengayaan nutrien dalam persisiran pantai akibat aktiviti-aktiviti manusia.
Sisa kumbahan yang kaya dengan sumber nitrogen, buangan industri dan domestik yang kaya dengan fosforus, penggunaan baja dalam pertanian yang tidak terkawal, adalah antara sumber nutrient yang terbawa ke persisiran pantai dan seterusnya mendorong kejadian ledakan alga.
Beliau menasihatkan pengusaha-pengusaha penternakan ikan dalam sangkar supaya mengelakkan pemberian makanan ikan yang berlebihan yang mungkin membawa kepada pengayaan nutrien di sekitar kawasan ternakan. Pereputan makanan juga menyebabkan hipoksia atau paras oksigen terlarut yang rendah di persekitaran tersebut.
Kesedaran awam dalam kejadian ledakan alga di Malaysia masih rendah dan banyak kekeliruan timbul akibat sumber maklumat yang kurang tepat.
Nasihat pihak tertentu, khususnya secara online seperti “jangan makan semua jenis makanan laut semasa ombak merah" adalah tidak bersesuaian tanpa maklumat yang tepat tentang kejadian ledakan alga tersebut.
Sebaran maklumat sebegini akan menimbulkan perasaan panik orang awam. Oleh itu saya berpendapat, dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi (sebelum dinamakan Kementerian Pendidikan) kepada kumpulan penyelidik-penyelidik ledakan alga merbahaya dan kerjasama serantau dengan JSPS-COMSEA (Japanese Society for the Promotion of Science-Coastal Marine Science in Southeast Asia), usaha-usaha kesedaran awam berkenaan ledakan alga berbahaya ini telah dipertingkatkan.
Saya mencadangkan salah satu mekanisma dalam penyebaran spesies ombak merah dari satu perairan ke perairan yang lain adalah melalui air penimbal kapal (ballast water).
Spesies ombak merah seperti yang dinyatakan terdahului juga dikenali sebagai most unwanted invasive species yang membawa kepada kerosakan persekitaran marin. Kebanyakan spesies ombak merah mempunyai peringkat kitar hidup dalam bentuk benih sel (resting cyst) yang unik.
Spesies tersebut membentuk benih yang dorman apabila keadaan persekitaran menjadi ekstrem dan terdesak.
Benih-benih tersebut akan bercambah dan mula membahagi apabila keadaan persekitaran menjadi sesuai .
Kumpulan penyelidikan sedang dalam usaha membangunkan kaedah pengesanan molekul yang tepat dan pantas terhadap spesies-spesies ombak merah.
Kajian tersebut dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tertumpu di perairan pelabuhan di Malaysia.
Prob spesifik telah berjaya dibangunkan dan diuji di lapangan terhadap beberapa spesies ombak merah yang utama di perairan Malaysia.
Penulis merupakan penyelidik di Stesen Penyelidikan Marin Bachok Kelantan, Institut Kelautan dan Sains Bumi yang juga Ketua Kumpulan penyelidik Program Persatuan Penggalakkan Sains Jepun (JSPS) Bagi Teras Penyelidikan dan Pendidikan Asia (ACORE) Berkenaan Sains Marin Pantai di rantau Asia Tenggara (COMSEA) Rangkaian Malaysia.

TNTI::MARI MEMAHAMI KENAPA PANTAI BERCAHAYA BIRU



ombak bercahaya biru yang dirakamkan di pantai San Diego.


Cahaya biologi, atau bioluminescence, dalam kandungan ombak tersebut tedapat nyer mikroorganisma marin yang hidup yang dipanggil fitoplankton dan kini saintis tau bagaimana binatang laut tersebut dapat bersinar biru dengan terang.






Pelbagai spesies fitoplankton diketahui bioluminesce, dan cahaya kehidupan ini boleh dilihat dalam lautan di seluruh dunia.

 
Jenis yang paling biasa bioluminescence dijana oleh fitoplankton dikenali sebagai dinoflagellates. Satu kajian baru-baru ini dikarang bersama oleh Hastings telah buat pertama kali mengenal pasti saluran khas dalam membran sel dinoflagellate yang bertindak balas kepada isyarat elektrik yang menawarkan satu mekanisme yang berpotensi untuk menghasilkan cahaya.
Cahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.



Indah bukan..... tapi agak menakutkan jugak kalau binatang-binatang nie boleh menyegat ker.

Okay korang boleh saksikan video pantai bercahaya biru pada link bawah ini...

TNTI:AL QURAN DAN SAINS DI SEBALIK GUNUNG PELANGI DI CHINA DAN PERU

 Image result for GUNUNG PELANGIImage result for GUNUNG PELANGI



Zhangye - Di China, ada Gunung Pelangi yang disebutkan di dalam Al Quran Surat Al Fathir ayat 27. Ini beberapa fakta yang perlu kamu tahu soal gunung ajaib ini.

Rainbow Mountain alias Gunung Pelangi, itulah keajaiban alam yang berada di dalam wilayah Zhangye-Danxia Geological Park. Bukan sembarang gunung, sesuai dengan namanya gunung ini punya garis-garis berwarna-warni yang serupa pelangi.
Gunung Pelangi ini memang ajaib, bahkan gunung ini disebut dalam Al Quran Surat Al Fathir ayat 27:

"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat." [QS: Al Fathir [35]: 27]

Menurut penjelasan Aming, pemandu yang menemani kami, berikut ini fakta-fakta dari Gunung Pelangi yang kamu perlu tahu:

1. Dahulu adalah laut

Bentuk lanskap yang bergunung-gunung di Zhangye-Danxia seperti yang kita lihat sekarang, ternyata dulunya adalah laut. Usianya diperkirakan sudah mencapai jutaan tahun.

"6 Juta tahun yang lalu, dataran ini berupa laut. Lama-lama, air turun, datarannya naik. Jadi permukaan yang kita lihat sekarang adalah dasar laut," jelas Aming.

2. Terbentuk akibat letusan gunung berapi

Lapisan tanah yang berwarna-warni di gunung ini diperkirakan terbentuk dari letusan gunung berapi bawah laut yang sudah terjadi jutaan tahun silam. Letusan ini tak hanya berlangsung sekali, tetapi berkali-kali.

"1 juta tahun yang lalu, ada letusan gunung berapi. Zat-zat di dalam bumi keluar semua. Ada kalsium, besi, tembaga," imbuh Aming.

 3. Tiap warna garis gunung mengandung logam dan mineral

Setiap letusan gunung berapi, membawa material logam dan mineral yang berbeda-beda. Ada material tanah yang mengandung kalsium, sulfur, besi, dan juga tembaga.

"Gunung berapi meletus, di dalamnya zat besi keluar. Besi berkarat jadi warna merah. Meletus lagi, zat tembaga keluar, warna jadi hijau. Meletus lagi, lalu campur-campur jadi hitam. Makanya jadi warna-warni," terang Aming.

4. Ditemukan secara tidak sengaja

Kecantikan Gunung Pelangi China ini ditemukan secara tidak sengaja oleh warga setempat. Menurut cerita yang beredar di masyarakat, awalnya ada orang yang berjalan-jalan ke area gunung ini kemudian menemukan pemandangan cantik sekali.

Nama Gunung Pelangi baru mulai naik daun di awal tahun 2000-an. Fotonya yang cantik pun banyak beredar sehingga mengundang orang untuk datang ke sini.
 5. Dulu gratis, sekarang bayar

Sebelum terkenal seperti sekarang, untuk masuk ke area Gunung Pelangi, traveler tidak akan dipungut biaya sepeser pun alias gratis. Namun sekarang, kawasan Gunung Pelangi sudah dikelola jadi objek wisata yang sangat bagus dan tertata rapi.

Per orang, traveler harus membayar sekitar 95 Yuan atau setara Rp 200 ribuan (75 Yuan untuk tiket masuk, sisanya 25 Yuan digunakan untuk naik bus keliling wilayah Zhangye Danxia Scenic Spot).

6. Ditetapkan sebagai World Heritage List UNESCO

Akhirnya, Zhangye Danxia Scenic Spot ini ditetapkan oleh UNESCO sebagai World Heritage pada tahun 2010. Kini, wisatawan dari berbagai penjuru China maupun turis mancanegara datang berkunjung ke sini.

TNTI:MEMAHAMI KEJADIAN AURORA DAN LOKASINYA


1. Kanada


Salah satu tempat menarik untuk melihat aurora di negara Kanada ialah di Ontario yang jauh dari kesibukan kota dan orang ramai. Selain daripada Ontario, aurora juga dapat di lihat di Yukon yang terletak di sebelah paling barat Kanada. Waktu yang tepat untuk melihat aurora borealis di Kanada ialah pada bulan Ogos sehingga April.

2. Finland


Menariknya di sini, anda akan dapat melihat keindahan aurora borealis ini selama 200 malam dalam setahun. Tempat yang paling terkenal untuk melihat aurora ialah di Saariselkae, yang berada di Lapland di bahagian utara negara ini. Waktu yang terbaik untuk anda melihat aurora di negara ini ialah sekitar November hingga Mac.

3. Iceland


Tempat yang terkenal di Iceland untuk melihat aurora ialah di Kota Reykjavik. Di tempat ini juga dikatakan pemandangan auroranya sangat mempesona disamping pemandangan alam yang indah belum tercemar dengan sebarang pencemaran. Cuaca sangat memberi pengaruh besar dalam kejadian fenomena aurora ini, waktu yang terbaik untuk melihat aurora di Iceland ialah pada September sehingga Mac.

4. Norwegia


Norwegia dikatakan tempat terbaik untuk melihat aurora berbanding di negara lain. Terdapat beberapa tempat untuk melihat aurora di sini antaranya ialah di Kota Tromso. Cuaca di Tromso ini sangat sejuk kerana berada dekat dengan Lingkaran Artik. Aurora di Norwegia dikatakan dapat dilihat sebanyak dua kali sehari iaitu pada jam 6 petang hingga jam 1 pagi. Waktu terbaik untuk melihat aurora borealis ialah di bulan Januari.

5. Alaska


Alaska merupakan tempat terbaik di Amerika Utara untuk melihat aurora. Tempat yang menawarkan keindahan alam berserta pemandangan indah aurora borealis ini terletak sekitar 32km dari Fairbanks, pergunungan Alaska. Waktu terbaik untuk melihat aurora di Alaska ialah pada bulan Mac dan juga pada bulan Ogos sehingga pertengahan April.
Percayalah bahawa cahaya indah sebegini bukanlah ilusi atau imaginasi tetapi ianya ialah realiti yang benar-benar berlaku di muka bumi menandakan kekuasaan dan kebesaran yang maha esa terhadap sesuatu perkara.
14 Shares
Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena dewi fajar Rom, Aurora, dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.


Mekanisme aurora

Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.

TNTI:MEMAHAMI Fenomena Halo "Halo Matahari dan Halo Bulan"

br />

 

 

 

Fenomena Halo "Halo Matahari dan Halo Bulan"






 fenomena Halo matahari dimana kejadian matahari dikelilingi dengan lingkaran pelangi yang berwarna-warni. Kejadian tersebut amat jarang berlaku di kawasan tropika kerana kebiasaannya ia berlaku dikawasan iklim sejuk.

Pada dasarnya tidak ada kaitan dengan aktiviti seismik atau gempa tetapi fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksi cahaya matahari/bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di awan cirrus, awan yang terletak di tingkatan atmosfera yang disebut troposfer, sekitar 5-10 km dari permukaan bumi.
Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya Matahari atau Bulan. Fenomena Halo adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Halo adalah fenomena yang lebih sering terjadi di langit.
Pada umumnya Halo melibatkan putaran radius 22° Halo dan sundogs (Parhelia). Dalam gambar diatas, menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° Halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° Halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembuatan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas kristal tersebut.

 alam ilmu Fisika, istilah halo digunakan untuk banyak hal. Cincin pada suatu planet kadang-kadang juga disebut halo. Yang paling mudah kita amati adalah halo yang terbentuk di sekeliling Matahari atau Bulan jika dilihat dari Bumi. Dengan adanya halo, Matahari atau Bulan akan tampak memiliki cincin di sekelilingnya sehingga tampak unik dan indah.


Bagaimana Hal ini Bisa Terjadi?
Halo, dalam bahasa dan tulisan Latin á¼…λως, juga disebut sebagai nimbus atau gloriole. Merupakan fenomena optik yang menampilkan bentuk cincin di sekitar sumber cahaya. Di alam biasanya kita lihat saat bulan purnama atau saat matahari terang di siang hari.
Fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksi cahaya matahari/bulan oleh kristal-kristal es yang terdapat di awan cirrus, awan yang terletak di tingkatan atmosfer yang disebut troposfer, sekitar 5-10 km dari permukaan bumi.
Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya Matahari atau Bulan. Fenomena Halo adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Halo adalah fenomena yang lebih sering terjadi di langit.
Pada umumnya halo melibatkan putaran radius 22° halo dan sundogs (Parhelia). Dalam gambar diatas, menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembuatan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas kristal tersebut.
Radius 22° gerhana matahari tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandung kristal es walaupun pada iklim yang sangat panas.
Gerhana matahari sangat besar, selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebagian saja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan, dihasilkan oleh corona dari lebih banyak tetesan air daripada dibiaskan oleh kristal es, hal ini bukan berarti menunjukkan bahwa hujan akan turun.
Saat awan cirus hanya merefleksikan dan merefraksikan cahaya matahari, biasanya halo yang terbentuk hanya cincin yang tak berwarna. Namun jika pada sudut yang tepat, bisa terjadi juga dispersi sehingga cincin yang terjadi juga berwarna seperti halnya pelangi. Contoh refraksi yang sederhana adalah saat anda melihat sedotan dalam gelas berisi air terlihat patah, atau permukaan dasar kolam yang terlihat menjadi lebih dekat ke permukaan daripada yang sebenarnya.
Refleksi yang terjadi saat cahaya melewati titik air, es atau kristal yang transparan hanya terjadi pada sudut tertentu saja. Sudut ini ditentukan oleh index refraksi medium tersebut. Contoh sederhana saat kita melihat akuarium pada sudut tertentu kaca akuarium yang tembus pandang tiba-tiba menjadi cermin, memantulkan bayangan isi akuarium.

Fenomena Halo, Fenomena Biasa
Prakirawan dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Susi Susiana, menyebutkan bahwa fenomena halo merupakan fenomena biasa yang bisa terjadi di seluruh muka bumi.

Bulatan halo di langit terbentuk karena adanya reaksi optik ketika sinar matahari dibiaskan kristal-kristal air pada lapisan awan tipis cirrus.

“Fenomena alam itu lumrah dan bisa terjadi di mana saja, seperti pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Sama sekali tidak ada kaitannya dengan cuaca,” kata Susiana saat menghadiri Peringatan Hari Meteorologi Dunia ke-60 tahun 2010 di Lembang Kabupaten Bandung.

Ia menyebutkan, fenomena halo mungkin jarang terjadi di daerah tropis, namun di belahan bumi Eropa fenomena itu sering terjadi.
Halo, selain terjadi dalam bentuk lingkaran penuh dengan bagian pinggir berbingkai warna pelangi, juga bisa terjadi dalam lingkaran separuh dengan pusat pada cahaya matahari.
Susiana menyebutkan, bila ingin melihat halo, kedua mata harus dilindungi dari pancaran sinar matahari.
“Jangan sesekali terlalu lama memandang halo, kalau perlu memakai kacamata hitam atau tiga dimensi, hindari kilauan pada kaca atau cermin,” katanya.
Khusus bagi mereka yang hendak mengambil foto dengan menggunakan kamera single lens reflex (SLR), sebaiknya tidak langsung membidik melalui kotak bidik ke arah halo, karena cahaya matahari akan masuk ke dalam lensa fokus dan bisa merusak retina mata.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024