1. Kanada
Salah satu tempat menarik untuk melihat aurora di negara Kanada ialah di Ontario yang jauh dari kesibukan kota dan orang ramai. Selain daripada Ontario, aurora juga dapat di lihat di Yukon yang terletak di sebelah paling barat Kanada. Waktu yang tepat untuk melihat aurora borealis di Kanada ialah pada bulan Ogos sehingga April.
2. Finland
Menariknya di sini, anda akan dapat melihat keindahan aurora borealis ini selama 200 malam dalam setahun. Tempat yang paling terkenal untuk melihat aurora ialah di Saariselkae, yang berada di Lapland di bahagian utara negara ini. Waktu yang terbaik untuk anda melihat aurora di negara ini ialah sekitar November hingga Mac.
3. Iceland
Tempat yang terkenal di Iceland untuk melihat aurora ialah di Kota Reykjavik. Di tempat ini juga dikatakan pemandangan auroranya sangat mempesona disamping pemandangan alam yang indah belum tercemar dengan sebarang pencemaran. Cuaca sangat memberi pengaruh besar dalam kejadian fenomena aurora ini, waktu yang terbaik untuk melihat aurora di Iceland ialah pada September sehingga Mac.
4. Norwegia
Norwegia dikatakan tempat terbaik untuk melihat aurora berbanding di negara lain. Terdapat beberapa tempat untuk melihat aurora di sini antaranya ialah di Kota Tromso. Cuaca di Tromso ini sangat sejuk kerana berada dekat dengan Lingkaran Artik. Aurora di Norwegia dikatakan dapat dilihat sebanyak dua kali sehari iaitu pada jam 6 petang hingga jam 1 pagi. Waktu terbaik untuk melihat aurora borealis ialah di bulan Januari.
5. Alaska
Alaska merupakan tempat terbaik di Amerika Utara untuk melihat aurora. Tempat yang menawarkan keindahan alam berserta pemandangan indah aurora borealis ini terletak sekitar 32km dari Fairbanks, pergunungan Alaska. Waktu terbaik untuk melihat aurora di Alaska ialah pada bulan Mac dan juga pada bulan Ogos sehingga pertengahan April.
Percayalah bahawa cahaya indah sebegini bukanlah ilusi atau imaginasi tetapi ianya ialah realiti yang benar-benar berlaku di muka bumi menandakan kekuasaan dan kebesaran yang maha esa terhadap sesuatu perkara.
Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena dewi fajar Rom, Aurora, dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.
Mekanisme aurora
Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.