PINGGIR PANTAI - KONSEP DAN FAKTOR, PROSES, BENTUK MUKA BUMI DAN KAEDAH KAWALAN HAKISAN
PINGGIR PANTAI
Konsep Pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan
bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang
termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan
pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Kata kunci
-
pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir,
kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
-
di kawasan pinggir pantai
-
antara tikas air surut dengan tikas air pasang
-
termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
-
hasil tindakan agen-agen
pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Konsep Pantai Seimbang
Pantai seimbang
merujuk kepada pantai yang seimbang atau sama daripada segi hakisan dan
pemendapan bahan.
Kata kunci
-
pantai yang seimbang atau sama
-
hakisan dan pemendapan bahan
PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI
Konsep hakisan pinggir pantai
Hakisan Pantai |
Hakisan pinggir
pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di
kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak,
tsunami, arus dan pasang surut.
Kata kunci
-
proses penghausan,
pengukiran dan pemindahan bahan
-
di kawasan pinggir pantai
-
oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti
ombak, tsunami, arus dan pasang surut
Agen-agen hakisan
pinggir pantai
Ombak
-
Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan
laut.
-
terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina (
pemendapan dan ombak pembinasa )
Tsunami
- Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan
gunung berapi, gelinciran dan tanah runtuh di dasar laut.
-
mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.
Arus atau hanyutan pesisir
pantai
-
Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin
atau biasan angin lazim serta kesan daya koriolis atau putaran bumi.
Pasang surut
-
terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan
matahari ke atas permukaan air laut.
-
Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis,
mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai.
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI
Hidraul
-
berpunca daripada tindakan ombak atau air laut
itu sendiri
- ombak atau air laut menghempas pinggir pantai
yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau retakan batuan tersebut.
- semasa damparan, ombak atau air laut akan
mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan
tersebut.
-
semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang
dimampatkan di celah-celah rekahan tadi dilepaskan.
- berlakunya proses pengembangan dan penguncupan
mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut bertambah besar dan lama kelamaan
memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.
Geselan/lelasan
-
disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh
ombak.
-
bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir,
batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir pantai.
-
semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak,
semakin giat hakisan geseran yang berlaku.
Larutan
- proses hakisan secara kimia
di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai.
-
berkesan ke atas batuan
yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur
Lagaan
-
Bahan-bahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri
sehingga pecah.
-
Melibatkan perubahan saiz bahan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR
PANTAI
Faktor Fizikal (
semulajadi )
Jenis ombak
- Hakisan pinggir berlaku
dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak
pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami
Pendedahan Pantai
-
Pantai yang terdedah tanpa
perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.
Arus
-
arus bergerak selari dengan pantai.
-
bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat,
kelodak dan sebagainya akan diseret
selari dengan pantai.
-
berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan
dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bahan
-
kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan
untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan.
-
bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada
bertindak sebagai agen yang menggesel
batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya
batuan pinggir pantai akan terhakis.
Batuan
-
pinggir pantai biasanya terbentuk daripada
pelbagai jenis batuan.
-
pinggir
pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti
batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada
melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.
-
pinggir pantai yang terbina daripada batuan
keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit biasanya lebih keras dan
susah terhakis.
-
pinggir pantai yang mempunyai batuan di
tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.
Cerun pantai
-
pantai yang bercerun curam biasanya mengalami
hakisan yang lebih giat.
-
bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke
laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
Orientasi pantai
-
pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat
berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
-
pantai yang lurus menerima serangan ombak secara
terus tanpa perlindungan.
-
tanjung berperanan menghalang serangan ombak
tersebut.
Tumbuhan
-
tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan
terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
-
sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang
secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.
FAKTOR AKTIVITI MANUSIA
- Pembalakan dan penebangan hutan bakau
o
aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir
pantai
o
akar bakau berperanan mencengkam dan memegang
tebing pinggir pantai daripada hakisan ombak.
o pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan
hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan giat.
o akar bakau juga berperanan memerangkap sidemen
yang di bawa oleh ombak- memungkinkan berlakunya pemendapan.
- Perlombongan pasir
o
menyebabkan pinggir pantai hilang titik
keseimbangan.
o
pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku
secara besar-besaran kerana secara semulajadinya pasir kawasan pinggir pantai
tersebut akan mencari titik keseimbangan yang baru.
- Pembinaan
o
pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran
pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan yang melonggarkan struktur
tanah.
o
tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh
agen-agen hakisan pinggir pantai.
o
aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang
terdapat di pinggir pantai seperti bakau ditebang.
o
penebangan
pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan
seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.
- Pelancongan
o
aktiviti sukan air seperti
penggunaan jet ski serta pergerakan bot-bot penumpang akan menghasilkan pergerakan air atau ombak.
o
mempertingkatkan kadar
hakisan di kawasan pinggir pantai.
- Pendalaman kawasan pinggir pantai
o
pendalaman pinggir pantai
untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan mengubah jenis ombak.
o
ombak pembinasa akan terhasil
akibat pendalaman kawasan pinggir pantai tersebut – kesannya hakisan bertambah.
BENTUK MUKA BUMI
HAKISAN PINGGIR PANTAI
Cenuram atau tebing tinggi
- terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan
- tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul, larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.
- hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya batuan di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak
- tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
- berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
- pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.
Tanjung dan Teluk
- kedua-duanya terbentuk secara bersampingan
- tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
- teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.
- proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang tersusun secara berselang-seli.
- tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit, batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.
- bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung.
Gua
- Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
- Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang dikenali sebagai gua.
Lohong Ombak ( gloup )
- Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
- Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
- Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.
KAEDAH
MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
Kaedah Perundangan
-
Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia
ada- hukuman ke atas pelombong pasir
tanpa lessen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di
kawasan pinggir pantai dan sebagainya.
Kaedah bukan Perundangan
Penanaman Pokok Bakau |
Penanaman pokok bakau
-
Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
-
Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir
pantai daripada serangan ombak terutama semasa damparan ombak. Semasa unduran
ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau sediment.
-
Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan
menggalakkan pemendapan.
Penambakan
-
pinggir pantai yang telah terhakis dapat
ditebus guna atau ditambak.
-
Penambakan akan mengubah pergerakan arus
pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan kadar hakisan di kawasan
tersebut.
Benteng Pemecah Ombak |
Benteng pemecah ombak
-
benteng yang beberapa meter daripada gigi
pantai terutama di zon ombak pecah.
-
bertujuan memecahkan ombak yang menyerang
pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
-
Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena
benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan kelajuan dan kebolehannya
menghakis.
Tembok
-
tembok biasanya dibina di bahagian
tebing / tepi pantai.
-
Bahan yang digunakan
termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan igneus ).
-
Bahan binaan yang keras
sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.
Guni pasir
-
pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di
pantai.
-
Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi
mengurangkan hakisan secara serta merta.
Pendidikan
- melalui pendidikan formal
dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran geografi,
Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya atau
melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam Sekitar.
-
dididik supaya menghargai
alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
Kempen
- kempen-kempen yang
dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar (
JAS ), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
-
Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun
melalui media massa.
-
Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
menjaga kawasan pinggir pantai.
PROSES
PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI
Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai
Hanyutan Pesisir Pantai
Konsep Hanyutan
Pesisir Pantai
o
Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri
aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai akibat daripada pembiasan
ombak .
o
bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak,
tanah liat dan sebagainya pindahkan
secara selari dengan garisan pinggir
pantai.
o
semasa hanyutan pesisir pantai membawa bahan
mendapan ini, tindakan damparan ombak ke atas pinggir pantai akan membolehkan
bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai.
Golekan
o
melibatkan pergerakan bahan / batuan secara
bergolek .
o
bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya
berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.
Ampaian
o
bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan
pinggir pantai hampir dengan permukaan.
o
melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o
bahan-bahan ini
terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Seretan
o berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar
seperti batu tongkol.
o proses ini berlaku secara perlahan-lahan di
bahagian dasar .
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN
PINGGIR PANTAI
Ombak dan arus
o
ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai
lalu memendapkannya. Ombak pembinasa pula
menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.
o
arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan
bahan-bahan secara selari dengan garisan pantai.
Pasang surut
o
semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut
diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
o
semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di
pantai diangkut ke laut.
Cerun
o
bahan-bahan pinggir pantai yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke
laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai berbanding pengangkutan bahan ke
pantai.
Halangan
o merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau,
tanjung dan benteng pemecahan ombak.
o bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya
tersekat pada halangan-halangan tersebut.
o contoh, pembinaan benteng pemecah ombak menyebabkan bahan yang
diangkut tidak sampai ke pantai tetapi sebaliknya dimendapkan sepanjang benteng
tersebut.
Orientasi pantai
o
bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan
giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o
bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan
biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan seperti tanjung.
Saiz bahan, jenis dan bentuk
bahan
o
bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu
dan kelodak diangkut secara ampaian.
o
bahan yang berat seperti batu tonngkol diangkut
secara golekan atau seretan.
o
bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di
bahagian dasar secara golekan.