Memahami Hanyutan Benua
Teori Hanyutan Benua atau Continental Drift Theory sebenarnya adalah satu teori yang masyhur dan sukar untuk ditolak begitu saja. Dokumentari sains seperti National Geographic, Discovery Channel dan banyak lagi telah menyiarkannya. Teori ini bukan saja berkenaan gempa bumi secara khusus tetapi adalah menonjolkan persoalan kenapa benua Afrika boleh dicantumkan dengan benua Amerika Selatan. Begitu juga benua Antartika boleh dicantumkan dengan mudah dengan benua Afrika di bahagian bawahnya.
Teori ini tidak silap dan Alfred Wegener adalah benar apabila beliau mengemukakan teorinya dalam tahun 1915. Alfred Wegener (1880 - 1930) yang hidup sezaman dengan Albert Einstein adalah salah seorang ahli saintis bumi yang bukan calang-calang kerana teorinya masih digunapakai oleh ramai ahli geologi hari ini dalam memperjelaskan bagaimana bumi kita di suatu masa yang amat lama dahulu iaitu diperkirakan sekitar 300 juta tahun lampau adalah satu daratan yang satu.
Sebelum pemisahan benua, asalnya bumi merupakan satu daratan yang satu dikenali dengan nama "Pangaea" atau "Superbenua" (Supercontinent) yang mengandungi benua Amerika Selatan, Afrika, India, Antartika dan Australia sekaligus di satu daratan yang diberi nama sebagai "Gondwanaland" manakala benua Amerika Utara, Eropah dan Asia bercantum di bahagian utara Gondwanaland ini membentuk daratan "Laurasia". Di sekeliling benua ini adalah lautan luas. Semua benua yang bercantum ini seakan-akan kepingan-kepingan "jigsaw puzzle", satu permainan susun-atur lazim oleh kanak-kanak.
Perlu diingatkan bahawa pemisahan bukannya berlaku dalam masa yang singkat tetapi telah bermula lama sebelum itu iaitu pada 200 juta hingga 300 juta tahun lampau dan akhirnya pemisahan itu menjadi ketara yang melibatkan banyak benua hanyut pada 135 juta tahun lampau. Umur bumi adalah 4,500 juta tahun. Ini bermakna ketika bumi telah berumur 4,365 juta tahun, barulah pemisahan yang berlaku ini memperlihatkan beberapa buah benua telah dihanyutkan ke kedudukan yang lebih jauh dari kedudukan asal.
Saya sarankan jika anda berminat untuk membaca lebih lengkap mengenai Hanyutan Benua yang bukan sekadar teori, dapatkan saja buku dan majalah ini:
1. Dorling Kindersley: Eyewitness Science - Earth - muka surat 34 dan 35.
2. Siri Penerokaan dan Penemuan Macmillan: Dunia Yang Berubah - muka surat 18 dan 19.
3. Scientific American: Science in The 20th Century (Special Issue 1991): lihat muka surat 114 hingga 129 - artikel dari kertas kerja saintifik Continental Drift oleh J. Tuzo Wilson pada tahun 1963 yang sungguh menarik dibaca.
Saya mempunyai bahan bacaan di atas ini dan dengan demikian kenapa saya sangat berminat untuk memahami isu ini semenjak berbelas-belas tahun yang lalu. Adalah tidak bagus jika ada yang hanya suka menyangkal sesuatu penemuan dan penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis tanpa memahami sekian masalah dan betapa maklumat yang diberikan oleh mereka itu cukup penting untuk kita memahami perubahan terhadap bumi kita jutaan tahun lampau.
Adalah tidak adil menyalahkan mereka sedangkan umat Islam sendiri tidak peka untuk mengemukakan teori-teori seperti ini. Di manakah kredibiliti umat Islam yang hanya tahu menentang, tidak cuba memperhalusi fakta yang mereka perolehi. Jika teori manusia berasal dari beruk memang wajar umat Islam tolak sebab banyak bukti yang menyangkalnya. Hanyutan benua bukan sekadar teori tetapi adalah fakta bagaimana sepanjang pesisiran pantai bahkan pedalaman benua Amerika Selatan dan Afrika mempunyai tumbuhan yang sama dan hidupan yang sama. Banyak fosil hidupan/tumbuhan purba ditemui berpadanan antara keduanya di kedua-dua bahagian benua berkenaan. Begitu juga benua-benua yang lain mempunyai kebersamaan hidupan/tumbuhan yang berpadanan.
Saya suka membaca dan mengambil manfaat dari apa yang ditemui oleh para saintis dahulu dan sekarang. Kita hanya perlu memikirkan sedikit sebanyak sama ada segala teori mereka bahkan apa yang menjadi hakikat dari penemuan itu boleh memberikan kita kesedaran dan keinsafan, bukan memperlecehkan.
Hanyutan benua mengambil masa berjuta-juta tahun bahkan benua-benua yang ada sepertimana sekarang ini masih lagi berkeadaan bergerak seinci ke seinci setiap tahun. Bulan juga sedang menjauhi bumi inci ke inci setiap tahun. Sebenarnya simulasi superkomputer yang telah berjaya mengesahkan bahawa teori hanyutan benua adalah betul malahan simulasi superkomputer mampu menunjukkan apa yang akan berlaku terhadap benua-benua yang ada sekarang 50 juta tahun ke hadapan (itupun kalau belum kiamat!).
Kata Ketua Penyelidik NASA, Peter Olson, profesor geophysical fluid dynamics di Johns Hopkins University. "Motion is everywhere inside the Earth..." yang bermaksud kesemua jisim bawah bumi adalah bergerak atau hanyut di mana-mana saja. Pada 50 juta tahun ke hadapan, benua Australia akan bercantum dengan Asia Tenggara manakala benua Afrika akan mula berpisah dengan benua Asia.
Kefahaman kita ialah: semua apa yang diciptakan oleh Allah Ta'ala adalah berkeadaan dinamik. Galaksi-galaksi bergerak menjauhi sesamanya. Begitu jugalah dengan benua-benua di bumi. Kenyataan ini cukup kukuh sekali jika kita mahu menginsafinya. Bayangkan bagaimana pergerakan galaksi-galaksi iaitu quasar-quasar terpaling jauh sudah mengambil masa lebih 12 ribu juta tahun untuk menjauhi Galaksi Bima Sakti kita yang membuktikan Alam Semesta mengembang. Begitu jugalah benua-benua di bumi. Titik pengembangan benua-benua ini tidak diketahui di mana ia seharusnya berhenti dan kita tidak pasti adakah benua-benua akan terlepas rantaian ikatan sesamanya tanpa perlu menunggu 50 juta tahun kehadapan dan adakah dengan kekerapan berlakunya gempa bumi akan menyaksikan pelantar benua (continental plate) beranjak lebih cepat? Kemungkinan-kemungkinnya tetap ada dan semuanya dalam bidang keluasan ilmu Allah Ta'ala, manusia hanya diberikan ilmu ini hanya sedikit sekali umpama buih di laut!
Jadi saya tidak dapat menerima tanggapan penentang yang berbunyi: "karenanya teori itu belumlah lengkap sebagai dikatakan, tetapi baru berbentuk dugaan yang ditimbulkan oleh keadaan dan pengalaman yang menimpa". Malang sekali umat Islam tidak berfikir kenapa benua itu boleh berpisah dan kenyataan menyatakan Wegener tidak dapat menerangkan kenapa benua berganjak adalah tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana soalan ini sama juga dengan persoalan kenapa galaksi-galaksi boleh menjauhi sesama sendiri? Jika teori Big Bang tidak dikemukakan, penjauhan galaksi-galaksi tentu saja akan dipertikaikan juga. Apabila ada ayat Allah dalam Surah Al Ambiyak yang menerangkan langit dan bumi dahulunya adalah satu yang padu atau pernah bercantum maka begitulah juga dengan unsur air (lautan) dan daratan di bumi. Kedua-duanya saling pisah memisah antara satu sama lain.
Kenapa benua-benua yang ada sekarang adalah 7 benua, tidak 8 atau 9?... iaitu benua:
1. Asia 2. Eropah 3. Afrika 4. Amerika Utara 5. Amerika Selatan 6. Australasia dan 7. Antartika.
Australia adalah sebuah pulau terbesar dan ia juga adalah benua Australasia. Artik bukan sebuah benua kerana ia adalah lautan ais. Terdapat kisah purba mengenai tenggelamnya benua Atlantis ke dasar Lautan Atlantik. Sama ada benua Atlantis ini benar-benar wujud tidak dapat dipastikan tetapi ada diceritakan oleh cendekiawan Plato dari Yunani. Tidak dapat dipastikan juga jikalau benua Atlantis karam pada ketika banjir zaman Nabi Nuh tetapi ada maklumat yang saya temui mencadangkan teori ini bahkan dalam Al Quran iaitu Surah Al Qamar ayat 12 ada menyebut berkenaan maksud "bumi memancarkan mata air-mata air" manakala Surah Hud ayat 42 pula "dapur (tannur) telah memancarkan air". Surah Hud ayat 42: "dalam gelombang laksana gunung", ayat 44: "hai bumi telanlah airmu dan hai langit (hujan) berhentilah dan airpun disurutkan".
Ayat-ayat Quran tadi kelihatan menyampaikan mesej atau maksud bahawa bumi ketika zaman Nabi Nuh sebenarnya melimpahkan airnya dari satu sumber mata air (tannur). Tetapi di manakah sumber mata air ini? Inikah yang ditunjukkan pula dengan perkataan "tannur" dalam Surah Hud iaitu "dapur" atau "satu lohong" dalam bumi yang menyebabkan punca mata air atau "geiser" ? Jika kita perhatikan punca kewujudan geiser itu, contoh sebarangan yang boleh dituding ialah kawasan Lautan Atlantik sekarang yang menjadi rabung tengah laut (mid ocean ridge) di mana terletaknya Segitiga Bermuda. Kawasan inilah pada ribuan tahun yang lalu di mana terletaknya benua Atlantis yang dikatakan karam ke perut bumi semasa zaman Nabi Nuh.
Jika pendapat ini betul, tidak dapat tidak kita akan katakan bahawa sebenarnya benua di bumi ini terdiri dari 8 benua tetapi bak umpama ibu yang bersalin, selalunya bayi yang lahir pada bulan ke-8 tidak akan hidup lama, dan 9 bulan adalah kebiasaan bagi setiap kelahiran. Bukankah Allah Ta'ala sukakan bilangan yang ganjil dan nama-namanya juga dalam bilangan yang ganjil iaitu 99 nama Asmaul Husna?
Oleh itu, angka 7 adalah apa yang selalu ditegaskan dalam ayat Al Quran: "dan dijadikan-Nya 7 langit, begitu juga bumi". Faham di sini ialah asal-usul sesuatu ciptaan yang diciptakan oleh Allah pada dasarnya dari tunggalan yang berpisah kepada 7 bilangan. Saya telah menulis artikel mengenai bilangan 7 dalam falak-net beberapa bulan yang lalu dan diharapkan para netters tidak lupa apa yang saya tuliskan itu. Datuk Dr. Mazlan Othman mengatakan 7 adalah infiniti tetapi saya tidak berpandangan demikian bahkan setiap apa yang diterangkan oleh Al Quran adalah benar-benar memaksudkan sesuatu bilangan 7. Angka 7 adalah nilai dasar dan nilai ini boleh dipisahkan lagi iaitu gandaan 7 = 49, 2,401 dan seterusnya. Bilangan pemisahan ganda ini telah menakjubkan saya bilamana ia mencapai bilangan yang bersamaan dengan nilai banyaknya purata bintang (100 ribu juta) dalam Galaksi Bima Sakti bahkan juga bilangan purata keseluruhan galaksi yang dianggarkan dalam Alam Semesta juga 100 ribu juta. Mungkin infiniti yang dimaksudkan oleh Datuk Mazlan merujuk kepada angka 7 yang diganda-gandakan.
Bilamana perkataan Superbenua boleh wujud dalam istilah saintifik, kenapa pula tidak istilah Superbumi yang juga boleh diwujudkan untuk memahami bahawa sebelum ledakan besar duniawi (big bang), 7 langit adalah dikembangkan oleh pemeluwapan jisim Superbumi. Bagi saya, sebelum berlakunya Big Bang, masa dan ruang (space and time) telahpun lama wujud semenjak 7 lapisan langit dikembangkan. Sila perhatikan semula artikel saya yang lalu di falak-net.
Berbalik kepada hanyutan benua, tidak diragukan lagi bahawa penyebab kepada hanyutan benua adalah disebabkan oleh pelantar tektonik benua yang bergerak di atas mantle bumi. Kerak (crust) bumi yang walaupun keras, kukuh dan sangat rapat bukanlah hujah untuk menolak benua-benua menghanyut bahkan pada hakikatnya ialah kerak bumi itu terapung-apung di atas bendalir bumi (mantle) yang cair. Jika anda pernah menonton filem "The Core" pasti anda akan menyedari bahawa jika bendalir diteras bumi tidak bergerak, kerak bumi juga tidak akan dapat bergerak maka bumi tidak dapat berotasi di atas paku alamnya! Sekarang insafilah bahawa kerak bumi sebenarnya bukannya kukuh tetapi rapuh dan jika bendalir di teras bumi berupaya meleburkan kerak bumi, pasti saja umat manusia akan karam di dalam perut bumi semahunya!! Tidakkah anda berfikir demikian? Tidakkah anda semua takut bahawa kita boleh karam semahunya dalam bumi jika pelantar benua tidak kukuh. Kerana pelantar benua ini kukuhlah maka benua ini sedaya-upaya untuk mengekalkan kekukuhannya dengan cara menghanyut di atas mantel!
Faham di sini ialah benua berada di atas pelantar benua sebagi satu slide yang bergerak ke sana ke mari umpama perahu yang bergerak di atas permukaan air. Jika musnahnya "perahu" ini, akan karamlah benua itu kedalam perut bumi. Itulah apa yang berlaku terhadap benua Atlantis apabila terjadi lubang besar (tannur) di bawah benua tersebut hingga menyebabkan banjir di seluruh dunia ketika zaman Nabi Nuh. Ini bukanlah teori tetapi fakta yang masih diperdebatkan sekian lama dan saya turut berpendapat begini.
Tahukah anda bahawa lautan yang dikatakan dua pertiga dari bumi ini hanyalah menurut pemahaman geologi konvensional tetapi jika anda memahami istilah geodesi, apabila lautan di bumi dibuangkan, apa yang akan kita saksikan ialah keseluruhan bumi adalah daratan!! Air lautan hanyalah bertakung di atas lekukan-lekukan permukaan daratan bumi! Dengan demikian, dapat disaksikan juga bahawa sebahagian besar daratan bumi terdiri dari pelantar-pelantar benua. Bahkan adalah dipercayai menurut penemuan terbaru dalam tahun 2002 lalu oleh ESA dan NASA bahawa lautan di muka bumi ini adalah dihasilkan dari awan-awan hidrogen oksida (H2O) yang dihasilkan dari bintang-bintang apabila awan-awan tersebut berlanggar dengan bumi.
Maka terbuktilah sudah bahawa dalil Al Quran dari firman Allah Surah Hud dan Al Qamar tadi yang menceritakan pertembungan "air hujan" di langit dengan bumi adalah benar!!
Kesimpulannya idea Alfred Wegener yang walaupun dikatakan tidak begitu diterima dengan meluas akan tetapi penemuan-penemuan baru zaman ini mengesahkan bahawa prinsip yang diketengahkan olehnya adalah benar.
Sekaligus kita akan memahami bahawa gempa bumi memang pada dasarnya akibat salah satu pergerakan pelantar benua ataupun pertembungan plate bumi pada sepanjang anjakan benua dan ini sentiasa berlaku setiap waktu walau serelatif mana kecil dan besar pada skala Richter-nya.
Apa pun segala tulisan saudara Dade Arinto masih ada yang boleh diterima dan saya mengakui terdapat beberapa huraian yang baik. Alangkah moleknya jika pemikiran saudara Dade dapat diulas dengan mudah kerana tidak semua orang akan membaca dan memahaminya.
Ahad, Ogos 22, 2010
MINERAL BATUAN
Batu yang membentuk bumi, bulan dan planet-planet dibentuk dari mineral-mineral. Setiap orang telah biasa dengan mineral-mineral tertentu yang wujud di bukit-bukit, pasir di pantai atau tanah di kebun. Mineral merupakan bahan bukan organik pepejal yang wujud secara semulajadi mengandungi susunan atom-atom dengan pengaturan tertentu. Pengaturan atom secara tersusun merupakan kriteria penghabluran dan juga menggambarkan kandungan mineral serta formula kimianya. Mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri.
Apabila mineral bebas berkembang atau tumbuh tanpa sebarang gangguan, mereka akan membentuk muka-muka hablur yang memiliki sifat tersendiri (Foto 1, 2 dan 4). Ia mempamerkan perbezaan tertentu di antara satu mineral dengan lain. Hablur dibatasi oleh bentuk semulajadi satah yang menggambarkan penyusunan atom (Foto 3, 8 dan 9). Hablur boleh dikumpulkan ke dalam tujuh system hablur, iaitu kiub, tetragonal, ortorombik, monoklinik, triklinik, heksagonal dan trigonal. Ia boleh mempamerkan perbezaan rupabentuk yang nyata bergantung kepada bentuk hablur atau paduan atau kombinasi dari bentuk.
Kebanyakan mineral wujud sebagai agregat hablur yang jarang mempamerkan bentuk hablur yang sempurna. Walau bagaimanapun, bentuk agregat amat berguna dalam proses mengenalinya. Kadang-kadang hablur tumbuh secara berpusat dari tengah berbentuk bulat atau nodul (Foto 5, 7 dan 10). Ia membentuk gugusan sebagaimana kelompok buah anggur yang dikenali sebagai botroidal (Foto 6). Sifat-sifat fizikal amat berguna dalam pengenalan mineral termasuk ketumpatan, kekerasan, ira dan gaya pecahan.
Mineral sering diklasifikasi berasaskan kepada kandungan kimia dikategori ke dalam oksida, sulfida, silikat, karbonat, posfat dan sebagainya. Huraian dan pengenalan mineral yang lebih terperinci memerlukan teknik-teknik tertentu seperti analisa kimia dan pengukuran sifat fizikalnya. Mineral boleh diberikan nama berdasarkan kepada aspek sifat fizikal atau kimia, tempat dijumpai, orang kenamaan, ahli mineralogi atau pelbagai subjek lain. Sebahagian contoh nama mineral dan keterangannya seperti berikut :-
Albit (NaAlSi3O8) dari bahasa Latin, albus (putih), berasas kepada sifat fizikal (warna).
Sarabauit (CaSb10O10S6) mengikut nama tempat, Bau, Sarawak, sebagai bahan sampingan bijih antimoni.
Malayait (CaSnSiO5) berasaskan penumuan pertama di Malaysia.

Foto 1 : Bijih timah kasiterit (SnO2), berwarna kelabu gelap dengan tabiat hablur pyramid dari Lembah Kinta, Perak

Foto 2 : Hablur kuarza (SiO2) mempamerkan permukaan bersegi-enam dari Chenderiang, Perak.

Foto 6 : Hematit, Fe2O3 berbentuk botroidal @ bergugus sebagai bijih besi terpenting dari Chini, Pahang.

Foto 10 : Kumpulan hablur berjejari turmalin dari Chenderiang, Perak.
Batuan
Bumi, bulan dan planet-planet terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai batuan. Batuan adalah paduan antara pelbagai mineral dan boleh dikategorikan kepada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Batuan igneus terbentuk dari pengerasan bahan batuan cair.; batuan metamorf pula wujud dari ubahan batuan igneus dan sedimen yang ditindak oleh suhu dan tekanan dan batuan sedimen terhasil dari pengumpulan sisa-sisa batuan dipermukaan bumi.
Batuan igneus : Kebanyakan batuan igneus terhasil di dalam bahagian atas sarung bumi. Bahan tersebut dinamakan magma yang bergerak naik ke dalam kerak bumi dan membentuk jasad batuan dikenali sebagai rejahan igneus. Jika magma sampai ke permukaan bumi dan mengalir, ia dikenali sebagai lava dikategorikan sebagai batuan gunung berapi (volkanik). Secara umumnya, batuan volkanik berwarna hitam dan tumpat dikenali sebagai basalt. Walau bagaimanapun, batuan granit mendominasikan batuan intrusif. Kaedah pengenalan dan menamakan batuan igneus merangkumi pengamatan saiz butiran dan penganggaran amaun relatif kandungan mineral. Maklumat tambahan lain boleh didapati dari indeks warna, tekstur, struktur dan kadang-kadang hubungan di lapangan (Foto 11 – 14).
Batuan metamorf : Batuan terhasil akibat perubahan mineralogi, kimia dan struktur dalam sifat pepejal daripada batuan terdahulu di dalam bumi. Batuan metamorf mempamerkan pelbagai tekstur, struktur dan mineralogi disebabkan oleh julat suhu dan tekanan. Darjah metamorfisme yang berlaku ke atas batuan dirujuk kepada gred rendah, sederhana dan tinggi (Foto 15 – 19).
Batuan sedimen : Batuan sedimen terbentuk dari proses hakisan dan pengenapan yang aktif di permukaan bumi. Permukaan bumi sering dan masih diserang oleh agen-agen luliuhawa dan hakisan seperti hujan dan sungai. Agen-agen fizikal telah membantu pereputan kimia melalui penyerapan air yang mampu memecahkan batuan keras dan menghasilkan saki baki batuan. Sedimen tersebut akan diangkut oleh sungai dan mengenapkannya di muara sungai, di tasik atau di lautan. Bahan-bahan tersebut berkumpul sehingga mencapai beberapa kilometer tebal untuk membentuk batuan sedimen. Ciri utama yang diperlukan dalam mengkaji batuan sedimen di lapangan adalah tekstur, struktur, mineralogi, warna dan hubungan lapangan. Perlapisan merupakan elemen yang universal di dalam batuan sedimen di mana lapisan yang wujud menggambarkan variasi tekstur dan mineralogi (Foto 19 –22).
Apabila mineral bebas berkembang atau tumbuh tanpa sebarang gangguan, mereka akan membentuk muka-muka hablur yang memiliki sifat tersendiri (Foto 1, 2 dan 4). Ia mempamerkan perbezaan tertentu di antara satu mineral dengan lain. Hablur dibatasi oleh bentuk semulajadi satah yang menggambarkan penyusunan atom (Foto 3, 8 dan 9). Hablur boleh dikumpulkan ke dalam tujuh system hablur, iaitu kiub, tetragonal, ortorombik, monoklinik, triklinik, heksagonal dan trigonal. Ia boleh mempamerkan perbezaan rupabentuk yang nyata bergantung kepada bentuk hablur atau paduan atau kombinasi dari bentuk.
Kebanyakan mineral wujud sebagai agregat hablur yang jarang mempamerkan bentuk hablur yang sempurna. Walau bagaimanapun, bentuk agregat amat berguna dalam proses mengenalinya. Kadang-kadang hablur tumbuh secara berpusat dari tengah berbentuk bulat atau nodul (Foto 5, 7 dan 10). Ia membentuk gugusan sebagaimana kelompok buah anggur yang dikenali sebagai botroidal (Foto 6). Sifat-sifat fizikal amat berguna dalam pengenalan mineral termasuk ketumpatan, kekerasan, ira dan gaya pecahan.
Mineral sering diklasifikasi berasaskan kepada kandungan kimia dikategori ke dalam oksida, sulfida, silikat, karbonat, posfat dan sebagainya. Huraian dan pengenalan mineral yang lebih terperinci memerlukan teknik-teknik tertentu seperti analisa kimia dan pengukuran sifat fizikalnya. Mineral boleh diberikan nama berdasarkan kepada aspek sifat fizikal atau kimia, tempat dijumpai, orang kenamaan, ahli mineralogi atau pelbagai subjek lain. Sebahagian contoh nama mineral dan keterangannya seperti berikut :-
Albit (NaAlSi3O8) dari bahasa Latin, albus (putih), berasas kepada sifat fizikal (warna).
Sarabauit (CaSb10O10S6) mengikut nama tempat, Bau, Sarawak, sebagai bahan sampingan bijih antimoni.
Malayait (CaSnSiO5) berasaskan penumuan pertama di Malaysia.

Foto 1 : Bijih timah kasiterit (SnO2), berwarna kelabu gelap dengan tabiat hablur pyramid dari Lembah Kinta, Perak

Foto 2 : Hablur kuarza (SiO2) mempamerkan permukaan bersegi-enam dari Chenderiang, Perak.
Foto 3 : Bijih timah masif (kasiterit, SnO2) di dalam skarn dari Sg. Besi, Selangor.
Foto 4 : Bijih antimony (stibnite, Sb2O3 menunjukkan gaya hablur prismatik dari Bau, Sarawak.
Foto 5 : Bijih aluminium (bauksit, Al2O3.2H2O) berwarna kelabu kekuningan dari Teluk Ramunia, Johor.

Foto 6 : Hematit, Fe2O3 berbentuk botroidal @ bergugus sebagai bijih besi terpenting dari Chini, Pahang.

Foto 7 : Bentuk berjejarum diaspor AlO(OH) dari Lembah Kinta, Perak.
Foto 8 : Butiran emas (Au) bertaburan di dalam kuarza dari Raub, Pahang.
Foto 9 : Fluorit CaF2 berwarna hijau muda dari Keramat Pulai, Perak.
Foto 10 : Kumpulan hablur berjejari turmalin dari Chenderiang, Perak.
Batuan
Bumi, bulan dan planet-planet terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai batuan. Batuan adalah paduan antara pelbagai mineral dan boleh dikategorikan kepada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Batuan igneus terbentuk dari pengerasan bahan batuan cair.; batuan metamorf pula wujud dari ubahan batuan igneus dan sedimen yang ditindak oleh suhu dan tekanan dan batuan sedimen terhasil dari pengumpulan sisa-sisa batuan dipermukaan bumi.
Batuan igneus : Kebanyakan batuan igneus terhasil di dalam bahagian atas sarung bumi. Bahan tersebut dinamakan magma yang bergerak naik ke dalam kerak bumi dan membentuk jasad batuan dikenali sebagai rejahan igneus. Jika magma sampai ke permukaan bumi dan mengalir, ia dikenali sebagai lava dikategorikan sebagai batuan gunung berapi (volkanik). Secara umumnya, batuan volkanik berwarna hitam dan tumpat dikenali sebagai basalt. Walau bagaimanapun, batuan granit mendominasikan batuan intrusif. Kaedah pengenalan dan menamakan batuan igneus merangkumi pengamatan saiz butiran dan penganggaran amaun relatif kandungan mineral. Maklumat tambahan lain boleh didapati dari indeks warna, tekstur, struktur dan kadang-kadang hubungan di lapangan (Foto 11 – 14).
Batuan metamorf : Batuan terhasil akibat perubahan mineralogi, kimia dan struktur dalam sifat pepejal daripada batuan terdahulu di dalam bumi. Batuan metamorf mempamerkan pelbagai tekstur, struktur dan mineralogi disebabkan oleh julat suhu dan tekanan. Darjah metamorfisme yang berlaku ke atas batuan dirujuk kepada gred rendah, sederhana dan tinggi (Foto 15 – 19).
Batuan sedimen : Batuan sedimen terbentuk dari proses hakisan dan pengenapan yang aktif di permukaan bumi. Permukaan bumi sering dan masih diserang oleh agen-agen luliuhawa dan hakisan seperti hujan dan sungai. Agen-agen fizikal telah membantu pereputan kimia melalui penyerapan air yang mampu memecahkan batuan keras dan menghasilkan saki baki batuan. Sedimen tersebut akan diangkut oleh sungai dan mengenapkannya di muara sungai, di tasik atau di lautan. Bahan-bahan tersebut berkumpul sehingga mencapai beberapa kilometer tebal untuk membentuk batuan sedimen. Ciri utama yang diperlukan dalam mengkaji batuan sedimen di lapangan adalah tekstur, struktur, mineralogi, warna dan hubungan lapangan. Perlapisan merupakan elemen yang universal di dalam batuan sedimen di mana lapisan yang wujud menggambarkan variasi tekstur dan mineralogi (Foto 19 –22).
Sabtu, Ogos 21, 2010
Pengurusan Sungai
Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut seperti di Gambarajah 1. Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.
Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai

Definisi Sungai
Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).
Definisi Lembangan Sungai
Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).
Peranan Sungai
Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.
Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah satu proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk memaksimumkan faedah sosial ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada masa yang sama memelihara atau mengembalikan semula ekosistem semulajadi sumber air. (Terjemahan :[1] GWP, 2002)
IRBM merupakan subset daripada IWRM dan merupakan kaedah atau pendekatan yang berkesan untuk mencapai objektif IWRM berasaskan Lembangan Sungai . Dengan kata lain,IRBM bermaksud lembangan sungai yang diurus sebagai satu entiti dan bukannya secara berasingan oleh pihak pengurusan yang berbeza dan tiada kerjasama. IRMB adalah persediaan untuk menyatupadukan dan menyelaras dasar, program dan amalan. IRBM mengetengahkan isu air dan isu yang berkaitan dengan air. IRBM memerlukan keupayaan professional yang lebih baik dan penambahbaikan/peningkatan dari segi kewangan, perundangan, pengurusan dan keupayaan politik.

Prinsip Amalan Terbaik IRBM
Faktor-faktor Kejayaan Kritikal bagi Pengurusan Lembangan Sungai
Program Satu Negeri Satu Sungai

Program Satu Negeri Satu Sungai telah dilancarkan pada 2002 dengan objektif-objektif berikut :
• Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;
• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi;
• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan
• Untuk mengekalkan nilai aset sungai.
Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri dimana setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Program pemulihan ini dillaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun melalui program-program jangka pendek berikut :
• Rangka kerja untuk program pemulihan di kawasan hulu sungai, pertengahan sungai dan di kawasan hilir sungai.
• Menghalang sampah daripada masuk kedalam sungai dangan pemasangan perangkap sampah di punca;
• Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;
• Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penggunaan ‘Food, Oil & Grease’ (FOG) and Gross Pollutant Trap (GPT) untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai;
• Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tampat yang lebih sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;
• Mewartakan Sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar sungai (seperti kawasan Bandar, luar Bandar dan kawasan tadahan air;
• Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan seperti menyediakan “Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak “(ESCP) untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan
• Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.
Strategi pelaksanaan utama adalah langkah pencegahan, langkah merawat serta pengurusan, dan beberapa jawatankuasai yang melibatkan semua pelanggan (stakeholders) telah ditubuhkan untuk mencapai visi sungai yang bersih.
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 01 April 2010 )
HAKISAN PANTAI DAN LANGKAH KEJURETERAAN MENGATASINYA
TNTI

Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk pinggir laut serta mengakibatkan kerugian sepanj ang garis pant ai, Keraj aan t elah menj alankan Kaj ian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan J anuar i 1986 dan hasil kaj ian ini menunj ukkan bahawa dar ipada 4,809 kilomet er garis pant ai negara, kira-kira 29% at au 1,380 kilomet er mengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kej urut eraan Pinggir Laut dalam Jabat an Pengairan dan Saliran (JPS) pada t ahun 1987 unt uk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut di selur uh negar a.
Gar is pinggir laut Malaysia adalah ber aneka dar ipada t eluk berpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di pant ai t imur Semenanj ung Malaysia, hasil enapan yang t inggi daripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuat mewuj udkan lat ar unt uk garis pinggir laut t eluk berpasir berbent uk cangkuk. Sement ar a di pant ai bar at , iklim ombak Selat Melaka yang seder hana membent uk pant ai lumpur yang luas dan hut an pinggir laut yang kaya dengan biodiver sit i. Bent uk-bent uk yang ser upa mencir ikan pant ai-pant ai di Sar awak dan Sabah walaupun kawasan ber pasir t er t ent u adalah sangat r at a. Bahan-bahan pant ai t er masuklah campur an pasir , kelodak, malah kulit ker ang dengan t ompokan ker ikil dan singkapan bat uan di sana sini.
2.0 Akt ivit i Pembaikan Muara Sungai Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannya menghadapi masalah pengelodakan, yang mengur angkan kedalaman air untuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan indust ri perikanan. Keraj aan t elah menj alankan Kaj ian Muar a Kebangsaan pada t ahun 1994 dan hasil kaj ian menunj ukkan 35 muar a dihadapi pengelodakan yang kr it ikal. Pelan induk yang dibent uk menyar ankan supaya ker j a pembaikan dij alankan dalam masa 10 t ahun dan melibat kan kos ber j umlah RM 330 j ut a. Ber dasar kan pelan induk, program pembaikan muara sungai diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh untuk melaksanakan pengorekan dan pembinaan st rukt ur pembaikan.
3.0 Akt ivit i Pengurusan Zon Pinggir Laut Kaj ian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan t elah disiapkan pada tahun 1986 dan dapatan kajian mendedahkan bahawa daripada sej umlah 4,809 kilomet er garis pant ai negara, kira-kira 29% at au 1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. IUntuk menangani masalah ini, Ker aj aan t elah menubuhkan Pusat Teknikal Kej ur ut er aan Pinggir Laut di dalam J abat an Pengair an dan Salir an (J PS) pada t ahun 1987 unt uk melaksanakan r ancangan kawalan hakisan pinggir laut bagi selur uh negar a. Rancangan ini melibat kan dua st r at egi, iait u st r at egi jangka panjang dan juga jangka pendek. Strategi jangka pendek melibat kan pembinaan projek kawalan hakisan dan st rat egi jangka panjang melibat kan penambahbaikan pengurusan zon pinggir laut dalam .cara yang bersepadu supaya kej adian hakisan pinggir laut t idak akan ber t ambah. Rancangan ini dibent uk unt uk melaksanakan t indakan yang akan diambil di bawah st r at egi-st r at egi ini.
I ndeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (NCVI ) Kajian I ndeks Kerent anan Pinggir Laut Kebangsaan (Nat ional Coast al Vulnerabilit y I ndex - NCVI ) diperlukan unt uk mengenal past i kawsan pinggir laut yang t erdedah disebabkan oleh kesan kenaikan aras laut. Hasil kajian akan digunakan untuk menyediakan I ndeks Kerentanan Pinggir Laut dengan aras dedahan zon pinggir bagi mengelakkan pembangunan di kawasan ini. Pada masa yang sama ia akan menj adi asas unt uk melaksanakan langkah-langkah per lindungan yang disebabkan oleh kenaikan aras laut . I ndeks ini akan menyediakan penunj uk t ent ang bagaimana r ent annya gar is pinggir laut kepada kesan kenaikan aras laut yang mendadak. Kerent anan t erhadap kesan ini merangkumi f akt or-f akt or biogeof izikal, ekonomi, dan keinst it usian dan sosiobudaya.
Pembangunan NCVI yang menyeluruh akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama kajian NCVI t elah siap pada bulan Disember 2007. I a meliput i dua (2) t apak r int is yakni Tg. Piai, Johor di Selatan, dan Pulau Langkawi, Kedah di ut ar a.Ber dasar kan r ekod pasang sur ut 20 t ahun di dua t apak r int is ini, kadar kenaikan ar as laut t empat an at au r elat if di kedua-dua t apak ini boleh dianggap lebih kecil daripada kadar purata sejagat-rendah sebanyak 2 – 3 mm/ t ahun (iait u SLR di Tg. Piai = 0.2 – 1.3 mm/ t hn; SLR di Langkawi = 0.5 – 1.0 mm/ t hn). Kenaikan ar as banj ir di kedua- dua t apak unt uk senar io SLR t empat an t idaklah t er lalu ket ar a t inggi.
1.0 Hakisan Pinggir Laut Ber dasar kan Kaj ian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan 1986, gar is pinggir laut Malaysia dikelaskan ke dalam t iga kat egor i hakisan dan ancaman t er hadap kemudahan ber asaskan pesisir yang sedia ada dengan nilai ekonomi besar dit akr if kan seper t i ber ikut :

Kat egori 1:Gar is pesisir yang pada masa ini ber ada dalam keadaan hakisan dan tempat kemudahan atau inf rastruktur berasaskan pesisir ber ada dalam bahaya ker unt uhan at au ker osakan langsung.
Kategori 2:Garis pesisir yang t erhakis pada kadar di mana hart a benda awam dan t anah per t anian yang ber nilai akan menj adi t er ancam dalam t empoh 5 hingga 10 t ahun melainkan t indakan pemulihan diambil;
Kategori 3:Garis pesisir yang belum dimaj ukan mengalami hakisan t et api dengan t iada akibat at au kerugian ekonomi yang kecil jika dibiar kan.
1.1 Punca Hakisan Punca hakisan adalah semula j adi dan j uga buat an manusia. Dalam keadaan semula j adi pant ai mengalami kit ar an dan pemendapan t et api dalam t empoh masa yang lama, pant ai dianggap st abil j ika kedudukan minnya kekal t idak ber ubah. Dalam kebanyakan kes, punca hakisan ialah akt ivit i buat an or ang yang mengakibat kan kesan langsung at au kesan sisa t erhadap kawasan dekat pesisir dan pant ai. Ant ara punca-punca hakisan disenar aikan di bawah ini:
a) Punca hakisan – semula j adi a. Ri but ut ama semasa ai r pasang b) Punca hakisan – buat an manusia
a. Pelabuhan
b. Mar inas
c. J r idge,
d. J ambat an,
et c 1.2 Langkah- langkah Tebat an Hakisan Pinggir Laut
a) Kej ur ut er aan Ker as i. Lapis Lindung ii. Benteng Hakisan iii. Pemecah Ombak iv. Blok Konkrit v. Tembok Penahan
b) Kej ur ut er aan Lembut
i. Penyuburan pantai
ii. Penanaman semula bakau
iii. Pemecah ombak geot ekst il isian endapan
iv. Modul Penyamaan Tekanan
2.0 Pelan Pengurusan Gar is Pesisir Ber sepadu (I SMP)
Program I SMP yang dijalankan oleh DI D disesuaikan mengikut pr insip I CZ M unt uk member i per hat ian kepada isu- isu ut ama dan masalah yang dihadapi oleh garis pesisir kit a. I a merupakan pendekat an ber sepadu yang mengambil kir a semua akt ivit i ber sekt or yang mempengaruhi kawasan pinggir laut
dan memberikan per t imbangan yang waj ar kepada isu ekonomi, sosial, alam sekit ar dan ekologi. Mat lamat nya adalah unt uk membina alat pengurusan yang mengharmonikan semua aktiviti di kawasan pinggir laut untuk menyokong set objekt if pengurusan yang lebih luas bagi kawasan pesisir .
2.1 Objektif I SMP
1 Penilaian dan pemilihan st rat egi pengurusan pembangunan pinggir laut supaya pembangunan di kawasan pinggir laut boleh dilaksanakan dalam car a yang mampan.
2 Penilaian dan pemilihan opsyen pertahanan untuk garis pinggir laut .
3 Perumusan Garis Panduan Khusus dan Dasar untuk Akt ivit i/ Cadangan Pembangunan di kawasan pinggir laut .
2.2 Penent uan Had Kawasan Gar is Pesisir Salah satu keputusan penting dalam melaksanakan I SMP adalah untuk menentukan had-had kawasan garis pesisir. Bidang pengurusan harus merangkumi semua sumber pinggir laut yang ber kepent ingan dan j uga mer angkumi semua pr oses pinggir laut . Had mungkin berbeza mengikut t empat , t et api sebagai panduan umum, ekor an had ar ah ke dar at dan arah laut yang ber ikut t elah dit erima pakai: -
1 Had arah ke darat adalah kira-kira 1 kilomet er dari garis pesisir (pada MHWS).
2 Had ar ah laut adalah kir a-kir a 3 kilomet er sekir anya pr oses pinggir laut memberikan kesan yang sedikit t erhadap garis pesisir.
2.3 Pembahagian Gar is Pesisir Ke Dalam Unit Pengur usan Sepanj ang gar is pesisir , cir i-cir i f izikal, cir i-cir i pinggir laut dan guna t anah amat lah berbeza-beza, menjadikannya agak sukar unt uk merumuskan garis panduan at au dasar yang bermakna. Unt uk mengat asi masalah ini gar is pesisir disubbahagikan ke dalam unit -unit kecil yang disebut unit pengurusan. Unit Pengurusan boleh ditakrif kan sebagai suat u j arak garis pesisir dengan ciri-ciri koheren dari segi pr oses pinggir laut semula j adi dan j uga guna t anah. Sat u ilust r asi unit pengur usan adalah seper t i yang dit unj ukkan di bawah.
2.4 St at us Hingga Kini Sehingga kini, J PS Malaysia t elah menyiapkan I SMP unt uk Pahang. Pahang telah melaksanakan I SMP dalam menguruskan zon pinggir laut seperti:
1. Pembangunan dalam zon pinggir laut . 2. Skim tebatan hakisan pinggir laut berdasarkan cadangan ISMP
MEKANISME KEGAGALAN CERUN

MEKANISME KEGAGALAN CERUN BY TNTI SMKTI 2010
Jenis-Jenis Kegagalan
Cerun
•Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan
cerun yang berlaku.
•Antara kriteria utamanya adalah
mengetahui punca dan bentuk runtuhan
pergerakan dalam tanah.
•Pergerakan tersebut mungkin berbentuk
runtuhan(f alls), gelinciran(sl ides) dan
aliran(f low)
Pergerakan Gelinciran
(Sliding)
•
Ia melibatkan pergerakan tanah
pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.
•
Ia melibatkan pergerakan tanah
pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.
1. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah kerana
terdapatnya keretakan pada permukaan asal.
1. Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul pada kaki cerun
1. Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi pada tanah butiran halus. 2. Kegagalan jenis ini mempunyai garis
lengkung kegagalan yang melengkung ke atas
memberi kesan condong kepada jisim yang
bakal gelincir.
2. Ini menyebabkan tanah di bahagian atas
cerun menggelangsar menuruni permukaan
gelinciran.
3. Kegelinciran putaran mempunyai permukaan gelincir berbentuk bulat (circular), tidak bulat (non-circular ) dan cetek.

Jenis Gelinciran Lurus / Peralihan (Bagi Tanah tak Jeleket)
1. Gray dan Leiser (1982) mengkategorikan permukaan tanah
yang mempunyai satah kegagalan yang bertindak selari
dengan lapisan tanah sebagai mengalami kegagalan dalam
bentuk gelinciran peralihan.
2. Kegagalannya adalah dipengaruhi oleh kehadiran stratum
bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang jauh berbeza
antara satu sama lain dan stratum ini mempunyai
kedalaman yang cetek di bawah permukaan cerun.
1. Lazimnya, gelinciran peralihan wujud di kawasan cerun yang mempunyai tekstur tanah yang kasar dan berpasir.
3. Faktor: • Tanah di bahagian permukaan menjadi longgar akibat tindakan cuaca dan proses luluhawa. • Cerun yang homogenus dan mempunyai tanah bertekstur kasar dan berpasir. • Tanah yang lemah di permukaan cerun tetapi
tanah dasar cerun terdiri daripada stratum yang
kuat.

Jenis Gelinciran Majmuk
1. Gelinciran ini adalah gabungan antara gelinciran putaran dan peralihan.
2. dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai perbezaan kekuatan yang tinggi seperti gelinciran peralihan.
3. Namun gelinciran majmuk ini berbeza
memandangkan stratum yang terlibat mempunyai
kedalaman yang besar sehingga menyebabkan
kegagalan membentuk permukaan lengkuk dan
bersatah
Pergerakan Baji (Wedge)
1. terjadi apabila terdapat persilangan antara dua
permukaan satah ketakselanjaran dan mewujudkan
blok batuan yang berkeadaan ‘daylight’ pada muka
cerun.
2. maksud istilah ‘daylight’ ialah apabila titik
persilangan antara dua ketakselanjaran dapat
dilihat pada muka cerun.
3. Blok batuan yang berbentuk baji ini berpotensi untuk menggelincir mengikut garis persilangan antara dua satah ketakselanjaran.

Pergerakan Satah
1. kegagalan yang disebabkan oleh satu satah ketakselanjaran yang berkeadaan ‘daylight’ pada muka cerun.
2. Kegagalan jenis ini terjadi apabila
kecenderungan satah yang menggelincir
mestilah lebih besar daripada sudut geseran
satah.
3. terdapat dua kegagalan satah yang
dipertimbangkan iaitu kegagalan satah
berdasarkan graviti dalam keadaan kering
dan kegagalan satah berdasarkan graviti
dalam keadaan kehadiran air permukaan
Pergerakan Hakisan (Erosion)
1. hakisan mempunyai dua proses asas: •proses pelonggaran partikel-partikel tanah yang biasanya diakibatkan oleh impak titisan-titisan hujan. •proses pengangkutan partikel-partikel tanah.
2. Hakisan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu hakisan geologikal dan hakisan terpecut (accelerated erosion).
3. Hakisan goelogikal ialah proses penghasilan tanah dan proses hakisan ini berada dalam keadaan keseimbangan.
4. Hakisan terpecut pula ialah proses hakisan yang biasanya terjadi akibat daripada aktiviti tindakan manusia.
Jenis Hakisan
1. Terdapat pelbagai jenis hakisan yang terjadi hasil
daripada mekanisma luar yang bertindak terhadap tanah
iaitu hakisan hentaman hujan, hakisan lapis, hakisan
alur dan gaung.
2. Butiran air hujan menghentam terus permukaan tanah atau menghentam lapisan air yang nipis yang terdapat diatas permukaan tanah.
3. Hentaman hujan akan memecahkan ketulan tanah dan menghasilkan butiran-butiran halus.
4. Butiran halus ini akan menutup rongga-rongga di
permukaan. Penutupan ini akan mengurangkan kadar
penyusupan air ke dalam tanah dan meninggikan kadar
air larian permukaan.
5. Kesan hentaman ini akan berkurang jika permukaan tanah dilindungi tumbuhan atau bahan lain.
1. Hakisan lapis adalah pemindahan sekata lapisan nipis tanah dari permukaan.
2. Peleraian butiran tanah dan aliran lapisan air dipermukaan menghasilkan hakisan lapis.
3. Hakisan ini mudah terjadi dikawasan yang tanah atasnya longgar dan lapisannya nipis manakala lapisan bawahnya padat.
4. Hakisan alur adalah hakisan yang menghasilkan lorong
atau parit yang nyata disepanjang laluan tumpuan air
larian permukaan.
5. Hakisan gaung menghasilkan lorong yang lebih besar
serta lebih dalam daripada yang dihasilkan oleh hakisan
alur.
6.Hakisan gaung adalah peringkat akhir perkembangan hakisan alur.
Pergerakan Aliran (Flow)
1. Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia
dalam bentuk aliran lumpur (mudflow) yang mana
dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah
(earthflow).
2. Ianya akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan
bergerak tanpa tumpuan perpindahan pada sempadan
ricih.
3. Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi had cecair.
4. Bagi tanah yang berjelekit, pergerakan aliran boleh
berlaku walaupun kandungan lembapan tidak melebihi
had cecair.

Pergerakan Runtuhan (Fall/Toppling)
1. Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat
curam. Kejatuhan merupakan keadaan apabila tanah
tertanggal terus dari cerun dan jatuh.
2. Kegagalan runtuhan melibatkan pusingan lapisan batu.
3. Dalam kes yang lain, runtuhan ini bermula dengan
pemisahan lapisan disebabkan oleh pergerakan mengikut
arah galian.
4. Pemisahan lapisan mungkin berlaku dengan cepat atau dalam jangka masa yang panjang.
5. Pemisahan yang cepat disebabkan oleh berat blok dan daya tekanan perbezaan ketinggian antara bukit dan lembah.
6.Pemisahan yang lambat pula kebiasaannya mempunyai hubungan dengan proses alam sekitar seperti pembekuan.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Pada tahun 2012, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 27.2 juta orang. Purata kepadatan penduduk ialah kira-kira 84 orang per km per...
-
TNTI: SKEMA SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEMESTA 3 2018 BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL) 1. (a)Apakah maksud ekologi(2) KAJIAN TENTANG HUBUNGAN...
-
Kepentingan ekosistem kepada manusia kepentingan ekosistem hutan 1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu d...


