SOALAN
1 (a)Apakah yang dimaksudkan dengan saling kebergantungan antara sistem? {4}
(b)Jelaskan bagaimana letusan gunung berapi mempengaruhi alam sekitar manusia{10}
(c)Huraikan bagaimana sistem hidrologi yang terganggu mempengaruhi aktiviti
manusia
SKEMA JAWAPAN
a) Sesuatu sistem (1m) yang saling berhubungkait (1m)dan berinteraksi (1m)antara satu sama lain (1m)
atau
Sebarang perubahan(1m) unsur dalam sesuatu sistem akan mempengaruhi(1M)perubahan/unsur (1m)dalam sistem yang lain(1m)
b) B1 Hutan terbakar
B2 Ekosistem pupus-kepupusan flora dan fauna
B3 Jerebu
B4 Pencemaran air-daripada hujan asid
B5 Gerakan jisim-tanah runtuh
B6 Perubahan iklim-kelembapan rendah
c) Imbangan negatif(kemarau)
C1 Aktiviti harian terganggu/air domestik
C2 Rekreasi terganggu
C3 Pertanian dan perikanan terganggu
C4 IKS meningkat-aktiviti menjemur
Imbangan posirtif (banjir)
C5 Pertanian dan akuakultur terganggu
C6 Pembalakan terganggu
C7 Iks terganggu
SOALAN 2
a) (i) Takrifkan maksud proses pergerakan jisim? {3}
(ii)Nyatakan empat proses pergerakan jisim di kawasan tropika lembap.{4}
b) Mengapakah proses pergerakan jisim mudah berlaku di kawasan tropika lembap.{10}
c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan
jisim(10)
Jawapan
a (i) Pergerakan regolit bahan yang terluluhawa menuruni cerun kerana tarikan
graviti.
(ii)Kesotan tanah,tanah runtuh(gelonsoran tanah),aliran tanah,aliran lumpur
runtuhan batu.
b B1 Kecerunan mempengaruhi kederasan pergerakan dan graviti
B2 Hujan-peranan air sebagai pemberat dan pelincir
B3 Regolit yang longgar dan tidak stabil
B4 Kegondolan semulajadi-longgar,terdedah kepada hakisan dan tak stabil.
B5 gegaran semulajadi?aktiviti vulkanik
B6 Aktiviti manusia di kawasan cerun
c C1 Kegiatan Pertanian
C2 Kegiatan akuakultur air tawar
C3 Kegiatan perlombongan
C4 Kegiatan perlancongan
C5 Kegiatan pembinaan dan urbanisasi
C6 Pembalakan dan penyahutanan
SOALAN 3
3 a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan hakisan tanih?{5}
ii) Nyatakan empat proses hakisan tanih di kawasan cerun.{4}
iii) Huraikan kesan hakisan tanih kepada alam sekitar fizikal{8}
iv) Jelaskan empat langkah kejuruteraan untuk mengatasi hakisan tanih di
kawasan tropika lembap.{8}
Contoh jawapan
a) i) Hakisan tanah adalah proses peleraian/pencungkilan dan pemindahan butiran
/bahan oleh agen-agen hakisan tanah seperti hujan,air mengalir,angin,ombak,
dan glasier
ii) A1 proses kepingan
A2 proses percikan
A3 Galir
A4 Galur
iii) Kesan hakisan tanah
Aiii1 profil lapisan tanih atas terhakis/tanah menjadi nipis
Aiii2 Permukaan tanah berkelar-galir dan galur
Aiii3 Pergerakan jisim meningkat
Aiii4 Pengangkutan bahan di permukaan cerun dan alur meningkat-menyebabkan
berlaku percetekan alur sungai
Aiii5 Bentuk cerun berubah kerana hakisan tanah,pergerakan jisim dan
longgokan sampah.
iv) langkah kejuruteraan
Aiv1 pembinaan groin
Aiv2 Pembinaan Gabion
Aiv3 Retaining Wall/dinding bertetulang
Aiv4 sungkupan
Aiv5 Membina saluran longkan yang sempurna
Aiv6 konkrit berpaip
Selasa, Ogos 24, 2010
Isnin, Ogos 23, 2010
SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM
FOKUS BAB INI
1.Interaksi antara sistem-sistem Alam Sekitar Fizikal dan Manusia •Menghuraikan tentang sesebuah sistem boleh mempengaruhi sistem yang lain malah sekiranya wujud gangguan terhadap sesebuah sistem akan turut menjejaskan sistem fizikal yang lain termasuk manusia.
2.Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal •Menjelaskan gangguan di dalam sesebuah sistem memberi kesan terhadap manusia dan alam sekitar. Maka langkah-langkah pemulihan dan pemeliharaan perlu dilaksanakan denga lebih berkesan.

TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM
Konsep:
Sistem bumi terdiri daripada empat komponen utama: I. Sistem geomorfologi (litosfera) II. Sistem atmosfera III. Sistem hidrologi (hidrosfera) IV. Sistem ekologi (biosfera) Oleh kerana keempat-empat sistem ini seringkali mengalami perubahan, maka ia dinamakan sebagai sistem yang dinamik. Dalam sistem fizikal kedinamikan ini dikenali sebagai kedinamikan biogeokimia.

Rajah: Saling kaitan antara sistem
Antara sebab sistem atau unsur dalam sesebuah sistem mengalami perubahanapabila terdapat sistem atau unsur lain yang berubah. Sifat semulajadi sebuah sistem terbuka sentiasa ingin mengekalkan tahap keseimbangan. Bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru maka mekanisme tindakbalas akan berlaku dalam sistem tersebut sama ada berbentuk negatif atau positif.
Tindakbalas negatif dinamakan homoestatik. Tindakbalas ini memperlahankan perubahan yang berlaku. Contohnya sungai yang menerima pertambahan isipadu air akan menyebabkan halaju air bertambah dan secara tak langsung alur sungai di hakis. Keadaan ini membolehkan sungai menerima isipadu air yang lebih banyak dan aliran air akan kembali perlahan.
Tindakbalas positif pula membawa kesan yang bertambah. Contohnya bila salji bertambah hakisan glasier akan meningkat menyebabkan alur sungai semakin besar seterusnya membolehkan sungai menampung jumlah salji yang lebih banyak/bertambah.
6.2 Contoh saling kebergantungan antara sistem fizikal a)Dalam konteks kitaran hidrologi, proses sejatan dari air permukaan, pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera. Di ikuti oleh proses cegatan silara/proses pintasan mendatar oleh tumbuhan dalam sistem ekologi. Seterusnya air larian permukaan dan susupan berlaku dalam sistem geomorfologi.
b) Letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi di mana bahan-bahan seperti asap dan debu dimuntahkan cthnya Gunung Berapi Pinatubo di Filipina pada tahun 1993 memuntahkan debu setinggi 12 km ke udara. Kesanya berlaku kejadian jerebu, hujan asid, kekacauan atmosfera sehingga merangsang ribut taufan.
c) Fenomena El-nino yang melanda negara-negara Pasifik berlaku dalam sistem atmosfera. Fenomena ini menyebabkan cuaca panas dan kering di barat Pasifik manakala di timur menyebabkan taufan dan banjir. Kekurangan hujan menyebabkan gangguan kepada sistem hidrologi seterusnya menjejaskan hidupan akuatik.
6.3 Contoh saling kebergantungan antara sistem alam sekitar fizikal dan sistem alam sekitar manusia 1. Terdapat 2 pandangan iaitu: a)Determinisme Alam Sekitar – alam sekitar yang mendominasikan manusia yang mana manusia perlu akur kepada kententuan alam sekitar fizikal.
b)Possibilisme Alam sekitar – elemen manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar fizikal melalui tingkat teknologi dan pengetahuan yang ada
2. Kini paradigma itu telah tidak dipakai lagi. Kajian interaksi antara alam sekitar fizikal dan manusia kini berasakan paradigma “damak dan impak”. Perubahan yang berlaku dalam alam sekitar fizikal akan memberi kesan kepada manusia.
6.4 Langkah Pemeliharaan dan pemuliharaan Sistem Alam Sekitar Fizikal. Pada amnya langkah perundangan berkaitan dengan kawalan alam sekitar di Malaysia sama ada udara, air, tanah bunyi, sumber jaya dan sebagainya terkandung dalam Akta Kualiti Alam Serkitar, 1974.
Akta Kualiti Alam Sekitar merupakan perundangan induk yang menjadi rujukan mana-mana pihak berkuasa dalam melaksanakan tindakan ke atas pesalah alam sekitar. Selain itu, Laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) satu lagi elemen perundangan yang boleh dikenakan kepada mana-mana pesalah alam sekitar. 6.4.1 AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974 (AKAS) 1. Akta ini bertujuan memelihara dan memulihara daripada kemerosotan alam sekitar dan mempertingkatkan atau memperbaiki alam sekitar. 2. AKAS mempunyai peruntukan-peruntukan yang jelas tentang masalah pencemaran alam sekitar meliputi;
i. Pencemaran udara ( Seksyen 20 )
ii. Pencemaran bunyi bising ( Seksyen 23 )
iii. Pencemaran tanah ( Seksyen 24 )
iv. Pencemaran perairan daratan ( seksyen 25 )
v.Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak dalam perairan malaysia ( Seksyen 29 ) 3. Kesemua larangan yang terdapat dalam seksyen yang dinyatakan tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling.
4. Pindaan Akta telah di buat pada tahun 1985 dan di kuatkuasakan pada 1986 menghendaki projek pembangunan mengemukan satu Laporan Kesan Alam Sekitar untuk dinilai oleh JAS. Pelaksanaan projek tertakluk kepada kelulusan JAS.
5. Dalam AKAS dibenarkan Menteri menggubal undang-undang kecil bagi mendetailkan peraturan-peraturan yang sedia ada.
6.AKAS dikuatkuasakan oleh JAS dan dibantu oleh agensi-agensi lain yang diberikan kuasa tertentu seperti: Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pengangkutan Jalan dll.
6.4.2
Perundangan lain berkaitan P&P alam sekitar
i.Perundangan berkaitan Pemuliharaan tanah –Akta Pemuliharaan tanah (bahagian 3) mengenai kawalan kelodak dan hakisan. Seksyen 5 menegaskan “tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman jangka pendek, termasuk sayuran melainkan dengan kebenaran”.
–Akta Perhutanan Negara 1984, Jadual 1, seksyen 2(1), perkara 15 (b) menghendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanah di kawasan pembalakannya.
–Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, menghendaki ruang terbuka di dalam dan sekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi dari hakisan tanah.
ii. Perundangan berkaitan pencemaran air –Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seksyen 55 (3) menyatakan tidak ada apa-apa influen perdagangan pun boleh dibuang ke dalam sungai, terusan, alur, kolam, tasik, laut atau mana-mana parit tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.
–Akta Kerajaan Tempatan, seksyen 69 adalah menjadi kesalahan seseorang yang membuang kotoran di dalam atau tebing sungai, saluran, terusan, longkang dsb. –Akta Perikanan, seksyen 26 ( 1 ) kawalan terhadap penggunaan bahan letupan dan penggunaan racun dan pencemar ( tuba: bahan herba dari tumbuhan) bagi tujuan menangkap ikan di perairan darat atau pingir pantai.
iii. Perundangan berkaitan pencemaran udara
–Akta Perhutanan Negara 1984, seksyen 82 (1) yang melarang sesiapa pun daripada melakukan pembakaran dalam hutan simpan.
–Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 81 tindakan boleh terus diambil ke atas perlepasan asap, debu oleh terd, perniagaan, pengilangan atau proses.
–Ordinan Lalulintas Jalan Raya 1958, tiada sesiapa pon boleh menggunakan kereta yang melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap Hartridge atau yang setanding denganya.
iv. Perundangan lain
–Akta Perhutanan Negara yang menitikberatkan soal pemuliharaan sumber jaya seperti hutan, air serta hidupan liar.
– Akta Taman Negara, seksyen 3 (1) memberi kuasa kepada menteri menggunal peraturan bagi menghalang pembunuhan hidupan liar, pembakaran dan penebangan pokok.
–Akta Perikanan, seksyen 38 (1) berkaitan pengawalseliaan ke atas penyu dan perikanan darat.
6.4.3 Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
a) EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlaku kemerosotan kualiti alam sekitar. Bertujuan mengelak berlaku kerugian besar terhadap alam sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. EIA satu bentuk pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
b) Sebelum projek dilaksankan pemaju perlu menyediakan satu laporan impak alam sekitar untuk di luluskan oleh JAS. Antara aktiviti yang ditetapkan bagi penilaian kesan Alam Sekeliling:
Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan
1. Pertanian i.
Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga iii. Pembangunan estet pertanian
2. Lapangan terbang
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara
3. Saliran dan pengairan
i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii.Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih
4. Tebus guna tanah
i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar
5. Perikanan
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih
6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii.Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih
7. Perumahan
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar
8. Industri
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz
9. Infrastruktur
i.Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital, pelabuhan
6.4.4 Langkah Bukan Perundangan
A) Pengurusan strategik 1.Mengawal hakisan – pembinaan benteng konkrit, sangkar dawai batu, tanaman tutup bumi.
2.Mengawal Pencemaran udara – menempatkan industri, mengawal pengunaan kenderaan dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka.
3.Mengawal kualiti dan kuantiti air – merawat semula air, mengawal aktiviti pembangunan, mengawalselia aktiviti pengangkutan air dan memantau sumber air.
4.Mengawal kepelbagai biologi – Penghutanan semula dan usaha R&D
5.Mengawal pemanasan global – mengurangkan penggunaan alat yang mengeluarkan CFC dan menghijaukan kawasan.
B) Melaksanakan pendidikan Alam Sekitar dan Kempen kesedaran
1) Pendidikan formal i. tahap rendah menerusi mata pelajaran alam dan manusia.
ii. tahap menengah menerusi mata pelajaran geografi.
iii. tahap tinggi menerusi program menjurus alam sekitar.
2) Pendidikan tidak formal
i. Dijalankan oleh JAS dengan kerjasama pelbagai NGO melalui media massa, seminar, forum, risalah, dan penerbitan seperti majalah Era Hijau
ii. Kempen kesedaran pula banyak dijalankan oleh badan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP).

Ahad, Ogos 22, 2010
MEMAHAMI TEORI HANYUTAN BENUA
Memahami Hanyutan Benua
Teori Hanyutan Benua atau Continental Drift Theory sebenarnya adalah satu teori yang masyhur dan sukar untuk ditolak begitu saja. Dokumentari sains seperti National Geographic, Discovery Channel dan banyak lagi telah menyiarkannya. Teori ini bukan saja berkenaan gempa bumi secara khusus tetapi adalah menonjolkan persoalan kenapa benua Afrika boleh dicantumkan dengan benua Amerika Selatan. Begitu juga benua Antartika boleh dicantumkan dengan mudah dengan benua Afrika di bahagian bawahnya.
Teori ini tidak silap dan Alfred Wegener adalah benar apabila beliau mengemukakan teorinya dalam tahun 1915. Alfred Wegener (1880 - 1930) yang hidup sezaman dengan Albert Einstein adalah salah seorang ahli saintis bumi yang bukan calang-calang kerana teorinya masih digunapakai oleh ramai ahli geologi hari ini dalam memperjelaskan bagaimana bumi kita di suatu masa yang amat lama dahulu iaitu diperkirakan sekitar 300 juta tahun lampau adalah satu daratan yang satu.
Sebelum pemisahan benua, asalnya bumi merupakan satu daratan yang satu dikenali dengan nama "Pangaea" atau "Superbenua" (Supercontinent) yang mengandungi benua Amerika Selatan, Afrika, India, Antartika dan Australia sekaligus di satu daratan yang diberi nama sebagai "Gondwanaland" manakala benua Amerika Utara, Eropah dan Asia bercantum di bahagian utara Gondwanaland ini membentuk daratan "Laurasia". Di sekeliling benua ini adalah lautan luas. Semua benua yang bercantum ini seakan-akan kepingan-kepingan "jigsaw puzzle", satu permainan susun-atur lazim oleh kanak-kanak.
Perlu diingatkan bahawa pemisahan bukannya berlaku dalam masa yang singkat tetapi telah bermula lama sebelum itu iaitu pada 200 juta hingga 300 juta tahun lampau dan akhirnya pemisahan itu menjadi ketara yang melibatkan banyak benua hanyut pada 135 juta tahun lampau. Umur bumi adalah 4,500 juta tahun. Ini bermakna ketika bumi telah berumur 4,365 juta tahun, barulah pemisahan yang berlaku ini memperlihatkan beberapa buah benua telah dihanyutkan ke kedudukan yang lebih jauh dari kedudukan asal.
Saya sarankan jika anda berminat untuk membaca lebih lengkap mengenai Hanyutan Benua yang bukan sekadar teori, dapatkan saja buku dan majalah ini:
1. Dorling Kindersley: Eyewitness Science - Earth - muka surat 34 dan 35.
2. Siri Penerokaan dan Penemuan Macmillan: Dunia Yang Berubah - muka surat 18 dan 19.
3. Scientific American: Science in The 20th Century (Special Issue 1991): lihat muka surat 114 hingga 129 - artikel dari kertas kerja saintifik Continental Drift oleh J. Tuzo Wilson pada tahun 1963 yang sungguh menarik dibaca.
Saya mempunyai bahan bacaan di atas ini dan dengan demikian kenapa saya sangat berminat untuk memahami isu ini semenjak berbelas-belas tahun yang lalu. Adalah tidak bagus jika ada yang hanya suka menyangkal sesuatu penemuan dan penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis tanpa memahami sekian masalah dan betapa maklumat yang diberikan oleh mereka itu cukup penting untuk kita memahami perubahan terhadap bumi kita jutaan tahun lampau.
Adalah tidak adil menyalahkan mereka sedangkan umat Islam sendiri tidak peka untuk mengemukakan teori-teori seperti ini. Di manakah kredibiliti umat Islam yang hanya tahu menentang, tidak cuba memperhalusi fakta yang mereka perolehi. Jika teori manusia berasal dari beruk memang wajar umat Islam tolak sebab banyak bukti yang menyangkalnya. Hanyutan benua bukan sekadar teori tetapi adalah fakta bagaimana sepanjang pesisiran pantai bahkan pedalaman benua Amerika Selatan dan Afrika mempunyai tumbuhan yang sama dan hidupan yang sama. Banyak fosil hidupan/tumbuhan purba ditemui berpadanan antara keduanya di kedua-dua bahagian benua berkenaan. Begitu juga benua-benua yang lain mempunyai kebersamaan hidupan/tumbuhan yang berpadanan.
Saya suka membaca dan mengambil manfaat dari apa yang ditemui oleh para saintis dahulu dan sekarang. Kita hanya perlu memikirkan sedikit sebanyak sama ada segala teori mereka bahkan apa yang menjadi hakikat dari penemuan itu boleh memberikan kita kesedaran dan keinsafan, bukan memperlecehkan.
Hanyutan benua mengambil masa berjuta-juta tahun bahkan benua-benua yang ada sepertimana sekarang ini masih lagi berkeadaan bergerak seinci ke seinci setiap tahun. Bulan juga sedang menjauhi bumi inci ke inci setiap tahun. Sebenarnya simulasi superkomputer yang telah berjaya mengesahkan bahawa teori hanyutan benua adalah betul malahan simulasi superkomputer mampu menunjukkan apa yang akan berlaku terhadap benua-benua yang ada sekarang 50 juta tahun ke hadapan (itupun kalau belum kiamat!).
Kata Ketua Penyelidik NASA, Peter Olson, profesor geophysical fluid dynamics di Johns Hopkins University. "Motion is everywhere inside the Earth..." yang bermaksud kesemua jisim bawah bumi adalah bergerak atau hanyut di mana-mana saja. Pada 50 juta tahun ke hadapan, benua Australia akan bercantum dengan Asia Tenggara manakala benua Afrika akan mula berpisah dengan benua Asia.
Kefahaman kita ialah: semua apa yang diciptakan oleh Allah Ta'ala adalah berkeadaan dinamik. Galaksi-galaksi bergerak menjauhi sesamanya. Begitu jugalah dengan benua-benua di bumi. Kenyataan ini cukup kukuh sekali jika kita mahu menginsafinya. Bayangkan bagaimana pergerakan galaksi-galaksi iaitu quasar-quasar terpaling jauh sudah mengambil masa lebih 12 ribu juta tahun untuk menjauhi Galaksi Bima Sakti kita yang membuktikan Alam Semesta mengembang. Begitu jugalah benua-benua di bumi. Titik pengembangan benua-benua ini tidak diketahui di mana ia seharusnya berhenti dan kita tidak pasti adakah benua-benua akan terlepas rantaian ikatan sesamanya tanpa perlu menunggu 50 juta tahun kehadapan dan adakah dengan kekerapan berlakunya gempa bumi akan menyaksikan pelantar benua (continental plate) beranjak lebih cepat? Kemungkinan-kemungkinnya tetap ada dan semuanya dalam bidang keluasan ilmu Allah Ta'ala, manusia hanya diberikan ilmu ini hanya sedikit sekali umpama buih di laut!
Jadi saya tidak dapat menerima tanggapan penentang yang berbunyi: "karenanya teori itu belumlah lengkap sebagai dikatakan, tetapi baru berbentuk dugaan yang ditimbulkan oleh keadaan dan pengalaman yang menimpa". Malang sekali umat Islam tidak berfikir kenapa benua itu boleh berpisah dan kenyataan menyatakan Wegener tidak dapat menerangkan kenapa benua berganjak adalah tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana soalan ini sama juga dengan persoalan kenapa galaksi-galaksi boleh menjauhi sesama sendiri? Jika teori Big Bang tidak dikemukakan, penjauhan galaksi-galaksi tentu saja akan dipertikaikan juga. Apabila ada ayat Allah dalam Surah Al Ambiyak yang menerangkan langit dan bumi dahulunya adalah satu yang padu atau pernah bercantum maka begitulah juga dengan unsur air (lautan) dan daratan di bumi. Kedua-duanya saling pisah memisah antara satu sama lain.
Kenapa benua-benua yang ada sekarang adalah 7 benua, tidak 8 atau 9?... iaitu benua:
1. Asia 2. Eropah 3. Afrika 4. Amerika Utara 5. Amerika Selatan 6. Australasia dan 7. Antartika.
Australia adalah sebuah pulau terbesar dan ia juga adalah benua Australasia. Artik bukan sebuah benua kerana ia adalah lautan ais. Terdapat kisah purba mengenai tenggelamnya benua Atlantis ke dasar Lautan Atlantik. Sama ada benua Atlantis ini benar-benar wujud tidak dapat dipastikan tetapi ada diceritakan oleh cendekiawan Plato dari Yunani. Tidak dapat dipastikan juga jikalau benua Atlantis karam pada ketika banjir zaman Nabi Nuh tetapi ada maklumat yang saya temui mencadangkan teori ini bahkan dalam Al Quran iaitu Surah Al Qamar ayat 12 ada menyebut berkenaan maksud "bumi memancarkan mata air-mata air" manakala Surah Hud ayat 42 pula "dapur (tannur) telah memancarkan air". Surah Hud ayat 42: "dalam gelombang laksana gunung", ayat 44: "hai bumi telanlah airmu dan hai langit (hujan) berhentilah dan airpun disurutkan".
Ayat-ayat Quran tadi kelihatan menyampaikan mesej atau maksud bahawa bumi ketika zaman Nabi Nuh sebenarnya melimpahkan airnya dari satu sumber mata air (tannur). Tetapi di manakah sumber mata air ini? Inikah yang ditunjukkan pula dengan perkataan "tannur" dalam Surah Hud iaitu "dapur" atau "satu lohong" dalam bumi yang menyebabkan punca mata air atau "geiser" ? Jika kita perhatikan punca kewujudan geiser itu, contoh sebarangan yang boleh dituding ialah kawasan Lautan Atlantik sekarang yang menjadi rabung tengah laut (mid ocean ridge) di mana terletaknya Segitiga Bermuda. Kawasan inilah pada ribuan tahun yang lalu di mana terletaknya benua Atlantis yang dikatakan karam ke perut bumi semasa zaman Nabi Nuh.
Jika pendapat ini betul, tidak dapat tidak kita akan katakan bahawa sebenarnya benua di bumi ini terdiri dari 8 benua tetapi bak umpama ibu yang bersalin, selalunya bayi yang lahir pada bulan ke-8 tidak akan hidup lama, dan 9 bulan adalah kebiasaan bagi setiap kelahiran. Bukankah Allah Ta'ala sukakan bilangan yang ganjil dan nama-namanya juga dalam bilangan yang ganjil iaitu 99 nama Asmaul Husna?
Oleh itu, angka 7 adalah apa yang selalu ditegaskan dalam ayat Al Quran: "dan dijadikan-Nya 7 langit, begitu juga bumi". Faham di sini ialah asal-usul sesuatu ciptaan yang diciptakan oleh Allah pada dasarnya dari tunggalan yang berpisah kepada 7 bilangan. Saya telah menulis artikel mengenai bilangan 7 dalam falak-net beberapa bulan yang lalu dan diharapkan para netters tidak lupa apa yang saya tuliskan itu. Datuk Dr. Mazlan Othman mengatakan 7 adalah infiniti tetapi saya tidak berpandangan demikian bahkan setiap apa yang diterangkan oleh Al Quran adalah benar-benar memaksudkan sesuatu bilangan 7. Angka 7 adalah nilai dasar dan nilai ini boleh dipisahkan lagi iaitu gandaan 7 = 49, 2,401 dan seterusnya. Bilangan pemisahan ganda ini telah menakjubkan saya bilamana ia mencapai bilangan yang bersamaan dengan nilai banyaknya purata bintang (100 ribu juta) dalam Galaksi Bima Sakti bahkan juga bilangan purata keseluruhan galaksi yang dianggarkan dalam Alam Semesta juga 100 ribu juta. Mungkin infiniti yang dimaksudkan oleh Datuk Mazlan merujuk kepada angka 7 yang diganda-gandakan.
Bilamana perkataan Superbenua boleh wujud dalam istilah saintifik, kenapa pula tidak istilah Superbumi yang juga boleh diwujudkan untuk memahami bahawa sebelum ledakan besar duniawi (big bang), 7 langit adalah dikembangkan oleh pemeluwapan jisim Superbumi. Bagi saya, sebelum berlakunya Big Bang, masa dan ruang (space and time) telahpun lama wujud semenjak 7 lapisan langit dikembangkan. Sila perhatikan semula artikel saya yang lalu di falak-net.
Berbalik kepada hanyutan benua, tidak diragukan lagi bahawa penyebab kepada hanyutan benua adalah disebabkan oleh pelantar tektonik benua yang bergerak di atas mantle bumi. Kerak (crust) bumi yang walaupun keras, kukuh dan sangat rapat bukanlah hujah untuk menolak benua-benua menghanyut bahkan pada hakikatnya ialah kerak bumi itu terapung-apung di atas bendalir bumi (mantle) yang cair. Jika anda pernah menonton filem "The Core" pasti anda akan menyedari bahawa jika bendalir diteras bumi tidak bergerak, kerak bumi juga tidak akan dapat bergerak maka bumi tidak dapat berotasi di atas paku alamnya! Sekarang insafilah bahawa kerak bumi sebenarnya bukannya kukuh tetapi rapuh dan jika bendalir di teras bumi berupaya meleburkan kerak bumi, pasti saja umat manusia akan karam di dalam perut bumi semahunya!! Tidakkah anda berfikir demikian? Tidakkah anda semua takut bahawa kita boleh karam semahunya dalam bumi jika pelantar benua tidak kukuh. Kerana pelantar benua ini kukuhlah maka benua ini sedaya-upaya untuk mengekalkan kekukuhannya dengan cara menghanyut di atas mantel!
Faham di sini ialah benua berada di atas pelantar benua sebagi satu slide yang bergerak ke sana ke mari umpama perahu yang bergerak di atas permukaan air. Jika musnahnya "perahu" ini, akan karamlah benua itu kedalam perut bumi. Itulah apa yang berlaku terhadap benua Atlantis apabila terjadi lubang besar (tannur) di bawah benua tersebut hingga menyebabkan banjir di seluruh dunia ketika zaman Nabi Nuh. Ini bukanlah teori tetapi fakta yang masih diperdebatkan sekian lama dan saya turut berpendapat begini.
Tahukah anda bahawa lautan yang dikatakan dua pertiga dari bumi ini hanyalah menurut pemahaman geologi konvensional tetapi jika anda memahami istilah geodesi, apabila lautan di bumi dibuangkan, apa yang akan kita saksikan ialah keseluruhan bumi adalah daratan!! Air lautan hanyalah bertakung di atas lekukan-lekukan permukaan daratan bumi! Dengan demikian, dapat disaksikan juga bahawa sebahagian besar daratan bumi terdiri dari pelantar-pelantar benua. Bahkan adalah dipercayai menurut penemuan terbaru dalam tahun 2002 lalu oleh ESA dan NASA bahawa lautan di muka bumi ini adalah dihasilkan dari awan-awan hidrogen oksida (H2O) yang dihasilkan dari bintang-bintang apabila awan-awan tersebut berlanggar dengan bumi.
Maka terbuktilah sudah bahawa dalil Al Quran dari firman Allah Surah Hud dan Al Qamar tadi yang menceritakan pertembungan "air hujan" di langit dengan bumi adalah benar!!
Kesimpulannya idea Alfred Wegener yang walaupun dikatakan tidak begitu diterima dengan meluas akan tetapi penemuan-penemuan baru zaman ini mengesahkan bahawa prinsip yang diketengahkan olehnya adalah benar.
Sekaligus kita akan memahami bahawa gempa bumi memang pada dasarnya akibat salah satu pergerakan pelantar benua ataupun pertembungan plate bumi pada sepanjang anjakan benua dan ini sentiasa berlaku setiap waktu walau serelatif mana kecil dan besar pada skala Richter-nya.
Apa pun segala tulisan saudara Dade Arinto masih ada yang boleh diterima dan saya mengakui terdapat beberapa huraian yang baik. Alangkah moleknya jika pemikiran saudara Dade dapat diulas dengan mudah kerana tidak semua orang akan membaca dan memahaminya.

MINERAL BATUAN
Batu yang membentuk bumi, bulan dan planet-planet dibentuk dari mineral-mineral. Setiap orang telah biasa dengan mineral-mineral tertentu yang wujud di bukit-bukit, pasir di pantai atau tanah di kebun. Mineral merupakan bahan bukan organik pepejal yang wujud secara semulajadi mengandungi susunan atom-atom dengan pengaturan tertentu. Pengaturan atom secara tersusun merupakan kriteria penghabluran dan juga menggambarkan kandungan mineral serta formula kimianya. Mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri.
Apabila mineral bebas berkembang atau tumbuh tanpa sebarang gangguan, mereka akan membentuk muka-muka hablur yang memiliki sifat tersendiri (Foto 1, 2 dan 4). Ia mempamerkan perbezaan tertentu di antara satu mineral dengan lain. Hablur dibatasi oleh bentuk semulajadi satah yang menggambarkan penyusunan atom (Foto 3, 8 dan 9). Hablur boleh dikumpulkan ke dalam tujuh system hablur, iaitu kiub, tetragonal, ortorombik, monoklinik, triklinik, heksagonal dan trigonal. Ia boleh mempamerkan perbezaan rupabentuk yang nyata bergantung kepada bentuk hablur atau paduan atau kombinasi dari bentuk.
Kebanyakan mineral wujud sebagai agregat hablur yang jarang mempamerkan bentuk hablur yang sempurna. Walau bagaimanapun, bentuk agregat amat berguna dalam proses mengenalinya. Kadang-kadang hablur tumbuh secara berpusat dari tengah berbentuk bulat atau nodul (Foto 5, 7 dan 10). Ia membentuk gugusan sebagaimana kelompok buah anggur yang dikenali sebagai botroidal (Foto 6). Sifat-sifat fizikal amat berguna dalam pengenalan mineral termasuk ketumpatan, kekerasan, ira dan gaya pecahan.
Mineral sering diklasifikasi berasaskan kepada kandungan kimia dikategori ke dalam oksida, sulfida, silikat, karbonat, posfat dan sebagainya. Huraian dan pengenalan mineral yang lebih terperinci memerlukan teknik-teknik tertentu seperti analisa kimia dan pengukuran sifat fizikalnya. Mineral boleh diberikan nama berdasarkan kepada aspek sifat fizikal atau kimia, tempat dijumpai, orang kenamaan, ahli mineralogi atau pelbagai subjek lain. Sebahagian contoh nama mineral dan keterangannya seperti berikut :-
Albit (NaAlSi3O8) dari bahasa Latin, albus (putih), berasas kepada sifat fizikal (warna).
Sarabauit (CaSb10O10S6) mengikut nama tempat, Bau, Sarawak, sebagai bahan sampingan bijih antimoni.
Malayait (CaSnSiO5) berasaskan penumuan pertama di Malaysia.

Foto 1 : Bijih timah kasiterit (SnO2), berwarna kelabu gelap dengan tabiat hablur pyramid dari Lembah Kinta, Perak

Foto 2 : Hablur kuarza (SiO2) mempamerkan permukaan bersegi-enam dari Chenderiang, Perak.

Foto 6 : Hematit, Fe2O3 berbentuk botroidal @ bergugus sebagai bijih besi terpenting dari Chini, Pahang.

Foto 10 : Kumpulan hablur berjejari turmalin dari Chenderiang, Perak.
Batuan
Bumi, bulan dan planet-planet terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai batuan. Batuan adalah paduan antara pelbagai mineral dan boleh dikategorikan kepada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Batuan igneus terbentuk dari pengerasan bahan batuan cair.; batuan metamorf pula wujud dari ubahan batuan igneus dan sedimen yang ditindak oleh suhu dan tekanan dan batuan sedimen terhasil dari pengumpulan sisa-sisa batuan dipermukaan bumi.
Batuan igneus : Kebanyakan batuan igneus terhasil di dalam bahagian atas sarung bumi. Bahan tersebut dinamakan magma yang bergerak naik ke dalam kerak bumi dan membentuk jasad batuan dikenali sebagai rejahan igneus. Jika magma sampai ke permukaan bumi dan mengalir, ia dikenali sebagai lava dikategorikan sebagai batuan gunung berapi (volkanik). Secara umumnya, batuan volkanik berwarna hitam dan tumpat dikenali sebagai basalt. Walau bagaimanapun, batuan granit mendominasikan batuan intrusif. Kaedah pengenalan dan menamakan batuan igneus merangkumi pengamatan saiz butiran dan penganggaran amaun relatif kandungan mineral. Maklumat tambahan lain boleh didapati dari indeks warna, tekstur, struktur dan kadang-kadang hubungan di lapangan (Foto 11 – 14).
Batuan metamorf : Batuan terhasil akibat perubahan mineralogi, kimia dan struktur dalam sifat pepejal daripada batuan terdahulu di dalam bumi. Batuan metamorf mempamerkan pelbagai tekstur, struktur dan mineralogi disebabkan oleh julat suhu dan tekanan. Darjah metamorfisme yang berlaku ke atas batuan dirujuk kepada gred rendah, sederhana dan tinggi (Foto 15 – 19).
Batuan sedimen : Batuan sedimen terbentuk dari proses hakisan dan pengenapan yang aktif di permukaan bumi. Permukaan bumi sering dan masih diserang oleh agen-agen luliuhawa dan hakisan seperti hujan dan sungai. Agen-agen fizikal telah membantu pereputan kimia melalui penyerapan air yang mampu memecahkan batuan keras dan menghasilkan saki baki batuan. Sedimen tersebut akan diangkut oleh sungai dan mengenapkannya di muara sungai, di tasik atau di lautan. Bahan-bahan tersebut berkumpul sehingga mencapai beberapa kilometer tebal untuk membentuk batuan sedimen. Ciri utama yang diperlukan dalam mengkaji batuan sedimen di lapangan adalah tekstur, struktur, mineralogi, warna dan hubungan lapangan. Perlapisan merupakan elemen yang universal di dalam batuan sedimen di mana lapisan yang wujud menggambarkan variasi tekstur dan mineralogi (Foto 19 –22).

Foto 3 : Bijih timah masif (kasiterit, SnO2) di dalam skarn dari Sg. Besi, Selangor.
Foto 4 : Bijih antimony (stibnite, Sb2O3 menunjukkan gaya hablur prismatik dari Bau, Sarawak.
Foto 5 : Bijih aluminium (bauksit, Al2O3.2H2O) berwarna kelabu kekuningan dari Teluk Ramunia, Johor.

Foto 6 : Hematit, Fe2O3 berbentuk botroidal @ bergugus sebagai bijih besi terpenting dari Chini, Pahang.

Foto 7 : Bentuk berjejarum diaspor AlO(OH) dari Lembah Kinta, Perak.
Foto 8 : Butiran emas (Au) bertaburan di dalam kuarza dari Raub, Pahang.
Foto 9 : Fluorit CaF2 berwarna hijau muda dari Keramat Pulai, Perak.
Foto 10 : Kumpulan hablur berjejari turmalin dari Chenderiang, Perak.
Batuan
Bumi, bulan dan planet-planet terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai batuan. Batuan adalah paduan antara pelbagai mineral dan boleh dikategorikan kepada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Batuan igneus terbentuk dari pengerasan bahan batuan cair.; batuan metamorf pula wujud dari ubahan batuan igneus dan sedimen yang ditindak oleh suhu dan tekanan dan batuan sedimen terhasil dari pengumpulan sisa-sisa batuan dipermukaan bumi.
Batuan igneus : Kebanyakan batuan igneus terhasil di dalam bahagian atas sarung bumi. Bahan tersebut dinamakan magma yang bergerak naik ke dalam kerak bumi dan membentuk jasad batuan dikenali sebagai rejahan igneus. Jika magma sampai ke permukaan bumi dan mengalir, ia dikenali sebagai lava dikategorikan sebagai batuan gunung berapi (volkanik). Secara umumnya, batuan volkanik berwarna hitam dan tumpat dikenali sebagai basalt. Walau bagaimanapun, batuan granit mendominasikan batuan intrusif. Kaedah pengenalan dan menamakan batuan igneus merangkumi pengamatan saiz butiran dan penganggaran amaun relatif kandungan mineral. Maklumat tambahan lain boleh didapati dari indeks warna, tekstur, struktur dan kadang-kadang hubungan di lapangan (Foto 11 – 14).
Batuan metamorf : Batuan terhasil akibat perubahan mineralogi, kimia dan struktur dalam sifat pepejal daripada batuan terdahulu di dalam bumi. Batuan metamorf mempamerkan pelbagai tekstur, struktur dan mineralogi disebabkan oleh julat suhu dan tekanan. Darjah metamorfisme yang berlaku ke atas batuan dirujuk kepada gred rendah, sederhana dan tinggi (Foto 15 – 19).
Batuan sedimen : Batuan sedimen terbentuk dari proses hakisan dan pengenapan yang aktif di permukaan bumi. Permukaan bumi sering dan masih diserang oleh agen-agen luliuhawa dan hakisan seperti hujan dan sungai. Agen-agen fizikal telah membantu pereputan kimia melalui penyerapan air yang mampu memecahkan batuan keras dan menghasilkan saki baki batuan. Sedimen tersebut akan diangkut oleh sungai dan mengenapkannya di muara sungai, di tasik atau di lautan. Bahan-bahan tersebut berkumpul sehingga mencapai beberapa kilometer tebal untuk membentuk batuan sedimen. Ciri utama yang diperlukan dalam mengkaji batuan sedimen di lapangan adalah tekstur, struktur, mineralogi, warna dan hubungan lapangan. Perlapisan merupakan elemen yang universal di dalam batuan sedimen di mana lapisan yang wujud menggambarkan variasi tekstur dan mineralogi (Foto 19 –22).
Sabtu, Ogos 21, 2010
Pengurusan Sungai
Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut seperti di Gambarajah 1. Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.
Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai

Definisi Sungai
Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).
Definisi Lembangan Sungai
Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).
Peranan Sungai
Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.
Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah satu proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk memaksimumkan faedah sosial ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada masa yang sama memelihara atau mengembalikan semula ekosistem semulajadi sumber air. (Terjemahan :[1] GWP, 2002)
IRBM merupakan subset daripada IWRM dan merupakan kaedah atau pendekatan yang berkesan untuk mencapai objektif IWRM berasaskan Lembangan Sungai . Dengan kata lain,IRBM bermaksud lembangan sungai yang diurus sebagai satu entiti dan bukannya secara berasingan oleh pihak pengurusan yang berbeza dan tiada kerjasama. IRMB adalah persediaan untuk menyatupadukan dan menyelaras dasar, program dan amalan. IRBM mengetengahkan isu air dan isu yang berkaitan dengan air. IRBM memerlukan keupayaan professional yang lebih baik dan penambahbaikan/peningkatan dari segi kewangan, perundangan, pengurusan dan keupayaan politik.

Prinsip Amalan Terbaik IRBM
Faktor-faktor Kejayaan Kritikal bagi Pengurusan Lembangan Sungai
Program Satu Negeri Satu Sungai

Program Satu Negeri Satu Sungai telah dilancarkan pada 2002 dengan objektif-objektif berikut :
• Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;
• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi;
• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan
• Untuk mengekalkan nilai aset sungai.
Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri dimana setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Program pemulihan ini dillaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun melalui program-program jangka pendek berikut :
• Rangka kerja untuk program pemulihan di kawasan hulu sungai, pertengahan sungai dan di kawasan hilir sungai.
• Menghalang sampah daripada masuk kedalam sungai dangan pemasangan perangkap sampah di punca;
• Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;
• Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penggunaan ‘Food, Oil & Grease’ (FOG) and Gross Pollutant Trap (GPT) untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai;
• Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tampat yang lebih sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;
• Mewartakan Sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar sungai (seperti kawasan Bandar, luar Bandar dan kawasan tadahan air;
• Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan seperti menyediakan “Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak “(ESCP) untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan
• Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.
Strategi pelaksanaan utama adalah langkah pencegahan, langkah merawat serta pengurusan, dan beberapa jawatankuasai yang melibatkan semua pelanggan (stakeholders) telah ditubuhkan untuk mencapai visi sungai yang bersih.
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 01 April 2010 )
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Pada tahun 2012, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 27.2 juta orang. Purata kepadatan penduduk ialah kira-kira 84 orang per km per...
-
TNTI: SKEMA SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEMESTA 3 2018 BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL) 1. (a)Apakah maksud ekologi(2) KAJIAN TENTANG HUBUNGAN...
-
Kepentingan ekosistem kepada manusia kepentingan ekosistem hutan 1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu d...