1. Apa itu Protokol Kyoto?
Protokol
Kyoto merupakan satu pakatan oleh negara-negara semasa Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kyoto pada tahun 1997 untuk mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau. Sasaran pengurangan gas rumah hijau ini akan
bermula dari tahun 2008 hingga 2012. Jika tahap pelepasan masih tinggi,
maka mereka perlu memperdagangkan pelepasan (emissions trading).
Perjanjian ini akan tamat pada tahun 2012.
2. Prinsip Protokol Kyoto
Negara
maju (kaya) dipertanggung-jawabkan ke atas pengurangan gas rumah hijau
kerana mereka dianggap sebagai penyebab peningkatan gas ini. Mereka
dikehendaki mengurangkan pelepasan gas-gas tersebut sekurang-kurangnya
5% di bawah tahap pelepasan tahun1990.
3. Objektif Protokol Kyoto
Untuk
menstabilkan gas rumah hijau di dalam atmosfera (hasil daripada
aktiviti manusia) kepada tahap yang tidak akan menjejaskan sistem iklim.
Gas rumah hijau: Karbon Dioksida (CO2), Metana (CH4), Nitrus Oksida
(N2O), Sulfur Heksaflurida (SF), Hidroflorokarbon(HFCs) dan
Perflurokarbon (PFCs).
4. Negara yang Menjadi Ahli
Setakat
Jun 2007, sebanyak 174 negara telah pun menandatangan dan mengesahkan
perjanjian (ratifikasi) kecuali Amerika Syarikat dan Australia. Amerika
Syarikat menolak pakatan tersebut dengan alasan perjanjian ini akan
memudaratkan negara itu. Malaysia telah meratifikasikan perjanjian pada
September 2002.
5. Adakah semua ahli akan patuh?
Tidak. Hanya 35 negara maju telah bersetuju untuk mencapai sasaran 2008-2012. China dan India dikecualikan.
6. Bagaimanakah negara-negara ahli dapat memenuhi kepatuhan? Persatuan
Europah akan mengurangkan pelepasan sebanyak 8%. Industri dan stesen
janakuasa diberi kuota karbon dioksida. Jika terlebih, mereka dibenarkan
“membeli” di pasaran atau dikenakan bayaran penalti. Jika terkurang
mereka dibenarkan “menjual”. Negara-negara membangun termasuk Malaysia
dikecualikan kerana mereka dianggap sebagai bukan penyebab peningkatan
gas rumah hijau. Walaubagaimanapun mereka masih terikat dengan komitmen
kearah mengurangkan gas rumah hijau.
7. Apa jadi selepas 17 tahun ratifikasi?
Berikut adalah perubahan pelepasan gas rumah hijau oleh beberapa negara- negara ahli:
-
TNTI: 🌸: SKEMA PERMARKAHAN GEO P1 dan ulangan U1 BAHAGIAN A S1 a.komponen fizikal bumi 3m. 👉Komponen sistem bumi yg berinteraksi ...
-
Regolit ( Regolith ) Regolit ( regolith ) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai...
-
PINGGIR PANTAI Konsep Pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, keranga...