PULAU HABA
Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :
~bangunan konkrit dan permukaan berturapmenyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
~susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin
~binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba
~konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam
~sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor
~pencemaran di bandar - karbon dioksida, wap air dan zarah menyerap dan membalikkan sebahagian daripada sinaran gelombang panjang. Jika tidak, sinaran ini akan terus naik ke angkasa.~kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu. Tetapi di kawasan bandar kekurangan tumbuh-tumbuhan. Ini menyebabkan bandar menjadi panas.
Kesan Pulau Haba :
~keselesaan terjejas kerana suhu panas dan mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar.
~bahan binaan dan reka bentuk bangunan terpaksa diubahsuai
~penggunaan tenaga akan bertambah untuk menyejukkan keadaan yang akan menambahkan kandungan gas rumah hijau.
~kawasan bandar berjerebu. Jerebu berlaku kerana asap dan habuk dari kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka.
~menjejaskan kesihatan penduduk terutama golongan kanak-kanak