KOMPONEN ALAM SEKITAR DAN SUMBER ALAM
Alam
sekitar fizikal terdiri daripada empat komponen penting iaitu
biosfera,litosfera,hidrosfera, dan atmosfera. Keempat-empat komponen
alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat berguna kepada manusia.
Manusia amat bergantung kepada komponen alam sekitar daripada
sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup.
Komponen biosfera
atau system ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar
makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam, sawi,
ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain. Tumbuhan yang
terdapat dalam komponen ini juga membekalkan pelbagai sumber hutan
kepada manusia khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok kayu
keras yang terdapat dalam sistem ekologi ini ialah cengal, jati,
meranti, balau, merbau, dan sebagainya. Di Negara Malaysia
contohnya, aktiviti pembalakan giat dijalankan bagi tujuan mengeksport
sumber kayu atau hasil barangan perabot seperti meja, almari dan sebagai
nya ke Negara-negara jiran seperti Taiwan, China, Thailand, dan Jepun.
Selain
itu,tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam sistem ekologi ini juga
penting bagi membekalkan gas oksigen yang amat penting untuk semua
hidupan meneruskan kelansungan hidup. Tumbuh-timbuhan membuat makanan
sendiri melalui proses fotosintesis. Semasa proses fotosintesis
dijalankan, tumbuh-tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke udara dan
menyerap gas karbon dioksida dalam udara. Melalui proses ini, kandungan
gas karbon dioksida salam udara dapat dikurangkan di samping
menyerdahanakan suhu bumi agar bumi tidak berada dalam keadaan panas
melampau.
Haiwan-haiwan
yang terdapat di system ekologi ini pula terdiri daripada haiwan
pemangsa seperti harimau,singa, helang, dan ular; serta haiwan yang
menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa seperti tikus, belalang, arnab,
kancil, rusa, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang terdapat dalam sistem
ekologi ini juga penting dalam membekalkan makanan kepada manusia
khisusnya sumber protein, iaitu daging. Antara haiwan yang banyak
membekalkan protein kepada manusia ialah lembu, kerbau, unta, rusa,
kijang dan sebagainya. Sumber protein ini penting kepada manusia
terutamanya dalam proses tumbesaran.
Selain
penting sebagai penyedia makanan, komponen biosfera ini juga penting
dalam menyediakan habitat kepada seluruh hidupan.Komponen sistem
ekologi atau biosfera biasanya dipecahkan kepada ekosistem-ekosistem
yang berantai antara satu sama lain seperti ekosistem muara, ekosistem
akuatik, ekosistem hutan, dan sebagainya. Selain itu, komponen biosfera
ini juga banyak membekalkan sumber ubat-ubatan terutamanya ubatan
tradisional atau herba seperti tongkat ali, kacip Fatimah, hempedu bumi,
jarum mas dan sebagainya. Ubatan-ubatan tradisional yang terdapat dalam
sistem ekologi ini penting bagi menjamin kesihatan manusia. Di samping
itu juga,sumber ubatan ini juga turut dikomersialkan melalui kajian dan
penciptaan ubat-ubatan yang lebih mudah digunakan. Selain itu
juga,ubat-ubat yang dihasilkan ini dapat meningkatkan sumber pendapatan
Negara melalui aktiviti mengeksport hasil keluaran ubatan tradisional ke
Negara-negara luar seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan Negara-negara yang lain.
Disamping
itu juga, komponen biosfera ini juga penting sebagai tempat simpanan
air atau kawasan tadahan. Hal ini kerana dalam sistem ekologi.ini
terdapat pelbagai jenis hutan yang membekalkan pelbagai jenis tumbuhan
yang berfungsi sebagai pencengkam tanah. Di kawasan hutan khatuistiwa
seperti Malaysia
contohnya,tumbuhan yang terdapat di hutan Negara ini amat penting dalam
menyediakan kawasan tadahan air.hujan yang turun tidak akan terus ke
permukaan bumi sebaliknya akan dihalang oleh tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di permukaan bumi. Air hujan ini akan jatuh ke permukan daun
lalu terus melalui aliran batang sebelum sampai ke permukaan bumi.
Sebahagian air hujan ini akan melalui aliran aiar permukaan dan
sebahagian lagi akan diserap ke permukaan bumi. Air yang telah diserap
dan yang melalui larian permukaan akan mengalir ke badan-badan air
seperti sungai, tasik, kolam, dan laut. Di kawasan hutan, tumbuhan
bertindak sebagai penyerap air yang bertindak seperti ‘span’. Ini
menyebabkan kawasan hutan sesuai untuk dijadikan kawasan tadahan hujan
dan pembinaan empangan. Antara empangan yang terdapat di Negara ini
ialah empangan Kenyir di Perak.
Komponen litosfera
atau sitem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang
sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta
dasar lautan. Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan
permukaan bumi, manakala selebihnya adalah dasar lautan. Ketebalan
litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5km di bahagian dasar laut dan
lebih daripada 50km di bahagian daratan.
Komposisi
utama litosfera ialah batuan dan mineral atau galian. Batuan tardiri
daripada pekbagai jenis seperti batuan ignias, enapan, dan metamorfosis.
Batuan ini menjadi sumber kepada sektor perlombongan dan pembinaan.
Terdapat pelbagai jenis batuan yang berguna dalam sektor pembinaan.
Antaranya ialah granit, batu kapur, batu pasir, marmar,dan slat yang
boleh digunakan sebagai bahan binaan. Granit digunakan untuk membina
jalan raya, membuat batu penggiling, dan batu asah. Batu kapur pula
digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan
simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kaopur, dan tanah liat yang terdapat
dalam system geomorfologi juga penting sebagai bahan mentah untuk
membuat simen. Pasir pula digunakan di dalam relau bagas untuk membuat
gelas manakala tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.
Selain
itu batuan yang terdapat dalam system litosfera juga banyak membekalkan
pelbagai jenis garam yang penting dalamkegiatan perindustrian. Garam
ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak. Contihnya pemendapan
fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia.
Kalium karbonat atau potash terdapat di Sttassfort dan nitrat di Gurun
Atakama. Garam juga terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat
dan di pantai Laut Mati. Batuan juga kaya dengan kandungan logam. Logam
terutamanya bijih timah penting kepada manusia terutamanya dalam sektor
perlombongan. Perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan yang
mempunyai logam yang banyak, mudah didapati dfan murah. Contohnya di
Afrika selatan, Perisai Kanada dan daerah Katanga di Congo. Selain itu,
dalam system geomorfologi juga penting kepada manusia dfalam penghasilan
batu permata. Antara jenis-jenis batu permata ialah intan, garnet,
delima, nilam dan zircon yang digunakan untuk menghasilkan barang kemas
dan perhiasan.
Selain
itu, litosfera juga mempunyai sumber tanih yang subur untuk menjalankan
aktiviti pertanian. Misalnya tanah laterit, yang sesuai untuk tanaman
getah dan kelapa sawit seperti di kawasan segi tiga jengka di
Pahang,tanih alluvium untuk tanamn padi sawah seperti di Delta
Kedah,Kelantan dan Perlis, tanah gambut untuk tanaman nanas seperti di
Johor dan tanah chernozem untuk tanaman gandum. Jenis-jenis tanih ini
memiliki zat-zat mineral yang berbeza dan ditanam dengan tanaman yang
berbeza.
Komponen yang ketiga ialah komponen hidrosfera.
Komponen hidrosfera atau sistem hidrologi meliputi tasik, laut, paya,
kolam, dan sungai. Kira-kira 70.8% daripada keseluruhan muka bumi
terdiri daripada komponen hidrosfera. Manakala selebihnya adalah
permukaan daratan muka bumi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.2%
merupakan air masin atau lautan manakala 2.8% lagi adalah air tawar.
Lautan merupakan komponen terpenting dalam system hidrologi. Terdapat lima
lautan utama dunia iaitu Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi,
Lautan Antartik, dan Lautan Artik. Antara lautan tersebut, Lautan
Pasifik adalah lautan yang terbesar. Lautan amat penting kepada hidupan.
Antaranya adalah sebagai sumber air hujan, menyederhanakan suhu
sekitar, membekalkan sumber protein, dan sumber mineral. Antara sumber
protein yang dibekalkan ialah ikan, udang, ketam dan sebagainya. Air
laut juga kaya dengan beberapa jenis sumber mineral. Antaranya ialah
natrium, magnesium, kalsium, dan lain-lain. Mineral-mineral ini
menyebabkan air laut menjadi masin serta sesuai dengan hidupan air masin
seperti ikan bawal, sotong, ikan cencaru dan sebagainya.
Mineral-mineral ini juga membekalkan sumber garam untik kegunaan
manusia. Antara garam-garam yang menjadi kegunaan manusia ialah klorin
(55%),natrium (30.6%), dan magnesium (3.7%).
Komponen
air tawar pula membentuk 2% daripada seluruh hidrosfera. Komponen ini
terdiri daripada air sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Walaupun
peratus komponennya sedikit namun air tawar penting untuk hidupan
meneruskan kelansungan hidup. Air juga penting kepada manusia untuk
kegunaan domestik atau keperluan harian penduduk dan isi rumah seperti
memasak, membasuh, mandi, dan sebagainya. Kegunaan ini diuruskan oleh
jabatan bekalan air (JBA) di negeri masing-masing. Sesetengah negeri
telah menswastakan pengurusan dan bekalan airnya seperti PUAS di
Selangor dan Air Kelantan Sdn. Bhd. Di Kelantan.
Selain
itu juga air penting dalam kehidupan manusia untuk kegiatan pertanian.
Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal input-ouput air
kepada kawasan pertanian khususnya padi sawah. Ini membolehkan Negara
seperti Malaysia
mengeluarkan hasil tanaman seperti beras dalam kuantiti yang tinggi.
Aktiviti penanaman padi juga boleh dijalankan sepamjang tahun tanpa
mengambil kira faktor musim seperti kemarau kerana dapat dibekalkan
sepanjang tahun. Antara empangan yang dibina ialah empangan MUDA di
Kedah dan empangan KEMUBU di Kelantan.
Air
juga penting kepada manusia untuk membekalkan kuasa hidroelektrik.
Tenaga hidroelektrik digunakan oleh manusia untuk keperluan industri dan
penduduk. Sumber ini juga merupakan sumber alternatif yang penting
kerana sumber kuasa ini murah, bersih, dan berterusan. Tenaga ini juga
boleh diperbaharui. Kebiasaannya kawasan sungai yang dibina empangan
untuk janakuasa hidro ialah kawasan hulu sungai. Antara empangan yang
terdapat di Negara ini ialah stesen janakuasa di empangan Kenyir
Terengganu, empangan Cenderoh di Perak, empangan Bakun di Sarawak dan
empangan Pergau di Kelantan.
Komponen atmosfera
atau system atmosfera pula merupakan lapisan udara yang terdapat di
sekeliling bumi. Ketebalan atmosfera di anggarkan melebihi 1000km.
sumber utama dalam atmosfera ialah udara atau lebih tepet lagui sebagai
gas. Terdapat beberapa jenis gas dalam atmosfera dan 75% daripadanya
terletak di lapisan paling bawah atmosfera, iaitu antara 16km hingga
20km dari permukaan bumi. Selain daripada gas, udara juga terdiri
daripada wap air, asap, dan partikel terampai seperti debu, habuk,
jelaga, dan lain-lain. Komposisi gas yang terdapat di atmosfera ialah
gas nitrogen (78%), oksigen (20.95%), argon (0.93%), karbon dioksida
(0.03%), dan selebihnya adalah gas-gas seperti neon, helium,
krypton, dan xenon.
Atmosfera
terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera,
mesosfera, termosfera, ionosfera, dan eksosfera. Lapisan-lapisan ini
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Misalnya lapisan troposfera
penting untuk menampung kehidupan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.
Lapisan ini menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di udara khususnya
gas oksigen dan karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat
berlansungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan.
Lapisan ini juga bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari dan
bahangan bumi. Lapisan ini menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan
matahari untuk membolehkan suhu bumi sentiasa stabil dan menghalang
kehilangan haba dari permukaan bumi.
Lapisan
strastosfera atau ozonsfera pula menganjur kira-kira 50 km dari
permukaan bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering, dan lebih stabil.
Lapisan ini terdiri daripada gas ozon yang berfungsi menyerap sinaran
lembayung matahari. Penyerapan ini membolehkan manusia, tumbuh-tumbuhan,
dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut yang
boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti kanser kulit.
Stratosfera juga menjadi ruang laluan kapal terbang supersonic.