KEPENTINGAN AKUAKULTUR
Akuakultur menyumbangkan kira-kira
20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan
akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai
langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan
tersebut. Pendahuluan :
•
Perikanan akuakultur pada masa
kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap
kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Isi : A) Kepentingan Akuakultur :
1. Membekalkan sumber protein.
•
Daripada sumber Jabatan
Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang
729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.
•
Justeru, sumber protein yang
dibekalkan adalah mencukupi.
•
Sektor akuakultur menjadi
pembekal tetap kepada negara.
•
Sebagai alternatif kepada
perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun.
•
Sebagai contoh, udang, ikan
kerapu dan ikan keli.
2. Menggalakkan program Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D).
•
Perikanan akuakultur turut
membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti
penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil
ikan.
•
Sebagai contoh, Jabatan
Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang telah
menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.
3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.
•
Aktiviti perikanan di laut
yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus.
Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus
boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.
•Pihak kerajaan telah menghasilkan
pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan
4. Mengurangkan kemusnahan dan
gangguan ekosistem.
•
Tidak melibatkan penggunaan
peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat.
•
Sebagai contoh, pihak nelayan
tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akan memusnahkan batu karang.
•
Tidak mencemarkan air kerana
menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan sangkar dan tong.
B) Langkah-langkah Memajukan Bidang
Akuakultur :
5. Melalui Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D)
•
Aplikasi bioteknologi dalam
akuakultur.
•
Penyelidikan untuk
menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu tikus, siakap dan
udang harimau.
•
Kajian tentang kaedah
penternakan yang mesra alam.
•
Sebagai contoh, penternakan
ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan menggunakan tong.
•
Membuat kajian dan
penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakanan berasaskan
akuakultur.
6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam
bidang akuakultur.
•
Sebagai contoh, Universiti
Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan Sekolah Biologi Marin yang memberikan
penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.
•
Universiti Sains Malaysia
(USM) telah memperkenalkan bidang Sains Pemakanan.
•
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) telah memberikan penekanan terhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam
penternakan ikan.
•
Latihan kepakaran di
negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman
7.
Penggunaan teknologi terkini.
•
Penggunaan teknologi
pembiakbakaan dalam akuakultur.
•
Sebagai contoh, teknologi dari
Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di
Malaysia.
•
Teknologi pembungkusan telah
dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkan bahan akuakultur yang
bernilai tinggi dan komersil.
8. Mempelbagaikan makanan berasaskan
akuakultur.
•
Teknologi pengawetan telah
menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang tahan lama dan boleh dieksport.
•
Pengetinan ikan telah
dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu
•
Penghasilan makanan berasaskan
hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram. Penutup :
•
Sektor akuakultur sangat
penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan