Rabu, Oktober 31, 2018

TNTI:MEMAHAMI KEPENTINGAN AKUAKULTUR


KEPENTINGAN AKUAKULTUR

Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu,  pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan :
 Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat  penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Isi : A) Kepentingan Akuakultur :

1. Membekalkan sumber protein.
 Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.
 Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.
 Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.
 Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun.
 Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.

 2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
 Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.
 Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.

 3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.
 Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus  boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.
•Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan

4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.
 Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat.
 Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akan memusnahkan batu karang.
 Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan sangkar dan tong.

B) Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :

5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
 Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.
 Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu tikus, siakap dan udang harimau.
 Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.
 Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan menggunakan tong.
 Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakanan  berasaskan akuakultur.

 6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.
 Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan Sekolah Biologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.
 Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang Sains Pemakanan.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekanan terhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.
 Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman

 7. Penggunaan teknologi terkini.
 Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.
 Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.
 Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkan  bahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.

 8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.
 Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang tahan lama dan boleh dieksport.
 Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu
 Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram. Penutup :
 Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan

TNTI:MEMAHAMI PERIKANAN LAUT DALAM DI MALAYSIA

Perikanan laut dalam di Malaysia

 

Perikanan air dalam merupakan satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan dalam dan biasanya jauh dari daratan. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian ("Food and Agriculture Organisation (FAO)") Bangsa-Bangsa Bersatu, penangkapan ikan laut dalam dilakukan di kawasan perairan antara 200-2,000 meter di lautan lepas dan ia menyasarkan ikan spesies pelagik dengan menggunakan peralatan termasuk pukat tunda dasar dan pertengahan dan tali panjang.
Oleh kerana ia dilakukan diperairan laut dalam, biasanya bot yang digunakan adalah bersaiz besar lebih dari 70 tan berdaftar yang menggunakan peranti pengumpul ikan. Sungguhpun aktiviti laut dalam dihadkan oleh undang-undang pada jarak melebihi 30 batu nautikal bagi melindungi nelayan kecil, terdapat penjanayah yang beroperasi dalam kawasan lebih dekat. Perbuatan ini mengancam pendapatan nelayan kecil persisiran pantai. 

Sejarah perikanan laut dalam di Malaysia

Pembangunan perikanan laut dalam di Malaysia secara besar-besaran diilhamkan oleh Perdana Menteri sejak awal 1980-an. Ia dilancarkan secara rasmi pada 1987. Sehingga 2013, kawasan zon ekonomi esklusif ("exclusive economic zone - EEZ") Malaysia merangkumi kawasan seluas 548,800km2, dengan sekitar 46% atau 250,000 km2 terletak di perairan Sarawak, Sabah dan Labuan. Sarawak yang memiliki kawasan zon ekonomi esklusif yang dianggarkan seluas 160,000km2, merupakan yang terbesar.
Pihak Jabatan Perikanan telah melakukan kaji bersama dengan Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara yang terletak di Thailand, dan telah berjaya mengenal pasti kawasan-kawasan sumber ikan yang masih belum diterokai terutamanya di luar persisiran pantai Sabah dan Sarawak, di mana sumber tuna dan ikan pelagik lain dipercayai masih belum disentuh.
Perikanan laut dalam telah menyumbang lebih dari 20% dari keseluruhan jumlah ikan laut yang didaratkan di Malaysia, bakinya oleh perikanan persisiran. Pada 2013, perikatan laut dalam dianggarkan menyumbang sekitar 330,000 tan jumlah keseluruhan ikan laut yang didaratkan dari sekitar jumlah keseluruhan 1.5 juta tan. Dari segi nilai, penangkapan ikan dari laut dalam dianggarkan sekitar RM1.7 b berbanding RM7.9b yang dihasilkan dari jumlah keseluruhan pendaratan hasil laut pada tempoh yang sama.
Pada 2013, Perak merupakan negeri terbesar yang menyumbang bagi perikanan laut dalam. Ini diikuti dengan Sarawak dan Kelantan dalam tempoh yang sama. 


Pendaratan tangkapan laut

Lima negeri bagi perikanan laut dalam menurut ikan didaratkan
Negeri Tan (RM j)
  1. Perak 75,567 298.2
  2. Sarawak 51,268 127.8
  3. Kelantan 50,202 220.3
  4. Pahang 39,245 214.0
  5. Perlis 29,790 173.6
  • Sumber: Jabatan Perikanan
Negeri lain yang menyumbang perikanan laut dalam adalah Pahang, Perlis dan Johor. Sehingga Mac 2014, terdapat 1,254 kapal berlesan bagi perikanan laut dalam yang beroperasi di perairan Malaysia. Selepas menarik balik 318 lesen laut dalam pada 2012, Jabatan Perikanan Laut mengeluarkan premit ekslusif kepada 12 syarikat utama pada 2013 bagi mengambil sumber laut pada skala besar. Syarikat-syarikat ini menyumbang kepada 80% tangkapal ikan dari zon laut dalam.
Bilangan kapal laut dalam di Malaysia telah mendatar sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kemerosotan kecil 0.5% dari 1,114 pada 2008 kepada 1,108 pada 2013. Selangor, Penang dan Sarawak merupakan negeri yang melaporkan kemerosotan bagi bilangan kapal laut dalam dalam tempoh lima tahun. Sementara negeri yang melaporkan peningkatan dalam bilangan kapal berlesen laut dalam dalm tempoh yang sama adalah Johor, Pahang dan Sabah. 


Bilangan Kapal Laut Dalam

  • Number of Licensed Deep-Sea Fishing Vessels 2008 2013 Change %
  • Johor 46 84 82.6
  • Pahang 102 158 54.9
  • Sabah 23 33 43.5
  • Labuan 18 24 33.3
  • Perak 133 176 32.3
  • Kedah 76 83 9.2
  • Selangor 8 3 -62.5
  • Penang 17 7 -58.8
  • Sarawak 337 220 -34.7
  • Perlis 72 53 -26.4
  • Terengganu 73 63 -13.7
  • Kelantan 209 204 -2.4
Keseluruhan 1,114 1,108 -0.5
  • Sumber: Jabatan Perikanan
  •  
  •  

    Cabaran perikanan laut dalam di Malaysia

    Masalah dalam industri perikanan laut dalam di Malaysia termasuk :-
  • Pencerobohan oleh nelayan asing. Kekerapan berlakunya pencerobohan oleh nelayan asing samada berdaftar atau tidak berdaftar bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tempatan tetapi juga mengancam keselamatan mereka.[1],
  • Penjualan ikan dipelabuhan asing. Terdapat penjenayah yang menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, seperti subsidi minyak dan bot, sebaliknya menjual tangkapan mereka di pelabuhan asing. Ini menjejaskan perkembangan industri hiliran seperti pemprosesan, pengangkutan, dan pemasaran terutama dikalangan peniaga kecil yang terpaksa membeli ikan import.
  • Kekurangan pekerja
  • Stok ikan yang terjejas akibat dicuri oleh nelayan asing. [2]
  • Kemusnahan hutan paya bakau yang menjadi tempat penetasan dan tumbesaran anak-anak ikan, menjejaskan stok ikan masa hadapan.
  • Tindakan rakus sesetengah nelayan yang menyalahgunakan pukat mata halus kerana ingin keuntung cepat, yang mengakibatkan terhapusnya ikan muda dan anak-anak ikan. Tindakan akal pendek ini menjejaskan stok ikan masa hadapan.[3]
  • Kekurangan modal akibat keperluan modal awal yang tinggi, risiko tinggi, dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan syarat pinjaman yang ketat.
  •  
  •  

    Langkah bantuan kerajaan

    Di bawah Polisi Makanan Pertanian negara (2011-2020), pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menangani langkah merangsang perikanan laut dalam di Malaysia.
  • Mengambil pendekatan pengekalan dan keberkesanan dalam membangunkan indusri baru berkembang melalui usaha pengekalan dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang ramah alam sekitar, seperti pengharaman penggunaan pukat saiz mata di bawah ukuran 38 mm bagi menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada dimusnahkan.
  • Mengukuhkan infrastruktur bagi pendarata ikan laut dan pemasaran melalui syarikat dan peningkatan teknologi secara berterusan.
  • Penyusunan semula aktiviti perikanan laut dalam dengan menggalakkan pembabitan nelayan persisiran pantai dengan menawarkan pinjaman mudah bagi membeli kapal laut dalam.
  • Peningkatan sumber manusai dengan memberikan latihan pratikal pada juragan, pemandu,dan krew.
  • Menawarkan bahan api subsidi serta insentif RM0.20/kg bagi pendaratan ikan sehingga maksima RM5,000 setiap kapal sebulan.
  • Pemberian elaun bulanan RM200 oleh kerajaan bagi semua rakyat Malaysia yang bekerja dengan kapal laut dalam.
  • Menyelaras fungsi Jabatan Perikanan dan Pihak Pembangunan Perikanan bagi mengelak pertindanan. Jabatan Perikanan akan menumpu pada pengeluaran sementara pemprosesan dan penjualan oleh Pihak Pembangunan Perikanan.
  • peningkatan usaha penguatkuasaan di laut dalam bagi menghalang kapal asing memasuki kawasan perlindungan laut dan kebocoran penjualan ikan ke negara asing, secara khusus, Jabatan Perikanan telah menetapkan pendaratan ikan minimum bagi setiap kapal pada 250 tan / tahun (untuk pukat tunda) dan 350 tan / tahun (untuk jerut) dalam usaha untuk menggalakkan memancing di perairan yang lebih produktif.

TNTI:MEMAHAMI GAS RUMAH HIJAU DAN BUKAN GAS RUMAH HIJAU

Gas rumah hijau

 

Gas rumah hijau adalah gas atmosfera yang menyerap dan memancarkan radiasi dalam lingkungan haba inframerah. Proses ini adalah penyebab utama kesan rumah hijau. Antara gas rumah hijau utama yang terdapat dalam atmosfera Bumi adalah wap air, karbon dioksida, metana, nitro oksida dan ozon. Tanpa gas rumah hijau, purata suhu permukaan Bumi barangkalinya boleh mencapai kira-kira −18 °C (0 °F),[1] berbanding dengan purata suhu kini iaitu 15 °C (59 °F).[2][3][4] Dalam Sistem Suria, atmosfera Zuhrah, Marikh dan Titan juga mengandungi gas yang menyebabkan kesan rumah hijau.
Kegiatan manusia sejak bermulanya Revolusi Industri (dikira dari tahun 1750) telah meningkatkan kepekatan atmosfera karbon dioksida sebanyak 40% dari 280 ppm di 1750 hingga 406 ppm pada awal tahun 2017.[5] Peningkatan ini telah berlaku meskipun sebahagian besar daripada pelepasan ini diserap oleh "penyimpan" semula jadi yang terlibat dalam kitaran karbon.[6][7] Pelepasan karbon dioksida (CO2) antropogen (yakni pengeluaran yang dihasilkan oleh kegiatan manusia) datangnya dari pembakaran bahan api fosil terutamanya arang batu, minyak dan gas asli bersama-sama juga dengan penebangan hutan, hakisan tanah dan aktiviti penternakan haiwan.[8]
Perkiraan terperinci menjangkakan seandainya pelepasan gas rumah hijau berterusan pada kadar yang tetap, suhu permukaan Bumi boleh melebihi nilai-nilai tertinggi sebelumnya dalam sejarah perakaman seawal tahun 2047 dengan kesan berpotensi membahayakan ekosistem, biodiversiti dan gaya hidup penduduk di seluruh dunia.[9] Anggaran terbaru mencadangkan bahawa trajektori pelepasan semasa boleh membawa Bumi melepasi ambang pemanasan global sebanyak 2 °C yang ditetapkan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai had mengelakkan pemanasan global "berbahaya" sebelum tahun 2036.


Gas-gas atmosfera Bumi

 

Gas rumah hijau

Gas rumah hijau menyerap dan memancarkan radiasi inframerah dalam lingkungan panjang gelombang yang dipancarkan oleh Bumi. Gas rumah hijau paling banyak dalam atmosfera Bumi mengikut urutan kuantiti adalah:
Ketepuan gas rumah hijau dalam atmosfera ditentukan oleh keseimbangan antara sumber (pelepasan gas daripada manusia dan sumber semulajadi) dan singki atau penyimpan (penyingkiran gas daripada atmosfera daripada penukaran kepada sebatian kimia yang berbeza).[11] Satu bahagian daripada sebuah pelepasan yang kekal di atmosfera selepas masa yang ditetapkan adalah "pecahan bawaan udara". Pecahan bawaan udara tahunan adalah nisbah peningkatan dalam atmosfera pada jumlah pelepasan tahun tertentu. Pada tahun 2006, pecahan bawaan udara tahunan untuk CO2 adalah sekitar 0.45. Pecahan ini meningkat pada kadar 0.25 ± 0.21% setiap tahun sepanjang tempoh 1959-2006

 

Gas bukan rumah hijau

Komponen utama atmosfera iaitu nitrogen (
N2), oksigen (O2), dan argon (Ar) tidak dikira sebagai gas rumah hijau kerana molekul yang mengandungi dua atom unsur yang sama seperti
N2 dan
O2 dan molekul ekaatom seperti argon (Ar) tiada perubahan bersih pada pengedaran cas elektrik mereka ketika mereka bergetar, oleh itu molekul-molekul ini hampir langsung tidak terjejas oleh sinar inframerah. Walaupun molekul yang mengandungi dua atom berbeza unsur seperti karbon monoksida (CO) atau hidrogen klorida (HCl) menyerap sinar inframerah, molekul-molekul ini tidak tahan lama di atmosfera kerana sifat tindak balas dan mudah terlarutnya. Oleh itu, molekul sebegini tidak menyumbang kepada kesan rumah hijau dan sering diabaikan dalam perbincangan mengenai gas rumah hijau. 



Impak kepada kesan rumah hijau secara keseluruhannya

Sumbangan setiap gas rumah hijau kepada kesan rumah hijau ditentukan oleh ciri-ciri sesuatu gas itu, kuantitinya, serta sebarang kesan tidak langsung yang dibawa olehnya. Sebagai contoh, kesan tidak langsung jisim metana adalah 72 kali lebih kuat daripada karbon dioksida yang sama jisimnya dalam rangka masa 20 tahunRalat petik: Tag tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai nama tetapi ia hadir dalam ketepuan yang jauh lebih kecil jadi kesan sinaran langsung secara keseluruhannya lebih kecil, salah satu sebabnya kerana jangka hayat atmosferanya yang pendek. Di sisi lainnya pula, metana di samping kesan sinaran langsungnya turut mempunyai kesan radiasi tidak langsung yang besar kerana ia menyumbang kepada pembentukan ozon. Shindell et al. (2005)[13] menghujahkan bahawa sumbangan metana kepada perubahan iklim adalah sekurang-kurangnya dua kali ganda anggaran sebelumnya disebabkan kesan ini.[14]
Ada kemungkinan bahawa pemanasan antropogenik (disebabkan manusia) seperti yang disebabkan oleh gas rumah hijau peringkat tinggi telah dilihat mempengaruhi banyak sistem fizikal dan biologi.[15] Pemanasan pada masa depan dijangka mempunyai pelbagai kesan termasuklah kenaikan permukaan laut,[16] meningkatnya kebarangkalian dan kekuatan beberapa kejadian cuaca besar,[16] kehilangan biodiversiti,[17] serta perubahan pengeluaran pertanian dalam peringkat rantau.


Gas sumber antropogenik

Sumber utama gas rumah hijau disebabkan oleh kegiatan manusia adalah:
  • pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan membawa kepada ketepuan karbon dioksida udara yang lebih tinggi. Perubahan penggunaan tanah (terutamanya penebangan hutan di kawasan tropikal) menghasilkan kira-kira satu pertiga jumlah pelepasan CO2 antropogenik.[18]
  • penapaian enterik dan pengurusan baja ternakan,[19] pertanian padi beras, penggunaan tanah dan perubahan pada tanah berpaya, tasik buatan manusia,[20] kerosakan saluran paip, dan penyaluran pelepasan sampah buangan yang tertutup membawa kepada kepekatan atmosfera metana yang lebih tinggi. Banyak sistem septik beraliran sepenuhnya yang menyasarkan dan meningkatkan proses penapaian juga merupakan sumber metana atmosfera.
  • penggunaan klorofluorokarbon (CFC) pada sistem pendinginan, serta penggunaan CFC dan halon dalam sistem pemadam kebakaran dan proses pembuatan.
  • aktiviti pertanian termasuk penggunaan baja, yang membawa kepada ketepuan nitrus oksida (N2O) yang lebih tinggi.
Tujuh sumber CO2 daripada pembakaran bahan api fosil (dengan peratusan sumbangan untuk 2000-2004): 


Tujuh sumber utama pembakaran bahan api fosil Sumbangan
(%)
Bahan api cecair (misalnya petrol, bahan api minyak) 36%
Bahan api pejal (misalnya arang batu) 35%
Gas (misalnya gas asli) 20%
Pengeluaran simen 3%
Pembakaran gas industri dan di telaga-telaga < 1%
Hidrokarbon bukan api < 1%
"Bahan api bunker antarabangsa" yang tidak termasuk dalam inventori negara[21]


 4% 
 

TNTI:HUTAN BAKAU EKOSISTEMNYA SERTA KEPENTINGANNYA

Pokok Bakau

 frames

Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.
Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.
Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.
Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun. 


Kepentingan

Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.
Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.
Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis ketam seperti ketam Nipah, dan udang. Di Sabah, hutan bakau juga merupakan habitat Kera Bekantan dan Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.[1]
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala.[2] Oleh itu hutan bakau turut ditanam semula di Malaysia[3], dan Indonesia 


Lokasi

Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung. 

Hutan Bakau Simpan Matang

Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang. 


Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
  • Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
  • Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
  • Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
  • Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
  • Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak
  •  

    Masalah hutan bakau

    Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
  • penukaran tanah
  • penebangan hutan
  • penebusgunaan
  • pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
  • akuakultur
  • ternakan ikan dalam sangkar
  • kolam ternakan udang dan ikan air masin
  • Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
  • Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
  • Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
  • Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
  • Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.
Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.
Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar. 


Kepelbagaian biologi

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah :
Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan bakau 


Kegunaan Hutan Bakau

  • Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun.
  • Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.
  • Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang)
  • .Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
  • Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api
  • Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
  • Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastik.
  • Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat
  • Ubat-ubatan (contohnya dedaun, tunas, buah-buahan dan biji benihnya).
  • Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalam pembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

TNTI:MEMAHAMI Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau

Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau 

 

 

Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau: Salah satu jenis hutan yang utama dan penting di Malaysia adalah Hutan Paya Bakau. Ianya menjadikan negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Keunikan hutan bakau yang tumbuh di persisir pantai dan muara sungai di mana pertembungan antara darat dan laut serta pertemuan ait tawar dan masin mewujudkan satu lokasi kepelbagaian bio yang unik dan menarik.
Hutan Paya bakau melengkapkan ekosistem dipesisir pantai yang mempunyai peranan penting dalam kestabilan bentuk alam ini. Peranannya yang menjadi benteng pemecah ombak yang mampu menghalang hakisan dan ancaman bencana alam dari laut.
Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau

Hutan Paya Bakau Di Malaysia

Hutan paya bakau di Malaysia hidup subur di muara dan pantai yang terlindung. Hutan bakau di Malaysia meliputi kawasan seluas 586,036 ha; 57% daripadanya terletak di Sabah, 26% di Sarawak dan 17% lagi di Semenanjung Malaysia. Sabah mempunyai kawasan hutan paya bakau yang terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Antara ciri-ciri penting habitat hutan paya bakau ialah:

  1. Tahap kemasinan yang tinggi
  2. Kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah
  3. Tanah berlumpur dan lembut
  4. Dipengaruhi air pasang surut

Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang mendiami kawasan hutan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.

Kepelbagaian Biologi

Hutan paya bakau mempunyai keunikan dan keindahan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan. Ianya menjadi lokasi faura dan fauna hebat yang hidup saling perlu-memerlukan dalam meneruskan kesinambungan dan mengekalkan kewujudan hutan paya bakau ini. Kepelbagaian bio di sini sungguh mengagumkan.
Hutan paya bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat genus utama tumbuhan pokok bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah Avicennia (Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu). 
Habitat di hutan paya bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan paya bakau yang paling biasa ditemui ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Berok dan Kelawar. 
Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.
Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau
Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah plankton, tumbuh-tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. 
Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu. Burung air besar iaitu Burung Bangau (Bangau Kecil dan Bangau Besar), Burung Pucung (Pucung Keladi dan Pucung Seriap) dan Burung Upeh (Burung Upeh dan Burung Botak) adalah penghuni kawasan bakau yang lazim ditemui. 
Lainlain burung bakau termasuklah Helang Merah, Helang Siput, Burung Pacat Bakau, Murai Bakau,
Burung Sambar Biru Bakau dan Pekaka Sungai. Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan paya bakau.
Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau
Bersama kita menjaga dan memelihara keindahan alam semulajadi yang istimewa ini. Kepentingannya kepada kestabilan alam dan kehidupan tidak dapat disangkal lagi. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama mengekalkan kewujudan hutan paya bakau di negara ini. Sayangi dan cintai hutan paya bakau kita.

TNTI:MARI MEMAHAMI DENGAN RINGKAS Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

 

 

Di bumi ini, kita ada berjuta-juta organisma yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup secara berkelompok dan saling bergantung antara satu sama lain.



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.
Contoh : spesies rama-rama



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama.
Contoh : populasi monyet



Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bersandaran antara satu sama lain.
Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu komuniti




Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.
Contoh : Hutan Hujan Tropika


Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem
Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumi benda bukan hidup seperti air, udara, tanah dan cahaya matahari.

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024