1.8 Migrasi Penduduk
GEOGRAFI B: ALAM SEKITAR MANUSIA
PENGGAL
1
PENDUDUK
: MIGRASI
-
**********************************************************************************
MIGRASI
1. Maksud Migrasi
Merujuk kepada penghijrahan atau
perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang melibatkan perubahan ruang dan
masa.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar migrasi bersih.
Merujuk kepada
perbezaan nilai yang wujud antara imigrasi dan emigrasi
3. Bagaimana Migrasi bersih dihitung.
Migrasi bersih dihitung menerusi perbezaan nilai yang
wujud di antara imigrasi (migrasi masuk ) dengan emigrasi (migrasi keluar.
Contoh pada tahun 2000 jumlah pendatang yang masuk ke Malaysia ialah 2 juta
orang manakala jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke Negara lain ialah 200
ribu orang.
Ini bermakna
migrasi bersih ialah 2000,000 – 200,000 = 1,800,000 orang
4. Maksud Migrasi Dalaman
Migrasi dalaman
merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke
tempat yang lain yang hanya melintasi
sempadan di dalam negara sahaja seperti sempadan antara daerah,
sempadan antara luar bandar
dengan bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara Bandar dan
sebagainya
dalam tempoh tertentu.
5. Jenis- jenis
migrasi dalaman
a) Migrasi Musiman
i. berlaku secara bermusim atau
berkala
ii. berlaku di kalangan pengembala
kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi –mencari air dan padang rumput
untuk ternakan
iii. Kegiatan pindah ternak di
Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di pergunungan dan musim
sejuk di turun ke lembah.
iv. Musim tengkujuh – ke KL
b) Migrasi dari luar bandar ke bandar
i. Penduduk luar bandar berhijrah ke
bandar kerana :
· kemiskinan.
· pengangguran
· upah yang rendah
· tanah yang tidak eonomik untuk
dikerjakan
· kurang kemudahan asas- pendidikan,
perhubungan
Eg. Kg kedondong ke KL
c) Migrasi bandar ke bandar
i. Tiada kemudahan pendidikan di bandar
kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar besar untuk melanjutkan
pelajaran
ii. Penghijrahan secara berpetingkat- dari
bandar kecil ke bandar lebih besar dan seterusya ke ibu negara
eg. Bandar Pasir Mas ke Johor Bharu
d) Migrasi bandar ke luar bandar / bandar ke pinggir bandar
i. Golongan pesara- menikmati hidup yang
lebih segar di luar bandar
ii. Pembangunan pesat di bandar- banyak
rumah dirobohkan- diganti dengan bangunan pencakar langit/ bangunan komersial-
terpaksa mencari tapak kediaman baru
iii. Pembinaan kawasan perumahan di pinggi
Bandar- kemudahan pengangkutan awam yang cekap, kenderaan sendiri yang selesa-
penduduk Bandar tinggal di pinggir Bandar berulang alik ke tempat kerja setiap
hari.
Eg. KL -> Kg. Kubang Gatal, Pasir Mas.
e) Migrasi luar bandar ke luar bandar
i. Pembukaan kawasan pertanian baru
– FELDA, JENGKA, DARA migrasi penduduk luar Bandar ke kawasan pertanian baru
ii. Tujuan- membasmi kemiskinan di
kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.
iii. Perpindahan secara haram –
membuka tanah secara haram untuk pertanain
eg. Kg slow machang ke Felda
Kemahang 2, Tanah Merah,
f) Transmigrasi
i. Migrasi dari pulau ke pulau yang
dirancang oleh kerajaan
ii. Tujuan- mengurangkan masalah
kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau.Contoh,Pulau Jawa ke
Pulau Sumatera dan Kalimantan.
6. Fakor- faktor yang mempengaruhi migrasi
penduduk di dalam sesebuah negara
i. Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan
seperti migrasi dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan.
ii. Pendidikan
Melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi
seperti dari Rantau Panjang, Kelantan ke UPSI, UKM, UM, UiTM, UUM. UMS, UPM
iii. Kesihatan
Mendapatkan rawatan
kesihatan, seperti rawatan tradisional yang memerlukan tempoh masa yang
lama Darul Syifa Bangi, Selangor, IJN (jantung) dll.
iv. Dasar Kerajaan
Menempatkan penduduk ke kawasan pembangunan wilayah
(JENGKA), polisi pembandaran, membangunakan kawasan pinggir Bandar.
Menggalakkan migrasi.
v. Faktor mikro
Perkahwinan, ikatan kekeluargaan, persaraan
vi.Infrastruktur
Kemudahan pengangkutan, perhbungan seperti jalanraya,
kemudahan rekreasi/hiburan
7. Kesan- kesan migrasi dalaman terhadap kawasan yang dituju dan kawasan
asal.
Kesan Ke atas Kawasan Asal
A. Kesan Positif
i. Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan
lebih eknomik dengan tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai- hasil yang
banyak untuk setiap petani akan diperolehi.
ii. Masalah pengangguran di kawsan luar
Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang
menganggur berpindah ke Bandar
iii. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang
padat- meringankan beban kerajaan untuk
menyediakan kemudahan asas- peruntukkan
pembangunan dapat dikurangkan.
iv. Migran yang berhijrah keluar negara
dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka menguntungkan dari segi
pulangan wang asing.
v. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk
seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi lebihan penduduk
B. Kesan Negatif
i. Penghijrahan keluar para professional
atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana
kerajaan telah banyak menghabiskan duit
untuk penddidikan mereka.
ii. Berlakunya tanah terbiar- golongan
belia luar Bandar berhijrah ke Bandar.
iii. Berlaku ketidakseimbangan jantina di
desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum wanita berada di desa-
wanita lebih ramai di desa.
iv.Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di bandar di
bawa balik ke desa.
KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU
A. Kesan Positif
i. Dapat mengatasi masalah kekurangan
tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk.
ii. Kemasukan tenaga profesioanal ke
negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh doktor dari India dll-
kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.
B. Kesan Negatif.
i. Imigrasi menyebabkan wujudnya
masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian budaya dan adapt resam
menyukarkan perpaduan nasional.
ii. Rakyat tempatan kehilangan peluang
pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran untuk mendapatkan
peluang pekerjaan.
iii. Migran akan menghantar balik ke
negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana pengaliran wang keluar
tidak dapat dielakkan.
iv. Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan
kawasan mengikut kaum- kaum pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan
persengketaan kaum.
8. Langkah-langkah mengurangkan migrasi dalaman
i. Memodenkan sector pertanian
Tujuan meningkatkan pengeluaran dan memodenkan sektor
pertanian, memperbaiki sistem perkhidmatan pertanian luar bandar, memodenkan
kehidupan petani supaya terus tinggal di kampung halaman masing-masing untuk
bekerja dan menmperoleh pendapatan yang tinggi.
ii. Memodenkan kawasan luar bandar dengan pelbagai kemudahan asas.
Menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan
kemudahan asas yang lengkap
Menaik taraf kawasan desa yang berpotensi menyediakan kemudahan infrastruktur secara
bersepadu.Ini menarik minat penduduk luar bandar untuk terus tinggal di kampung
halaman masing-masing dan tidak berminat untuk bermigrasi ke kawasan lain.
iii. Penyelerakkan dan
penyebaran industri ke desa
Kilang-kilang di bina di kawasan yang berpotensi. Pelabur diberikan taraf
perintis. Kerajaan menyediakan
infrastruktur . Mengadakan promosi kepada
pelabur luar. Peluang pekerjaan banyak wujud di luar bandar tanpa perlu
berhijrah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
iv. . Rancangan pembangunan wilayah
Strategi khusus di bawah agensi pelaksana bagi menjana
sumber dan membangunkan tanah baru Cth Wilayah Jengka, DARA, KEJORA, KETENGAH,
KESEDAR. Ini Mengelakkan daripada penduduk terus tertumpu di satu-satu kawasan
sahaja.
v. Membandarkan kawasan luar bandar
Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan Wilayah,
cth. bandar Jengka, bandar Muazam Shah.Membandarkan pekan-pekan berpotensi.
Cth.bandar Maran di Pahang. Pembandaran simpang – memajukan pekan yang berada di
simpang jalan utama.
Mewujudkan bandar industri. Menggalakkan penduduk terus tinggal di luar bandar di kampung
halaman untuk terus menikmati kemudahan
bandar.
MIGRASI ANTARABANGSA
SOALAN MIGRASI
LUARAN/ANTARABANGSA
KONSEP
Maksud
migrasi antarabangsa
Migrasi antarabangsa merujuk kepada
pergerakan atau perpindahan penduduk melintasi sempadan politik antarabangsa
dalam tempoh tertentu sama ada tetap atau sementara. Contohnya, migrasi
penduduk Indonesia ke Malaysia bertujuan mencari pekerjaan.
Empat contoh pola migrasi antarabangsa pada masa
ini
Pola migrasi antarabangsa:-
i.
Asia
ke Eropah
ii.
Asia
Tenggara ke Asia Barat
iii.
Indonesia/Thailand/Bangladesah
ke Malaysia
iv.
Afrika
ke Eropah.
FAKTOR
Faktor yang menggalakkan migrasi antarabangsa pada
masa ini.
i. Faktor ekonomi
Wujudnya tarikan peluang pekerjaan
di negara yang ditujui. untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan.
Contohnya, kedatangan beribu-ribu rakyat
Indonesia dan Thailand ke Malaysia
untuk bekerja dalam sektor perladangan di Johor, Pahang, Perak dan sektor
pembinaan di Selangor, Kuala Lumpur.
ii.
Kemudahan Sosial
Kemudahan sosial
yang ditawarkan seperti pusat pengajian tinggi dan pusat
rawatan kesihatan. Antaranya
terdapatnya kemudahan pendidikan yang luas. Perhijrahan berlaku bertujuan untuk
melanjutkan pelajaran di universiti @ kolej.
Contohnya. kemasukan pelajar-pelajar dari Timur Tengah, Afrika &
Asia Tenggara ke universiti tempatan seperti UIAM, UM, UKM dan lain-lain.
iii.
Taraf dan Kestabilan Ekonomi
Faktor seterusnya, asas
ekonomi yang kukuh dan stabil. Di
samping itu, taraf hidup lebih baik dan tinggi misalnya dari segi pendapatan
perkapita dan nilai mata wang yang kukuh. Contoh Ringgit Malaysia lebih tinggi dan menguntungkan apabila
ditukar dengan Rupiah (Indonesia),
Peso (Filipina). Contohnya, pendapatan
per-kapita di Malaysia AS $ 2500 berbanding negara jiran seperti Indonesia AS $ 200, menjadi tarikan utama untuk
bermigrasi ke Malaysia.
iv.
Faktor Sejarah, Sosial dan Budaya
Faktor ini meliputi bahasa,
adat, budaya, agama dan tali persaudaraan.
Penduduk di rantau Asia Tenggara mempunyai rumpun bahasa yang sama iaitu
bahasa Melayu (Malaysia – Indonesia) dan beragama Islam (Malaysia
– Indonesia – Selatan Thailand) Di samping itu, mempunyai pertalian
bangsa, adat & budaya (Kelantan – Pattani), (Minangkabau – Negeri Sembilan
dan Indonesia).
Hal ini menggalakkan penduduk dari Indonesia
datang ke Malaysia.
v.
Faktor Geografi:
Faktor
jarak yang berhampiran atau berdekatan antara dua negara mempengaruhi
ketersampaian.
Selain itu, kawalan sempadan yang mudah
telus menggalakkan pencerobohan. Di samping itu, adanya kemudahan pengangkutan yang baik
memudah dan mempercepatkan kemasukan warga asing ke sesebuah negara. Contohnya,
sempadan Kelantan - Thailand
hanya dipisahkan dengan Sungai Golok. Selain itu, terdapat pengangkutan udara
(MAS, Garuda Air) memudahkan kemasukan rakyat Indonesia
ke Malaysia
di samping pengangkutan air seperti feri yang banyak.
vi. Faktor Tolakan Negara Asal. penduduk Lebihan:
Penduduk terlalu ramai
akan mengakibatkan kesesakan.dan menyebabkan
ketidakcukupan reruang untuk membina penempatan, menjalankan aktiviti pertanian
dan sebagainya. Di samping itu, wujudkan masalah kadar penggangguran tinggi di
kalangan penduduk di bandar atau luar bandar. Contohnya, Indonesia
mempunyai penduduk yang ramai. Ini menggalakkan penduduk tersebut untuk
berhijrah ke Malaysia,
Arab Saudi dan sebagainya.
vii.
Ketidakstabilan Ekonomi di Negara asal
Kemelesetan, kesempitan ekonomi, kurang peluang pekerjaan menyebabkan
pengangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi menggalakkan
penduduk mencari kawasan yang baru. Contoh penduduk dari Bangadesh berhijrah
ke Malaysia bertujuan mengubah kehidupan bermasalah di negara mereka.
viii. Bencana Alam:
Kemusnahan alam secara semulajadi
seperti gempa bumi, letusan gunung berapi,
banjir besar, tsunami, kemarau dan lain-lain boleh mempengaruhi migrasi
antarabangsa. Bencana alam yang berlaku menyukarkan sebarang aktiviti ekonomi dijalankan sama ada
pertanian dan perternakan. Contoh
penduduk di Somalia yang dilanda
kemarau berpindah ke Negara Kenya,
dan Tanzania
yang lebih selamat.
x. Politik Tidak Stabil:
Peperangan dan pergolakan politik di
negara asal menggalakkan berlakunya
kejadian migrasi. Contohnya .
peperangan Vietnam dan
Kemboja pada tahun 1960an memaksa beribu-ribu rakyatnya meninggalkan negara asal mereka
untuk berlindung di negara jiran seperti
Malaysia dan Thailand.
KESAN
Kesan/masalah yang timbul akibat migrasi antarabangsa terhadap negara penerima
dan negara asal.
i. Mempercepatkan Proses
Pembangunan:
Penawaran
tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.
kekosongan
pekerjaan yang ditinggalkan oleh pekerja tempatan dapat diisi oleh pekerja
asing. khususnya dalam bidang pembinaan dan pertanian yang menghadapi krisis
tenaga kerja pada masa kini. Contohnya, buruh Indonesia memberi sumbangan yang
besar dalam pembangunan sektor pembinaan di Lembah Kelang dan Selangor.
ii. Pertumbuhan Penempatan Setinggan:
Petempatan
setinggan, rumah-rumah kongsi atau petempatan sementara
terutamanya oleh pendatang tanpa
izin. mencacatkan persekitaran fizikal atau landskap bandar. Contohnya, buruh Indonesia membina petempatan setinggan di Kuala Lumpur seperti di
sekitar Kerinchi, Bangsar dan Lembah
Pantai.
iii.
Peningkatan Kadar Pencemaran:
Peningkatan
jumlah penduduk meningkatkan pembuangan sisa domestik (sampah
sarap).
terutama di kawasan petempatan buruh asing seperti kediaman kongsi dan rumah
setinggan. sistem pelupusan sampah yang tidak teratur, sistem perparitan yang
tidak sempurna. mengakibatkan bau busuk, lopak air, pencemaran air yang sangat
ketara. Contohnya, pencemaran sampah sarap di Sungai Kelang dan Sungai Gombak
meningkat berikutan pertambahan petempatan setinggan di sekitarnya.
iv.
Meningkatakan Masalah Sosial:
Peningkatan
kadar jenayah tinggi kesan kemasukan
migran dari luar. Hal ini
menimbulkan krisis
dalam masyarakat setempat dan suasana
tidak selamat. Gejala sosial seperti kejadian pecah rumah, samun, peras ugut,
pelacuran dan lain-lain sering berlaku.. Contohnya. sindiket Black Money yang
dianjurkan oleh warga Afrika di sekitar Lembah Kelang.
v.
Kewujudan Pelbagai Jenis Penyakit:
Kemasukan
pekerja asing juga seringkali dikaitkan dengan kemasukan penyakit dari luar.
selain itu, petempatan setinggan yang
dibina oleh pekerja asing yang tidak sempurna mengakibatkan persekitaran yang
tercemar dan mudah merebaknya penyakit. sampah sarap mengakibatkan pembiakan
tikus, lalat dan lipas manakala air yang bertakung mengakibatkan pembiakan
nyamuk.
vi.
Persaingan Peluang Pekerjaan Dengan Penduduk Tempatan:
Pekerja
asing menawarkan gaji yang lebih rendah berbanding pekerja tempatan menyebabkan
majikan cenderung mengupah pekerja asing. persaingan juga berlaku dalam bidang
perniagaan informal seperti penjaja, peniaga pasar malam, dan lain-lain turut menggugat
peniaga tempatan. Contohnya, penjaja dan
peniaga kecil-kecilan di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur didominasi oleh warga Indonesia.
LANGKAH MENGURANG
Langkah-langkah mengurangkan migrasi antarabangsa
i.
Mengetatkan kawalan sempadan:
Malaysia mempunyai sempadan darat dengan
Thailand di Semenanjung Malaysia
dan Indonesia di Sabah dan Sarawak. Sempadan laut
dengan Indonesia,
Filipina yang luas dan mudah telus. Ini memudahkan pencerobohan pendatang tanpa
izin ke Malaysia.
Langkahnya ialah mengetatkan kawalan disempadan perlu
dijalankanoleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Imigresen, tentera laut dan
pihak polis bagi mengelakkan kebanjiran pendatang tanpa izin.
ii.
Mengetatkan undang-undang pengambilan pekerja asing
Undang-undang
pengambilan pekerja asing diperketatkan selain dari tindakan
tegas ke atas warga asing yang
memasuki Malaysia
secara haram. Pemberian permit yang terhad, kuota pengambilan pekerja asing,
ujian terhadap taraf kesihatan pekerja asing dan operasi terhadap pekerja haram
(Ops Nyah) perlu dipertingkatkan bagi pengawalan terhadap pekerja asing di Malaysia.
iii.
Meningkatkan bayaran levi dan caj perkhidmatan pekerja asing
Bayaran levi
dikenakan kepada pekerja asing sebagai ganti cukai pendapatan ke
atas mereka oleh kerajaan. selain
itu bayaran-bayaran lain yang dikenakan kepada pekerja asing seperti caj
perkhidmatan, caj perubatan dan sebagainya perlu lebih tinggi daripada bayaran
penduduk tempatan. Perkara ini boleh mengurangkan kemasukan migran dari luar negara.
iv.
Mengutamakan tenaga buruh tempatan
Menggalakkan
pihak swasta mengutamakan penggunaan tenaga buruh tempatan
berbanding buruh asing kecuali
dalam sektor-sektor yang kritikal seperti perladangan dan pembinaan. Kerajaan boleh mengurangkan cukai keuntungan
sekiranya mengupah pekerja tempatan.
v. Pendidikan pekerjaan atau sumber manusia
Mengubah
mentaliti masyarakat tempatan agar tidak terlalu memilih pekerjaan
dan memberi kesempatan pihak
majikan menggunakan buruh asing bagi mengisi kekosongan dalam sektor tersebut. Program pembangunan tenaga manusia perlu
dipertingkatkan melalui latihan lanjutan serta kursus-kursus jangka pendek dan
jangka panjang bagi meningkatkan tenaga buruh mahir di Malaysia. program ini juga dapat
mengelakkan kebergantungan kepada tenaga buruh dan kepakaran asing.