penduduk n pembangunan
Penduduk dan Pembangunan
- Lukis Rajah model peralihan demografi
- Apakah yang dimaksudkan model peralihan demografi?
- Apakah ciri-ciri demografi pada peringkat 1, 2, dan 3
- Bagaimana Peringkat-Peringkat Peralihan Demografi Dapat Menggambarkan Tahap Pembangunan Sesebuah Negara.
5. Ciri-Ciri
Penduduk Sebuah Negara Membangun Dalam
Konteks Model Peralihan Demografi
6. Ciri-Ciri Penduduk Sebuah
Negara Maju Dalam Konteks Model
Peralihan Demografi
**************
TEORI/MODEL PERALIHAN
DEMOGRAFI
1.Bagaimana
Peringkat-Peringkat Peralihan Demografi Dapat Menggambarkan Tahap Pembangunan
Sesebuah Negara.
Peringkat 1 : Peringkat Pra Perindustriaan. ( Masyarakat Pertanian )
Tahap pembangunan sosio
ekonomi yang mundur. Bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian berintensif
buruh ( masyarakat agrarian – ekonomi sara hidup ).
Pergantungan kepada
teknologi tradisional sahaja. Pembangunan sumber alam dan sumber manusia amat
perlahan. Sumber alam tersimpan sebagai stok sahaja. Dibelenggu dengan masalah
kekurangan makanan dan kebuluran.
Pembanguan social juga mundur. Taraf kesihatan rendah,
jangka hayat rendah, kadar kematian tinggi, taraf pendidikan rendah, kadar buta
huruf tinggi, masalah ketidakstabilan politik dll.Diwakili negara mundur pada
masa kini atau zaman pra perindustriaan di Eropah.
Peringkat II : Peringkat Awal Era
Perindustriaan.
( Peralihan Masyarakat Pertanian Ke Perindustriaan )
Pembangunan sektor ekonomi moden, khususnya sektor
perindustriaan dan perkhidmatan mula berkembang. Tidak semata-mata bergantung
kepada
sektor
pertanian.Sumber alam mula dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang
pekerjaan bertambah. Pendapatan perkapita dan taraf hidup meningkat.
Pembangunan
sosial meningkat. Taraf kesihatan penduduk bertambah baik. Jangka hayat
bertambah. Kadar kematian menurun. Taraf pendidikan meningkat dan kadar buta huruf
menurun. Berlaku kepesatan pembangunan
fizikal (kemudahan asas). Pembangunan Bandar juga berkembang pesat.Diwakili
sebahagian besar negara sedang membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Pada peringkat
akhir, negara menuju ke negara industri yang maju. Sebahagian besar bergantung
kepada sektor perindustriaan dan perkhidmatan. Diwakili negara-negara
perindustriaan baru (NIC) seperti Korea Selatan dan Taiwan.
Peringkat III : Peringkat Kestabilan.
( Masyarakat Perindustriaan
Sepenuhnya )
Pembangunan
sektor ekonomi yang lebih mantap dan berkembang maju. Sektor
perindustriaan dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan
ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang
tinggi..
Kadar pengangguran rendah.Pembangunan sumber alam secara optimum dengan
adanya
teknologi yang tinggi.
Pembangunan
sosial yang tinggi. Masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Taraf kesihatan
yang amat baik. Jangka hayat yang tinggi. Kadar kematian amat kecil. Penduduk
berada pada tahap optimum. Pembangunan pembandaran amat tinggi. Wujudnya
megalopolis seperti di Jepun.Diwakili negara-negara perindustriaan maju seperti
Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan lain-lain.
2.Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara Membangun Dalam Konteks Model Peralihan
Demografi
Kadar kelahiran
tinggi manakala kadar kematian menurun dengan cepat. Kadar pertumbuhan
semulajadi penduduk meningkat dengan mendadak pada peringkatan pertengahan
model/ teori tersebut.
Kadar kelahiran
tinggi kerana kegagalan perancangan
keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh manusia. Penurunan kadar kematian
disebabkan taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan
mencukupi dan politik yang stabil.
Pada peringkat
akhir, pertumbuhan semulajadi atau kadar kelahiran mulai menurun disebabkan
perkembangan industri dan teknologi yang pesat. Kebergantungan kepada tenaga
buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden, berpendidikan
tinggi, mementingkan kerjaya, keberkesanan amalan perancangan keluarga,
perkahwinan lewat dan lain-lain.
3.Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara Maju Dalam Konteks Model Peralihan Demografi
Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke
paras yang rendah. Pertumbuhan semulajadi penduduk juga terus menurun menuju ke
sifar atau juga mungkin pertumbuhan penduduk menjadi stabil dan mantap.
Keadaan ini
disebaabkan taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju yang berupaya
meningkatkan jangka hayat penduduk. Penyakit berbahaya yang membawa kematian
berjaya dikawal dengan penemuan vaksin baru.
Selain itu,
masyarakatnya berpendidikan tinggi, berkerjaya, pentingkan status quo,
peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dll. Contoh negara Jepun, USA,
Peranchis, Sepanyol dan lain-lain.
KESIMPULAN:-
Model Peralihan Demografi : graf garis
a; peringkat 1 : kadar kelahiran tinggi, kematian
tinggai, pertumbuhan rendah.
b. peringkat 2 : Kadar kelahiran tinggi, kematian
rendah. Pertumbuhan penduduk meningkat
c. peringkat 3: kadar kelahiran rendah, kematian
rendah, pertumbuhan penduduk stabil/rendah
- Perubahan yang berlaku berkaitan dengan penduduk ada 3 peringkat (ekonomi/sosia0
- peringkat 1 : pertanian : mundur . sosial rendah
- peringkat 2: perindusrian : Maju . sosial baik
- peringkat 3 : masyarakat stabil : industri/perkhidmatan : sosial –bertambah baik
- dari segi ciri-ciri penduduk