Rabu, Oktober 17, 2018

TNTI:LAGI NOTA TENTANG TRANSFORMASI

1.Menjelaskan maksud desa/luar bandar dan transformasi desa
2. Faktor-faktor  yang mempengaruhi berlakunya tranformasi @ perubahan sesebuah desa.
3. Petunjuk /Indikator pembangunan/ perubahan   yang dialami  oleh  sesebuah  desa
4.Menghuraikan 4  strategi/program pembangunan desa di Malaysia:-
(i)    pembangunan insitu;
(ii)   Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP);
(iii)  pembangunan wilayah;
(iv)  perindustrian desa;
5..Menjelaskan 4 cara berlakunya proses perubahan atau tranformasi desa :-
(i)    saling kebergantungan desa-bandar;
(ii)   pembandaran desa;
(iii)  perancangan desa (pusat pertumbuhan desa);
(iv)    pemodenan sosioekonomi desa
6. Huraikan  kesan positif transformasi desa terhadap gunatanah, penduduk, dan sosioekonomi desa.
7.Huraikan kesan- kesan negatif tranformasi desa terhadap  alam sekitar fizikal:-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
TRANSFORMASI DESA
1.  Maksud   Desa
“Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan petempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.”
1.  Maksud  Transformasi Desa
Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa melalui :-
proses pemodenan guna tanah,
 kemudahan asas,
pengangkutan,
komunikasi,
kegiatan ekonomi,
pendidikan, dan kesihatan.



kampung kuala lumpur 1884



Bandaraya Kuala Lumpur 2018
2. Faktor-faktor  yang mempengaruhi berlakunya tranformasi @ perubahan sesebuah desa.
i. Potensi Sumber Alam
    - Sumber mineral cth KL, Ipoh, Seremban berkembang berasaskan  sumber bijih timah
    - Sumber alam sekitar fizikal cth Langkawi mempunyai pantai, pulau dan air terjun yang menarik
ii. Perkembangan ekonomi moden
     - Desa berkembang kesan perkembangan sektor ekonomi moden seperti perniagaan, perkhidmatan, perindustrian
     - Cth bandar Raub, Bentong Kuala Lipis, Kuala Lipis di Pahang berkembang kerana perniagaan dan perkhidmatan
iii. Tapak yang strategik
    - Desa berkembang apabila lokasi dan kedudukannya sesuai dan strategik untuk aktiviti perdagangan, pelabuhan dan persinggahan yang membuka banyak peluang ekonomi
     -Cth pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Kelang. Bandar Gemas, Grik dan JB untuk persinggahan
iv. Tarikan fizikal yang menarik
     - Desa mempunyai tarikan semulajadi yang menarik seperti Port Dickson, bandar Kuah di Langkawi,            bandar Goh Tong di Genting Highland
     -Tarikan fizikal menjadi faktor utama pembangunan eko pelancongan
v. Polisi kerajaan
 - Memajukan kawasan Desa yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan sosio ekonomi  sokongan kepada bandar sedia ada
 -Membangunkan bandar-bandar baru agar wilayah yang baru dibuka terus berkembang : pusat bandar Jengka di Pahang.


3. Petunjuk /Indikator pembangunan/ perubahan   yang dialami  oleh  sesebuah  desa

INDIKATOR / PETUNJUK TRANSFORMASI DESA
Pendapat-an
Kemudah-an Asas
Kemudah-an Sosial
Perubahan Pekerjaan
Peningkat-an Teknologi
Peluang Pekerjaan
Perubahan GayaHidup
Perkembang-an Perumahan
Kuasa Beli
Darjah Ketersampai-an
Kualiti Pendidikan

4. Dasar dan  Strategi /program pembangunan desa di Malaysia
i.                  Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
-         Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah.
-         Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi Tinggi
ii.                Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
-         Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru, industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
iii.              Pembangunan Wilayah
-         Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth:, Kelantan.  Wilayah Tiga Segi JENGKA (Pahang), DARA(pahang Tenggara),KETENGAH (Terengganu Tengah), KEJORA (JOHOR), KESEDAR (Kelantan)
iv.             Perindustrian desa
-         Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan :- kerepek, bepam beras, gertas, dodol dll. Bakul buluh, tikar mengkuang dll.

5)Cara berlakunya proses perubahan desa

a. Saling kebergantungan  Desa – Bandar
Aspek kebergantungan ialah:-
Apakah Peranan bandar kepada desa:?
i.barangan kepada pdk desa : makanan, elektronik, pakaian
ii.Menyediakan pelbagai perkhidmatan :- pengangkutan, urusan tanah, kesihatan, pendidikan menengah, utiliti (elektrik, air, komunikasi)
iii.pusat pentadbiran daerah,kg,dan  peluang pekerjaan:
Apakah peranan desa kepada bandar?
i. Bahan makanan kepada pdk bandar: beras, sayuran, buahan, hasil ternakan
ii. Bahan mentah kepada pdk bandar : hasil getah, kelapa sawit, padi
iii Membekal tenaga kerja.
Bukti ada hubungan antara desa – bandar.
i.  Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa yang mana barangannya dibekalkan oleh pembekal dari bandar
ii. Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dan desa seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dll
iii. Wujudnya pergerakan ulang-alik penduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja atau pelajar.
iv.  Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani tempat memasarkan produk desa
Wujudnya agensi perkhidmatan kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos dll
b. Pembandaran kawasan  desa
i. Pembandaran  desa bertujuan  untuk membandarkan kawasan-kawasan  desa.
ii. Yakni memodenkan dari aspek fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas.
iii. Bertujuan  untuk  menyuntik ekonomi  setempat dan mengembangkan sosio-ekonominya.
iv. Kesannya aktiviti pemprosesan dan perkilangan dikembangkan
c.Perancangan desa  sebagai  pusat pertumbuhan (pekan/bandar kecil)
i. Penduduk  juga mampu  menjalani kehidupan bandar tanpa perlu ke bandar.
ii. Contoh pelbagai kemudahan kesihatan, jalan raya, pendidikan dan eletrik.
iii. Contoh  kawasan seperti Segi Tiga Jengka(Bandar pusat Jengka), Kelantan Selatan(Bandar Gua Musang), Pahang Tenggara (Bandar Muazam Shah) dan Terengganu  Tengah(Bandar Al Muktafi Billah Shah)
iv.Selain aspek  infrastuktur, saiz  dan  fungsi  desa juga diambil kira.
v. Petempatan tertentu  dirancang agar menjadi pusat pertumbuhan wilayah yang lebih  luas.
vi.Ia berfungsi sebagai “MULTI-FUNGSI” kepada kawasan sekitar.
d. Pemodenan Sosioekonomi Desa
i. Penyediaan kemudahan asas dan infrasturktur seperti jaringan pengangkutan, talian kominunikasi, utiliti, pendidikan, kesihatan, dan perubatan telah memungkinkan penduduk desa menjalini kehidupan moden sebagaimana penduduk Bandar.






RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024