Lipatan
- merupakan btk alunan yg tdpt pd batuan kerak bumi akibat daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat2 tektonik
Gunung lipat
- gunung yg thasil drpd kuasa himpitan dan mampatan dr 2 arah yg bertentangan mybbkan bahagian tengah tertolak, terhimpit ke atas
- kuasa dihasilkan oleh arus perolakan dlm mantel luar
Proses pembentukan lipatan kerak bumi
- Punca tenaga arus perolakan lapisan mantel
- Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan bertemu dan bergerak ke bawah.
- Daya ini akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.
- Pertembungan antara plat benua.
- Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentuk kawasan gunung lipat.
- Contohnya apabila plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.
Bmb yg terhasil
- Lipatan simetri
- mpy cerun yg seimbang di kedua2 belah
- terjadi akibat tindakan daya mampatan yg sama kuat di kedua2 belah kerak bumi
- Lipatan asimetri
- mpy satu cerun yg lebih curam berbanding dgn cerun bersebelahnya yg lebih landai
- terjadi disbbkan daya mampatan yg lebih kuat di sebelah shj manakala sebelah lagi daya mampatan agak lemah
- Nappe
- terhasil akibat daya mampatan yg terlalu berat sebelah mybbkan rekahan satu rusuk tertolak ke hadapan dan bertindih dgn rusuk yg satu lagi
Ciri gunung lipat tua dan muda
- Tua
- terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- Kws stabil
- Proses penggondolan yang giat menyebabkan gunung menjadi lebih rendah dan gondol
- juh drpd lingkaran Pasifik
- Contoh: Banjaran Appalachian, Banjaran Ural dan Banjaran Titiwangsa.
- Muda
- Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
- Tinggi, kasap, dan tidak stabil.
- Masih mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi
- dekat lingkaran Pasifik
- Contoh: Banjaran Rocky, Banjaran Andes dan Banjaran Himalaya
Kesan proses lipatan
- Gunung lipat
- mrujuk kpd bahagian kerak bumi yg dipaksa naik ke atas semasa berlakunya proses lipatan
- bhg ini dikenali sbg antiklin mbtk kemuncak gunung lipat
- tdpt 2 jenis sistem gunung lipat iaitu lipat muda dan lipat tua
- Lurah
- semasa lipatan terjadi, bahagian batuan lemah akan dipaksa ke bawah
- bhg yg dipaksa ke bawah dikenali sbg sinklin yg kemudiannya mbtk lurah gunung lipat
- Cerun lipatan
- mrujuk kpd cerun yg terhasil antara gunung lipat dgn lurah gelinciran
- tdpt cerun yg curam dan kadang kalanya landai bergantung kpd jenis lipatan
Kepentingan gunung lipat thdp aktiviti manusia
- Pelancongan – suasana indah
- Kws tadahan air hujan – bekalan air utk manusia
- Pertanian – cuaca yg sesuai, suhu rendah dan kelembapan udara yg tinggi
- Ekologi – mpy pelbagai flora&fauna, utk kajian
- Pbinaan stesen satelit – kws tinggi
================================================================================
Gelinciran
- proses perubahan kddk lapisan kerak bumi dr tempat asalnya secara mdatar atau mnegak yg dihasilkan oleh daya mampatan atau regangan
Jenis gelinciran
- gelinciran biasa
- gelinciran songsang/julang
- gelinciran mendatar/rabak
Kesan gelinciran – gempa bumi, letusan gunung berapi, tanah runtuh
===============================================================================
Gunung berapi
- tbtk drpd bahan yg ditolak keluar dr lapisan mantel mlalui rekahan tertentu dan dilonggok di permukaan bumi mengikut masa dlm pelbagai bentuk dan saiz
Kws mpy aktiviti gunung berapi
- Indonesia, Filipina, Jepun, Itali, Amerika Syarikat, New Zealand, Mexico
Gempa bumi
- gegaran yg dihasilkan secara tiba2 dr dlm bumi akibat drpd arus perolakan magma
- terjadi di garisan sempadan plat tektonik akibat drpd pergerakan plat secara pertembungan, perselisihan, dan tegangan
- jg boleh terjadi disbbkan oleh letusan gunung berapi
Tsunami
- ombak yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut
Fkt mhasil pelbagai btk gunung berapi
- Jenis lava
- lava bes mhasilkan gunung berapi yg landai
- lava asid mhasilkan gunung berapi yg curam
- Sifat lohong gunung berapi
- lohong yg mdatar mhasilkan dataran lava apb lava mbeku
- lohong tengah akan mhasilkan kon
- Sifat letusan
- letusan yg senyap dan berterusan mwujudkan kon gunung berapi yg sekata
- letusan yg kuat mwujudkan kawah yg besar
- Kesan gondolan
- hakisan yg berterusan di cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun dan mdedahkan magma
Bmb terhasil akibat aktiviti gung berapi
- Btk jalar luar – kon gunung berapi, dataran lava, kawah gunung berapi(kaldera), kolam air panas
- Btk jalar dlm – lakolit, pakolit, batolit, daik
Proses/cara pbtkn bmb akibat aktiviti gunung berapi
- Gunung berapi btk kubah
- terhasil dr lava jenis asid
- lava jenis ini sgt pekat dan tidak boleh bergerak jauh
- ia cepat mbeku pd jarak yg dekat mhasilkan gunung btk kubah yg tinggi tetapi curam pd cerunnya
- Gunung berapi btk perisai
- terhasil dr lava jenis bes
- lava jenis ini bersifat sgt cair dan mampu bergerak jauh
- ia lambat mbeku dan mhasilkan gunung berapi btk perisai yg rendah tetapi dasarnya sgt lebar
- Dataran lava
- terhasil dr lava yg keluar dr bbrp siri letusan yg perlahan
- biasanya lava jenis ini jenis bes dan bergerak jauh dan akan mbtk satu dataran yg rata
- Batolit
- hasil dr magma yg mengalami penyejukan dan pembekuan di dlm lapisan kerak bumi secara besar-besaran
- magma tidak berjaya keluar ke permukaan bumi
- proses penggondolan lapisan permukaan boleh mdedahkan btk ini lalu mhasilkan bongkah gunung yg besar
Kesan thdp kehidupan manusia
- kehilangan nyawa
- terbakar
- kerosakan/kemusnahan harta benda
- tanaman, ternakan, petempatan musnah
- terjejas kesihatan
- pencemaran udara – masalah pernafasan, sakit mata(pedih), sakit kulit akibat debu, asap
Kepentingan bmb akibat gunung berapi
- tasik kaldera- aktiviti pelancongan, mpy pemandangan yg cantik menarik pelancong cth Tasik Toba di Indonesia
- kolam air panas – tempat rekreasi dan pelancongan
- dataran lava bes – tanah subur sesuai utk aktiviti pertanian
- kon lava bes – mpy tanah yg subur, sesuai utk ptanian
- tasik krater – sesuai utk aktiviti perikanan, pelancongan, akuakultur
- Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yg tdpt dlm batuan gunung berapi
============================================================================
Hanyutan benua
- satu teori iaitu proses pemisahan benua tunggal yg dikenali sebagai Pangea kepada beberapa buah benua yg ada pd masa kini
- proses ini berlaku berjuta-juta tahun dahulu
Bukti teori hanyutan benua
- bukti keselanjaran benua
- persamaan garis pantai, boleh dicantumkan semula
- cth pantai timur benua Amerika Selatan dan pantai barat benua Afrika
- bukti fosil
- pnemuan byk fosil haiwan dan tumbuhan yg sama zaman di benua berlainan
- bukti kemagnetan purba
- medan magnet batuan telah berubah dan tidak sama dgn medan magnet bumi yg ke arah Utara
- bukti iklim purba
- proses glasier purba mbuktikan bahawa Afrika dan Amerika Selatan pernah bercantum
- bukti lautan
- lembangan dan dasar laut lebih muda drpd benua