Kawasan
bandar-bandar besar seperti Bandaraya Kuala Lumpur sudah tentu tiada
tanah lapang atau tanah kosong untuk diterokai dengan tanaman untuk
tujuan makanan. Kalau adapun hanya sedikit kawasan diperuntukan untuk
kawasan rekreasi yang terdapat tasik , pokok-pokok bunga, pokok
pelindung daripada panas terik, laluan berjalan kaki dan tempat-tempat
istirehat seperti Tanam Tasik Titiwangsa dan seperti Tanam di Bandar
Baru Putra Jaya. Ianya hanyalah bertujuan untuk penduduk kota
beristirehat, berjoging dan menikmati sausana nyaman di bandar- bandar
besar.
Adalah
lebih baik lagi kalau konsep ini dipanjangkan lagi, bagi menghasilkan
bahan makanan untuk penduduk kota. Penduduk kota dapat menikmati sayuran
segar dari dalam bandar sendiri di samping sebagai kawasan rehat biasa
yang tidak menguntungkan. Maksud saya dari segi mempercukupkan keperluan
makanan segar penduduk bandar .
Pokok-pokok sayur-sayuran yang menghijau |
Penggunaan tanah organik dan racun serangga yang berskala rendah dan amat sedikit , lebih menitikberatkan kaedah bio-sistem bermakna bahawa semua yang dihasilkan oleh Brooklyn Grange mampan dan baik untuk penduduk kota New York. Kebun ini mempunyai musim menanam selama sembilan bulan kebiasaannya, dan semasa musim sejuk, mereka menggunakan penutup tanaman seperti tirai yang canggih, yang membolehkan pengeluaran hasil penaman sepanjang tahun.
Di
negara kita, biasa kita dengar ketika Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi
Junid di zaman Tun Mahadir menjadi Perdana Menteri, ada mempelopori
tanaman padi di atas bumbung bangunan di Alor Setar, Kedah. Konsep ini
berjalan hanya seketika kerana menjadi guruan orang ramai dan tidak
diteruskan lagi. Saya berpendapat konsep ini perlu diteruskan dengan
ada beberapa penambahbaikan dari segi tempat dan teknik. Adalah lebih
sesuai konsep kebun atas bumbung dijalankan di Kuala Lumpur kerana kos
tanah amat tinggi. Langkah menjimatkan kos perlu di kaji dan diteliti
untuk menghasilkan sayur-sayuran untuk warga kota dengan lebih cepat,
segar dan berkualiti. Ini sudah tentu dapat menjimatkan serta kos akan
lebih rendah kerana ianya berdekatan dengan pengguna yang ramai.