Khamis, Ogos 12, 2010

Soalan Ramalan Geografi STPM 942/1
Kertas 1 (Alam Sekitar Fizikal)


Proses pemindahan tenaga dari matahari ke permukaan bumi, kesan bahangan suria terhadao proses fizikal yang berlaku di atmosfera bumi, kepentingan tenaga suria terhadap tumbuhan dan haiwan
Maksud banjir kilat, faktor fizikal yg menyebabkan sering berlakunya njr kilat di bdr yg dikaji, kesan bjr kilat ke atas pnddk di bdr yg dikaji, langkah yg telah dilakukan bg mengatasi masalah bjr kilat t'sebut
Maksud luluhawa, faktor fizikal yg m'pengaruhi luluhawa kimia/mekanika di sesuatu kwsn, kesan luluhawa kimia/mekanika kpd p'bentukan landskap dan aktiviti manusia
Jenis batuan yg m'btk konfigurasi btk bumi, proses p'bentukan batuan t'sebut, pengaruh batuan t'hdp konfigurasi btk bumi dan aktiviti manusia
teori hanyutan benua, proses p'bentukan benua, kewujudan gunung berapi, imbangan air dlm proses kitaran hidrologi
lukis garisan isoterma, stesen2 cerap cuaca2
bahangan terestrial,luluhawa biologi, runtuhan, awan(ciri2), pemeluwapan, kerpasan,imbangan air, aras trofik (ekosistem t'jejas akibat aktiviti manusia), solstis musim panas/sejuk,hakisan, perubahan iklim,lembangan saliran, perubahan aras laut,arus pesisir pantai,tenaga eksogenik
banyak nak baca nih...

KRISIS AIR

Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini.[1]. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.

Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan[2].

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.

Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian[3].
Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air[4]. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan[5].

Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.

Hutan dan air
Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.

Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga[6] Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan melepaskannya ke laut.

Krisis air di Malaysia

Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:

Krisis air di Lembah Kelang 1998
Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai

Sungai adalah air yang mengalir melalui lurah dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan akhirnya ke tasik dan laut

Lembangan sungai ialah satu kawasan yang disaliri oleh sungai utama bersama dengan cawangannya.

Satu lembangan sungai dipisahkan dengan satu lembangan sungai yang lain oleh legeh atau puncak banjaran.

Sumber air sebatang sungai berpunca dari

Kawasan tadahan hujan di kawasan pergunungan Hutan Khatulistiwa seperti Sungai Amazon.
Pencairan Glasier seperti Sungai Rhine di Perancis.
Tasik seperti Tasik Tana bagi Sungai Nil Biru.
Mata air seperti Sungai Thames di London.

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai

●Aliran sungai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
(a) Hulu
(b)Tengah
(c)Hilir

●Tindakan sungai pula dibahagikan kepada proses iaitu:
(a)Hakisan
(b)Angkutan
(c)Pemendapan

■ Peringkat hulu sungai mengalami proses hakisan manakala bahagian tengah sungai mengalami proses hakisan dan pemendapan.

■ Peringkat hilir sungai yang beraliran perlahan mengalami proses pemendapan.

■ Profil panjang sungai ialah bentuk keseluruhan aliran sungai daripada puncanya di bahagian hulu hingga ke muara.Air Terjun terbentuk apabila air sungai mengalir turun dari aras yang tinggi secara tiba-tiba.Likuan Sungai terbentuk apabila sungai mengalir perlahan dan berkeluk.Hakisan di tebing liku cekung sungai membentuk tebing tinggi dan curam.Pemendapan di tebing liku cekung membentuk tebing landai.Hakisan tebing sungai yang berterusan menyebabkan segenting sempit terbentuk.Segenting ini terputus semasa banjir dan liku terpenggal terbentuk.

■ Profil rentas sungai pula merujuk bentuk lurah sungai pada setiap peringkat.Apabila liku sungai terpisah daripada sungai utama,tasik ladam terbentuk.Pemendapan di bahagian muara sungai yang berterusan membentuk delta.

☻Bahagian hulu:
1.Lurah sungai berbentuk ‘V’ dan bercerun curam.
2.Sungai mengalami hakisan menegak.
3.Bentuk muka bumi-jeram, air terjun dan lubuk.

pengangkutan sungai

Di sepanjang aliran sungai, pelbagai aktiviti berlaku seperti proses hakisan, pemendapan dan pengangkutan. Kadar aktiviti –aktiviti dipengaruhi oleh faktor berikut:
Isipadu air sungai – keupayaan sungai untuk menghakis bertambah apabila hujan lebat dan waktu banjir berlaku. Apabila kemarau berlaku, kadar hakisan akan berkurangan kerana isipadu air berkurangan
Halaju sungai – sungai yang mengalir deras di kawasan bercerun curam akan menjalankan hakisan dengan aktif berbanding dengan sungai yang mengalir perlahan
Kecerunan – sungai akan mengalir deras di kawasan bercerun ceram berbanding dengan cerun landai
Beban sungai – beban yang dibawa oleh aliran sungai membolehkan dasar dan tebing terhakis.
Kekerasan batuan – batuan yang lembut lebih mudah terhakis berbanding dengan batuan keras.

Proses hakisan sungai terdiri daripada:

Larutan
Lelasan
Lagaan

Hakisan sungai

Tindakan hidraul
Sungai memainkan peranan yang penting dalam pembentukan muka bumi dengan mengangkut sedimen. Sedimen yang dihakis di kawasan hulu akan diangkut dan dimendapkan di kawasan tua atau laut.
Sedimen ini dapat diangkut dengan beberapa cara:

Heretan
Peloncatan
Apungan
larutan

bentuk muka bumi di kawasan muda

Di bahagian ini, air mengalir dengan deras mengikut cerun yang curam dan hakisan menegak adalah sangat aktif.
Antara rupa bentuk muka bumi yang terdapat di sini ialah:

AIR TERJUN

Terbentuk apabila air sungai terjun secara mendadak dari satu kawasan yang tinggi ke satu kawasan yang lebih rendah disebabkan oleh perbezaan ketinggian
Hakisan pada puncak air terjun mengakibatkan air terjun mengundur arah ke hulunya
Contoh air terjun ialah AIR TERJUN NIAGARA, AIR TERJUN KOTA TINGGI dan AIR TERJUN YOSEMITE

JERAM DAN JERAM BERTINGKAT

Jeram terbentuk di kawasan pergunungan yang batunya tidak sama jenis
Batuan lembut mudah dihakis oleh aliran sungai sementara batuan keras ditinggalkan dan meninggalkan perbezaan gradien. Ini menyebabkan kelihatan terloncat di atas batuan keras.
Jeram bertingkat pula terbentuk apabila batuan keras berselang seli dengan batuan lembut. Air sungai yang mengalir kelihatan terloncat-loncat di atas satu siri batuan keras.
Contoh :jeram bertingkat sepanjang sungai Nil

NGARAI

Lurah yang dalam terbentuk apabila sungai yang mengalir di kawasan kering
Lurah ini berbentuk jurang dan dikenali sebagai kanyon
Hujan yang sedikit mengurangkan pelebaran jurang itu.
Contoh : Grand Canyon di Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat.

LURAH BERBENTUK V

Hakisan menegak oleh sungai yang deras mengakibatkan pembentukan lurah yang dalam, sempit dan berbentuk seakan-akan V
Jurang atau gaung yang terbentuk di kawasan batuan keras mempunyai lurah yang sempit yang bertebing sangat curam.

Bentuk muka bumi di kawasan dewasa

Halaju sungai berkurangan kerana mengalir di cerun yang lebih landai.
Beberapa cawangan sungai mengalir masuk ke sungai ini dan menambahkan isipadu sungai.

Proses hakisan menegak telah beransur-ansur digantikan dengan hakisan sisi terhadap tebing sungai.

Muatan sungai selalu berada dalam keadaan seimbang dengan halaju air. Sekiranya muatan sungai bertambah, pemendapan akan berlaku di dasar dan tebing sungai sehingga keseimbangan berlaku.

Rupabentuk yang didapati di kawasan dewasa ialah:

TUBIR SUNGAI

Hakisan yang berterusan terhadap tebing sungai pada peringkat ini akan menyebabkan susuh bukit berpanca terpenggal sehingga membentuk satu barisan tubir.

LURAH BERBENTUK V YANG LEBIH LEBAR.

Pada peringkat ini, dasar sungai menjadi lebih lebar dan cerun tebing menjadi lebih landai
Keadaan ini disebabkan oleh hakisan sisi terhadap tebing lebih aktif daripada hakisan menegak tebing sungai dan hakisan terhadap tebing sungai oleh hujan, kesotan tanah dan gelongsoran tanah.

LIKUAN SUNGAI, CENURAM DAN TEBING CURAM

Sungai mula berliku-liku disebabkan oleh daya graviti, keadaan lapisan tanah yang tidak sama serta proses hakisan dan pemendapan

Bentuk muka bumi di kawasan tua

Halaju sungai semakin perlahan kerana sungai mengalir di dataran yang luas dan rata.
Muatan sungai bertambah kerana cawangan sungai membawa muatan ke sungai utama.

Aktiviti utama di kawasan ini adalah pemendapan.

Antara rupa bentuk sungai yang terdapat di kawasan tua ialah:

LIKU TERPENGGAL DAN TASIK LADAM

Hakisan bertindak terhadap likuan sungai dan membentuk cerun cekung (liku terpenggal)
Pemendapan pula berlaku pada likuan dalam dan membentuk cerun cembung.
Proses hakisan dan pemendapan yang berterusan akan menyebabkan likuan semakin menjadi jelas dan semakin yang menyerupai satu bulatan
Akhirnya bahagian tersebut semakin sempit dan terpenggal dan membentuk tasik ladam.
DATARAN BANJIR
Gradien yang sangat landai menyebabkan sungai mengalir dengan perlahan-lahan dan membawa bersamanya muatan yang terhakis dari peringkat muda dan dewasa sungai.
Pemendapan berlaku di bahagian dasar sungaii.
Pada waktu banjir, air sungai melimpahi tebingnya. Bahan muatan yang halus seperti lumpur halus dan bahan dalam larutan dimendakkan ke kawasan sekitar sungai dan membentuk dataran banjir
Contoh: dataran Sungai Ganges, Sungai Mississipi dan Sungai Chang Jiang

TETAMBAK

Bahan yang lebih kasar dimendapkan oleh sungai ketika air membanjiri tebingnya.
Paras kedua-dua tebing sungai akan dinaikkan dan membentuk tetambak
Tetambak sebagai penghalang banjir boleh wujud secara semulajadi atau buatan manusia

DELTA

Merupakan dataran banjir di muara sungai yang meluas ke laut.
Apabila sungai sampai ke laut, enapan yang masih di bawa oleh sungai membentuk sebuah kawasan aluvium berbentuk kipas yang dipanggil delta.

Kepentingan sungai kepada manuisa

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia.
Tamadun manusia

Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa.
Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak dan Sungai Kelang
Contoh lain adalah seperti Shanghai, Calcutta dan Karachi
Bekalan Air
Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya
Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit
Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi

Pengangkutan

Manusia menggunakan sungai untuk mengangkut barangan pukal ke kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya seperti sungai Chao Pharaya yang dapat dimudik sehingga 400 km dari muara ke pendalamannya pada musim hujan dan 200 km pada musim kemarau, Sungai Irrawaddy (dapat dimudik sehingga 1440 km dari muara hingga Bamor) dan Sungai Tigris

Makanan

Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.

Kuasa hidroelektrik

Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang he dan Sungai Indus
Rekreasi
Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang sungai seperti berkayak, memancing dan berenang

Estatika

Sesetengah sungai dikenali dengan kecantikannya seperti sungai Niagara yang popular untuk berbulan madu dan percutian

RAMALAN GEO SEM3