Selasa, Oktober 26, 2010

RAMALAN GEOFIZIK 2010



GEOMOFOLOGI PINGGIR PANTAI 4 STAR ****

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Konsep Pinggir Pantai

Adalah zon yg terletak di antara tikas air pasang dgn tikas air surut ombak.
Pantai merupakan satu jalur linear daratan yg terdiri drp timbunan bahan mendak yg peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yg berasal dari laut dan sungai.

Antara agen geomorfologi yg bertindak di zon pinggir pantai ialah:

Ombak
Arus
Arus Pasang-surut
Tindakan Angin
Agen Geomorfologi Pinggir Pantai

1. Ombak, terbahagi 2;
Ombak Pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yg lebar.

Ombak Pembinasa menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina oleh ombak pembina. Biasa berlaku ketika ribut pada musim tengkujuh atau kesan gelombang ‘Tsunami’ akibat gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.

2. Arus

Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus pesisir pantai (hanyutan pesisir pantai)
terhasil drp perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak
disepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara ‘zig-zag’.

3. Arus pasang-surut

Agen pasang dan surut juga mempengaruhi bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantaikhususnya di muara sungai. Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di ataspaksinya.
4. Angin

Bertindak di zon luar pesisir yg tidak dicapai oleh tikas air pasang. Angin boleh
mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk muka bumi yg terdapat di zon luar pesisir.




Faktor mempengaruhi proses geomorfologi Pinggir Pantai.

1. Halaju angin
Menentukan saiz dan kekuatan ombak. Tiupan angin perlahan membolehkan ombak pembina terbentuk untuk memendapkan muatannya. Angin kencang menghasilkan ombak pembinasa yg bertindak menghasilkan hakisan.
2. Orientasi pantai
Pantai yg terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yg kuat semasa Monsun Timur Laut. Pantai yg terlindung pula akan mengalami kadar pemendapan yg tinggi kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan

3 Kedalaman air

Kawasan pantai yg dalam mengalami kadar hakisan yg tinggi. Kawasan pantai yg cetekpula mengalami pemendapan yg tinggi kerana ombak kehilangan tenaga akibat geserandgn dasar pantai.

4. Faktor Geologi

Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun tersebut. Pantai yg
terbentuk oleh batuan yg keras tahan di hakis ombak dan pantai itu berbentuk
tanjung. Pantai yang berbatuan lembut, mudah terhakis dan ia akan membentuk teluk.

5. Kualiti dan kuantiti bahan

Jika Ombak membawa muatan yg keras seperti batu kerikil dan batu tongkol maka kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan tersebut bertindak sebagai alatpenghakis yg berkesan.

Jika ombak membawa batuan yg lembut dalam kuantiti yg banyak seperti batu lada,kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi pemendapan dipantai berkenaan.

6. Pertembungan arus laut dgn arus sungai

Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya berlaku di muara. Kedua-dua arus
kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya di dasar muara berkenaan. Kadarpemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yg di bawa oleh kedua-dua arus.

7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut
Semakin besar beza maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan menjadi semakinlebar. Tikas air pasang yg tinggi dan tikas air surut yg rendah di muara akanmempengaruhi kelebaran bahan muatan yg akan dimendapkan seterusnya kelebaran deltayg akan terbentuk.Faktor penyebab kelandaian dan kecuraman pantai.

1. Jenis dan saiz bahan mendak (Sedimen)

Bahan mendak kasar akan membentuk pantai yang curam manakala bahan mendak halusakan membentuk pantai yg landai. Taburan bijian pasir menunjukkan bijian kasar disebelah atas cerun dan semakin halus menghala ke gigi air. Cerun pandai lebihcuram di bahagian atas berbanding dgn bahagian bawah. Keadaan ini disebabkantenaga damparan ombak lebih tinggi semasa menghempas pantai berbanding tenagalurutannya.

2. Faktor jenis dan kekuatan ombak.
Ombak pembinasa (ombak junam) mempunyai tenaga kinetik yg kuat untuk menghempasdan memusnahkan cerun pantai. Selepas ombak ini berlaku cerun pantai yg landai bertukar menjadi ceun curam. Profil rentas pantai juga menjadi lebih pendek krn ombak ini mempunyai kusa hakis-angkut yg kuat. Sekiranya ombak pembina (ombak limpah) berlaku pantai akan banyak bahan enapan yg akan dimendapkan menjadi pantai yg landai.

3. Orientasi pantai
Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan menerima damparan dan arus yg kuat membantuk cerun yg curam seperti pantai timur Semenanjung Malaysia yg terdedah kepada damparan ombak Laut China Selatan. Pantai yg terlindung pula akan menerima damparan dan arus yang lemah yg membentuk cerun landai dengan bahan enapannya seperti pantai barat Semenanjung Malaysia yang terlindung dari tiupan angin oleh Pulau Sumatera.

4. Faktor manusia
Pantai yang dibangunkan dengan aktiviti penebangan pokok hutau pantai, mengorekpasir dan mendalamkan muara sungai akan mengalami hakisan yang kuat menyebabkan cerun pantai menjadi curam. Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman pokok rhu dan bakau, membina benteng pecah ombak akan menyebabkan penambahan pasir pantai yang menjadikan cerun landai.

5. Pengaruh arus
Arus pasang surut yang bergerak selari dengan garis pantai akan memendakkan bahan enapan yang banyak jika pantai bersebelahan dengan muara sungai. Semakin banyak bahan mendapan yang di bawa arus maka cerun pantai menjadi landai. Pantai yang berlumpur lebih landai berbanding pantai yang berpasir kerana ia mempunyai kuantiti, mengalami serakan dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih banyak.

Hakisan Ombak

1. Tindakan Hidraulik
Tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawanya. Ombak yang menghempas pantai (swash) akan memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan batuan menyebabkan rekahan mengalami pengembangan. Apabila ombak mengundur (backwash) udara dalam rekahan menguncup maka rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuan pecah dan runtuh.

2. Tindakan kikisan atau lelasan
Tindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan yg di bawa ombak dgn batuan di kaki cenuram atau tanjung yg mengadap ombak. Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil,batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk mengesel dan menghauskan kaki cenuram tadi. Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi oleh bahan yg dibawa oleh ombak.






2. Tindakan lagaan
3.
Proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantai apabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri. Contohnya batu tongkol bertukar menjadi serpihan prismatik yg lebih kecil akibat perlanggaran.
Perlanggaran berlaku dalam dua arah iaitu ke atas dan ke bawah semasa damparan dan semasa lurutan ombak.

4. Tindakan larutan
Proses hakisan laut secara kimia iaitu air laut bertindak melarutkan mineral
batuan yang ada di pinggir pantai. Contohnya mineral mudah larut dan bersifat
menyerap air seperti kalsium karbonat (batu kapur) akan menjadi kalsium hidrogen karbonat atau kalsium bikarbonat.
Bentuk bumi Hakisan Ombak
1.Tebing tinggi Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di tebing.
Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

2. Tanjung
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak.

3. Teluk
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembutyang berselang seli. Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak.

4. Gerbang Laut
Terhasil daripada hakisan gua laut. Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.

5. Batu Tunggul
Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut. Apabila bumbung
gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk.

Pengangkutan Ombak
1. GolekanBahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut olehombak.
2. Hanyutan pesisir pantai -Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir
selari dengan pantai.
3. Ampaian - Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan
kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.
4. SeretanBahan -bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar
pantai oleh arus seret.



Faktor mempengaruhi pengangkutan ombak
1. Tenaga arus
Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh.

2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah.

3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan.

4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.

TSUNAMI LANDA SUMATERA LAGI

Gempa bumi yang kuat mencetuskan tsunami yang melanda perkampungan di pulau-pulau terpencil di Barat Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, lebih 160 lagi hilang, demikan para pegawai dan saksi hari ini.

PADANG, KOMPAS.com — Sedikitnya 200 rumah di dua desa di Kabupaten Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, tersapu gelombang tsunami sesaat setelah gempa 7, 2 skala Richter menguncang wilayah tersebut, Senin (25/10/2010) sekitar pukul 21.42.
Ratusan rumah warga di dua desa tersebut hanyut tersapu tsunami yang datang tak lama setelah gempa terjadi. Informasi di lapangan menunjukkan bahwa rumah warga yang hanyut tersebut disapu gelombang tsunami yang ketinggiannya diperkirakan mencapai dua meter lebih.
Seperti apa perkembangan yang terjadi di Mentawai saat ini, hal itu belum dapat digambarkan secara detail karena telepon seluler sejumlah pihak dan warga tidak dapat tersambung ketika coba dihubungi. Jaringan telepon diduga terputus akibat gempa yang diduga memorak-porandakan infrastruktur di wilayah tersebut.
Selain menghanyutkan ratusan rumah, dua kapal asing jenis yatch yang berlayar di sekitar perairan Kepulauan Mentawai tabrakan dan mengakibatkan dua orang tenggelam. Kapal itu kini masih dalam pencarian pihak terkait.


PADANG, KOMPAS.com — Sebagian wilayah di Kabupaten Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, terkena tsunami dengan ketinggian 1,5 meter pascagema 7,2 SR, Senin (25/10/2010) malam. Dua dusun dilaporkan habis disapu gelombang.

Menurut staf Yayasan Citra Mandiri Mentawai, Pinda Simanjuntak, dua dusun yang disapu gelombang tsunami adalah Dusun Monga dan Dusun Munte Kecil di Desa Malakopak, Kecamatan Pagai Selatan, serta Desa Malakopak yang terdiri dari enam dusun.

Ia mengatakan, gelombang air laut masuk hingga 800 meter dari bibir pantai. Air laut juga merusak Kantor Kecamatan Pagai Selatan dan kantor-kantor pemerintahan. Peristiwa ini membuat aktivitas perkantoran praktis lumpuh.

Tiga orang dilaporkan tewas menjadi korban gempa yang diikuti tsunami tersebut. Namun, identitas korban dan penyebab kematian belum diketahui.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4