Isnin, Oktober 15, 2018

TNTI:MEMAHAMI LEMBANGAN SALIRAN (HAKISAN)

LEMBANGAN SALIRAN (HAKISAN)


Lembangan Saliran di kelilingi oleh Legeh
Konsep lembangan saliran
Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai  di mana terdapatnya satu sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri.
Kata kunci 
-          kawasan tadahan bagi satu sistem sungai 
-          terdapatnya satu sungai
-          cawangan-cawangannya
-          dipisahkan oleh legeh-legeh
-          mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri
 
PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN

HAKISAN PERMUKAAN
Konsep hakisan permukaan
Proses pengukiran atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan  oleh agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier. 
Kata Kunci
-          pengukiran. atau penghausan permukaan cerun
-          serta pengangkutan bahan 
-          agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier
Jenis-jenis hakisan permukaan
Hakisan percikan
-          titisan air hujan yang turun akan mengcungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan.
-  Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan, kelebatan dan faktor perlindungan permukaan bumi.
Hakisan kepingan
-          Butiran tanah yang telah terlerai akibat percikan air hujan akan di hakis dan diangkut oleh larian air permukaan.
-          Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan cerun terhakis.
Hakisan galir ( rills )
Hakisan Galir & Galur
-    Bahan –bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil.
-          Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.
Hakisan galur ( gullies )
-    Bahan –bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi alur-laur yang luas.
-          Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas kepada pembentukan sungai.
KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PERMUKAAN
A.   Kaedah Perundangan
-     Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan.
 
B.   Kaedah bukan perundangan
Pembinaan teres
-          Khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.
-          Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
-          Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.
Pembinaan parit / longkang
-          Air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
-          Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.
-          Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan  secara bertangga bagi menjamin ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.
Penyimenan permukaan cerun
-          Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
-          Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah.
-          Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.
Penanaman rumput dan tumbuhan kekacang
-   Dapat mengurangkan hakisan percikan, mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya menggalakkan resapan air ke dalam tanih.
-    Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut dapat memegang dan mencengkam tanah daripada dihakis oleh air larian permukaan.     
 Pendidikan
-          Melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral dan sebagainya.
-          Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.
  
Kempen
-          Melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.
HAKISAN SUNGAI

Konsep hakisan alur sungai
Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan bahan  oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti  air mengalir, dan glasier. 
Kata Kunci
-          pengukiran. atau penghausan alur-alur sungi
-          pada bahagian tebing atau dasar
-          serta pengangkutan bahan 
-          agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan glasier
JENIS HAKISAN SUNGAI
Mendalam / menegak / dasar
-          merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
-          berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran air sungai deras.
-          alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam , sempit dan berbentuk V .
Melebar / tebing 
-          merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai.
-          lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan.
-          Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U.
Mengundur / kebelakang
-          merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur ( semakin ke hulu )
-          aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram.
-          hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan yang membentuk air terjun tersebut runtuh.
-          akibatnya air terjun tersebut semakin mengundur ke belakang.


CARA HAKISAN SUNGAI

Hidraul
-    hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai.
-          Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang terdapatnya air terjun, jeram dan lubuk.
-          Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut.
Geseran/lelasan
-          bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan sebagainya menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai.
Lagaan
-    merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama sendiri,  ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing sungai.
-          bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami perubahan saiz dan bentuk bahan.
-    perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang kasar dan berat bergerak secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.
Larutan
-        merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan batuan yang terdapat pada  dasar dan tebing sungai tersebut.
-          melibatkan batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dan dolomit.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI

Isi padu dan halaju air
-          halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan  isipadu air sungai.
-    hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai  banyak terutama semasa banjir.
Kecerunan
-          halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai.
-          halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.
-       sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.
-     sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.
-        di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya. 
Bentuk alur
-          Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak.
-      Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.
Jenis batuan
-     tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.
-        manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat.
Bahan muatan
-    bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan.
-       bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

Pembentukan Air Terjun
Bentuk muka bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda )
Air terjun 
-      terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara  mendatar  dan berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut.  
-    lapisan batuan lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras. 
-    lapisan batuan keras yang tahan hakisan akan tertnggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk air terjun.

 
Jeram
Jeram Bertingkat
     -          terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak.
      -          hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.
      -          akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat menuruni bonjolan yang keras.
Lubuk
-          lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai.

-          tindakan aliran air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di bahagian dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai  tersebut.
-          lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.
-          contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi, Kedah.
Gaung dan Lurah
-          merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai.

-          hakisan yang giat terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan sempit, dan bertebing curam.
-          lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung.
-          contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat.

TNTI:MEMAHAMI PINGGIR PANTAI - KONSEP DAN FAKTOR, PROSES, BENTUK MUKA BUMI DAN KAEDAH KAWALAN HAKISAN

PINGGIR PANTAI - KONSEP DAN FAKTOR, PROSES, BENTUK MUKA BUMI DAN KAEDAH KAWALAN HAKISAN



PINGGIR PANTAI
Konsep Pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  
Kata kunci
-          pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
-          di kawasan pinggir pantai
-          antara tikas air surut dengan tikas air pasang
-          termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
-          hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.  

Konsep Pantai Seimbang
Pantai seimbang merujuk kepada pantai yang seimbang atau sama daripada segi hakisan dan pemendapan bahan.
Kata kunci
-          pantai yang seimbang atau sama
-          hakisan dan pemendapan bahan
PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI
 
Konsep hakisan pinggir pantai
Hakisan Pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut.
Kata kunci
-          proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan
-          di kawasan pinggir pantai
-          oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut
Agen-agen hakisan pinggir pantai
Ombak
-          Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut.
-          terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina ( pemendapan dan ombak pembinasa )
Tsunami
-    Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi, gelinciran dan tanah runtuh di dasar laut.
-          mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.
Arus atau hanyutan pesisir pantai
-          Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin atau biasan angin lazim serta kesan daya koriolis atau putaran bumi.
Pasang surut
-          terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut.
-          Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai.
  
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI
Hidraul 
-         berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri
-     ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau retakan batuan tersebut.
-  semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan tersebut.
-         semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi dilepaskan.
-  berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.
Geselan/lelasan
-         disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
-         bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir pantai.
-         semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.
Larutan
-       proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai.
-         berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur
Lagaan
-         Bahan-bahan yang dibawa oleh  ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.
-         Melibatkan perubahan saiz bahan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal ( semulajadi )
Jenis ombak
-      Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami 
Pendedahan Pantai
-         Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang  terlindung.
Arus
-         arus bergerak selari dengan pantai.
-         bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya  akan diseret selari dengan pantai.
-         berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bahan
-         kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan.
-         bahan-bahan pinggir pantai seperti  pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen   yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis.
 
Batuan
-         pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.
-          pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.
-         pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis.
-         pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.
Cerun pantai
-         pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.
-         bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai. 
Orientasi pantai
-         pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
-         pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.
-         tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.
 
Tumbuhan
-    tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.
-         sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.
FAKTOR AKTIVITI MANUSIA
  1. Pembalakan dan penebangan hutan bakau
o   aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai
o   akar bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan ombak.
o  pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan giat.
o akar bakau juga berperanan memerangkap sidemen yang di bawa oleh ombak- memungkinkan berlakunya pemendapan.
  1. Perlombongan pasir
o   menyebabkan pinggir pantai hilang titik keseimbangan.
o   pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku secara besar-besaran kerana secara semulajadinya pasir kawasan pinggir pantai tersebut akan mencari titik keseimbangan yang baru.
  1. Pembinaan
o   pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan yang melonggarkan struktur tanah.
o   tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
o   aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti bakau ditebang.
o   penebangan  pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.
  1. Pelancongan
o   aktiviti sukan air seperti penggunaan jet ski serta pergerakan bot-bot penumpang  akan menghasilkan pergerakan air atau ombak.
o   mempertingkatkan kadar hakisan di kawasan pinggir pantai.
  1. Pendalaman kawasan pinggir pantai
o pendalaman pinggir pantai untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan mengubah jenis ombak.
o   ombak pembinasa akan terhasil akibat pendalaman kawasan pinggir pantai tersebut – kesannya hakisan bertambah.
 
BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI
Cenuram atau tebing tinggi
  • terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan
  • tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul, larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.
  • hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya batuan di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak
  • tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
  • berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
  • pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.
Tanjung dan Teluk
  • kedua-duanya terbentuk secara bersampingan
  • tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
  • teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.
  • proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang tersusun secara berselang-seli. 
  • tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit, batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.
  • bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung. 
Gua
  • Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
  • Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang dikenali sebagai gua.
Lohong Ombak ( gloup )
  • Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
  • Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
  • Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.                                         
 
KAEDAH  MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
 
Kaedah Perundangan
-          Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada-  hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lessen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai dan sebagainya.
 
Kaedah bukan Perundangan
Penanaman Pokok Bakau
Penanaman pokok bakau
-          Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
-          Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada serangan ombak terutama semasa damparan ombak. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau sediment.
-          Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.

Penambakan
-          pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak.
-          Penambakan akan mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan kadar hakisan di kawasan tersebut.
Benteng Pemecah Ombak
Benteng pemecah ombak
-          benteng yang beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah.
-          bertujuan memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
-          Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan kelajuan dan kebolehannya menghakis.
Tembok
-          tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
-          Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan igneus ).
-          Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.
Guni pasir 
-          pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di pantai.
-          Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.
Pendidikan
-    melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran geografi, Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya  atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam Sekitar.
-          dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
Kempen
-     kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
-          Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun melalui media massa.
-          Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
PROSES PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI
Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai
Hanyutan Pesisir Pantai
Konsep Hanyutan Pesisir Pantai
o   Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai akibat daripada pembiasan ombak .
o   bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya  pindahkan secara selari dengan garisan pinggir  pantai.
o   semasa hanyutan pesisir pantai membawa bahan mendapan ini, tindakan damparan ombak ke atas pinggir pantai akan membolehkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai. 
Golekan
o   melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .
o   bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.
Ampaian
o   bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai  hampir dengan permukaan.
o   melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o   bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Seretan
o   berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
o   proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN PINGGIR PANTAI
Ombak dan arus
o   ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai lalu memendapkannya. Ombak pembinasa pula  menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.
o   arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan bahan-bahan secara selari dengan garisan pantai.
Pasang surut
o   semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
o   semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.  
Cerun
o   bahan-bahan pinggir pantai  yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai berbanding pengangkutan bahan ke pantai. 
Halangan
o   merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau, tanjung dan benteng pemecahan ombak.
o   bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada halangan-halangan tersebut.
o   contoh, pembinaan benteng pemecah ombak menyebabkan bahan yang diangkut tidak sampai ke pantai tetapi sebaliknya dimendapkan sepanjang benteng tersebut.    
Orientasi pantai
o   bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o   bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan seperti tanjung. 
Saiz bahan, jenis dan bentuk bahan
o   bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu dan kelodak diangkut secara ampaian.
o   bahan yang berat seperti batu tonngkol diangkut secara golekan atau seretan.
o   bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di bahagian dasar secara golekan.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4