Rabu, Oktober 24, 2018

TNTI;MEMAHAMI GEOGRAFI PINGGIR PANTAI

TNTI:MEMAHAMI KONSEP PEMBANGUNAN WILAYAH



HNG 3033
PEMBANGUNAN WILAYAH

1.0 PENDAHULUAN
Strategi pembangunan adalah cara atau jalan terbaik untuk mencapai tujuan dan sasaran untuk pembangunan tidak kira untuk skala wilayah ataupun skala yang lebih kecil iaitu desa.

 Pembangunan bermaksud suatu proses atau perubahan terus dalam bidang fizikal, ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh manusia. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup semua anggota masyarakat dalam lingkungan kawasan pembangunan, termasuklah dari segi material dan spiritual.

Selain itu, antara objektif utama dilakukan pembangunan ke atas wilayah-wilayah terpilih ini adalah untuk Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar.

Hal ini adalah untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Strategi pembangunan wilayah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah.

Strategi ini dilaksanakan berasaskan keupayaan tiap-tiap wilayah bagi pembangunan pertanian dan perusahaan terutama di negeri yang kurang maju untuk menjamin pembangunan negara secara keseluruhannya tumbuh dengan baik dan seimbang. Strategi pembangunan wilayah akan terus memberi tumpuan kepada mengurangkan ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi di antara negeri-negeri dalam negara.

 Satu bentuk pembangunan yang lebih seimbang adalah diperlukan untuk memudahkan pencapaian matlamat mengurangkan kemiskinan di negeri-negeri kurang maju dan memperbaiki agihan pendapatan di Malaysia. Strategi pembangunan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan berancang.

Dari itu istilah yang digunakan ialah Rancangan Pembangunan Negara. Pembangunan berancang ini merupakan satu usaha menentukan bagaimana kedudukan manusia yang diarah dan diatur dengan sengaja bertujuan mempastikan pencapaian matlamat perubahan yang dikenal pasti dan yang tanpa adanya campur tangan belum tentu akan berlaku. Mengikut Rahimah (2000),

 pembangunan terancang ini dapat dibahagi kepada empat fasa berdasarkan kronologi dan kaitan dengan keutamaan perancangan pembangunan yang terdapat dalam sesuatu masa itu.

Fasa-fasa ini juga boleh dikaitkan dengan empat Perdana Menteri Malaysia yang telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1957 dan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun. Fasa-fasa ini ialah fasa laissez-faire (selepas merdeka hingga 1970); fasa campur tangan negara (1971-1980), fasa liberalisasi, persyarikatan Malaysia dan penswastaan (1981-1996)dan fasa kegawatan (bermula 1997 dan selepasnya).
 
HNG 3033
PEMBANGUNAN WILAYAH

2.0 STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH DAN DESA 2.1

 Pembangunan Wilayah

Pembangunan wilayah adalah satu bentuk pembangunan secara terancang melibatkan kawasan yang luas (wilayah) sama ada berasaskan ekonomi bandar atau pertanian. Pembangunan wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi yang nyata yang ada antara negeri-negeri.

Strategi ini melibatkan penggunaan sepenuhnya segala punca-punca keluaran yang masih belum diusahakan, terutama sekali di negeri kurang maju; menggalakkan pemindahan penduduk ke kawasan-kawasan yang mengandungi kemungkinan ekonomi yang banyak; meluaskan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial di negeri-negeri tersebut dan kawasan-kawasan yang telah ketinggalan dalam pembangunan.

Perancangan ini mementingkan masalah ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan serta mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di kawasan tertentu sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan khususnya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan pembangunan.

Dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), objektif utamanya adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sub-sektor elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pendidikan dan pelancongan asas kesihatan dan sebagainya.

Untuk mencapai objektif ini, sokongan, promosi, dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tertinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Bagi tujuan tersebut, struktur dimensi fizikal negara perlu rasional dan sesuai bagi membolehkan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing. Justeru RFN Ke-2 menganjurkan konsep
Concentrated Decentralization

 sebagai strategi pembangunan negara. la bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara iaitu selaras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Konsep ini memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu; a) Bagi tujuan mempertingkatkan daya saing negara, pembangunan perlu difokuskan kepada konurbasi utama yang akan menjadi pusat utama bagi pelaburan asing dan tempatan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru dan Kuantan serta conurbation yang lain yang merupakan kawasan paling berdaya saing dan tersedia dengan rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan. Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang
 











HNG 3033
PEMBANGUNAN WILAYAH

melihat aglomerasi bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dalam usaha kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Dari segi pembangunan industri, setiap conurbation akan menjadi tumpuan kluster perindustrian. RFN Ke-2 mencadangkan jenis kluster perindustrian dalam kawasan conurbation yang menyokong bidang pertumbuhan sasaran yang telah dikenal pasti dalam IMP3 (
Third Industrial Master Plan

). b) Strategi

Concentrated Decentralization dalam RFN Ke-2 turut menekankan supaya pembangunan perlu difokuskan kepada lokasilokasi tertentu di sepanjang koridor yang berpotensi iaitu koridor utara selatan (pantai barat), koridor pantai timur dan koridor tengah serta koridor-koridor sekunder yang lain. Ini bagi mewujudkan pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang. Seiring dengan semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

 Pencapaian Diutamakan; RFN Ke-2 telah memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan dengan menyediakan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan yang efisien disamping menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat global.

2.2 Pembangunan in-situ

Program pembangunan wilayah secara in situ dilaksanakan untuk memajukan penduduk di kawasan tradisional yang tidak berminat untuk berhijrah ke luar. Program ini menumpukan usaha kepada pembangunan semula kampung-kampung dan kawasan pertanian yang telah sedia ada melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, penanaman semula tanaman, khususnya yang berorientasikan dagangan bagi meningkatkan keluaran hasil pertanian.

Melaluinya, petempatan dimodenkan dan perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan keluaran serta taraf hidup penduduk desa. Program pembangunan in-situ telah dilaksanakan melalui program pembangunan pertanian be
rsepadu (IADP), yang bersifat “kesepaduan” iaitu mengabung jalinkan tenaga, sumber potensi dan agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majuikan Sdn. Bhd. (MAJUIKAN), Maju Ternak Enterprise (MAJUTERNAK), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDEC, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Wilayah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi agensi yang terlibat dan bekerjasama bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui penyelarasan, mengintergrasi, sejajar dengan objektif pembangunan kawasan pertanian yang sedia ada.

Pembangunan in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah pertanian sedia ada akan terus menjadi strategi utama bagi pembangunan pertanian. Walau bagaimanapun, pembangunan tanah baru juga harus dilaksanakan terutamanya oleh agensi kerajaan negeri dan kemajuan wilayah serta sektor swasta.

Di samping itu, Kerajaan juga haruslah menyediakan khidmat sokongan dan insentif yang sesuai termasuk menyediakan tanah untuk membantu penglibatan pihak swasta dalam projek pertanian komersial berskala besar, terutamanya untuk pengeluaran makanan serta aktiviti florikultur dan akuakultur. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 231). Pendekatan pembangunan tanah secara in-situ harus terus dipakai sebagai strategi untuk menggunakan tanah pekebun kecil dengan lebih baik dan untuk mengatasi masalah kekurangan tanah.

Tanah terbiar akan ditanam semula, disatukan dan dipulihkan terutamanya melalui usaha sama pihak swasta atau kumpulan petani. Disamping itu, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta agensi awam lain terus menggalakkan penanaman tanaman makanan di kebun kecil berkonsepkan estet nukleus dan penanaman berkelompok.
2.3 Pembangunan pertanian bersepadu
IADP ialah satu pakej pembangunan yang bersifat 'kesepaduan' yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi, dan agensi kerajaan bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa.

 Di antara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula, dan penyatuan saiz dan skala tani yang tidak ekonomi di bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok).

 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Area (IADA) Kalaka-Saribas-Betong merupakan salah satu dari dua projek pembangunan pertanian bersepadu yang sedang dilaksanakan di Negeri Sarawak. Konsep IADA adalah menumpukan pemusatan segala usaha perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu kawasan sedia-ada atau in-situ.IADA Kalaka-Saribas-Betong terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandaraya Kuching di mana kawasan projek terletak di Daerah Kalaka dan Daerah Saribas di Bahagian Betong.

 Mengikut bancian 1991,terdapat seramai 83,000 orang di kawasan projek yang terdiri daripada 12,000 keluarga tani di mana dijangka kira-kira seramai 9,600 keluarga tani akan mendapat faedah dari pelaksanaan projek. Bermula perlaksanaan projek tahun 1986, tumpuan utama adalah mengatasi masalah kekurangan infrastruktur yang melibatkan pembangunan skim saliran untuk memperbaiki keadaan tanah yang sering ditenggelami air pasang surut serta membina   jalanraya dalam kawasan projek untuk membolehkan ianya dibangunkan dengan aktiviti pertanian secara komersil. Pembangunan tanaman utama pada peringkat awal tertumpu kepada pembangunan tanaman kelapa sawit di mana pada tahun 1997 matlamat untuk membangunkan kawasan kelapa sawit seluas 10,000 hektar telah tercapai.

Fungsinya adalah untuk;
 a) Pembangunan kawasan pertanian bersepadu melalui pengeluaran agromakanan, penternakan dan industri asas tani berdasarkan pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
 b) Membangunkan usahawan tani dan industri yang bergiat aktif dalam industri agro makanan, penternakan dan industri asas tani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan.
c) Memindahkan teknologi terkini melalui aktiviti pengembangan, khidmat nasihat kepakaran, pengwujudan plot demonstrasi pelbagai tanaman, latihan kepada golongan sasar bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara holistik dan berterusan untuk mencapai produktiviti, kualiti produk dan keselamatan makanan terjamin
d) Membangun, menaik taraf dan menyelenggara sistem saliran dan infrastruktur asas di kawasan projek pertanian yang dibangunkan oleh IADA Kalaka-Saribas-Betong. e) Menyalurkan bantuan input pertanian, penternakan dan peralatan pemprosesan IAT kepada peserta-peserta projek di bawah IADA Kalaka-Saribas-Betong.




Perindustrian desa

Strategi ini dilakukan melalui program penyelerakan/penyebaran industri ke desa.  Antaranya, melalui pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada asas sumber, makanan dan elektronik yang berintensif buruh, pemprosesan produk pertanian dan sebagainya.

 Selain itu, kawasan desa yang berpotensi dikenal pasti untuk dibina kilang pembuatan atau pemprosesan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai, dibina kemudahan asas yang lengkap, diberikan insentif pelaburan, dan lain-lain untuk menarik pelabur membina industrinya. Penyebaran industri ke desa di jangka dapat meningkatkan pendapatan penduduk desa melalui pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden.

 Strategi ini juga memberi perlindungan kepada industri-industri yang tidak efisien melalui perlindungan tarif yang tinggi. Selain daripada itu tujuan untuk mengurangkan pergantungan import tidak tercapai dengan semakin meningkatkan import barang pelaburan dan barang pertengahan.

 Sektor perindustrian juga merupakan sektor strategik untuk memenuhi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sektor ini diperlukan untuk mengurangkan masalah pengangguran bandar, menyerap migran dan desa yang mencari pekerjaan di sektor yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan yang lebih penting sektor ini merupakan alat utama untuk penyusunan semula pekerjaan dan pemilikan aset di samping membasmi kemiskinan.

 Strategi industrialisasi desa telah lama diperkenalkan sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan desa yang dipersatukan. Secara umum strategi ini bertujuan
untuk:
a) Mengubah masyarakat desa daripada masyarakat tani kepada masyarakat perindustrian.
 b) Mewujudkan altrnatif bagi sumber pendapatan dan guna tenaga. terutama dalam keadaan sektor desa mengalami keadaan pengangguran tak ketara serta mengalami daya pengeluaran yang rendah.
 c) Untuk meningkatkan pendapatan dan membantu mengurangkan kadar kemiskinan desa.
d) Dalam konteks yang lebih luas, industrialisasi desa bertujuan untuk membawa industri-industri kecil dan besar ke desa, terutama yang berpotensi untuk menggunakan sumber-sumber ·tempatan serta berintensif buruh untuk mewujudkan peluang peluang pekerjaan kepada penduduk desa.
e) Dalam konteks DEB, industri desa bertujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perindustrian dan perdagangan.

Kegiatan industri desa telah lama bertapak secara kecil-kecilan di desa dalam bentuk perusahaan kraftangan, logam, tembikar, anyaman dan sebagainya. Percubaan untuk memajukan industri desa secara tersusun bermula dalam tahun 1950-an dengan tertubuhnya Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 yang berfungsi untuk memajukan kedudukan sosioekonomi masyarakat desa yang di an tara kegiatannya memajukan industri kecil yang berasaskan bahan-bahan tempatan.

Walaupun dalam skop yang kecil, RIDA berperanan untuk memajukan industri desa melalui penerangan dan pembesaran program industri desa, memberi galakan dan usaha sama menerusi perkhidmatan nasihat , pemasaran dan kredit. Pembangunan industri desa oleh RIDA menjadi asas kepada penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perumahan. Skop RlDA yang terhad telah diperluas dengan penubuhan MARA pada tahun 1966, yang selain daripada meneruskan program pembangunan industri desa jua menekankan program-program latihan dan pengusahawanan bagi menyediakan penyertaan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Peranan ini diperluas terutama

 
dalam rangka DEB untuk menyusun semula masyarakat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera daripada segi guna tenaga dan penguasaan sektor industri, pembandaran dan perdagangan.
2.5 Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli
Strategi ini merupakan strategi yang utama kerana kerajaan pada masa hadapan cuba untuk mengarah dan mengalihkan letakan pertumbuhan dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan ke wilayah yang kurang maju. Pembangunan tanah adalah merupakan aspek penting, dalam usaha untuk menambahkan hasil pengeluaran negara amnya dan menambahkan hasil pertanian serta meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar khasnya.

 Oleh yang demikian, adalah mustahak perancangan dan pelaksanaan pembangunan tanah diberikan perhatian yang sewajarnya. Kepentingan satu pembangunan tanah yang dirancang dengan teliti mula disedari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada awal tahun 1955 apabila perwakilan Bank Antarabangsa membuat kajian tentang ekonomi Malaysia. Satu daripada cadangan perwakilan itu ialah perlunya satu kajian guna tanah yang menyeluruh mengenai aspek fizikal, ekonomi, sosial, ekologi dan pentadbiran tanah sebagai mengatasi satu daripada kelemahan perancangan pembangunan tanah.
Pada bulan Ogos 1955 satu jawatankuasa untuk menimbang dan merancang kawasan-kawasan baru untuk penempatan telah dibentuk. Jawatankuasa ini menyedari pentingnya satu pembangunan tanah yang dirancang kerana kawasan kediaman orang-orang Melayu yang sedia ada kebanyakannya telah terlalu padat dan kurang kawasan untuk pembangunan di masa hadapan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut, satu langkah segera telah diambil di mana jawatankuasa ini menekankan perlunya sumberjaya tanah dinilai, diurus dan dibangunkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang. Jawatankuasa ini mencadangkan perlunya kemudahan-kemudahan jalan, sekolah, pusat kesihatan dan lain-lain disediakan di kawasan rancangan baharu. Berikutan dengan itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance 1956) yang bertujuan untuk melaksanakan pembangunan tanah pada peringkat persekutuan, dan pada tahun 1959 Lembaga Pembangunan Tanah Negara telah ditubuhkan di setiap negeri.

 Di Malaysia umumnya, pembukaan dan pembangunan terhadap tanah adalah terletak di bawah perlaksanaan dua perbadanan kerajaan, iaitu Agensi Pembangunan Tanah dan Agensi Pembangunan Wilayah. Badan-badan yang bertanggungjawab di bawah  Agensi Pembangunan Tanah ialah FELDA, FELCRA(Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority)
Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang baru
Pihak kerajaan juga telah menyusun strategi pembangunan untuk pelaksanaan program urbanisasi di luar bandar. Menerusi strategi ini, pihak pembangunan wilayah telah menyediakan infrastruktur bertaraf bandar seperti bekalan air, elektrik dan aktiviti ekonomi moden. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi hasil dari program urbanisasi luar bandar inilah merupakan platform utama pihak pembangunan wilayah untuk membentuk sebuah pertumbuhan yang baru. Antara matlamat perancangan pusat pertumbuhan adalah untuk mendorong pembangunan di kawasan yang mundur, mengurangkan kesesakan di kawasan bandar metropolitan dan menyediakan satu saluran penghijrahan ke kawasan bandar (sebagai satu strategi pembandaran). (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. 1991)
Hal ini dapat dilihat seperti Bandaraya Kuala Lumpur yang dahulunya hanyalah merupakan sebuah bandar kecil yang pesat membangun ekoran daripada perkembangan perlombongan bijih timah. Dari sebuah pekan kecil perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali diseluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur yang pesat membangun sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia dengan pelbagai kejayaan yang dicipta. Jika dahulunya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan bangunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda hebat seperti Menara Berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi kebanggaan negara yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
Sektor pelancongan juga telah menjadi medium dalam meningkatkan pertumbuhan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan Malaysia. Sektor pelancongan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan memperluaskan peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan mencakupi bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan yang diperlukan adalah pelbagai serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua lapisan penduduk. Pelancongan memberi manfaat sampingan yang tidak kurang pentingnya kepada penduduk Kuala Lumpur. Dengan menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah, hiburan, rekreasi dan kebudayaan yang lebih pelbagai dapat ditampung. Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki, serta menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan. Ia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik.

Sebagai kesimpulannya, strategi pembangunan wilayah yang dilaksanakan menjadi satu medium utama yang dihamparkan umpama pemandangan yang sangat indah. Pembangunan wilayah yang dicapai hari ini digarapkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara seiring dengan era globalisasi yang tiada had sempadannya lagi. Pertumbuhan wilayah yang pesat membangun menerusi empat strategi pembangunan wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli, Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru secara tidak langsung telah memberikan impak yang sangat besar terhadap perubahan taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila perkembangan sesebuah wilayah telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang berhijrah ke bandar-bandar besar seterusnya membawa kepada sebuah penempatan yang maju seperti di Kuala Lumpur. Kepesatan sesebuah wilayah yang dibangunkan itu telah melahirkan pelbagai sektor ekonomi untuk menjana pendapatan negara dan menyumbang kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK). Selain itu, strategi pembangunan wilayah ini juga menjadi teras dalam perkembangan penggunaan teknologi dalam semua bidang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang peka terhadap kemajuan negara. Oleh yang demikian, strategi pembangunan wilayah menjadi jentera utama didalam pertumbuhan wilayah yang seimbang di Malaysia. Senario ini menjadi tiket perkembangan fizikal dan kemudahan infrastruktur demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat di sesebuah kawasan. Hal ini dapat membantu negara menghapuskan jurang perbezaan di antara
wilayah yang ada di Malaysia sebagai menyahut seruan kerajaan “rak
yat didahulukan,
pencapaian diutamakan”.

TNTI:MEMAHAMI GLOBALISASI DAN KERJASAMA SERANTAU


Kerjasama serantau 

 GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARAHAN: Siapkan Folio berdasarkan  panduan di bawah:-
 (a)    Menyatakan maksud globalisasi ekonomi
 (b) Menghuraikan aspek saling kebergantungan antara kawasan;
     (i)     Pelaburan
     (ii)    Teknologi
     (iii)   Pengeluaran
     (iv)   Pasaran
     (v)    Bekalan buruh

 (c)  Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;
     (i)     Kecekapan ekonomi
     (ii)    Daya saing
     (iii)   Pengkhususan
     (iv)   Penyertaan dalam ekonomi dunia.
    
(d)Membincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara;
        KESAN POSITIF
     (i)     Perdagangan bebas
     (ii)    Perluasan pasaran
     (iii)   Pemindahan teknologi
     (iv)   Aliran buruh
     (v)    Menggalakkan persaingan
     (vi)   Peningkatan kualiti produk

    KESAN NEGATIF
     (i)     Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC)
     (ii)    Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan.
     (iii)   Ancaman kepada penguasa kecil dan sederhana tempatan
     (iv)   Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing.
(v)       Penghakisan kedaulatan  negara.

     
4.2    KERJASAMA SERANTAU (14 W )
4.2.1   Konsep Kerjasama Serantau
(a)  Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :
        i)   Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
        ii)   Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
       iii)  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
        iv)  Kesatuan Eropah (EC).
       v)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

     (b)  Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan  antara kawasan.

4.2.2   Kepentingan dan masalah
(a)      Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi  serantau :
        i)   Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.
        ii)   Pasaran bersama
       iii)  Meningkatkan daya saing serantau
        iv)  Menjaga kepentingan bersama serantau
       v)   Keperluan guna tenaga buruh.

4.2.2   Kepentingan dan masalah
(b) Membincangkan isu dan masalah dalam
      kerjasama ekonomi serantau :
        i)   Perbezaan ekonomi antara negara anggota.
        ii)   Konflik politik wilayah dalam negara anggota
       iii)  Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
        iv)  Persaingan antara kepentingan negara dengan
             kepentingan serantau
       v)   Pencemaran rentas sempadan
       vi)  Keselamatan serantau.


Pertumbuhan segitiga merujuk kepada kerjasama memajukan
Subwilayah yang berjiran  di dalam ASEAN
 
4.3    PERTUMBUHAN SEGITIGA ( 6 W)
(a)   Mentakrifkan konsep Pertumbuhan segitiga .

(b)     Mengenalpasti kawasan Pertumbuhan
      segitiga  di dalam ASEAN:
     i)    Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia – Singapura (IMS – GT).
     ii)    Pertumbuhan Segi Tiga : Indonesia – Malaysia –Thailand (IMT – GT)
     iii)    Kawasan Pertumbuhan Asean Timur : Berunai Darusalam –
             Indonesia – Malaysia – Filipina (BIMP – EAGA)
Fokus Kerjasama: IMS – GT (Perindustrian)
                                IMT – GT (Sumber pertanian dan pelancongan)
                                BIMP – EAGA (Pelbagai aktiviti ekonomi)

(c)     Membincangkan peranan pertumbuhan segitiga dalam memajukan wilayah ;
       i)     Perdagangan.
      ii)     Pelaburan.
      iii)    Pengaliran buruh
      iv)    Penggunaan sumber
      v)     Pengangkutan dan perhubungan
     vi)     Teknologi.

4.4   HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR (4 W )
(a)     Menyatakan dasar luar negara Malaysia.
     Catatan:  Teras dasar luar negara Malaysia – Aman, Bebas  dan berkecuali.
Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau.
     Catatan:  Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama   kerjasama serantau
Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.
     Catatan:  Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan


- Tamat -




(a) KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat.Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan,liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.

(b) ASPEK SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN

Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut:

Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Teknologi  
Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran
Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

                                                                                      1
Pasaran
Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

(c)  Menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan;
   (i)     Kecekapan ekonomi :
-Terdapat negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding dengan negara lain.-Cont:-Negara Thai lebih cekap menghasil beras berbanding dengan Malaysia   maka Malaysia mengimport beras dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi.   Amerika syarikat lebih cekap menghasilkan kapal terbang dan gandum berbanding dengan Jepun. Maka Jepun mengimport tersebut.    

(ii)    Daya saing
Daya saing ialah kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari negara-negara lain.  Kerjasama antara kawasan membolehkan sesebuah negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran  yang baik  berbanding dengan negara pengeluar yang lain.
-Contoh : Malaysia adakan kerja sama dengan Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) untuk mengeluarkan model kenderaan baru.

     (iii)   Pengkhususan :
- Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan. Contohnya,  Negara-negara maju memerlukan getah asli tetapi tidak dapat dihasilkan oleh negara mereka. Mereka terpaksa mengimport barang tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Negara Thai dan Indonesia)
-Sebaliknya Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (kapal terbang, mesin2 industri) perlu import dari negara2 maju.

     (iv)   Penyertaan dalam ekonomi dunia.
- Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang lengkap.
-Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.-Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.

(d) KESAN GLOBALISASI
Kesan Positif:
Perdagangan Bebas yang dibawa oleh globalisasi ekonomi memberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan.

Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan  perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun,Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D
Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara  lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global.Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.
Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapat tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.
Kesan Negatif   ;
Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC).Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai  kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.
Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju   telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.

Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional  yang berpangkalan di negara maju.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KERJASAMA SERANTAU


4.2.1   Definisi Konsep Kerjasama Serantau

a. Kerjasama serantau merupakan satu persefahaman yang dibentuk antara negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan. Kerjasama melibatkan bidang ekonomi, budaya dan alam sekitar.  Contoh kerjasama serantau ialah Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Kesatuan Eropah (EU), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).



(a)  Mengenalpasti pakatan ekonomi serantau :

                                                                                                                  

a. Pengenalan
ASEAN ditubuhkan Pada 8 ogos 1967  yang terdiri daripada  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Kini  Asean terdiri daripada   10 negara apabila Brunei,Vietnam,Kampucheaa,Laos dan Myanmar menyertainya.
b. Tujuan penubuhan ASEAN ialah
1.Memajukan ekonomi,sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.                                                                
2.Meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
3.Keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara daripada ancaman pengganas, lanun dan pencemaran rentas negara.
4.Memberikan kerjasama dalam pelbagai bantuan latihan dan penyelidikan. Contohnya amaran awal tsunami dan jerebu.
c. Projek Perindustrian ASEAN
Projek Perindustrian ASEAN diadakan dengan mengagihkan kilang-kilang di kalangan negara anggota iaitu   * projek baja urea  ASEAN di Indonesia
           *projek baja urea ASEAN di Malaysia
           *projek vaksin hipatitis B ASEAN di Thailand
          *projek fabrikasi tembaga ASEAN di Filipina
          *projek batuan abu soda ASEAN di Thailand
Sektor perkhidmatan juga menjadi fokus utama untuk meluaskan tapak  pertumbuhan ekonomi ASEAN.Misalnya kerjasama industri melalui Skim Kerjasama Industri ASEAN berasaskan rangka perjanjian yang dibuat.Cara ini boleh meyakinkan pelabur asing.
Dasar ASEAN yang percayakan kepada memakmurkan jiran boleh membantu antara satu sama lain kerana kemakmuran boleh mewujudkan rakan perdagangan yang baik.
                                                                                                  

ii)AFTA (KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN/ASEAN Free Trade Area)



a. Pengenalan

Ditubuhkan pada tahun 1992 melalui deklarasi Singapura. Ia adalah sebuah pasaran serantau bersepadu untuk mengurang atau menghapuskan cukai (tarif) bagi sesetengah  barangan yang diniagakan  di kalangan negara ASEAN.



b. Tujuan AFTA

i. Menggalakkan kegiatan perdagangan iaitu import dan eksport sesama negara Anggota.

ii. Mengurang dan menghapuskan beberapa aspek berikut ; tarif perdagangan, dasar perlindungan dan birokrasi.
iii. Ke arah mewujudkan imbangan perdagangan yang lebih seimbang antara negara anggota.
c. Katogari barangan yang diberi pengurangan tarif ialah
1.barangan automatif
2.barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa produk pertanian lain
3.barangan yang dianggap sensitif seperti  hasil pertanian yang belum diproses contohnya beras
4.barangan yang berkaitan dengan keselamatan negara,kehidupan dan kesihatan manusia serta haiwan dan tumbuhan serta barangan yang mempunyai nilai estetika dari segi seni,sejarah dan arkeologi.
d. Feadah Afta Kepada Negara Malaysia
Di antara faedah penyertaan Malaysia dala AFTA ialah:
1. Malaysia boleh dengan bebasnya mengeksport barangannya dalam kuantiti yang banyak dari sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan ke negara-negara anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA. Negara ASEAN lain tidak boleh menyekat atau mengenakan tarif atau cukai import yang tinggi terhadap barangan dari Malaysia.
2.Malaysia juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negara-negara anggota AFTA. Ini menyebabkan penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah mampu membeli barangan dari negara-negara ASEAN.
 3. AFTA menyediakan peluang kepada usahawan atau pelabur tempatan mempertingkatkan eks[port ke negara anggota Asean lain.
                                                                                  
Dianggotai oleh 21 buah negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Autralia, Brunei, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Malaysia ,Mexico, Thailand, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Korea, Singapura, Taiwan,Vietnam .Ditubuhkan pada tahun 1989. Merupakan satu kerjasama ekonomi terbesar yang melibatkan hampir 50%  penduduk dunia.
Objektif penubuhan ialah
# mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
#memenafaatkan keuntungan bagi tujuan kebaikan ekonomi wilayah dan dunia
#membentuk sistem perdagangan pelbagai hala
#mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,perkhidmatan dan pelaburan
Projek kerjasama yang digubal oleh jawatankuasa kerja Apec 1991 ialah
      @ projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun,Indonesia dan Filipina
      @projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun,Korea Selatan,Thailand,Indonesia,Kanada dan Malaysia
      @projek perikanan yang diketuai oleh  NEW Zealand,Thailand dan Jepun
      @Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat
      @projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat 
Dalam persidangan di Bogor, Indonesia tahun 1994, APEC ingin mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka serta pelaburan di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Ia bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran tetapi juga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.
iv)  Kesatuan Eropah (EC).
PETA DUNIA

PETA EC
a. Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara European Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC
Anggotanya sebanyak 27 buah negara; Antaranya ialah:- Jerman, Belanda, United Kingdom, Perancis, Itali, Belgium, Ireland Sepanyol, Sweden, Austria, Finland, Denmark, Greece., Portugal, Luxemburg dan lain-lain.
b. Tujuan :
i. Mewujudkan satu matawang tunggal
ii. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
iii. Satu kerakyatan tidak memerlukan passport untuk bergerak ke Negara lain.
iv. Parlimen EU yang berkuasa

v)   Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA/ North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara).
a. NAFTA ditubuhkan pada 1994, adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi yang berasaskan prinsip pasaran bebas yang terdiri daripada negarai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
b .Tujuan penubuhan NAFTA untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui:-
i.  Kerjasama perdagangan yang bebas dan adil
ii. Menciptakan iklim pelaburan dan persaingan yang sihat
iii. Memberi perlindungan terhadap hak milik intelektual.
iv. Mencipta produser yang efektif dalam penyelesaian masalah perdagangan antara negara anggota.
v. Menghapuskan halangan tarif dikalangan negara anggota secara berperingkat-dalam 5 hingga 15 tahun.
     (b)  Menjelaskan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan.
  


Jenis Kerjasama

Takrif

Contoh Kerjasama

Kerjasama dua hala




Kerjasama pelbagai
hala


Kerjasama serantau


Kerjasama kumpulan negara









Kerjasama Sedunia





Segi Tiga
Pertumbuhan
Kerjasama antara dua buah negara



Kerjasama antara beberapa buah negara



Kerjasama antara negaranegara yang terletak rantau yang sama

Kerjasama antara negaranegara yang sama aras pembangunannya








Kerjasama yang melibatkan kebanyakan negara di dunia





Kerjasama yang melibatkan kawasan-kawasan tertentu di negara-negara yang berhampiran

Kerjasama antara Malaysia denganjepun dalam pemindahan teknologi membuat kereta

Kerjasama antara Malaysia dengan India, China, dan Taiwan dalam pelonggaran prosedur import-eksport

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Kerjasama Ekonomi Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN)

Kerjasama antara negara perindustrian G7 (Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Itali, U.K., Amerika Syarikat, dan Rusia)
Kerj asama antara negara membangun Gl 5 (Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Mesir, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela, dan Zimbabwe)

Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Sgi Tiga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
—thailand (IMT — GT)
Segi TIga Pertumbuhan Indonesia — Malaysia
— Singapura (IMS — CT)





4.2.2   Kepentingan dan masalah
(a)  Membincangkan kepentingan pakatan ekonomi serantau :

        i)   Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.
1 Kerjasama serantau seperti dalam ASEAN, APEC dan juga kerjasama
ekonomi antara negara Asia Timur penting bagi mengurangkan kesan
negatif globalisasi ekonomi dunia.
2 Melalui kerjasama ini juga, kemahiran dan kepakaran serantau dapat
disepadukan supaya berdaya saing di pasaraan antarabangsa, Selain itu,
kemajuan teknologi juga dapat dikongsi bersama.

        ii)   Pasaran bersama
1. AFTA ialah satu contoh kesungguhan negara anggota ASEAN mewujudkan pasaran bersama, melalui AFTA penghapusan tarif membolehkan negara-negara anggota
2. menjimatkan kos pengeluaran lalu memperoleh ekonomi bidangan.
3 Dengan jumlah penduduk negara-negara anggota yang begitu ramai, pastinya pasaran bersama mi akan menguntungkan negara anggota. Pasaran yang besar inilah yang perlu diterokai dengan bijak agar penduduk rantau mi memberi keutamaan kepada produk dan ASEAN.
       iii)  Meningkatkan daya saing serantau

1 Bagi meningkatkan daya saing serantau dalam usaha mengurangkan kesan globalisasi ekonomi dunia,  khasnya cabaran daripada China dan India.
2  keutamaan diberikan kepada R&D, teknologi dan juga membangunkan sumber manusia (modal insan).

        iv)  Menjaga kepentingan bersama serantau

1 Negara-negara anggota ASEAN perlu sentiasa memikirkan tentang kepentingan negara anggota. Ini boleh menyumbang kepada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
2 ASEAN perlu mengekalkan dan meningkatkan lagi suasana mesra bisnes. ASEAN perlu mengatasi beberapa isu yang menjejaskan keefisienan tempat berniaga.
3 Kepentingan bersama serantau dipertingkatkan lagi dengan adanya Skim Kerjasama Industri ASEAN dan Kawasan Pelaburan ASEAN.

       v)   Keperluan guna tenaga buruh.
1 Kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara negara anggota berkaitan bekalan tenaga buruh membantu pembangunan ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura kekurangan bekalan tenaga buruh dalam sektor pembinaan, industri dan perladangan dan domestik. Justeru, masalah  dapat diatasi dengan mendapatkan buruh daripada negara jiran seperti dan Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
2 Kemasukan tenaga ini membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh. Dengan itu pembangunan dan kemajuan ekonomi tidak terbantut.

     (b) Membincangkan isu dan masalah dalam  kerjasama ekonomi serantau :

        i)   Perbezaan ekonomi antara negara anggota.
1 Dalam usaha membangunkan ekonomi negara-negara anggota, masalah utama yang dihadapi ialah tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tidak sama antara negara-negara anggota. Contohnya pembangunan di Singapura dan Malaysia lebih pesat jika dibandingkan negaranegara ASEAN yang lain. Negara Laos dan Myanmar misalnya masih mundur.
2 Perkembangan ekonomi yang tidak sama ini menjadi halangan dalam pelaksanaan persetujuan kerjasama AFTA. Penghapusan cukai dan tarif tidak dapat dibuat secara serentak. Sebaliknya secara berperingkat dan dalam tempoh tertentu.

3 Di kalangan negara anggota ASEAN yang masih mundur, pelaksanaan APTA bererti wujudnya pasaran bebas. Sungguhpun pasaran bebas membawa kecekapan yang Iebih tinggi serta barangan yang lebih murah, Ia juga bererti syarikat-syarikat tempatan yang tidak cekap dan bergantung kepada perlindungan kerajaan akan muflis. mi mungkin kerana syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai daya saing yang tinggi.
4 Terdapat negara-negara yang berusaha melanjutkan tempoh penghapusan cukai dan tarif bagi tujuan melindungi syarikat-syarikat tempatan. Ii merupakan halangan kepada pelaksanaan sepenuhnya persetujuan dalam AFTA.

        ii)   Konflik politik wilayah dalam negara anggota
1 Konflik berlaku di kalangan anggota ASEAN. Konflik ii berkisar pada pertindihan tuntutan wilayah atau kawasan sempadan bersama yang  masih tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.
2 Contoh konflik adalah antara Malaysia dan Thailand ke atas kawasan perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini didapati kaya dengan sumber petroleum. Konflik Malaysia-Filipina disebabkan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Filipina masib enggan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
3 Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bukan sahaja di kalangan negara anggota ASEAN seperti Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia, tetapi China dan Taiwan juga membuat tuntutan.
4 Kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah pun  bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Manakala konflik tuntutan ke atas Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia telah selesai selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berpihak kepada Malaysia.
5 Konflik dalam ASEAN diselesaikan melalui rundingan dan menghormati hak dan kedaulatan setiap negara. Ketenteraan bukanlab cara anggota ASEAN menyelesaikan sebarang konflik.

       iii)  Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau
1 Projek kerjasama ASEAN merupakan strategi ASEAN menangani globalisasi ekonomi dunia. Adanya kerjasama atau perkongsian strategik membolehkan produk ASEAN berdaya saing tinggi.
2 Sungguhpun jurang ekonomi kalangan negara auggota ASEAN agak besar, kenjasama dan komitmen anggota ASEAN yang lebih maju mampu melaksanakan projek-proj ek yang telah dipersetujui bersama.
3 Kerjasama ekonomi dalam segi tiga pertumbuhan adalah antara projek projek kerjasama serantau yang telah terbukti berjaya dilalcsanakan. Misalnya usaha memajukan sektor pelancongan di IMT-GT. Sektor industri pembuatan di IMS-GT telah menarik pelabur dan Singapura dan Malaysia melabur modal di Riau.

    iv)  Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau
1 Ini merupakan  dilema yang dihadapi oleh semua negara dalam pakatan kerjasama. Atas dasar kerjasama dan untuk kepentingan bersama dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi dunia, persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau dapat diminimumkan.
2 Ini berdasarkan kepada dasar ASEAN yang percayakan kepada ‘Memakmurkan Jiran Anda’ boleh membantu satu sama lain kerana ASEAN beranggapan jiran-jiran yang makmur itu menjadi rakan dagang yang baik dan memberi sedikit masalah antara satu sama lain.
3 Membantu negara jiran memajukan sektor ekonomi tidak menjejaskan kepentingan negara kerana akhirnya kemakmuran negara jiran tersebut membantu kemakmuran negara yang dibantu. Dalam jangka panjang, kepentingan negara tidak terjejas.
4 ASEAN yang makmur bererti ASEAN yang stabil. ASEAN yang stabil bererti ASEAN yang aman. ASEAN yang lemah dan miskin tidak membawa manfaat kepada nggotanya.
5 Persaingan antara negara serantau dapat diminimumkan melalui pengkhususan. Pengkhususan akan menguntungkan kedua-dua pihak kerana setiap negara anggota akan memberi perhatian kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang mana negara tersebut mempunyai kelebihan persaingan. Dengan kerjasama antara syarikat negara anggota dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermakna keuntungan dikongsi bersama.
      
v)   Pencemaran rentas sempadan
1 Kejadian jerebu yang menjejaskan kualiti udara beberapa buah negara anggota ekoran aktiviti pembakaran hutan di Indonesia telah membawa kepada usaha mengatasi masalah jerebu secara lebih serius.
2 Ini membuktikan baliawa ASEAN mempunyai komitmen yang tinggi dan serius  menangani masalah jerebu merentas sempadan. Hasil daripada
perjanjian ialah sebuah badan yang dipanggil ASE44J( Coordinating Centre for Transboundry Haze Pollution Control) ditubuhkan.
3 Kerjasama mi bererti ahli-ahli bekerjasama mencegah dan mengawal punca-punca pembakaran dengan mendirikan satu sistem amaran awal, bertukar maldumat dan teknologi.
       vi)  Keselamatan serantau.

1 Kebelakangan ini kerjasama dalam keselamatan serantau menjadi semakin penting ekoran daripada ancaman keganasan yang menjejaskan keselamatan dalam negara dan serantau.
2 Usaha dilakukan bagi meningkatkan keselamatan serantau dengan kerjasama serantau melalui pertukaran maklumat, kepakaran dan Iatihan tentera negara anggota
3 Ancaman kumpulan pelampau bukan sahaja menggugat dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara, tetapi boleh menjejaskan ekonomi. Perbincangan sering diadakan sama ada di peringkat pegawai mahu ASEAN pun di peringkat menteri berhubung keselamatan serantau bagi mencari alternatifterbaik menangani gelaja ini

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4