Ahad, Mei 22, 2011

PERBANDINGAN JAWAPAN PELAJAR DENGAN SKEMA PERMARKAHAN GEOFIZIK PEPERIKSAAN OTI NEGERI TERENGGANU

Perbandingan jawapan pelajar (NOR FATIN AQILAH BT RAZALI) dengan SKEMA permarkahan Geofizik untuk peperiksaan pertengahan tahun STPM 2011 Negeri Terengganu.

Soalan 1 (a) i

Takrifkan konsep afelion(3m)

Skema:
Afelion adalah jarak paling jauh,iaitu 152 juta km di antara bumi dengan matahari berlaku pada 4 januari.
Warna gelap adalah isi yang membawa markah.

Jawapan Fatin:
Afelion merupakan jarak bumi yg jauh dari matahari iaitu 152 juta km yang berlaku pada 4 januari di sebabkan oleh peredaran bumi di atas orbit ketika mengelilingi matahari.

Soalan 1(a) ii
Nyatakan tiga jenis iklim dunia (3m)

Skema:Iklim khatulistiwa,iklim monsun tropika,iklim savana,iklim meditrenean.

Jawapan fatin:
-iklim khatulistiwa
-iklim savana
-iklim gurun
- iklim meditrenean

Soalan b;Mengapakah permukaan bumi menerima sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga yang dikeluarkan oleh matahari.(10m)

Skema:
B1 –Atmosfera
B2-Pembalikan
B3-penyerapan
B4-penyerakan
B5-Albedo
B6-jarak bumi dengan matahari

Jawapan fatin:

Terdapat beberapa faktor yang mendorong permukaan bumi menerima sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga yang dikeluarkan oleh matahari,

B5-(Albedo)Salah satunya ialah berkaitan dengan warna permukaan bumi (albedo)warna permukaan yang gelap cth kawasan padang pasir akan menerima lebih banyak tenaga matahari berbanding dengan warna permukaan yang cerah kawasan bersalji yang banyak memantulkan tenaga matahari..

B4-(penyerakan) Faktor yang kedua ialah sudut tegak pancaran matahari pada kedudukan 90 darjah,kawasan khatulistiwa yang mempunyai SDMT 90 darjah akan menerima lebih banyak sinaran matahari dan di sini berlaku penumpuan tenaga menyebabkan suhu di sini leboih tinggi berbanding dengan kawasan yang menerima SDMT matahari yang lebih rendah.hal ini menyebakan berlaku penyerakan tenaga matahari ke atas runag yang lebih besar dan seterusnya akan mengurangkan kesan tenaga matahari di kawasan tersebut.

B1-(Atmosfera)faktor yang seterusnya ialah ketebalan Atmosfera bumi yang berfungsi untuk meintersepsi sinaran tenaga matahari.Hal ini berlaku kerana bumi mempunyai ketebalan atmosfera yang berbeza di setiap kawasan yg berbeza sebagai cth di kawasan khatulistiwa atmosfera nya adalah lebih tipis berbanding dengan atmosfera di kutub ,hal demikian menyebabkan kawasan khatulistiwa menerima lebih banyak tenaga matahari berbanding dengan kawasan kutub kerana peranan yg dimainkan oleh atmosfera.

B6(Jarak bumi dari matahari)faktor lain ialah jarak kedudukan bumi dengan matahari di orbit juga mempengaruhi jumlah tenaga matahari yang sampai ke bumi,hal ini berlaku kerana semasa bumi beredar mengelilingi matahari di orbit bumi akan berada pada kedudukan Afelion dan perihelion,iaitu kedudukan paling jauh dan paling dekat dengan matahari..dengan itu masa afelion hanya bumi menerima kurang tenaga matahari berbanding dengan afelion bumi menerima banyak tenaga matahari.
Mana-mana 1 isi akan membawa 2 markah
(di sini Fatin hanya mengemukakan 4 isi sahaja dan mendapat 8 markah dari 10 markah yg diperuntukan)

Jawapan soalan 1 c akan menyusul selepas ini..

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4