Isnin, Oktober 11, 2010

MEMAHAMI PROSES LULUHAWA

Luluhawa adalah gabungan dua perkataan...iaitu luluh dan hawa.

Luluh membawa maksud sesuatu yang terpisah/tercerai/terjatuh dari struktur asal.
hawa pula membawa pengertian tentang perbezaan suhu samada panas,sejuk,lembab,mendung,basah,kering dan sebagainya.


Dalam geofizik luluhawa dapat diertikan sebagai satu proses pemecahan,penyepain,pereputan dan penguraian batuan kepada butiran-butiran kecil secara insitu dengan bantuan unsur-unsur cuaca dan iklim.

Luluhawa boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu;

Luluhawa biologi/organan iaitu proses pemecahan,penyepaian ,pereputan dan penguraian batuan besar kepada kecil samada mengubah sifat kimia batuan atau tidak ini disebabkan oleh kesan kimia dan fizikal proses organik terhadap batuan.

Luluhawa Fizikal: Proses pemecahan dan penyepaian batuan besar kepada kecil tanpa melibatkan perubahan sifat kimia batuan tersebut.

Luluhawa kimia: ialah prosespemecahan, penyepaian dan pereputan batuan yang mengubah saiz dan sifat batuan tersebut.(Memecahkan batuan secara kimia dgn menambah atau menanggalkan (removing) unsur2 kimia, mengubah unsur2 tersebut menjadi bahan2 baru .

KADAR KEBERKESANAN LULUHAWA

1. Kandungan batuan:

Batuan igneus bas yang kaya dengan mineral silikat berbesi akan lebih mudah terluluhawa berbanding dengan batuan igneus asid yang kaya dengan kuarza, dan yang paling stabil ialah batu pasir kuarza.
Batuan yang terdiri daripada banyak jenis mineral lebih cepat terluluhawa berbanding dengan sejenis mineral.

Ini disebabkan perubahan suhu yang cepat menyebabkan berlaku pengembangan dan pengecutan yang berbeza untuk mineral yang berbeza.

2. Struktur batuan:

Kepadatan retakan dan lapisan yang nipis akan menyediakan ruang atau permukaan yang luas untuk tindakan luluhawa.
Air akan masuk ke dalam satahsatah ini, dan akan mempercepatkan proses luluhawa.
Kedudukan retakan atau lapisan yang condong atau menegat akan memudahkan air memasuki celahan yang ada berbanding dengan lapisan atau retakan yang mendatar

3. Iklim:

Iklim memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan jenis luluhawa yang mana yang akan dominan.
Di kawasan lembab yang banyak hujan, proses luluhawa kimia akan lepih dominan, dan di kawasan gersang pula, luluhawa fizikal yang dominan.
Di kawasan lembab ini biasanya banyak ditutupi oleh tumbuhan, jadi luluhaw biologi juga tinggi di kawasan ini.
4. Masa:

Semakin lama proses luluhawa berlaku, makin besar pengaruhnya

5. Topografi:

Kawasan berjasad timbul tinggi (kawasan yang mempunyai cerun yang curam) akan mudah terhakis, dan ini menyebabkan jasad batuan tidak sempat terdedah kepada proses luluhawa untuk jangka masa yang lama.
Hasilnya, kita akan perhatikan di kawasan berjasad timbul tinggi, batuannya masih dalam keadaan segar.
Keadaan sebaliknya berlaku untuk kawasan berjasad timbul rendah atau kawasan yang rata.
Proses luluhawa yang bertindak akan membentuk tanah yang tebal.

6. Tumbuhan & Haiwan:

Tumbuhan boleh mempercepatkan proses luluhawa biologi dan juga luluhawa kimia. Haiwan boleh membuat lubang dan sebagainya.

Terdapat 5 proses dalam luluhawa kimia

a Larutan (solution)
b Pengoksidaan(oxsidation)
c Pengkarbonan (carbonation)
d Penghidratan (hydration)
e Urai air (Hidrolisis)

Proses larutan

Keberkesanan larutan bergantung kepada mineral dan banyaknya air yang terkena atau masuk kedalam batuan tersebut,Pelbagai jenis mineral boleh larut dalam air sebagai contoh air hujan melarutkan mineral batuan seperti natrium klorida(garam),gipsum dan batu kapur.

Keadaan ini akan menyebabkan batuan yang mengandungi unsur ini aka terlarut dan meninggalkan batuan asal dalam keadaan berongga,rapuh dan mudah pecah.Di kawasan batu kapur tindakan kimia melalui proses ini akan menghasilkanlubang-lubang bulat dalam batuan asal yang dikenali sebagai (honeycomb)

Suhu yang panas juga akan menyebabkan air hujan juga menjadi panas dan ini akan menggalakkan proses larutan.Mengikut Van hoff semaki tinggi suhu kadar luluhawa akan menjadi semakin tinggi.

bersambung selepas ini...

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4