Rabu, Jun 22, 2022

MEMAHAMI ECER DI WILAYAH PEMBANGUNAN MALAYSIA

 

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

 ECER

Key Development Areas - ECERDC

Negara

Malaysia

Negeri

Pahang, Terengganu, Kelantan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

Kos

Kos pembangunan akan dibiayai oleh syarikat Petronas iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan Malaysia. Fasa pertama melibatkan kos RM6 bilion. Kos sebenar ialah RM112 bilion. Ia akan disalurkan melalui melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9.

227 projek bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan dilaksanakan oleh Petronas dan lain-lain.

 

KAWASAN KAWASAN YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN ECER

ECER di Kelantan

Gua MusangKota BharuPengkalan ChepaRantau PanjangLebuhraya Timur-BaratLapangan Terbang Sultan Ismail PetraTaman NegaraUniversiti Malaysia KelantanPengkalan Kubor Lebuhraya Pantai TimurPelabuhan Kemasin

ECER di Terengganu

Bandar Al-Muktafi Billah ShahBandar Chenih BahruBandar Ketengah JayaJambatan Angkat TerengganuTaman Tamadun IslamTasik KenyirKuala TerengganuPakaPulau PerhentianRantau AbangPulau RedangKertehKemamanLebuhraya Pantai TimurLebuhraya Timur-Barat KeduaLapangan Terbang Sultan MahmudUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Sultan Zainal AbidinTaman NegaraPulau WarisanPelabuhan Kerteh

ECER di Pahang

Bandar Indera MahkotaBandar Muadzam ShahBandar Pusat JengkaBandar Tun Abdul RazakTasik BeraCameron HighlandsTasik ChiniCheratingLebuhraya Pantai TimurGambangGebengGenting HighlandsJerantutKuantanPelabuhan KuantanPekanLapangan Terbang Sultan Haji Ahmad ShahPulau TiomanUniversiti Malaysia PahangTaman Negara

ECER di Johor

EndauTaman Negara Endau-RompinMersingPulau Sibu

 

Teras pembangunan

Teras utama pembangunan ialah:

  • Pelancongan - membina kemudahan pusat peranginan dan hotel bertaraf antarabangsa di kawasan pesisir pantai. Bakal menarik kehadiran 7.4 juta pelancong luar negara dan 21.4 juta pelancong tempatan menjelang 2020.
    • Kuala Terengganu akan menjadi hab aktiviti pinggir pantai, terminal pelayaran, marina, pasaran kraftangan, pusat membeli belah, taman dan beberapa taman tema.
    • Taman Negara Endau-Rompin.
    • Jeti Mersing.
    • Pulau Tioman bakal menjadi daya tarikan pelancongan negara.
    • Pengkalan Kubur menjadi pusat pelancongan sempadan dan pusat perdagangan peringkat Asia Tenggara / segitiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand.
    • Kota Baru City Centre (KBCC) di Palekbang berhampiran Kota Baru akan dibangunkan.
    • Sungai Nenggiri, Sungai Burok, Sungai Jenera, Sungai Pulan serta kawasan sekitarnya akan dimajukan sebagai taman negara.
  • Projek pembangunan Kuantan Sentral serta Bukit Gambang Resort City bagi negeri Pahang
  • Industri minyak, gas dan petrokimia.
  • Industri pembuatan - industri hiliran berasaskan minyak sawit, kayu dan susu getah serta hasil pertanian lain untuk mengeluarkan barangan seperti bahan oleokimia, perabot, sarung tangan dan makanan halal.
    • Taman Industri Halal di Pasir Mas dibina bagi menjana sektor hiliran.
  • Pertanian
    • Hulu Setiu - projek agropolitan seluas 2,000 hektar .
    • Kuala Berang, Hulu Terengganu - Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus. Dijangka mengeluarkan 10,000 induk kambing seperti Jamnapari, Boer dan Anglo Nubian yang bermutu tinggi pada 2015. Ketika ini Malaysia mengimport 70,000 ekor kambing dari Australia dan New Zealand setiap tahun. Perjanjian kerjasama (MoU) antara Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus, di antara JPH dengan Marditech Corporation Sdn Bhd dan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) telah ditandatangani.
    • Pusat penyelidikan baka ternakan seluas 800 hektar akan dibina di Tersat, Kuala Berang.
    • Ladang integrasi kambing dengan ladang getah seluas 2,000 hektar, milik Risda di Besut dan Hulu Terengganu. Kambing cepat matang dan peratusan penggunaan tanahnya adalah rendah berbanding lembu dan kerbau.
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memajukan 5,200 keluarga di Gua Musang. Ia melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
    • Gunung Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri diwartakan sebagai Taman Negeri. Lebih 10,000 orang Asli daripada suku Temiar yang miskin tegar akan menikmati kemajuan ECER ini.
    • Lembah Pertanian Moden di Bachok dan Pasir Puteh - ladang buah-buahan dan sayur-sayuran seluas 2,000 hektar.
    • Terminal Makanan Nasional (Teman) di Kota Baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal memajukan 4,000 petani.
    • Ladang ayam di Gua Musang.
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memajukan 4250 keluarga dengan pertanian komersial.
    • Projek tebatan banjir dan pencegahan hakisan pantai.
  • Pendidikan
    • Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
    • Taman Ilmu di Besut seluas 283 hektar akan menjadi bandar baru universiti. Bakal didiami kira-kira 10,000 penduduk.
  • Prasarana
    • Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dinaiktaraf sebagai lapangan terbang antarabangsa (Penerbangan terus ke Mekah dari Kuala Terengganu)
    • Empangan akan dibina oleh syarikat tempatan.
    • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut diperbesarkan.
    • Jalan pesisir pantai dari Kota Baru ke Mersing akan dilebarkan menyamai lebuh raya.
  • Perikanan / Pelabuhan
    • Pelabuhan Kemaman.
    • Pelabuhan Kuantan akan dinaiktaraf.
    • Jeti nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) Untuk Pacu Ekonomi Pantai Timur

Sebanyak RM70 bilion pelaburan swasta baharu, menjana 120,000 pekerjaan baharu dan mewujudkan 60,000 peluang keusahawanan diantara 2018 dan 2025

KERAJAAN Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melancarkan Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) bagi memacu lonjakan seterusnya pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), yang bertemakan “Lonjakan Seterusnya” menggariskan strategi utama, projek-projek berimpak tinggi dan program-program inklusif berteraskan rakyat yang akan dilaksanakan di ECER bagi mengekalkan transformasinya menjadi rantau yang Distingtif, Dinamik dan Kompetitif menjelang tahun 2025 dan seterusnya.

Antara matlamat utama yang digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 menjelang tahun
2025 termasuk:

  • RM70 bilion pelaburan swasta baharu
  • 120,000 peluang pekerjaan dan
  • 60,000 peluang keusahawanan untuk rakyat

“Pelancaran EMP 2.0 adalah sebuah detik bersejarah. Dengan memanfaatkan asas kukuh yang dibina di atas pembangunan sosioekonomi ECER dalam tempoh sedekad lepas, EMP 2.0 dibangunkan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Melalui penyampaian projek dan program berimpak tinggi, rakyat akan terus menerima manfaat melalui peluang inklusif dan saksama untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan di Wilayah ini.

Pelan Induk ECER 2.0 telah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi ECERDC, di Pejabat Perdana Menteri.

Turut dilancarkan ialah Coffee Table Book bertajuk “Menyinari kehidupan, empower ECER untuk kemakmuran komuniti yang diterbitkan untuk memaparkan kejayaan transformasi peserta program empower ECER supaya mereka boleh menjadi contoh kepada rakyat bukan sahaja di ECER tetapi di seluruh negara.

Untuk memacu ECER ke hadapan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, penekanan diberikan kepada Enam Inisiatif Strategik iaitu:

  • Meningkatkan produktiviti pekerja
  • Mempelbagaikan asas ekonomi
  • Memudahcara ekonomi skala
  • Menggerakkan tenaga kerja
  • Memanfaatkan kesalinghubungan
  • Menambahbaik pengupaya seperti jalur lebar ICT

·         Di bawah EMP 2.0, penekanan yang lebih besar akan diberikan untuk mempercepat kesediaan ECER untuk Industri 4.0, memandangkan kepentingan platform digital dalam membentuk ekonomi dan memacu inovasi di seluruh dunia.

·         ECERDC dengan kerjasama Technische Universitat Munchen (TUM), telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) di Cybercentre yang terletak di Taman Teknologi Pahang (PTP).

·         ACES, yang dijangka berkhidmat sebagai hab pembangunan kemahiran untuk rakyat dan perusahaan dari Malaysia dan Asia Tenggara, akan melengkapkan kumpulan bakat tempatan serta perniagaan dengan pengetahuan Industri 4.0 bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kecekapan

·         Sementara itu, dua projek pencetus perubahan iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek peluasan Pelabuhan Kuantan, di Pahang dijangka memudahcara tarikan pelaburan dan meningkatkan mobiliti barangan dan rakyat.

·         ECRL akan membuka hab pelancongan baharu dan pembangunan berorientasikan transit di sepanjang jajarannya sementara peluasan Pelabuhan Kuantan di Pahang boleh menampung kemasukan kapal-kapal yang lebih besar sekaligus memperkukuhkan kedudukan ECER sebagai Gerbang ke rantau Asia Pasifik.

·         ECER kini juga bersedia untuk menyahut gelombang pertumbuhan dalam aktiviti berkaitan
logistik. Dalam hal ini, ECERDC telah mengenal pasti pemacu utama baharu iaitu “Logistik
dan Perkhidmatan” di bawah rangka kerja Pelan Induk ECER 2.0.

·         Pemacu utama baharu ini akan meningkatkan daya saing keseluruhan Wilayah ECER dengan mengenal pasti dan menangani isu-isu rantaian bekalan untuk pemacu ekonomi ECER yang sedia ada termasuk Sektor Pembuatan; Minyak, Gas dan Petrokimia; Pelancongan dan Perniagaan Tani.

·         Dalam pembangunan modal insan, ECERDC akan terus membangunkan dan menambahbaik program empower ECER, entrepreneur ECER dan Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) bagi meningkatkan lagi penglibatan belia dan wanita di dalam tenaga kerja, serta meningkatkan produktiviti di Wilayah ini, disamping membangunkan perusahaan mikro dan kecil menjadi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

·         Penekanan juga akan diberikan kepada inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan membina kumpulan pekerja mahir. Usaha-usaha ini sangat kritikal bagi ECER untuk berubah kepada ekonomi berasaskan produktiviti dan mengelakkan penghijrahan keluar tenaga kerja.

·         “Lonjakan Seterusnya pasti membawa cabaran tersendiri tetapi tiada apa yang tidak dapat dicapai sekiranya semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, rakyat,
para pelabur dan pihak berkepentingan bersama-sama berganding bahu dalam fasa seterusnya ini,” kata Baidzawi.

·         Sepanjang 10 tahun yang lalu, transformasi sosioekonomi ECER dapat disaksikan apabila
sasaran pelaburan pada tahun 2020 sebanyak RM110 bilion berjaya dicapai tiga tahun lebih awal.

Sehingga kini, jumlah pelaburan swasta di ECER berjumlah RM115.6 bilion, sebanyak 164,500 peluang pekerjaan diwujudkan dan kira-kira 38,000 usahawan telah berjaya dibangunkan.

MEMAHAMI NCER DI DALAM WILAYAH PEMBANGUNAN MALAYSIA

 

WILAYAH PEMBANGUNAN MALAYSIA

 NCER

 Wilayah Ekonomi Koridor Utara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region, NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara.

Fasa pembinaan

Koridor Utara membabitkan beberapa fasa iaitu :

Fasa 1: Penyediaan rangka tindakan

Fasa 2: Pembabitan semua agensi kerajaan, menteri besar dan ketua menteri di 4 negeri tersebut.

Fasa 3: Pembabitan sektor awam dalam penyediaan infrastruktur.

Fasa 4: Sektor awam dan swasta digandingkan.

Fasa 5: Sektor swasta memainkan peranan utama (2012).

 

Kedaifan lokasi NCER

  Koridor Utara melibatkan 7% keluasan tanah tetapi melibatkan 60% penduduk 4 negeri tersebut.

  2/3 penduduknya terlibat dengan jelapang padi.

  Hanya 1/3 pelancong datang ke kawasan ini.

  Hanya 20% industri pembuatan berada di kawasan ini.

  3/4 isi rumah hanya mendapat purata RM2000 pendapatan tahunan. Kadar pendapatan ini amat rendah berbanding enam wilayah lain di Malaysia kecuali pantai timur

Objektif utama penubuhan NCER adalah seperti berikut :-

a) Komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu wilayah ini untuk memaksimumkan potensi ekonominya dan merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan di antara kawasan yang berbagai di Malaysia.

b) Ekonomi Malaysia bermatlamat untuk bergerak ke arah aktiviti ekonomi yang lebih tinggi nilai tambahnya dan berasaskan ilmu pengetahuan untuk terus meningkatkan lagi pendapatan per kapita.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara mempunyai banyak sumber – sumber ekonomi tempatan yang belum dikomersilkan. Antaranya adalah seperti berikut :-

a) Jelapang Padi yang terdapat di Kedah, Seberang Perai dan Kerian yang boleh menjana penghasilan sumber makanan bagi rakyat Malaysia. Tanaman padi banyak terdapat di sekitar kawasan berkenaan dan menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat yang tinggal di negeri – negeri berkenaan. Kebanyakan tanaman padi yang dijalankan di sekitar kawasan berkenaan adalah berbentuk tanaman secara kecil – kecilan dan bukan berbentuk perladangan.

b) Perindustrian Elektrik dan Elektronik merupakan teras perindustrian utama yang terdapat di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Banyak kilang – kilang yang berteraskan kepada Elektrik dan Elektronik didirikan dan dimajukan di Pulau Pinang.

c) Penanaman Kelapa Sawit dan Getah. Perak Utara mempunyai banyak kawasan perladangan kelapa sawit di sekitar Daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama. Ia banyak diusahakan oleh syarikat perladangan Sime Darby sejak sekian lama.

d) Perlancongan merupakan sektor yang paling banyak terdapat di Koridor Utara seperti Pulau Peranginan Pulau Langkawi, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Hutan Simpan Lembah Belum, Kuala Kangsar, Taiping, Georgetown dan sebagainya. Tempat – tempat pelancongan ini mampu mernarik ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri untuk mengunjungi tempat tersebut. Dengan ini pembangunan ekonomi pelancongan di Koridor Utara dapat dikomersilkan secara besar – besaran.

e) Pertanian Buah – Buah Tempatan boleh juga didapati di Koridor Utara seperti buah mempelam Sala di Perlis dan durian di Perak Utara dan Pulau Pinang. Sektor ini kurang dikomersilkan kerana permintaannya adalah terhad dan berasaskan kepada musim semata – mata.

f) Seni Kraftangan paling banyak boleh didapati di Kuala Kangsar yang mana daerah ini terkenal dengan perusahaan Labu Sayong yang dijalankan di kawasan desa oleh masyarakat tempatan. Seni ini boleh dijadikan sebagai cenderamata bagi pelancong – pelancong yang datang ke daerah ini. Sektor ini boleh dikomersilkan melalui insentif dan dorongan dari kerajaan untuk kemajuan ekonomi pengusahanya yang terdiri daripada masyarakat Bumiputera.

Matlamat NCER

  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 5.7% sekarang kepada 2.7%.
  • Meningkatkan nilai tambah industri sedia ada dan bukan mewujudkan sesuatu yang baru.
  • Meningkatkan eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan, pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba.
  • Meningkatkan industri hiliran.
  • Menjana kekayaan dari bahan buangan.
  • Pembangunan hub elektronik berteknologi tinggi.
  • Pemprosesan taman pertanian lestari.
  • Meningkatkan nilai tokok industri sektor elektrik dan elektronik.
  • Aktiviti hiliran industri automatif.
  • potensi bio-teknologi.
  • Aktiviti pelancongan pulangan tinggi - sebagai pintu masuk serantau dengan memanfaat prasarana sedia ada - pelancongan perubatan.
  • Pembangunan Pulau Langkawi kepada pelancongan mewah.
  • Pusat kecemerlangan industri mikro, pusat pembangunan kemahiran dan pusat penyelidikan dan pembangunan.
  • Latihan vokasional dan fakulti pertanian di universiti awam di utara Malaysia - melahirkan siswazah pertanian menjadi petani jutawan.
  • Melatih 26,000 belia seawal 15 tahun yang tercicir setiap tahun . 10,000 daripada mereka adalah di bawah umur 15 tahun.
  • Kurikulum berbeza akan disediakan ke arah pertanian moden, pekerja sawah padi moden, perniagaan tani dan industri tempatan.

 

 

 

 

Sektor Utama Koridor Utara

Di dalam menjayakan pembangunan koridor ini, terdapat sumber utama yang akan diberi keutamaanya di dalam perlaksanaan program ini. Antaranya ialah :-

a)
Pertanian : mengukuhkan sektor huluan dan membangunkan sektor hiliran.
b)
Pembuatan : memajukan sektor ke tahap yang lebih inovasi.
c)
Pelancongan : menjadikan destinasi yang terpilih taraf antarabangsa.
d)
Infrastruktur : meningkatkan rangkaian pengangkutan, menyokong pertumbuhan ekonomi.
e)
Modal Insan : mempertingkatkan tahap kemahiran selaras dengan permintaan pasaran.
f)
Alam Sekitar : melindungi dan memelihara demi pembangunan yang mampan.

Pembangunan prasarana di NCER

  • Pembinaan depot kontena darat.
  • Pembangunan bandar Padang Besar di sempadan Perlis-Thailand.
  • Pusat penyelidikan Sime Darby - tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan iklim dan bijih benih.
  • Pulau Pinang sebagai hub pengangkutan serantau - perluasan lapangan terbang, pelabuhan, sistem pengangkutan awam bersepadu, pusat kecemerlangan ekonomi mikro dan pembangunan semula Georgetown.
  • Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Maung ke Batu Kawan sepanjang 24 km dengan kos RM2.7 bilion. Diharap kesan limpahan dan kesesakan sekarang dan akan datang dapat diatasi.
  • Dermaga kontena di Pelabuhan Pulau Pinang diperdalamkan.
  • Tanah besar akan menjadi pusat pemprosesan makanan termasuk hub halal.
  • Pembangunan pelancongan antarabangsa, perubatan dan kesihatan di pulau Langkawi.
  • Taman Teknologi Tinggi Kulim dikembangkan menjadi taman perindustrian utama.
  • Pembinaan jalan raya pesisir pantai barat.
  • Penekanan kepada akuakultur selain padi.
  • Sistem perparitan, tali air dan tebatan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.
  • Lebuhraya Timur-Barat antara Grik ke Jeli dinaik taraf.
  • Selama - kluster penternakan moden.
  • peluasan kluster elektrik dan elektronik ke Taiping, Perak.
  • Eko-pelancongan di Taman Negeri Royal Belum dan Grik.
  • Ladang herba dan bio-teknologi di Grik.
  • Industri kraf tangan untuk pelancong mewah.
  • Pembabitan Perniagaan dan Sederhana (PKS) dalam perniagaan makanan berskala komersil.

 

Bidang Tumpuan Sektor Ekonomi Mengikut Negeri

Merujuk kepada Buletin Peladang Edisi 3/2007, ringkasan bagi bidang tumpuan sektor ekonomi telah diringkaskan di dalam tajuk “Fakta Mengenai Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER(” yang mana sumber utamanya adalah dari akhbar Berita Harian. Antaranya adalah seperti berikut :-

Perlis
· Depoh kontena darat
· Pembangunan Bandar Sempadan
· Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Biji Benih
· Pembinaan jalan pesisir pantai dari Kuala Perlis ke Kedah
· Kluster buah – buahan bermusim
· Pelancongan agro di Sungai Batu Pahat
· Pendidikan di Kangar dan Arau

Kedah
· Pelancongan sempadan di Kota Putra dan Bukit Kayu Hitam
· Perikanan di Kuala Kedah dan Kuala Muda
· Pusat pembuatan di Yan, Gurun, Sungai Petani dan Kulim
· Pelancongan kesihatan dan antarabangsa di Langkawi
· Pelancongan eko dan sejarah di Merbok
· Pelancongan keluarga dan riadah tasik di Kuala Nerang
· Pusat Pertanian di Kota Star, Pokok Sena, Kuala Ketil, Kuala Nerang, Pedu, Sik, Baling dan Bandar Baharu
· Pendidikan di Sintok, Kota Star, Sungai Petani dan Bandar Baharu
· Menaiktaraf sistem pengairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
· Lebuhraya Trans Eastern Hinterland dari Baling ke Kota Putra
· Projek monorel yang disambung dari seberang Perai ke Kulim dan Sungai Petani
· Projek jalan pesisir pantai

Pulau Pinang
· Industri pembuatan di Butterworth dan Kepala Batas
· Pertanian di Nibong Tebal
· Pelancongan kesihatan dan antarabangsa di Georgetown
· Pusat logistik dan lapangan terbang di Georgetown
· Pusat bandaraya Penang City Centre
· Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
· Pendidikan di Georgetown, Butterworth dan Kepala Batas
· Projek monorel di Georgetown dan Batu Kawan yang menghubungkan Sungai Petani dan Kulim
· Terminal pengangkutan bersepadu di Butterworth Central
· Melaksanakan system pengangkutan awam RapidPenang
· Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua
· Pelebaran Jambatan Pulau Pinang

Perak Utara
· Pelancongan sempadan di Pengkalan Hulu
· Industri pembuatan di Kamunting, Taiping dan Ipoh
· Pertanian di Belum/Temenggor, Lenggong, Kuala Kangsar, Bukit Merah, Bagan Serai dan Grik
· Projek Penyambungan Lebuhraya Timur-Barat (Grik-Jeli) ke kluster elektrik dan elektronik (E&E) di Taiping
· Projek ternakan moden di Selama
· Pusat Herba untuk pembangunan bioteknologi di Belum

  • Zon pembangunan NCER

NCER akan terbahagi kepada 5 zon iaitu :

  1. Koridor pulau
  2. Koridor pesisiran pantai
  3. Koridor tengah
  4. Koridor pedalaman
  5. Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu-Grik.

 

 

Koridor Pulau(ISCO)

 

Greater Penang sebagai bagian daripada Wilayah Koridor Utara

Koridor Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang akan menyaksikan pembinaan terminal bersepadu, Penang Sentral dan pelancaran perkhidmatan pengangkutan bas awam, RapidPenang.

  • Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan terbang Langkawi dan pelabuhan laut akan dipromosi kepada aktiviti pelancongan dan pengedaran perkhidmatan. Pelancongan perubatan akan dimantapkan terutama untuk kerjasama IMT-GT dan rantau lain di dunia.
  • Universiti Sains Malaysia akan memainkan peranan sebagai pusat pendidikan mikro dan aktiviti pembuatan E&E.
  • Pulau Pinang dan Seberang Prai akan kekal sebagai pemacu logistik utama Koridor Utara. Perkhidmatan pergi-balik dari Seberang Prai ke Pulau Pinang dapat dipertingkatkan dengan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

 

 

 

Koridor Pesisiran Pantai(COCO)

Koridor Pesisiran Pantai meliputi pintu masuk Padang Besar di Perlis, Arau, Sintok, Kuala Muda dan Kuala Kedah, Yan, Butterworth, Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai di Perak.

  • Bandar-bandar Kuala Muda dan Kuala Kedah akan menumpukan perhatian kepada perikanan, terutama sekali perikanan laut dalam dan aktiviti pemprosesan makanan laut. Pelancongan pesisiran pantai dan aktiviti-aktiviti akuakultur laut akan ditonjolkan di kampung nelayan dan bandar yang lebih kecil.
  • Bandar Yan akan digunakan sebagai kompleks petrokimia untuk Koridor Utara. Rancangan awal adalah untuk membina kilang penapis petroleum dan kemudahan simpanan di kawasan tersebut. Ke arah selatan, Butterworth mengambil peranan sebagai pintu masuk logistik perkapalan utama untuk ke Koridor Utara.
  • Koridor ini mengunjur melalui Nibong Tebal, Simpang Empat dan Bagan Serai yang pada umumnya merupakan pusat-pusat berasaskan pertanian.

Koridor Tengah(MICO)

Koridor Tengah termasuklah Lebuh raya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam hinggalah ke Ipoh di Perak.

  • Ciri utama Koridor Tengah ialah Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu lebuh raya yang merentasi dari bandaraya Ipoh di selatan ke Bukit Kayu Hitam di utara iaitu sebuah pekan yang berkongsi sempadan dengan selatan Thailand. Aktiviti utama adalah koridor pembuatan dari Butterworth/Kulim ke Gurun.
  • Sub-sektor E&E dan pemasangan automotif kekal sebagai aktiviti-aktiviti pembuatan di zon ini. Kamunting merupakan satu lagi kelompok perusahaan terutamanya untuk perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang terlibat dalam membekalkan syarikat-syarikat E&E atau perniagaan tani hiliran.
  • Koridor Tengah dijangka akan diperkukuhkan dengan cadangan projek landasan kereta api berkembar dan perkhidmatan komuter serta pelebaran jalan di beberapa kawasan menghala ke pelabuhan dan lapangan terbang.
  • Pertanian akan menjadi aktiviti utama yang akan dipromosikan di sekitar Lebuh Raya Utara-Selatan terutama sekali ke arah kawasan pedalaman. Estet-estet industri yang kurang digunakan akan ditukar menjadi taman-taman pertanian bagi produk-produk premium seperti pengeluaran ikan hiasan, florikultur, pengeluaran benih yang diperakui dan kelompok-kelompok pemprosesan makanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Koridor Pedalaman(RUCO)

  • Koridor Pedalaman bermula dari Kota Putra dan berakhir di Kuala Kangsar. Aktiviti-aktiviti utama adalah pertanian yang meliputi tanaman komersil (getah dan kelapa sawit), estet-estet buah-buahan dan penternakan haiwan.
  • Koridor ini akan menganjurkan zon pengeluaran makanan berasaskan kepada lanskap pertaniannya yang bersesuaian.
  • Sebahagian besar kawasan ini merupakan hutan asli yang kritikal untuk keperluan kawasan air tawar Koridor Utara. Kawasan ini akan dipelihara dan dipromosikan sebagai tarikan eko-pelancongan.
  • Koridor Pedalaman juga menjadi pintu masuk kedua ke selatan Thailand, terutama sekali Pengkalan Hulu.
  • Aktiviti-aktiviti pelancongan akan dipromosikan di sini dan di sepanjang tanah tinggi di Tasik Pedu. Ini akan diperkukuhkan dengan pelurusan, pelebaran dan pembinaan lebuh raya pedalaman Trans-Kedah.
  • Kerja-kerja peluasan jalan yang menghubungkan Grik-Jeli merupakan satu lagi langkah strategik yang penting dalam pengembangan perdagangan dengan Kelantan dan Koridor Timur.
  • Dirancangkan bahawa jalan perhubungan akan pada mulanya dinaik taraf, diikuti dengan pembinaan landasan kereta api yang baru sebaik sahaja perkhidmatan lalu lintas barangan dan perkhidmatan meningkat

Koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu Grik

  • Koridor ini menghubungkan pusat logistik Butterworth kepada kelompok perusahaan utama di Kulim.
  • Dalam jangka masa yang panjang, koridor ini dijangka memainkan peranan penting dalam pembukaan Koridor Kelantan dan Timur melalui pengukuhan jalan Grik-Jeli dan/atau pembinaan landasan kereta api.
  • Jalan-jalan besar Timur-Barat di sepanjang koridor ini akan dipertingkatkan untuk memperbaiki hubungan Timur-Barat.

 

 

 

Zon makanan moden

Malaysia berhadapan dengan masalah import makanan yang besar sedangkan Malaysia berpotensi menjadi pengeluar makanan dunia. Justeru itu NCER akan menjadi zon makanan moden untuk Malaysia melalui pendekatan berfasa. Fasa itu ialah:

  1. pelabur teras kemudahan (2007-2012)
  2. mempercepat pertumbuhan serantau (2013-2020)
  3. mewujudkan kepimpinan global (2021-2025).

Sasaran pengeluaran pertanian pada tahun 2012 nanti ialah NCER dapat:

  1. Meningkatkan eksport pertanian daripada RM32 bilion kepada RM48 bilion
  2. Hasil padi daripada empat tan setiap hektar tanah kepada 8.0 tan setiap hektar
  3. Keuntungan purata setiap hektar tanah yang diusahakan (kecuali kelapa sawit) kepada RM10,000 setiap hektar setahun
  4. Jumlah tanah pertanian yang diusahakan daripada lebih kurang 800,000 hektar kepada 1.0 juta hektar; Sasaran sektor pembuatan:
  5. NCER menjadi pusat elektronik berteknologi tinggi dan bernilai tambah seperti fabrikasi wafer, reka bentuk cip, reka bentuk automasi, penyelidikan dan pembangunan bahan atau pembungkusan.
  6. Pelaburan dalam sektor perusahaan NCER daripada RM16.5 bilion pada tahun 2006 kepada RM24.3 bilion
  7. Peratusan tenaga pekerja dalam sektor perusahaan yang terlibat dalam akitiviti nilai tambah yang tinggi kepada 30 peratus
  8. Meningkatkan nilai tambah sebagai peratusan pengeluaran perusahaan kepada 30 peratus.
  • Pembangunan sepatutnya berteraskan arus pasaran dan perdagangan supaya kawasan utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Pemilik tanah dan petani menjadi petani kontrak kepada syarikat swasta yang memajak tanah terbiar mereka. Fokus kepada pengembangan sektor hiliran pertanian serta pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) asas tani. Aktiviti mengumpul, memproses dan menjenama produk-produk pertanian akan digalakkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada sektor pertanian.
  • Pengurusan tanah padi secara estet akan membolehkan pengembangan industri-industri hiliran padi seperti pembuatan produk makanan, minuman, kosmetik serta farmaseutikal, malah hasil pengeluaran padi termasuk bahan buangan serat padi mampu dijadikan produk yang bernilai.
  • 40% keluasan tanah di NCER atau 932,581 hektar akan diklasifikasikan untuk pertanian termasuk 100,000 hektar tanah terbiar. 4.9% daripada tanah terbiar ini berada di Pulau Pinang, Perlis (6.6%), Perak (27.8%) dan Kedah (60.7%).

Sasaran

  1. 595,615 hektar akan digunakan bagi penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah.
  2. 167,598 hektar daripadanya akan ditanam dengan padi. Luasnya bersamaan dengan 64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Malaysia.
  3. Pengeluaran padi daripada 3.0 -5.0 tan sehektar kepada 8.0 tan sehektar pada 2012 dan 9.0 - 10 tan sehektar pada 2020.
  4. Sektor pertanian dijangka memberi sumbangan KDNK daripada 12% tahun 2007 kepada 15% menjelang 2012 nanti.
  5. Penternakan anak ikan premium untuk makanan atau hiasan, pendalaman tali air dan pengezonan kawasan persisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang di dalam sangkar.
  6. Eksport hasil pertanian asas dan hiliran yang termasuk buah-buahan segar, buah-buahan diproses dan hasil daging disasarkan RM48 bilion menjelang 2012.
  7. Sungai Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar akan dibangunkan sebagai ladang ternakan premium dan pusat pemprosesan halal.
  8. 110 hektar tanah di Perak dan Pulau Pinang dikhaskan bagi penanaman tanaman hiasan dan bunga-bungaan.
  9. 390,000 hektar tanah di NCER ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat perladangan.
  10. Kira-kira 20,000 hektar tanah ditanam dengan pokok getah oleh para pekebun kecil.
  • Syarikat besar akan memajak sawah dan tanah pertanian terbiar untuk diusahakan secara giat dan produktif sebagaimana di Jepun dan Korea.
  • Penerangan dan maklumat akan disalurkan kepada petani, nelayan, guru, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam dan semua golongan supaya mereka dapat mempersiapkan diri menghadapi perubahan cara hidup.
  • Rakyat bertukar corak dan masa bekerja dari hanya empat jam sehari kepada lapan jam. Remaja seawal 15 tahun ke atas dilatih menyertai sektor pertanian moden dan mestilah mengangggap pertanian adalah juga perniagaan yang menguntungkan dan menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Cabaran – Cabaran Utama Sektor Pertanian di Koridor Utara

Antaranya ialah :-

a) Meningkatkan Skala Aktiviti – Aktiviti Pertanian

Selain daripada tanaman komersil yamng diusahakan oleh syarikat – syarikat perladangan, kebanyakkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh pekebun – pekebun kecil, terutama sekali penanaman padi dan penternakan. Padi biasanya ditanam oleh pekebun – pekebun kecil dalam kawasan seluar 1.06 hektar (secara purata). Ia berbeza dengan negara – negara lain seperti Australia yang mana kawasan seluas 400 hektar telah diperuntukkan dan dimajukan oleh sebuah keluarga.

Pertanian pada skala kecil – kecilan telah menyebabkan berlakunya ketidakcekapan, peningkatan kos pengeluaran serta penghasilan keluaran menjadi tidak konsisten. Akhirnya hasil pengeluaran dan pendapatan menjadi rendah dan berlakunya penghadan keupayaan petani untuk membuat pelaburan yang dapat meningkatkan produktiviti tanah seperti sistem pengurusan air dan jentera.

b) Penambahbaikan Sistem Pengedaran dan Pemasaran

Isu – isu yang berkaitan dengan pemasaran hasil – hasil pertanian telah wujud dan disebabkan oleh pertanian berskala kecil. Ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakupayaan bagi membekal hasil – hasil pada kuantiti, kekerapan dan mutu yang konsisten. Oleh itu, petani – petani serta penternak – penternak kurang berupaya untuk membekal terus hasil berkenaan kepada pasaraya mega, pasaraya biasa, pengilang ataupun peruncit yang akan memastikan permintaan berterusan terhadap hasil pertanian mereka. Kebanyakkan petani – petani memasarkan hasil – hasil pertanian mereka melalui pasar – pasar tempatan, pasar tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau orang tengah yang tidak dapat memberi harga atau kadar pembelian yang tetap.

c) Peningkatan Terhadap Penggunaan Teknologi dan Amalan Pertanian yang baik

Kadar penggunaan teknologi serta amalan agronomi dikalangan petani masih lagi rendah walaupun terdapat bantuan yang diberi oleh kerajaan dari segi khidmat nasihat berhubung dengan amalan pertanian moden, teknologi serta benih yang berkualiti melalui pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad dan MADA. Ini adalah antara faktor yang membawa kepada masalah kadar pengeluaran yang rendah seperti kaedah “tabur terus” yang biasanya diamalkan oleh petani tradisi. Tahap kemahiran teknikal yang rendah ini juga menjejaskan keupayaan petani untuk mencapai piawaian antarabangsa seperti Amalan Pertanian Terbaik (GAP).

Selain daripada pertanian padi, penternakan kecil – kecilan juga biasanya tidak mematuhi piawaian antarabangsa seperti Gred Kesihatan Veterinar (VHM), Analisis Risiko dan Tanda Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan – Amalan Penternakan Terbaik (GAHP) yang disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan keupayaan petani untuk memenuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Dengan ini, ia akan mengurangkan potensi untuk pengeksportan hasil – hasil pertanian dan merumitkan lagi isu – isu pemasaran hasil pertanian.

d) Meningkatkan dan Menambahbaikkan Infrastruktur

Had jangkauan sistem pengairan dan pengurusan air adalah salah satu daripada faktor yang mengakibatkan hasil pengeluaran pertanian menjadi rendah di Koridor Utara. Walaupun menggunakan benih – benih padi yang berkualiti tinggi. Oleh itu, penambahbaikan sistem pengairan dan pengurusan air akan menjadi salah satu dari inisiatif utama bagi meningkatkan hasil pertanian terutama sekali untuk tanaman padi.

Kawasan sawah padi yang berada dibawah pengurusabn MADA dan IADP menerima saliran tetapi terdapat sebanyak 40,000 hektar sawah padi yang berada di luar skop agensi – agensi tersebut yang tidak mempunyai kemudahan sistem pengairan yang baik. Ini telah menyebabkan pergantungan terhadap air hujan yang hanya mampu menampung 1 kitaran tanaman setahun dan penghasilan kadar pengeluaran adalah terhad kepada 3 tan sahaja atau kurang daripada itu.

Kesimpulan

Wilayah Ekonomi Koridor Utara merupakan salah satu daripada pelan tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi dikalangan petani – petani terutamanya masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negeri – negeri Perlis, Kedah dan Perak Tengah. Masalah ketidakseimbangan ekonomi wujud terutama sekali bagi kawasan – kawasan Koridor Utara yang terletak di kawasan pendalaman. Meskipun mempunyai sumber ekonomi, namun masalah sumber ekonomi yang tidak dimajukan dan dimodenkan yang mengakibatkan hasil – hasil tersebut adalah terhad untuk kegunaan petani dan ahli keluarganya.

Perlaksanaan NCER ini juga mampu bagi mengatasi masalah penduduk – penduduk di Utara Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan kemudahan dan penaiktarafan prasarana sesuai dengan kawasan – kawasan maju yang lain di Malaysia seperti di Lembah Klang dan Johor Bahru. Aksesibiliti antara kawasan lain dengan Koridor Utara telah dimajukan sejak sekian lama lagi dengan siapnya Lebuhraya Utara-Selatan pada tahun 1994 yang telah meningkatkan keupayaan kawasan – kawasan utara untuk berhubung dengan tempat – tempat lain di Malaysia.

Berdasarkan kepada tinjauan tidak rasmi, Perlis, Kedah dan Perak Utara mempunyai keluasan tanah Rizab Melayu yang banyak yang mana tanah – tanah ini telah diperuntukkan sejak dari zaman penjajahan Inggeris lagi untuk penghasilan makanan asasi bagi masyarakat Melayu. Namun zaman telah berganti, amalan pertanian oleh masyarakat tradisi Melayu masih belum berubah dan kadar penghasilannya adalah sedikit. Oleh itu dengan adanya Koridor Utara ini, ia sedikit sebanyak akan menggalakkan masyarakat Melayu tradisi untuk mengubah amalan pertanian mereka kepada corak yang lebih moden serta mampu menjana pulangan hasil pengeluaran pertanian yang lebih tinggi.

Peranan negeri Pulau Pinang sebagai mentor dan hab bagi sektor perindustrian terutamanya di dalam sektor Elektrik dan Elektronik yang pastinya memerlukan sumber mentah boleh mendapatkannya dari negeri – negeri dalam lingkungan Koridor Utara. Perak Utara merupakan negeri utama bagi hasil tanaman komersil terutamanya kelapa sawit mampu untuk menyediakan sumber bahan mentah bagi keperluan perindustrian di Pulau Pinang.

Negeri – negeri Utara mempunyai banyak laluan pintu masuk sempadan yang mana di Perlis mempunyai pintu sempadannya di Padang Besar, Kedah di Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian, Perak di Pengkalan Hulu dan Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mampu menjana kemajuan eko-pelancongan bagi Koridor Utara. Dengan penglibatan Malaysia di dalam Kawasan IMT-GT bersama – sama Indonesia dan Thailand akan dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Koridor Utara.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4