Rabu, Jun 22, 2022

MEMAHAMI ECER DI WILAYAH PEMBANGUNAN MALAYSIA

 

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

 ECER

Key Development Areas - ECERDC

Negara

Malaysia

Negeri

Pahang, Terengganu, Kelantan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

Kos

Kos pembangunan akan dibiayai oleh syarikat Petronas iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan Malaysia. Fasa pertama melibatkan kos RM6 bilion. Kos sebenar ialah RM112 bilion. Ia akan disalurkan melalui melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9.

227 projek bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan dilaksanakan oleh Petronas dan lain-lain.

 

KAWASAN KAWASAN YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN ECER

ECER di Kelantan

Gua MusangKota BharuPengkalan ChepaRantau PanjangLebuhraya Timur-BaratLapangan Terbang Sultan Ismail PetraTaman NegaraUniversiti Malaysia KelantanPengkalan Kubor Lebuhraya Pantai TimurPelabuhan Kemasin

ECER di Terengganu

Bandar Al-Muktafi Billah ShahBandar Chenih BahruBandar Ketengah JayaJambatan Angkat TerengganuTaman Tamadun IslamTasik KenyirKuala TerengganuPakaPulau PerhentianRantau AbangPulau RedangKertehKemamanLebuhraya Pantai TimurLebuhraya Timur-Barat KeduaLapangan Terbang Sultan MahmudUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Sultan Zainal AbidinTaman NegaraPulau WarisanPelabuhan Kerteh

ECER di Pahang

Bandar Indera MahkotaBandar Muadzam ShahBandar Pusat JengkaBandar Tun Abdul RazakTasik BeraCameron HighlandsTasik ChiniCheratingLebuhraya Pantai TimurGambangGebengGenting HighlandsJerantutKuantanPelabuhan KuantanPekanLapangan Terbang Sultan Haji Ahmad ShahPulau TiomanUniversiti Malaysia PahangTaman Negara

ECER di Johor

EndauTaman Negara Endau-RompinMersingPulau Sibu

 

Teras pembangunan

Teras utama pembangunan ialah:

  • Pelancongan - membina kemudahan pusat peranginan dan hotel bertaraf antarabangsa di kawasan pesisir pantai. Bakal menarik kehadiran 7.4 juta pelancong luar negara dan 21.4 juta pelancong tempatan menjelang 2020.
    • Kuala Terengganu akan menjadi hab aktiviti pinggir pantai, terminal pelayaran, marina, pasaran kraftangan, pusat membeli belah, taman dan beberapa taman tema.
    • Taman Negara Endau-Rompin.
    • Jeti Mersing.
    • Pulau Tioman bakal menjadi daya tarikan pelancongan negara.
    • Pengkalan Kubur menjadi pusat pelancongan sempadan dan pusat perdagangan peringkat Asia Tenggara / segitiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand.
    • Kota Baru City Centre (KBCC) di Palekbang berhampiran Kota Baru akan dibangunkan.
    • Sungai Nenggiri, Sungai Burok, Sungai Jenera, Sungai Pulan serta kawasan sekitarnya akan dimajukan sebagai taman negara.
  • Projek pembangunan Kuantan Sentral serta Bukit Gambang Resort City bagi negeri Pahang
  • Industri minyak, gas dan petrokimia.
  • Industri pembuatan - industri hiliran berasaskan minyak sawit, kayu dan susu getah serta hasil pertanian lain untuk mengeluarkan barangan seperti bahan oleokimia, perabot, sarung tangan dan makanan halal.
    • Taman Industri Halal di Pasir Mas dibina bagi menjana sektor hiliran.
  • Pertanian
    • Hulu Setiu - projek agropolitan seluas 2,000 hektar .
    • Kuala Berang, Hulu Terengganu - Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus. Dijangka mengeluarkan 10,000 induk kambing seperti Jamnapari, Boer dan Anglo Nubian yang bermutu tinggi pada 2015. Ketika ini Malaysia mengimport 70,000 ekor kambing dari Australia dan New Zealand setiap tahun. Perjanjian kerjasama (MoU) antara Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus, di antara JPH dengan Marditech Corporation Sdn Bhd dan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) telah ditandatangani.
    • Pusat penyelidikan baka ternakan seluas 800 hektar akan dibina di Tersat, Kuala Berang.
    • Ladang integrasi kambing dengan ladang getah seluas 2,000 hektar, milik Risda di Besut dan Hulu Terengganu. Kambing cepat matang dan peratusan penggunaan tanahnya adalah rendah berbanding lembu dan kerbau.
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memajukan 5,200 keluarga di Gua Musang. Ia melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
    • Gunung Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri diwartakan sebagai Taman Negeri. Lebih 10,000 orang Asli daripada suku Temiar yang miskin tegar akan menikmati kemajuan ECER ini.
    • Lembah Pertanian Moden di Bachok dan Pasir Puteh - ladang buah-buahan dan sayur-sayuran seluas 2,000 hektar.
    • Terminal Makanan Nasional (Teman) di Kota Baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal memajukan 4,000 petani.
    • Ladang ayam di Gua Musang.
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memajukan 4250 keluarga dengan pertanian komersial.
    • Projek tebatan banjir dan pencegahan hakisan pantai.
  • Pendidikan
    • Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
    • Taman Ilmu di Besut seluas 283 hektar akan menjadi bandar baru universiti. Bakal didiami kira-kira 10,000 penduduk.
  • Prasarana
    • Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dinaiktaraf sebagai lapangan terbang antarabangsa (Penerbangan terus ke Mekah dari Kuala Terengganu)
    • Empangan akan dibina oleh syarikat tempatan.
    • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut diperbesarkan.
    • Jalan pesisir pantai dari Kota Baru ke Mersing akan dilebarkan menyamai lebuh raya.
  • Perikanan / Pelabuhan
    • Pelabuhan Kemaman.
    • Pelabuhan Kuantan akan dinaiktaraf.
    • Jeti nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) Untuk Pacu Ekonomi Pantai Timur

Sebanyak RM70 bilion pelaburan swasta baharu, menjana 120,000 pekerjaan baharu dan mewujudkan 60,000 peluang keusahawanan diantara 2018 dan 2025

KERAJAAN Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melancarkan Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) bagi memacu lonjakan seterusnya pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), yang bertemakan “Lonjakan Seterusnya” menggariskan strategi utama, projek-projek berimpak tinggi dan program-program inklusif berteraskan rakyat yang akan dilaksanakan di ECER bagi mengekalkan transformasinya menjadi rantau yang Distingtif, Dinamik dan Kompetitif menjelang tahun 2025 dan seterusnya.

Antara matlamat utama yang digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 menjelang tahun
2025 termasuk:

  • RM70 bilion pelaburan swasta baharu
  • 120,000 peluang pekerjaan dan
  • 60,000 peluang keusahawanan untuk rakyat

“Pelancaran EMP 2.0 adalah sebuah detik bersejarah. Dengan memanfaatkan asas kukuh yang dibina di atas pembangunan sosioekonomi ECER dalam tempoh sedekad lepas, EMP 2.0 dibangunkan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Melalui penyampaian projek dan program berimpak tinggi, rakyat akan terus menerima manfaat melalui peluang inklusif dan saksama untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan di Wilayah ini.

Pelan Induk ECER 2.0 telah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi ECERDC, di Pejabat Perdana Menteri.

Turut dilancarkan ialah Coffee Table Book bertajuk “Menyinari kehidupan, empower ECER untuk kemakmuran komuniti yang diterbitkan untuk memaparkan kejayaan transformasi peserta program empower ECER supaya mereka boleh menjadi contoh kepada rakyat bukan sahaja di ECER tetapi di seluruh negara.

Untuk memacu ECER ke hadapan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, penekanan diberikan kepada Enam Inisiatif Strategik iaitu:

  • Meningkatkan produktiviti pekerja
  • Mempelbagaikan asas ekonomi
  • Memudahcara ekonomi skala
  • Menggerakkan tenaga kerja
  • Memanfaatkan kesalinghubungan
  • Menambahbaik pengupaya seperti jalur lebar ICT

·         Di bawah EMP 2.0, penekanan yang lebih besar akan diberikan untuk mempercepat kesediaan ECER untuk Industri 4.0, memandangkan kepentingan platform digital dalam membentuk ekonomi dan memacu inovasi di seluruh dunia.

·         ECERDC dengan kerjasama Technische Universitat Munchen (TUM), telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) di Cybercentre yang terletak di Taman Teknologi Pahang (PTP).

·         ACES, yang dijangka berkhidmat sebagai hab pembangunan kemahiran untuk rakyat dan perusahaan dari Malaysia dan Asia Tenggara, akan melengkapkan kumpulan bakat tempatan serta perniagaan dengan pengetahuan Industri 4.0 bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kecekapan

·         Sementara itu, dua projek pencetus perubahan iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek peluasan Pelabuhan Kuantan, di Pahang dijangka memudahcara tarikan pelaburan dan meningkatkan mobiliti barangan dan rakyat.

·         ECRL akan membuka hab pelancongan baharu dan pembangunan berorientasikan transit di sepanjang jajarannya sementara peluasan Pelabuhan Kuantan di Pahang boleh menampung kemasukan kapal-kapal yang lebih besar sekaligus memperkukuhkan kedudukan ECER sebagai Gerbang ke rantau Asia Pasifik.

·         ECER kini juga bersedia untuk menyahut gelombang pertumbuhan dalam aktiviti berkaitan
logistik. Dalam hal ini, ECERDC telah mengenal pasti pemacu utama baharu iaitu “Logistik
dan Perkhidmatan” di bawah rangka kerja Pelan Induk ECER 2.0.

·         Pemacu utama baharu ini akan meningkatkan daya saing keseluruhan Wilayah ECER dengan mengenal pasti dan menangani isu-isu rantaian bekalan untuk pemacu ekonomi ECER yang sedia ada termasuk Sektor Pembuatan; Minyak, Gas dan Petrokimia; Pelancongan dan Perniagaan Tani.

·         Dalam pembangunan modal insan, ECERDC akan terus membangunkan dan menambahbaik program empower ECER, entrepreneur ECER dan Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) bagi meningkatkan lagi penglibatan belia dan wanita di dalam tenaga kerja, serta meningkatkan produktiviti di Wilayah ini, disamping membangunkan perusahaan mikro dan kecil menjadi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

·         Penekanan juga akan diberikan kepada inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan membina kumpulan pekerja mahir. Usaha-usaha ini sangat kritikal bagi ECER untuk berubah kepada ekonomi berasaskan produktiviti dan mengelakkan penghijrahan keluar tenaga kerja.

·         “Lonjakan Seterusnya pasti membawa cabaran tersendiri tetapi tiada apa yang tidak dapat dicapai sekiranya semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, rakyat,
para pelabur dan pihak berkepentingan bersama-sama berganding bahu dalam fasa seterusnya ini,” kata Baidzawi.

·         Sepanjang 10 tahun yang lalu, transformasi sosioekonomi ECER dapat disaksikan apabila
sasaran pelaburan pada tahun 2020 sebanyak RM110 bilion berjaya dicapai tiga tahun lebih awal.

Sehingga kini, jumlah pelaburan swasta di ECER berjumlah RM115.6 bilion, sebanyak 164,500 peluang pekerjaan diwujudkan dan kira-kira 38,000 usahawan telah berjaya dibangunkan.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4