Ahad, Oktober 07, 2012

MAKSUD REGOLIT DAN EPIFIT

Regolit ( Regolith )

Regolit (regolith) merupakan lapisan nipis permukaan bumi yang dibentuk oleh pemecahan batu-batan dalam pelbagai cara. Ia meliputi serpihan batu-batan yang longgar atau bahan-bahan buangan yang terurai, termasuklah tanah di permukaan.
Regolit dengan ketebalan yang berbeza-beza meliputi sebahagian besar daripada permukaan bumi. Sifat-sifat regolit bergantung kepada batu-batan asal di kawasan yang berkenaan. Batu-batan ini diubahsuai oleh proses-proses luluhawa kimia dan luluhawa makenikal.

 pat ke: pandu arah, cari

Berhampiran Orosí, Costa Rica
Epifit ialah tumbuhan yang menumpang pada tumbuhan lain atau juga benda seperti dinding bangunan, tetapi tidak mendapatkan makanan (bukan parasit) daripada tumbuhan yang ditumpanginya. Contohnya seperti orkid dan lumut.


Apa bezanya epifit, parasit dan saprofit?

Epifit adalah tumbuhan yang tumbuh di atas tumbuhan lain. Ia mendapatkan sumber air dan mineral dari udara sekitarnya. Contoh epifit adalah seperti lumut, lichen, algae, orkid, dan langsayur.




Parasit adalah tumbuhan yang tumbuh di atas tumbuhan lain dengan mengambil nutrien dari tumbuhan tersebut. Tumbuhan tersebut mungkin akan hidup manakala ada pula mungkin akan mati. Contoh parasit adalah seperti dedalu dan pakma.




Saprofit pula adalah organisme yang hidup dengan menumpang ke atas tumbuhan yang mati. Ia boleh memecahkan bahan organik tumbuhan yang mati. Contoh saprofit adalah seperti cendawan dan kulat.


RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4