Rabu, Ogos 17, 2011

PERUNCINGAN TAJUK UNTUK TRIAL STPM 2011 NEGERI TERENGGANU

1 GRAPH/GLOBAL WARMING
2 MASS MOVEMENT
3 WEATHERING
4 EROSION IN COASTAL ZONES FRINGES
5 Tropical cyclones
6 FOREIGN STUDY DOMESTIC WATER SUPPLY
7 ENERGY CHANGES IN THE SWAMP Ecosystem
8 ISOPLET MAP (CHANGE OF TEMPERATURE)
9 WATER CIRCULATION soil

Kesan pemanasan global ke atas alam sekitar ialah :

Kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal ialah ialah mempercepatkan prosese luluhawa fizikal melalui proses insalasi ,iaitu kemasukkan bahangan suria yang banyak boleh me4mbolehkan batuan cepat menggelupas dan lerai.

Selain itu, pemanasan global dapat mempertingkatkan proses hakisan terutamanya di kawasan-kawasan pi nggir pantai. Pemanasan global akan mencairkan ais di kawasan kutub seterusnya meningkatkan aras air laut. Aras air laut yang bertambah akan meningkatkan tindakan ombak di kawasan pantai dan ini dapat mengubah garis pinggir pantai. Selain hakisan, tindakan ombak juga boleh membawa kepada proses pemendapan yang ketara di kawasan pinggir pantai. Apabila keadaan ini berlaku maka proses pemendapan ini mengganggu aliran sungai di bahagian hilir atau kawasan muara.

Pemanasan global yang membawa kepada pencairan salji di kawasan-kawasan kutub dan tanah tinggi mengakibatkan berlakunya pergerakan jisim yang ketara. Air yang banyak masuk ke dalam tanah di kawasan lereng-lereng bukit dan tanah tinggi. Apabila kawasan tersebut tepu air, maka proses pergerakan jisim mudah berlaku dan lebih buruk sekiranya kawasan tersebut kurang dilitupi tumbuhan.

Pencairan salji akibat pemanasan global menyebabkan isi padu air sungai bertambah. Proses hakisan sungai menjadi giat kerana aliran sungai yang deras seterusnay meningakatkan lagi bahan muatan sungai. Keadaan ini menyebabkan proses pengangkutan beban sungaio meningkat.

Pemanasan global juga mendatangkan kesan kepada alam sekitar manusia terutama dalam aktiviti pelancongan. Apabila berlaku pencairan salji, aras air laut meningkat menyebabkan kawasan rendah tenggelam. Pinggir pantai yang dahulunya menjadi kawasan tumpuan pelancong akan tenggelam dan mengurangkan daya tarikan pelancong.
Selain itu, apabila berlaku pemanasan global, cuaca menjadi panas keterlaluan dan menjejaskan aktiviti harian manusia seperti berekreasi dan melancong.

Kadar kehilangan akan menjadi lebih cepat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Kemarau kesan daripad pemanasan global menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan terjejas teruk. Tumbuhan akan layu dan mati manakala binatang ternakan juga akan mati apabila kekurangan air minuman. Kemarau turut menyebabakan aras air tanah jatuh.

Tumbuhan akan mati apabila ait bawah tanah terlalu jauh ke dalam tanah sehingga akar tumbuhan tidak menyerap. Apabila keadaan ini berlaku, pokok buah-buahan akan mati dan menjejaskan hasil pertanian. Di kawasan pinggir pantai, pokok-pokok bakau akan mati dan menjejaskan hasil prtanian. Di kawasan pinggir pantai,pokok-pokok bakau akan tenggelam dan akan mati. Pembalakan kayu bakau akan terjejas. Aktiviti penternakan ikan sangkar atau akuakultur juga turut terjejas kerana suhu bair laut yang me4ningkat menyebabkan ikan-ikan tidak mampu bertahan lama.




PERGERAKAN JISIM
MAKSUD:

Pergerakan jisim bermakna sebarang proses pergerakan bahan-bahan di cerun sesuatu bukit atau gunung. Bahan-bahan yang terlibat dalam pergerakan ini merangkumi bahan terluluh bergerak dari atas cerun ke bahagian bawah sesuatu lereng bukit atau gunung disebabkan oleh tarikan graviti, aliran air hujan, dan air cairan salji.Pergerakan jisim ini dapat dikategorikan dalam dua kumpulan utama iaitu Pergerakan Jisim Perlahan / lambat dan Pergerakan Jisim Cepat.

Pergerakan jisim yang perlahan melibatkan pergerakan tanah dan ketulan batuan seacara perlahan-lahan dari bahagian atas cerun ke bahagian bawah cerun. Proses pergerakan ini dikenali sebagai kesotan dan terdiri daripada lima jenis iaitu kesotan tanah-tanih,Kesotan talusKesotan batuan,Kesotan batu glasier,Gelangsaran tanah.

FAKTOR-FARTOR YANG MEMPENGARUHI:

1. Lapisan regolit yang tebal - - kesan drp kadar luluhawa dalaman yang berkesan
Proses-proses luluhawa terutama luluhawa kimia yang sangat giat di kawasan Tropika Lembap menghasilkan lapisan regolit yang tebal.Ini kerana berlaku luluhawa dalaman. Lapisan regolit yang tebal memudahkan proses - proses pergerakan cerun kerana ia merupakan lapisan yang lembut, lebih mudah menyerap air dan mudah bergerak.

2. Iklim - - terdedah kepada hujan yang lebat

Kawasan Tropika lembap menerima jumlah hujan yang banyak iaitu lebih daripada 2000 mm setahun.Hujan yang lebat sepanjang tahun dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim. Air hujan apabila bercampur dengan lapisan tanah akan menjadi berat dan mudah bergerak disepanjang cerun akibat tarikan graviti. Air hujan yang menyusup masuk ke dalam laipsan tanah bertindak sebagai agen pelincir lalu menggalakkan proses gelunsuran tanah di permukaan cerun-cerun bukit. Di kawasan sederhana sejuk, pencairan salji akan menjadikan lapisan tanah tertepu dengan air dan menggalakkan lapisan atas tanah bergerak menuruni cerun. Kadar pergerakan lebih cepat pada musim bunga dan panas di mana pencairan salji yang giat berlaku.

3. Aktiviti manusia - - aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi / cerun bukit
Kegiatan manusia seperti tarahan bukit untuk pembinaan jalan raya, pemanasan cerucuk besi dan pemecahan batu di lombong kuari dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim seperti robohan dan runtuhan batu.Gangguan seumpama ini yang melonggarkan struktur tanah dan batuan di lereng-lereng bukit atau gunung mudah mengalami pergerakan jisim.

4. Gangguan-gangguan tektonik - - bila berlaku gempa bumi, gelinciran, lipatan dan letusan gunung berapi
Kawasan-kawasan yang sering mengalami gerakan tektonik seperti gempa bumi, gelinciran, lipatan dan gunung berapi menyebabkan struktur batuan dan tanah di kawasan bercerun curam mudah mengalami pergerakan jisim.

5. Litupan bumi - - kemusnahan kawasan hutan melalui pembalakan dan pertanian pindah
Di kawasan tanah tinggi yang mengalami pemusnahan, liputan bumi melalui pertanian pindah dan pembalakan secara intensif proses-proses pergerakan bumi giat berlaku.Lapisan tanah yang kehilangan cengkaman akar pokok dan timbuhan mudah mengalami pergerakan jisim.

6. Bentuk muka bumi - – tanah tinggi , bercerun curam
Kawasan-kawasan di tanah tinggi yang bercerun curam mudah mengalami pergerakan jisim. Faktor kecerunan mendorong tindakan tarikan graviti terhadap regolit di bahagian atas tanah tinggi dan dengan ini kadar pergerakan juga lebih tinggi.

LANGKAH MENGATASI:

1. Menanam tumbuhan
Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit dan gunung yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput.Litupan bumi ini dapat mencengkam tanah melalui akar-akarnya.Lagipun tanah kurang terdedah kepada tindakan air hujan.

2. Teres

Kawasan-kawasan pertanian di permukaan bumi yang bercerun curam seharusnya diteres mengikut kaedah garis kontor.Tindakan ini bukan sahaja mengurangkan kecerunan lereng-lereng bukit bahkan mengurangkan daya graviti terhadap lapisan tanah di sesuatu bukit atau tanah tinggi.Teres juga mengurangkan air larian permukaan yang juga boleh mempengaruhi pergerakan jisim.

3. Penyimenan

Satu lagi kaedah yang penting dan sering digunakan untuk mengurangkan proses-proses pergerakan jisim ialah dengan penyimenan ke atas permukaan lereng-lereng cerun yang curam.Kaedah ini sangat berkesan di kawasan permukaan yang berbatu. Proses penyimenan ini dapat mengurangkan kemasukan air ke dalam secara proses infiltrasi. Kadar penyusupan air yang terhalang ini dapat mengurangkan lapisan atas lereng-lereng bukit menjadi berat dan bergerak ke bahagian bawah.

4. Tembok

Pergerakan jisim juga boleh diatasi dengan cara membina suatu tembok konkrik atau batu merentasi cerun sesuatu bukit yang dijangkakan boleh berlaku pergerakan jisim. Kaedah ini sangat sesuai mengatasi pergerakan jisim jenis kesotan tanah dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit yang tidak begitu curam.

5. Sistem perparitan

Kaedah ini sering kali digunakan di lereng-lereng bukit yang tinggi terutama di beberapa tempat di lebuh raya Utara Selatan.Sistem perparitan ini dibina di setiap teres di sesuatu lereng bukit yang curam mengikut garis kontornya.Parit-parit atau beberapa saliran dibina ke bawah bukit melalui tangga-tangga batu. Air hujan yang turun di permukaan rata di setiap teres akan mengalir masuk ke dalam sistem perparitan dan kemudian mengalir melalui tangga ke bahagian bawah sesuatu cerun. Kaedah ini dapat mengatasi masalah air yang bertakung dan menyusup masuk ke dalam permukaan bumi lalu memberatkan lapisan tanah.Permukaan tanah yang berat boleh bergerak ke bawah.

6. Lapisan plastik

Fenomena pergerakan jisim di lereng-lereng bukit yang curam boleh dikurangkan dengan meletakkan satu lapisan plastik di permukaan atas cerun.Lapisan plastik dapat menghalang penyusupan air ke dalam lapisan bawah.Fenomena pemasangan plastik sering kali dapat kita perhatikan di beberapa tempat di Lebuh Raya Utara Selatan.


Lankah mengatasi pergerakan jisim ialah:

Melalui langkah kejuruteraan (kestrukturan). Melalui pembinaan gabion iatu batuan yang disimen di sepanjang cerun yang berkemungkinan untuk runtuh, gabion terse4but bertujuan untuk memadat dan memampat tanah di sepanjang cerun manakala simen bertujuan untuk menggelakkan berlakunya penterbisan tanah. Selain itu, kita juga boleh memacak struktur simen berceracak (retaining wall) di sepanjang kaki cerun untuk mengelakkan kesan runtuhan terkena ke atas petempatan atau jalan raya. Langkah penstrukturan yang seterusnya ialah membina reinforce concreate (konkrit bertetulang) kebiasaannya dibina bagi menahan runtuhan yang berlaku di beberapa di beberapa bahagian lebuhraya yang sering mengalami runtuhan contahnya di lebuhraya timur barat.

Langkah untuk mengatasi mpergerakan jisim ialah penyimenan (concreate) iaitu penyimenan ke atas permukaan lereng-lereng cerun yang curam. Kaedah ini sangat berkesan di kawasan permukaan yang berbatu. Proses penyimenan ini dapat mengurangkan kemasukan air ke dalam secara proses infiltrasi. Kadar penyusupan air yang terhalang ini dapat mengurangkan lapisan atas lereng-lereng bukit menjadi berat dan bergerak ke bahagian bawah.

Langkah system peparitan (drainage system). Kaedah ini sering kali digunakan di lereng-lereng bukit yang tinggi terutama di beberapa tempat di lebuh raya Utara Selatan. System peparitan ini dibina di setiap teres di sesuatu lereng bukit yang curam mengikut


Peranan luluhawa dalam aktiviti manusia

Luluhawa akan membentukkan pelbagai jenis tanih seperti tanih laterit,aluvium,redzinal,terrasa dan lain-lain lagi.tabah-tanah yang dihasilkan melalui proses luluhawa ini sangat subur kepada pertanian kerana kawasan tersebut dipengaruhi oleh natrium yang berpunca daripada mbuhanyang telah mati semasa berlakunya proses tersebut.

Selain itu luluhawa juga akan menyebabkan terhasilnya gua daripada hakisan sedikit demi sedikit ini.secara tidak langsung ia akan menarik minat orang ramai tidak kira sama ada luar negara mahupn dalam negara mula berkunjung di kawasan tersebut selaras dengan itu taraf hidup masyarakat setempat akan semakin meningkat.contohnya gua batu kapur.

Luluhawa juga berperanan dalam bidang kraftangan.proses-proses luluhawa juga akan membentuk tanah liat.di mana tanah liat ini sesuai untuk membuat tembikar dan pasu.secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada pendapatan masyarakat.
Peranan luluhawa yang seterusnya ialah untk tujuan pembinaan.batuan granit digunakan sebagai asas pembentukan batuan granit yang keras dan kukuh amat sesuai untuk tujuan tersebut.

Selain itu luluhawa juga memainkan peranan dalam aktiviti perlombongan.luluhawa akan memudahkan kegiatan perlombongan emas dan belian.Jadi manusia tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak.


Ekosistem Hutan Bakau

Ekosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di kawasan tropika dan subtropika yang didominasikan oleh tumbuhan yang beradaptasi khas.
Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang muara sungai besar yang tanahnya berselut, dan di kawasan persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang surut)
Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi dengan situasi air dan tanah yang bergaram (bersaliniti).

Pengenalan

Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia .

Lokasi
Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung dari tiupan angin.
Keluasan di Malaysia
Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;
57 % di Sabah
26 % di Sarawak
17% di Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.
Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan.
Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun .
Hutan Bakau Simpan Matang

Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.
•Tanah di kawasan ini juga adalah anaerobik dan kadang-kala berasid, terdiri daripada tanah selut, selut berpasir atau kadang-kala berpasir.

•Saliniti air boleh berubah daripada tawar kepada masin tetapi kebiasaannya adalah payau (hasil percampuran air tawar dan air masin)
Hutan Bakau Malaysia
Sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak, Selangor, Johor dan Kedah
Dijumpai di beberapa tempat di pantai timur Semenanjung Malaysia
Sepanjang pantai timur Sabah
Pantai utara dan barat daya Sarawak
Keluasan Hutan Bakau Malaysia
Hutan paya bakau di Malaysia adalah seluas 646,000 hektar.
366,000 hektar terdapat di Sabah
174,000 hektar di Sarawak.
106,000 hektar di Semenanjung Malaysia
Hutan Bakau Utama Terengganu
Hutan Simpan Kekal
- Hutan Simpan Sungai Pimpin, Dungun (62 ha.)
- Hutan Simpan Kuala Kemaman, Kemaman (938 ha.)
Kampung Raja
Lagun Setiu
Kampung Benting Lintang
Kampung Kuala Bharu
Batu Rakit
Sungai Terengganu
Sungai Kuala Ibai
Sungai Merang
Sungai Dungun
Sungai Paka
Sungai Kerteh
Sungai Kijal

Tumbuhan Utama Hutan Bakau
•Pada kebiasaannya, terdapat 4 spesis yang utama iaitu:
•Rhizophora (Pokok Bakau Kurap & Bakau Minyak)
•Avicennia (Pokok Api-api)
•Bruguiera (Pokok Berus / Tumu / Lenggadai)
•Sonneratia (Pokok Perepat / Berembang / Gedabu)
Hutan-hutan ini terdapat secara eksklusif di pesisiran pantai dan sungai yang bertanah serta masin yang mengalami perubahan pasang surut air laut dan selalunya boleh dibezakan dengan jelas dari hutan paya gambut yang mana biasanya ia bersempadan. Kira-kira 4% dari semua hutan di negara ini adalah bakau. Jenis hutan ini seterusnya dibahagikan lagi kepada :
Jenis-jenis hutan bakau
Bakau
Nyireh Bunga
Linggadai
Nipah
Nipah Dungun
Pedada Nibong
Hutan Bakau asal
Hutan bakau ini hampir keseluruhannya dipenuhi oleh satu jenis spesis saja - bakau minyak (Rhizophora apiculata). Ia merupakan hampir 50% dari jumlah hutan bakau di Daerah Temburong. Spesis ke-dua, bakau kurap (Rhizophora macronata) juga ada tapi sekali sekala saja, terutamanya di sepanjang pinggir kuala-kuala dan caruk-caruk sungai.
Hutan Nyireh Bunga
Nyireh bunga (Xylocarpus granatum) boleh terdapat hidup bersama-sama dengan bakau minyak, atau di dalam hutan-hutan yang sama yang lebih besar terutama sekali di atas tanah yang jarang ditenggelami air. Timbunan-timbunan tanah udang galah besar selalunya ditutupi oleh pohon paku-pakis (Acrostichum aureum) dengan banyak sekali. Dirian hutan-hutan yang hampir keseluruhannya nyireh bunga boleh ditemui di Selirong dan Hutan Simpan Labu.
Hutan Linggadai
Linggadai (Bruguiera gymnorrhiza) ialah satu-satunya spesis dari genus yang terpenting di dalam hutan-hutan bakau di Temburong. Di Sarawak, banyak atau dirian hutan yang tidak bercampur-campur tiga spesis lain (B. caryophylloides, B. parviflora dan B. sexangula) boleh ditemui, tapi di Brunei spesis-spesis ini sama ada tidak wujud atau jarang-jarang berlaku. Hutan linggadai yang tidak bercampur-campur boleh dijumpai dalam kelompok-kelompok kecil di Hutan Simpan Labu, terutama sekali di sepanjang saliran Sg. Sipuyut.
Hutan Nipah

Tumpuan-tumpuan asli palma di tebing-tebing sungai dan zon-zon riparian di kawasan-kawasan pantai. Ini dapat ditemui di sepanjang tanah-tanah rendah di sungai-sungai Pendaruan, Temburong dan Labu, dan di sepanjang tebing-tebing hiliran sungai-sungai Tutong dan Belait.Hutan Nipah-Dungun
Hutan nipah bersama dungun (Heritiera globosa) yang bertingkat-tingkat, yang boleh mencapai ukuran yang begitu besar. Ini terjadi pada had tertinggi yang dapat dicapai oleh perubahan kemasinan air, khususnya di sepanjang Sungai-Sungai Temburong dan Labu. Menuju ke arah had-had sungai yang lebih bawah pembahagiannya, buta buta (Excoecaria agallocha), linggadai dan beberapa bakau mungkin wujud.
Hutan Pedada
Sejumlah kecil tumbuh-tumbuhan yang rumpun, pedada (Sonneratia caseolaris) terdapat pada tanah yang baru termendap di sepanjang pinggir Sungai Temburong dan Labu. Spesis ini adalah lebih terkenal di Kuala Labu Temburong.
Hutan Nibong
Palma nibong (Oncosperma tigillarium) yang panjang lagi berduri ialah spesis bakau yang di pertengahan, terdapat dalam kawasan setempat yang kecil kepada ukuran yang sederhana berkelompok-kelompok di bahagian perbatasan arah darat hutan bakau terutama sekali di sungai setempat yang lebih tinggi.
Habitat bakau
Buaya Muara.
Ketam Rebab
Ketam Lumpur
Ikan Belacak
Udang Kara
Ular Bakau
Lotong Kelabu
Memerang Licin
Berok
Kelawar.
Hidupan hutan bakau
Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya ;
Siput
Tiram Teritip
Burung
•Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah plankton , tumbuh- tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu
Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah
Burung Bangau (Burung Bangau Kecil dan Burung Bangau Putih Besar)
Burung Pucung (Burung Pucung Keladi dan Burung Pucung Seriap)
Burung Botak Upeh
Burung Helang Merah
Burung Helang Siput
Burung Pacat Bakau
Burung Murai Bakau
Burung Sambar Biru Bakau
Burung Pekaka Sungai
Kepentingan Hutan Bakau
Kepentingan Ekologi
Kaya dengan kepelbagaian biologi
- Menjadi habitat kepada banyak tumbuhan & haiwan endemik dan terancam
- Menjadi tempat persinggahan,pemakanan dan pembiakan bagi banyak burung air dan burung penghijrah.
-menjadi kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran untuk banyak spesies akuatik terutamanya udang dan ikan
* Memusnahkan satu atau lebih spesies akan menyebabkan kerosakan kepada seluruh ekosistem

Kepentingan Ekonomi
Membekalkan kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran yang baik kepada banyak spesies udang dan ikan komersil.
Memberikan sumber makanan, cth: ketam, ikan dan udang
Memberikan pulangan yang tinggi kepada negara melalui hasil perikanan
Membekalkan bekalan kayu yang boleh ditebang secara mapan
Menjadi habitat kepada banyak pokok dan haiwan yang jarang terdapat di tempat lain yang boleh menarik pelancong dan menjana ekonomi.
Nilai ekologi
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak
Fungsi Fizikal Hutan Bakau
Pelindung persisiran pantai sebagai penampan ombak semulajadi, arus pasang surut dan ribut
Penghalang kemasukan air masin ke kawasan daratan
Perangkap sampah, nutrien, mendakan dan bahan toksin
Penyimpan karbon dioksida
Kepentingan umum Hutan Paya Bakau
Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan. Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:-

Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan
Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.
Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.

Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.
Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya.
Kegunaan Hutan Bakau
Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun.
Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.

Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang)
.Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api
Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat
Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya).
Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

UBAT-UBATAN DARI HUTAN BAKAU
Kulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya digunakan untuk merawat mata
Asap pembakaran kulit kayu pokok Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit kusta
Buah Pong-pong digunakan sebagai racun tikus.
Ekstrak kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam malaria
Masalah hutan bakau
Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
penukaran tanah penebangan hutan penebusgunaan pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
akuakultur
ternakan ikan dalam sangkar
kolam ternakan udang dan ikan air masin
Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam
Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.
Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.
Ancaman Terhadap Hutan Bakau
Penebangan hutan bakau secara terlarang
Penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian
Penukaran kawasan hutan bakau kepada kolam akuakultur
Penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pembangunan bandar dan industri
Penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan
Pencemaran (minyak, bahan buangan)
Pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan bakau
Mahu membantu memulihara hutan bakau?
Akar pokok bakau yang unik ini dapat membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan arus pasang surut.


Langkah-langkah menurunkan suhu sesuatu kawasan ialah:

Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menurunkan suhu disesuatu kawasan ialah pembenihan awan.kapal-kapal terbang yang terbang di udara melakukan pembenihan awan di ruang udara yang tinggi.ini kerana dengan adanya awan cahaya matahari dapat dihalang daripada terus sampai ke permukaan bumi.

Langkah kedua yang boleh dilakukan ialah mepanaman pokok tidak kira sebagai bumbung hijau ataupun tutup bumi.ini kerana tumbuhan menainkan peranan sebagai intersepsi iaitu menyerap,penyerak dan memesongkan cahaya matahari daripada terus sampai ke permukaan bumi.

Langkah yang seterusnya memperbanyakkan kawasan tadahan hijau.hal ini kerana kawasan tadahan hijau yang banyak akan menyerdahanakan suhu persekitaran tersebut.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan untuk menurunkan suhu sesuatu kawasan ialah dengn adanya penggunaan air-cond.hal ini kerana air-cond akan berfungsi untuk menyejukkan suhu sesuatu kawasan.


Konsep zon pinggir pantai

Konsep zon pinggir pantai ialah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak. Secara khususnya pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai. Antara contoh pantai berpasir yang bersih dan indah adalah seperti pantai di pulau-pulau Langkawi, pantai Mersing di Johor, Pantai Cherating di Pahang, Pantai Batu Buruk di Terengganu dan lain-lain lagi.

Agen geomaorfologi yang bertindak di zon pinggir pantai
Agen yang pertama yang bertindak di zon pinggir pantai ialah ombak. Ombak boleh dibahagikan kepada ombak pembina dengan ombak pembinasa (pemusnah). Ombak pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yang lebar manakala ombak pembinasa pula menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang telah dibina oleh ombak pembina tadi. Ombak pembinasa biasanya berlaku ketika ribut seperti pada musim tengkujuh atau gelombang “Tsunami” yang disebabkan oleh gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.

Agen seterusnya yang bertindak di zon pinggir pantai ialah arus. Terdapat pelbagai jenis arus persisir pantai dan arus pembalik dasar. Arus persisir pantai atau dikenali juga sebagai hanyutan persisir pantai terhasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini akan bergerak di sepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara “zig-zag”. Arus-arus lautan yang lain pula terbentuk akibat perubahan arah tiupan dan biasan angin lazim serta kesan daya koriolis putaran bumi.

Agen geomorfologi yang seterusnya ialah arus passang-surut. Agen pasang surut juga boleh mempengaruhi bentuk muka bumi di zon pinggir pantai khususnya di kawasan muara sungai. Pasang dan surut yang terjadi akibat putaran bumi di atas paksinya.
Selain itu, tindakan angin juga boleh merupakan agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir pantai. Di zon luar persisir yang tdak dicapai oleh tikas air pasang biasanya dipengaruhi oleh tindakan angin. Angin boleh mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk yang ada di zon luar persisir ini. Antara contoh bentuk muka bumi yang tehasil ialah bukit-bukit pasir yang dikenali sebagai diun atau gumuk pasir.

Siklon tropika

Maksud siklon tropika ialah sistem tekanan udara tetapi terbentuk di kawasan tropika. Siklon Tropika diberi pelbagai gelaran atau nama. Contohmya gelaran taufan di barat Lautan Pasifik Utara, Willy di timur Lautan Hindi, willies di willies dan siklon di barat lautan pasifik serta utara lautan hindi. Pusat siklon digelar sebagai mata siklon yang terletak di kawasan udara tenang dan tiada hujan terbentuk di sini.



Ciri siklon tropika

Siklon tropika merupakan angin yang berkelajuan tinggi. Angin siklon tropika biasanya mempunyai kelajuan 120 km/jam. Selain itu siklon tropika juga menerima hujan yang lebat kerana disertai angin dan hujan yang lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat. Contohnya Amerika menerima siklon tropika. Siklon tropika biasanya akan hadir terlebih dahulu sebelum hujan yang lebat.













SELAMAT MENGULANGKAJI DAN MENJAWAB PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011
DILARANG MENIRU "KEJUJURAN MENCERMIKAN KEPERIBADIAN ANDA"

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4