Sabtu, Oktober 23, 2010

JABATAN TAMAN LAUT

Jabatan Taman Laut Malaysia



Jabatan Taman Laut Malaysia yang dahulunya di bawah Jabatan Perikanan Malaysia telah dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar secara rasminya pada 27 Mac 2004, telah dipertanggungjawabkan untuk menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Segala fungsi dan tugas pengurusan dan pentadbiran di Taman Laut Malaysia akan dijalankan oleh Unit Taman Laut yang ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Pada 14 Jun 2006, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penubuhan sebuah Jabatan atau agensi baru yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kawasan-kawasan Perlindungan Marin Negara terutamanya kawasan Taman-Taman Laut Malaysia. Jabatan ini akan dikenali dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatan MPM.

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia dengan penambahan jawatan sebanyak 154 jawatan baru sebagai tambahan kpada 86 jawatan sedia ada


Tujuan utama penubuhan Taman Laut di Malaysia telah diterangkan dalam Akta Perikanan 1985. Iaitu untuk :

•Memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik, dan melindungi, memelihara dan mengurus tapak pembiakan semulajadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian utama kepada spesis flora dan fauna yang unik, sukar dijumpai atau terancam.
•Memberi peluang dan meningkatkan kadar kemandirian hidupan akuatik yang hampir pupus.
•Menggalakkan kajian dan penyelidikan saintifik.
•Mengekal dan meningkatkan produktiviti dan keadaan semulajadi ekosistem tersebut.
•Mengawalselia aktiviti rekreasi dan aktiviti-aktiviti lain untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan yang berterusan terhadap persekitaran marin yang tidak boleh dipulihkan.

ISU TAMAN LAUT TERKINI

Apa Itu Kelunturan Karang (Coral Bleaching)

Kelunturan karang (coral bleaching) adalah perubahan warna pada jaringan karang dari warna yang kecoklat-coklatan atau kehijau-hijauan menjadi warna putih pucat. Kematian alga simbiotik iaitu zooxanthellae yang terdapat pada karang yang berfungsi memberi pigmen warna dan nutrient pada karang akan mengakibatkan karang mengalami kelunturan.

Peningkatan suhu air, perubahan kualiti air seperti saliniti dan tahap sedimentasi, cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari serta serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns dan Drupella Snail boleh menyebabkan alga ini mati dan seterusnya memberi kesan kepada karang.

Punca - Punca Kelunturan Karang

•Peningkatan atau pengurangan suhu air laut
•Sinaran solar
•Perubahan water chemistry (acidification)
•Kekurangan zooplankton
•Peningkatan sedimentasi
•Jangkitan pathogen
•Perubahan kemasinan air laut
•Terdedah kepada air surut
•Cyanide fishing



Perubahan suhu dunia berpunca dari pemanasan global yang berterusan. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.

Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Ini boleh menyebabkan suhu air laut juga meningkat dari masa ke semasa. Dalam pada itu, terumbu karang juga akan mengalami kelunturan disebabkan suhu air laut meningkat dari suhu asal iaitu 28°C - 29°C.

Kenaikan suhu air antara 1.5°C hingga 2°C dalam masa 6 hingga 8 minggu akan menyebabkan berlakunya kelunturan karang. Selain itu, jika keadaan ini berterusan selama 8 minggu dari tarikh kelunturan, maka karang akan mengalami kematian.

1 Upper surface bleaching(keputihan di atas permukaan karang)
a massive
b Table coral
c Encrusting (menatah)
d branching (percabangan)

2 Pale/fluaro(kepucatan)
3 totally belached white
a Branching
b Bushy9ketebalan)
4 deep coral with algae

Kaedah - Kaedah Pemantauan yang dilaksanakan oleh Jabatan

Kaedah pertama yang dijalankan ialah menggunakan kaedah Rapid Assessment (rujuk di Lampiran) bagi kesemua kawasan tersebut yang bertujuan untuk mengetahui peratus litupan karang yang mengalami kelunturan dengan menggunakan satu borang yang dikhaskan untuk pemantauan kelunturan karang.

Kaedah yang kedua ialah menjalankan keedah pemantauan dengan lebih teliti di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami kelunturan iaitu menggunakan kaedah Modified Reef Check (rujuk di Lampiran) yang telah diubahsuai untuk pemantauan kelunturan karang sahaja. Pemantauan dijalankan sambil melengkapkan data sheet yang telah diubahsuai dari bahagian substrate (Reef Check Survey). Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih jelas peratus keseluruhan karang, karang yang mengalami kelunturan, karang yang telah mati dan sebagainya di sepanjang transek yang digunakan di kawasan berkenaan.

Kaedah yang ketiga ialah menggunakan Photo-quadrate (rujuk di Lampiran) di mana kaedah ini untuk mendapatkan data asas supaya pemantauan yang berterusan pada masa akan datang dapat dijalankan bagi mendapatkan status karang yang mengalami kelunturan tersebut sama ada terdapat proses recovery atau tidak. Peratus kawasan litupan karang keseluruhan, karang yang telah luntur atau mati dikira dalam kuadrat yang bersaiz 0.5mx0.5m.

Senarai kawasan yang ditutup


PENUTUPAN KAWASAN YANG MENGALAMI CORAL BLEACHING DI PULAU-PULAU TAMAN LAUT – BERKUATKUASA 2 JULAI 2010

NEGERI
LOKASI KELUNTURAN
PAHANG
(a) Pulau Chebeh 60 – 70 %
(b) Batu Malang, Pulau Tulai 70 – 80 %

TERENGGANU


(a) P.Redang → Teluk Bakau 60 %
(b) Pulau Tenggol →Teluk Air Tawar 90 %
(c) Pulau Perhentian Besar → Teluk Dalam 90 %
(d) Pulau Perhentian Besar → Tg Tukas Darat – Tg Tukas Laut 90 %

KEDAH

(a) Teluk Wangi, Pulau Payar 1 60 %
(b) Pantai Damai, Pulau Payar 60 %
(c) Coral Garden, Pulau Payar 70 %

PAHANG

(a) Pulau Rengis 70 %
(b) Pulau Tumok 70 %
(c) Pulau Soyak 70 – 80 %

MEMAHAMI TAMAN LAUT






MEMAHAMI TAMAN LAUT (MARINE PARK) DAN PENCEMARAN MARIN 5 STAR*****BY TNTI
Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang diwartakan(digazetkan) iaitu zon sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk memelihara dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik
Terdapat 42 pulau yang telah diwartakan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Taman laut Negara iaitu di
PULAU-PULAU TAMAN LAUT UTAMA DI MALAYSIA SEHINGGA 2010
TERENGGANU PAHANG JOHOR KEDAH LABUAN
P PERHENTIAN P TIOMAN P TINGGI P LEMBU P LABUAN
P LANG TENGAH P KURAMAN
P REDANG P SERI BUAT P DAYANG P PAYAR P PAPAN
P KAPAS P SEMBILANG P AUR P SEGANTANG P RUSUKAN KECIL
P TENGGOL P IBOL P KACHA P RUSUKAN BESAR
P NYIREH P PEMANGGIL
P BESAR
P HARIMAU

Aktiviti Dibenarkan DI TAMAN LAUT
Selam scuba.
Snorkel.
Fotografi dasar laut.
Berenang.
Belayar atau berkayak.
Mendaki bukit/merentas hutan.

Aktiviti Dilarang DI TAMAN LAUT
Menangkap atau membunuh ikan.
Menggunakan serampang ikan.
Mengutip karang, cengkerang dan organisma laut (sama ada hidup atau yang telah mati).
Mengutip pasir dan batu-batu.
Memijak atau mematahkan karang.
Melabuh sauh di atas terumbu karang.
Mencemar dan buang sampah.
Memberi makan ikan.

Membina sebarang struktur di atas air














Definisi pencemaran marin

Apabila sesuatu air laut Mengandungi bakteria-bakteria,bahan-bahan kimia telarut,ketenagaan atau beberapa kompenen lain oleh aktiviti manusia yang boleh menyebabkab berlaku mengurangkan kualiti air tersebut ke tahap tertentu yang menyebabkan laut tidak lagi berfungsi seperti asal.

Punca-punca pencemaran dan kemusnahan hidupan MARIN
1 Memang tidak dinafikan bahawa punca utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran laut adalah dari aktiviti manusia terutama sekali aktiviti pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut. Namun, sebenarnya pencemaran marin atau pencemaran di perairan pinggir pantai mempunyai kaitan yang rapat dengan pencemaran sungai. Sekiranya sungai dicemari, perairan pinggir pantai juga akan mengalami masalah pencemaran. Menurut kajian yang saya buat melalui GOOGLE , pencemaran marin berpunca daripada tiga sumber yang utama iaitu melalui saliran sungai ke laut, larian air permukaan di sepanjang pinggir pantai dan pencemaran yang berlaku di laut.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh. Antara punca yang mengakibatkan pencemaran laut termasuklah...
Aktiviti pembangunan yang terlalu pesat khususnya di kawasan zon pinggir pantai dalam sektor pertanian, pembalakan, perindustrian, pembandaran dan perumahan serta pelancongan telah menyebabkan air laut seolah-olah tidak mampu menerima beban pencemaran yang terlalu banyak masa kini sehingga berlakunya masalah pencemaran marin.Menurut Jamaluddin & Kadaruddin (1997), pembinaan pusat-pusat tarikan pelancong di persekitaran pinggir pantai telah memberi impak negatif daripada segi pencemaran dan potensi berlakunya hakisan pantai.

Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai.

Sikap pengunjung pantai juga salah satu punca yang tidak boleh diabaikan. Ini boleh dikaitkan dengan pandangan responden yang mengatakan masalah sampah sarap merupakan jenis pencemar utama seperti sisa makanan, plastik bungkusan, botol dan sebagainya yang ditinggalkan oleh pengunjung apabila datang berkelah di kawasan berkenaan. Selain itu, punca pencemaran juga disumbangkan oleh oleh penduduk setempat terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan makanan. Menurut laporan pencemaran marin di PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA (KAWASAN PELANCONGAN PANTAI CAHAYA BULAN, BATU
BURUK DAN TELUK CHEMPEDAK), penduduk setempatan yang berniaga makanan di PCB dan Pantai Batu Buruk talah mencemarkan lautan.

aktiviti pengorekan pasir di kawasan berdekatan laut juga menyebabkan pencemaran berlaku.. Berdasarkan pandangan responden di Pantai Batu Buruk yang mengalami pencemaran laut, aktiviti pengorekan pasir akan menyebabkan berlakunya masalah pencemaran menyebabkan air laut berubah warna dan kedalaman pantai turut berubah.

Seperti yang telah dibincangkan, punca pencemaran laut juga adalah akibat daripada pengaliran sisa kumbahan dan domestik terutamanya dari hotel dan chalet berhampiran kawasan pantai. Sampah sarap yang dibuang akan mengakibatkan pencemaran secara tidak langsung.. Pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E.coli dan pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal, biologi dan kimia. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap hari akibat daripada kumbahan, industri kelapa sawit dan industri getah (Maheswaran 1982).


2 Pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal merupakan salah satu sebab terjadian pencemaran laut. Ia juga merupakan pencemaran yang paling teruk di laut. Ini kerana tumpahan minyak di atas permukaan laut telah menghalang cahaya matahari sampai ke laut, mengakitbatkan tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan. Selain itu, tumpahan minyak juga menyebabkan hidupan marin mati kerana tidak memperolehi oksigen yang mencukupi. Lama-lamanya hidupan marin akan mati atau bantut akibat kualiti air laut yang terlalu buruk.

3 Pencemaran laut sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara , pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta , asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka.dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara. Asap-asap tersebut yang mengandungi bahan kimia seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan sulphur monoksida akan mewujudkan hujan asid, hujan asid boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran laut. Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida,ini boleh menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik.


4 Kekurangan kesedaran manusia termasuk kuasa besar seperti Russia yang menggunakan Laut sebagai tempat pengujian bom nuklear. Pada masa dahulu pula manusia membuang sisa radioaktif kedalam laut dan mencemarkan satu kawasan besar laut dan menjadikan kawasan tersebut tidak sesuai untuk habitat kehidupan akuatik.

5 Salah satu sebab pencemaran laut adalah datang daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa-sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri.Mereka hanya mementingkan keuntungan sahaja.Selain itu,ada penduduk setempat suka terus membuang sampah-sarap ke dalam laut.Mereka malas untuk berjalan jauh untuk membuang sampah tersebut.Lama-kelamaan,sampah-sarap yang tertimbus dalam laut akan menjadi semakin banyak.Banyak impak buruk akan berlaku.Tumpahan minyak juga akan mempengaruhi hidupan laut.
6 Aktiviti Perlombongan
Di sampingan itu, buangan dari perlombongan permukaan dan bawah tanah yang aktif antara sebab lain bagi pencemaran laut .Serapan air melalui lombong bawah permukaan tanah di laut, menghakis logam-logam yang bertoksik dari bijih dan bahan mentah yang terdedah.Pengoksidaan dan perturasan bagi lombong arang batu menghasilkan sebatian tinggi Fe dan S serta pH yang rendah dalam laut.Apabila hidupan lautan terdedah dalam keadaan ini,hidupan lautan akan turut mati akibat toksik tersebut.
7
PENCEMARAN MARIN –KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

8 Pencemaran Marin berlaku apabila berlaku tumpahan cecair ”petroleum hydrocarbon” alam laut atau persisiran pantai akibat dari aktiviti manusia. Minyak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah minyak mentah, produk petroleum yang telah diproses (seperti petrol dan diesel), minyak engine atau buangan minyak yang telah digunakan. Minyak apabila tumpah ke laut mengambil masa berbulan-bulan untuk dibersihkan. Sebenarnya kebanyakan pencemaran minyak berlaku akibat dari aktiviti di daratan, tetapi tumpuan umum dan peraturan masa kini lebih tertumpu kepada kapal tangki di laut.

Kesan kepada alam sekitar dari tumpahan minyak adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis dan jumlah tumpahan. Kebiasaannya produk petroleum yang telah diproses seperti petrol dan diesel lebih mudah bercapur dengan lapisan permukaan air dan lebih toksid kepada hidupan marin, tetapi lebih mudah terpelewap dan tidak kekal lama dalam persekitaran berlakunya tumpahan. Sebaliknya minyak mentah, walau pun tidak begitu toksid bebanding minyak yang telah diproses, akan tinggal lebih lama di permukaan air dan boleh terdampar di pesisiran pantai lebih lama. Sebagai contoh, tumpahan minyak dari kes Exxon Valdez dan Peperangan Teluk (Peperangan di Iraq), masih kekal di pesisiran pantai walau pun setelah beberapa tahun berlakunya tumpahan tersebut. Sebaliknya tumpahan petrol di Shetland Island pada tahun 1993 dan tumpahan di Milford Haven pada tahun 1996 tidak lagi meningggalkan kesan kepada alam sekitar, walau pun kedua-dua tumpahan tersebut lebih dua kali ganda besarnya dari tumpahan minyak mentah Exxon Valdez.

Dengan keadaan ramai penduduk yang tinggal dan bergantung hidup kepada kawasan persisiran pantai, seperti aktiviti penangkapan ikan dan pelancungan, kesan tumpahan minyak kepada penduduk persisiran pantai boleh menjadi serius. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlaku desakan supaya syarikat minyak, pemilik kapal, dan pembuat kapal sama-sama bertanggungjawab untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Disebabkan minyak lebih rigan dari air dan tidak mudah lupus, ia boleh berada di permukaan air dalam tempoh yang lama. Disebabkan minyak juga boleh terbakar, tumpahan minyak boleh boleh mengakibatkan kebakaran di laut.

a) Burung laut
Apabila terkena minyak, burung tidak akan dapat terbang untuk mencari makanan dan melarikan dir dari pemangsa. Jika termakan minyak pula, akan merosakkan buah pinggang, mengganggu fungsi paru-paru, ketaksbilan metabolisma dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Kebanyakan burung yang terkena tumpahan minyak akan mati jika tidak dibantu dengan membuat pembersihan dan pemindahan ke tempat lain. Insiden tumpahan minyak Amaco Cadiz misalnya telah menyebabkan kematian hampir 20,000 ekor burung dan 9,000 tan tiram. Nelayan yang menangkap ikan di kawasan tersebut pula menghadapi masalah penyakit kulit.

Beberapa kajian yang telah dibuat mendapati burung yang terjejas adalah disebabkan oleh kesan pencemaran secara langsung seperti memasuki kawasan marin yang tercemar, dan bukannya disebabkan oleh rantaian makanan. Walaupun telah dibersihkan, kajian oleh British Trust for Orthinology terhadap kesan tumpahan kapal tangki minyak Sea Empress mendapati kebiasaaanya burung yang telah termakan minyak hanya boleh bertahan selama tujuh hari sebelum mati. Ada di antara burung yang suka berhijrah tidak akan datang langsung ke kawasan yang telah tercemar.

b)Habitat di dalam air
Pencemaran akibat tumpahan minyak juga boleh membunuh ikan, mikroorganisma, tumbuhan laut dan hidupan air yang lain. Minyak yang terdampar ke dasar laut pula akan merosakkan terumbu karang dan segala hidupan yang bergantung kepada terumbu karang untuk hidup dan mendapatkan makanan. Maksudnya rangkaian sistem pemakanan boleh terjejas akibat tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang terkena kawasan batu-batuan di laut pula boleh merosakkan lumut yang hidup di atas batu dan merosakkan lagi sistem ekologi.

c)Kesan kepada marin
Kebiasaannya pihak berkuasa akan melarang sebarang tangkapan ikan di kawasan tercemar setelah berlakunya pencemaran. Selain dari ikan, hidupan marin yang lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam akan turut terjejas.

d)Kesan kepada hidupan di darat dan sayur-sayuran
Kajian yang dibuat terhadap hidupan di darat termasuk ditebing-tebing bukit berhampiran laut mendapati hidupan tersebut tidak terjejas dengan pencemaran. Beberapa kajian terhadap rumput dan ternakan kambing juga mendapati tahap hidrokarbon dalam kedua-dua hidupan tersebut adalah normal. Saintis mendapati 40% dari tumpahan minyak – termasuk yang toksid kepada hidupan laut akan terpelewap (evaporated) dengan segera selepas berlakunya tumpahan. Kajian juga mendapati hanya jika kadar kandungan udara mengandungi minyak terpelewap tidak melebihi 9 ”parts per million” (ppm). Sekiranya kandungan udara mengandungi pemelewapan minyak melebih 50ppm barulah penduduk dinasihatkan supaya duduk daloam rumah dan tidak melakukan aktiviti di luar rumah. Kerja-kerja pembersihan seperti penyemburan ”chemical dispersants” yang memecahkan molikul-molikul minyak dan memudahkannya sebati dengan air dan penyedutan semula minyak oleh ”recovery vessels” membantu mengurangkan kesan pencemaran yang berpanjangan.

e)Kesan kepada nilai pemandangan atau keindahan alam sekitar
Pencemaran minyak memberi kesan kepada nilai keindahan alam dengan beberapa cara. Minyak boleh kelihatan di pantai dan laut dan mengujudkan bau yang tidak selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar. Kawasan terumbu karang seperti di Pulau Payar boleh terjejas teruk dengan pencemaran minyak. Apabila ini berlaku hidupan ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang tersebut jug akan terjejas. Kajian-kajian penialaian nilai Alam Sekitar seperti Contingent Valuation Model (CVM) dan Travel Cost Method (TCM) boleh dilakukan untuk melihat kesan pencemaran sebelum dan selepas berlakunya pencemaran. Kesan nilai keindahan alam ini pula berkait dengan kesan ekonomi iaitu industri pelancungan.
f ) Ancaman kepada kesihatan manusia
Antara kesan pencemaran laut yang lain ialah mengancam kesihatan manusia. Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas. Apabila laut dicemari oleh sisa-sia kimia di dalam air boleh mengakibat pelbagai penyakit seperti kelumpuhan, penglihatan dan sabagainya.
g)Kemusnahan hidupan akuatik

Selain itu pencemaran laut juga memberi kesan terhadap hidupan akuatik. Pencemaran memberi kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang membrikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air di alirkan daripada kilang industri, hampir 15 hingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam system penyejuk air. Pencemaran air juga turut member kesan terhadap tumbuhan biomass. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fostat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpai dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
Berbanding pencemaran darat yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan, pencemaran di laut tidak dapat disempadankan. Kesan buruknya akan dan sedang berlaku secara global dengan pesat namun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malangnya kebutaan ini menyebabkan manusia kian angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus memusnahkan laut. Sampah plastic, sisa industri dan minyak dikenalpasti sebagai angkara utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan kehidupan marin. Komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar.
Selain itu jenis pencemaran air adalah seperti bahan toksik, bahan organik, pencemaran Terma dan pencemaran Ekologi. Bahan toksik adalah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam system akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan. Kedua ialah pencemaran daripada bahan organik. Pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila organism akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hafncur berkenaan, sekaligus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan.

Sejenis pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik seperti nitrogen dan fostat meningkat dalam system akuatik. Kadar tinggi bahan berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpai air. Apabila tumbuhan dan rumpai iar itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan tumpahan berkenaan akan reput dengan pantas sekali gus mengurangkan kadar oksigen. Proses pantas pertumbuhan itu kemudian diikuti dengan peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar oksigen yang dikenali sebagai eutrophication.

Manakala pencemaran terma adalah pencemaran yang boleh berlaku apabila air yang digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biological oleh organisme akuatik untuk oksigen.

Seterusnya ialah pencemaran ekologikal ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya akitiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geological sperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

Peningkatan drastic pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an kini merupakan isu yang begitu meruncing. Setiap tahun puluhaan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat plastic. Malah ada kajian mendapati sekurang-kurangnya 30, 000 hidupan mati terperangkap atau tercekik. Bagi kehidupan marin plastik kelihatan seperti makanan yang akhirnya membunuh hidupoan itu akibat keracunan. Hakikat bahawa toksik sukar untuk diuraikan ekoran jangka hayat yang panjang selain melalui jaringan makanan menyebabkan toksik ini terkumpul dan meracuni marin terutama haiwan bercengkerang.

Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawap masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami, membina dan menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaannya. Arus ke arah pembangunan menjadikan Malaysia sebagai saebuah Negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej Negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Malaysia dikelilingi oleh laut dan terdedah kepada risiko tumpuhan minyak yang besar.
Kini laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar kebendaan tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar. Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya. Lebih 90 peratus daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10 peratus berpunca daripada sector perkapalan.

Kesimpulannya, bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan kita dan hidupan lainnya hiduo bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negaqra-negara berpantai. Walau pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi maritime yang dipertanggungjawapkan dalam menangani masalah ini.
Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-prang awam juga boleh bekerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lag

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4