Sabtu, Oktober 23, 2010

JABATAN TAMAN LAUT

Jabatan Taman Laut Malaysia



Jabatan Taman Laut Malaysia yang dahulunya di bawah Jabatan Perikanan Malaysia telah dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar secara rasminya pada 27 Mac 2004, telah dipertanggungjawabkan untuk menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Segala fungsi dan tugas pengurusan dan pentadbiran di Taman Laut Malaysia akan dijalankan oleh Unit Taman Laut yang ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Pada 14 Jun 2006, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penubuhan sebuah Jabatan atau agensi baru yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kawasan-kawasan Perlindungan Marin Negara terutamanya kawasan Taman-Taman Laut Malaysia. Jabatan ini akan dikenali dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatan MPM.

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia dengan penambahan jawatan sebanyak 154 jawatan baru sebagai tambahan kpada 86 jawatan sedia ada


Tujuan utama penubuhan Taman Laut di Malaysia telah diterangkan dalam Akta Perikanan 1985. Iaitu untuk :

•Memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik, dan melindungi, memelihara dan mengurus tapak pembiakan semulajadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian utama kepada spesis flora dan fauna yang unik, sukar dijumpai atau terancam.
•Memberi peluang dan meningkatkan kadar kemandirian hidupan akuatik yang hampir pupus.
•Menggalakkan kajian dan penyelidikan saintifik.
•Mengekal dan meningkatkan produktiviti dan keadaan semulajadi ekosistem tersebut.
•Mengawalselia aktiviti rekreasi dan aktiviti-aktiviti lain untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan yang berterusan terhadap persekitaran marin yang tidak boleh dipulihkan.

ISU TAMAN LAUT TERKINI

Apa Itu Kelunturan Karang (Coral Bleaching)

Kelunturan karang (coral bleaching) adalah perubahan warna pada jaringan karang dari warna yang kecoklat-coklatan atau kehijau-hijauan menjadi warna putih pucat. Kematian alga simbiotik iaitu zooxanthellae yang terdapat pada karang yang berfungsi memberi pigmen warna dan nutrient pada karang akan mengakibatkan karang mengalami kelunturan.

Peningkatan suhu air, perubahan kualiti air seperti saliniti dan tahap sedimentasi, cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari serta serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns dan Drupella Snail boleh menyebabkan alga ini mati dan seterusnya memberi kesan kepada karang.

Punca - Punca Kelunturan Karang

•Peningkatan atau pengurangan suhu air laut
•Sinaran solar
•Perubahan water chemistry (acidification)
•Kekurangan zooplankton
•Peningkatan sedimentasi
•Jangkitan pathogen
•Perubahan kemasinan air laut
•Terdedah kepada air surut
•Cyanide fishing



Perubahan suhu dunia berpunca dari pemanasan global yang berterusan. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.

Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Ini boleh menyebabkan suhu air laut juga meningkat dari masa ke semasa. Dalam pada itu, terumbu karang juga akan mengalami kelunturan disebabkan suhu air laut meningkat dari suhu asal iaitu 28°C - 29°C.

Kenaikan suhu air antara 1.5°C hingga 2°C dalam masa 6 hingga 8 minggu akan menyebabkan berlakunya kelunturan karang. Selain itu, jika keadaan ini berterusan selama 8 minggu dari tarikh kelunturan, maka karang akan mengalami kematian.

1 Upper surface bleaching(keputihan di atas permukaan karang)
a massive
b Table coral
c Encrusting (menatah)
d branching (percabangan)

2 Pale/fluaro(kepucatan)
3 totally belached white
a Branching
b Bushy9ketebalan)
4 deep coral with algae

Kaedah - Kaedah Pemantauan yang dilaksanakan oleh Jabatan

Kaedah pertama yang dijalankan ialah menggunakan kaedah Rapid Assessment (rujuk di Lampiran) bagi kesemua kawasan tersebut yang bertujuan untuk mengetahui peratus litupan karang yang mengalami kelunturan dengan menggunakan satu borang yang dikhaskan untuk pemantauan kelunturan karang.

Kaedah yang kedua ialah menjalankan keedah pemantauan dengan lebih teliti di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami kelunturan iaitu menggunakan kaedah Modified Reef Check (rujuk di Lampiran) yang telah diubahsuai untuk pemantauan kelunturan karang sahaja. Pemantauan dijalankan sambil melengkapkan data sheet yang telah diubahsuai dari bahagian substrate (Reef Check Survey). Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih jelas peratus keseluruhan karang, karang yang mengalami kelunturan, karang yang telah mati dan sebagainya di sepanjang transek yang digunakan di kawasan berkenaan.

Kaedah yang ketiga ialah menggunakan Photo-quadrate (rujuk di Lampiran) di mana kaedah ini untuk mendapatkan data asas supaya pemantauan yang berterusan pada masa akan datang dapat dijalankan bagi mendapatkan status karang yang mengalami kelunturan tersebut sama ada terdapat proses recovery atau tidak. Peratus kawasan litupan karang keseluruhan, karang yang telah luntur atau mati dikira dalam kuadrat yang bersaiz 0.5mx0.5m.

Senarai kawasan yang ditutup


PENUTUPAN KAWASAN YANG MENGALAMI CORAL BLEACHING DI PULAU-PULAU TAMAN LAUT – BERKUATKUASA 2 JULAI 2010

NEGERI
LOKASI KELUNTURAN
PAHANG
(a) Pulau Chebeh 60 – 70 %
(b) Batu Malang, Pulau Tulai 70 – 80 %

TERENGGANU


(a) P.Redang → Teluk Bakau 60 %
(b) Pulau Tenggol →Teluk Air Tawar 90 %
(c) Pulau Perhentian Besar → Teluk Dalam 90 %
(d) Pulau Perhentian Besar → Tg Tukas Darat – Tg Tukas Laut 90 %

KEDAH

(a) Teluk Wangi, Pulau Payar 1 60 %
(b) Pantai Damai, Pulau Payar 60 %
(c) Coral Garden, Pulau Payar 70 %

PAHANG

(a) Pulau Rengis 70 %
(b) Pulau Tumok 70 %
(c) Pulau Soyak 70 – 80 %

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4