Selasa, Oktober 23, 2018

TNTI:MEMAHAMI KEJADIAN BAYU LAUT DAN BAYU DARAT

Image result for KEJADIAN BAYU LAUT DAN BAYU DARATRelated imageFenomena bayu laut, ia berlaku di waktu siang hari. Di mana matahari menyinarkan pancarannya ke atas air laut. Dengan kepanasan  tertentu maka air laut akan terpelowap dan naik ke udara menjadi awan. Dalam masa yang sama, matahari juga memanaskan permukaan bumi. Oleh kerana permukaan bumi lebih panas daripada permukaan laut, seperti yang kita buat ujikaji membakar batu dan air, maka udara di permukaan bumi telah naik lebih cepat daripada yang di laut. 

Jadi dengan kekurangan udara, maka akan terjadilah tekanan udara rendah di daratan. Oleh itu ia diambil kesempatan oleh angin di laut yang berat untuk mengisi kekosongan udara di daratan. Sebab itulah apabila kita berada di pantai pada waktu siang hari, kita akan merasai angin yang bertiup dari laut. Ia menjadi satu putaran yang dinamakan sebagai bayu laut. 

Manakala fenomena bayu darat pula berlaku di waktu malam hari. Ketika itu suhu daratan lebih sejuk daripada permukaan laut. Maka udaranya lebih berat. Bagaimanapun suhu permukaan air laut masih lagi suam-suam kerana ia masih lagi menyinpan haba yang diperolehinya di waktu siang. Dalam keadaan tertentu di lautan yang luas ketika air laut menerima kepanasan suhu melebihi 27 darjah Celcius di waktu siangnya, air masih boleh terpelowap juga di waktu malamnya.


Oleh kerana suhu di permukaan laut lebih panas maka udaranya naik ke atas lebih cepat daripada di daratan. Ia terjadilah satu tekanan udara rendah di permukaan laut, maka udara yang lebih berat di daratan akan datang mengisi kekosongan di permukaan laut. Sebab kita dapati di waktu malam, angin akan bertiup dari daratan ke laut. Akhirnya ia menjadi satu pusingan yang dinamakan sebagai bayu darat. 
 
 

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4