Rabu, Oktober 03, 2018

Kesan Rumah Hijau : Greenhouse Effect

Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

 Proses Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

 














1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan
2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global
3. berlakunya kenaikan aras laut
4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air
5. peluasan kawasan gurun
6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis
7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat
8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.


 Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia
 
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. 


(a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
(b)   Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
(c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.


 Punca Kesan Rumah Hijau
 
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini







Punca Kesan rumah hijau
 1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan
2. banyak asap dari kereta atau kenderaan
3. banyak asap dari kilang
4. pembakaran bahan api fosil berlebihan
5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan
6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak
7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.
8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.


 Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau
 
Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

 1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.
2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D

Kejadian Empat Musim








Kejadian empat musim merujuk kepada fenomena alam yang berlaku kesan daripada peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun, terutamanya di negara-negara yang mengalami iklim empat musim seperti negara-negara Eropah dan Asia.

Terdapat empat musim yang dikaitkan dengan fenomena ini, iaitu;
     i) ekuinoks musim bunga (21 Mac)
     ii) solstis musim panas (21 Jun)
     iii) ekuinoks musim luruh (23 September)
     iv) solstis musim sejuk/dingin (22 Disember)

Apa itu ekuinoks dan solstis?

Fenomena ekuinoks merujuk kepada kedudukan matahari tegak di Garisan Khatulistiwa. Manakala solstis pula merujuk kepada kedudukan matahari tegak di atas Garisan Sartan dan Garisan Jadi.

Perubahan fizikal yang berlaku di permukaan bumi semasa kejadian empat musim.

Kejadian empat musim yang berlaku menyebabkan beberapa perubahan fizikal di permukaan bumi, iaitu semasa berlakunya;

i) Ekuinoks musim bunga.
- setiap 21 Mac.
- matahari tegak berada tepat di Garisan Khatulistiwa.

- berlaku musim bunga di hemisfera utara, sebaliknya musim luruh di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam adalah sama panjang.

ii) Solstis musim panas.
- setiap 21 Jun.
- matahari tegak di Garisan Sartan.
- berlaku musim panas di hemisfera utara, sebaliknya musim dingin di hemisfera selatan.
- tempoh siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di kutub selatan.

iii) Ekuinoks musim luruh.
- setiap 23 September.
- matahari tegak di Garisan Khatulistiwa.
- berlaku musim luruh di hemisfera utara, sebaliknya musim bunga di hemisfera selatan.
- siang dan malam adalah sama panjang.

iv) Solstis musim sejuk/dingin.
- setiap 22 Disember.
- matahari tegak di Garisan Jadi.
- berlaku musim dingin di hemisfera utara, sebaliknya musim panas di hemisfera selatan.
- siang dan malam tidak sama panjang, 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam malam di kutub utara.

Kesimpulan

Kewujudan musim-musim yang berlainan ini mewujudkan perubahan unik terhadap ciri-ciri fizikal di muka bumi ini yang sudah pastinya sangat mengujakan dan mempersonakan. Perbezaan ini sudah tentunya mempengaruhi pelabagi aktiviti seluruh hidupan yang mendiami muka bumi ini, terutamanya manusia.  

Ia juga menunjukkan kepda kita betapa indahnya ciptaan Tuhan. Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah sedar akan tanggungjawab besar kita untuk mengekalkan keindahan yang sedia ada ini sewajarnya.

PENGERTIAN EKOLOGI

PENGERTIAN EKOLOGI

pengertian ekologi.
- ekologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya. ekologi juga bisa di katakn terjadinya perpindahan energi dan materi dari makhluk hidup yang satu ke makhluk hidup yang lain dalam lingkingannya.
   pelopor ilmu ekologi adalah seorang ahli biologi dari jerman yang bernama Ernest Haikel kata ekologi berasal dari bahasa yunani oikos yang berarti rumah dan logos berarti ilmu, sehingga secara harpia ekologi berarti ilmu tentang makhluk hidup dalam lingkungan.
Ada dua asas dalam ekologi.
1. dimanapun suatu organisme tidak akan dapat hidup mandiri untuk hidupnya organisme memerlukan organisme lain atau lingkingannya.
2. lingkungan di perlukan organisme untuk makan, perlindungan dll.ahli ekologi mempelajari organisasi kehidupan dalam tiga tingkatan:
1. populasi adalah sekelompok makhluk hidup dengan spesies yang sama yang hidup di suatu wilayah yang sama (waktu yang sama pula).
2. komunitas adalah kumpulan populasi yang hidup secara bersama dalam suatu lingkungan.
3. ekosistem adalah hubungan timabal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya.

JENIS-JENIS EKOSISTEM

JENIS-JENIS EKOSISTEM

•    Jenis-jenis Ekosistem
Secara garis besar ekosistem dibedakan menjadi ekosistem darat dan ekosistem perairan.

a.    Ekosistem darat.
Ekosistem darat ialah ekosistem yang lingkungan fisiknya berupa daratan. Berdasarkan letak geografisnya (garis lintangnya), ekosistem darat dibedakan menjadi beberapa bioma, yaitu sebagai berikut.
1.    Bioma gurun
Di gurun dijumpai pula tumbuhan menahun berdaun seperti duri contohnya kaktus, atau tak berdaun dan memiliki akar panjang serta mempunyai jaringan untuk menyimpan air. Hewan yang hidup di gurun antara lain rodentia, ular, kadal, katak, dan kalajengking.
2.    Bioma padang rumput
Tumbuhan yang ada terdiri atas tumbuhan terna (herbs) dan rumput yang keduanya tergantung pada kelembapan. Hewannya antara lain: bison, zebra, singa, anjing liar, serigala, gajah, jerapah, kangguru, serangga, tikus dan ular
3. Bioma Hutan Basah
Dalam hutan basah tropika sering terdapat tumbuhan khas, yaitu liana (rotan), kaktus, dan anggrek sebagai epifit. Hewannya antara lain, kera, burung, badak, babi hutan, harimau, dan burung hantu.
4.    Bioma hutan gugur
Terdapat di daerah yang mengalami empat musim (dingin, semi, panas, dan gugur). Jenis pohon sedikit (10 s/d 20) dan tidak terlalu rapat. Hewannya antara lain rusa, beruang, rubah, bajing, burung pelatuk, dan rakoon (sebangsa luwak).
5.    Bioma taiga
Biasanya taiga merupakan hutan yang tersusun atas satu spesies seperti konifer, pinus, dap sejenisnya. Semak dan tumbuhan basah sedikit sekali. Hewannya antara lain moose, beruang hitam, ajag, dan burung-burung yang bermigrasi ke selatan pada musim gugur.
6.    Bioma tundra
Contoh tumbuhan yang dominan adalah Sphagnum, liken, tumbuhan biji semusim, tumbuhan kayu yang pendek, dan rumput. Pada umumnya, tumbuhannya mampu beradaptasi dengan keadaan yang dingin.
Hewan yang hidup di daerah ini ada yang menetap dan ada yang datang pada musim panas, semuanya berdarah panas. Hewan yang menetap memiliki rambut atau bulu yang tebal, contohnya muscox, rusa kutub, beruang kutub, dan insekta terutama nyamuk dan lalat hitam.
b.    Ekosistem perairan.
Ekosistem perairan dibedakan atas ekosistem air tawar dan ekosistem air Laut.
1.Ekosistem air tawar
Ciri-ciri ekosistem air tawar antara lain variasi suhu tidak menyolok, penetrasi cahaya kurang, dan terpengaruh oleh iklim dan cuaca. Macam tumbuhan yang terbanyak adalah jenis ganggang, sedangkan lainnya tumbuhan biji. Hampir semua filum hewan terdapat dalam air tawar. Organisme yang hidup di air tawar pada umumnya telah beradaptasi.
Adaptasi organisme air tawar adalah sebagai berikut:
o    Adaptasi tumbuhan
o    Adaptasi hewan
Ekosistem air tawar juga digolongkan menjadi dua yaitu : Air tenang dan air mengalir. Yang termasuk ekosistem air tenang adalah danau dan rawa, dan yang termasuk ekosistem air mengalir adalah sungai.
 2. Ekosistem air laut
Ekosistem air laut dibedakan atas lautan, pantai, estuari, dan terumbu karang.

1.    Laut
Habitat laut (oseanik) ditandai oleh salinitas (kadar garam) yang tinggi dengan ion CI- mencapai 55% terutama di daerah laut tropik, karena suhunya tinggi dan penguapan besar. Di daerah tropik, suhu laut sekitar 25°C. Perbedaan suhu bagian atas dan bawah tinggi. Batas antara lapisan air yang panas di bagian atas dengan air yang dingin di bagian bawah disebut daerah termoklin.

2.    Ekosistem pantai
Ekosistem pantai letaknya berbatasan dengan ekosistem darat, laut, dan daerah pasang surut.
Ekosistem pantai dipengaruhi oleh siklus harian pasang surut laut. Organisme yang hidup di pantai memiliki adaptasi struktural sehingga dapat melekat erat di substrat keras.
Daerah paling atas pantai hanya terendam saat pasang naik tinggi. Daerah ini dihuni oleh beberapa jenis ganggang, moluska, dan remis yang menjadi konsumsi bagi kepiting dan burung pantai.
Daerah tengah pantai terendam saat pasang tinggi dan pasang rendah. Daerah ini dihuni oleh ganggang, porifera, anemon laut, remis dan kerang, siput herbivora dan karnivora, kepiting, landak laut, bintang laut, dan ikan-ikan kecil.

3.    Estuari
Estuari (muara) merupakan tempat bersatunya sungai dengan laut. Estuari sering dipagari oleh lempengan lumpur intertidal yang luas atau rawa garam.
Salinitas air berubah secara bertahap mulai dari daerah air tawar ke laut. Salinitas ini juga dipengaruhi oleh siklus harian dengan pasang surut aimya. Nutrien dari sungai memperkaya estuari.
Komunitas tumbuhan yang hidup di estuari antara lain rumput rawa garam, ganggang, dan fitoplankton. Komunitas hewannya antara lain berbagai cacing, kerang, kepiting, dan ikan. Bahkan ada beberapa invertebrata laut dan ikan laut yang menjadikan estuari sebagai tempat kawin atau bermigrasi untuk menuju habitat air tawar. Estuari juga merupakan tempat mencari makan bagi vertebrata semi air, yaitu unggas air.

4. Terumbu karang.
Terumbu karang didominasi oleh karang (koral) yang merupakan kelompok Cnidaria yang mensekresikan kalsium karbonat. Rangka dari kalsium karbonat ini bermacam-macam bentuknya dan menyusun substrat tempat hidup karang lain dan ganggang.
Hewan-hewan yang hidup di karang memakan organisme mikroskopis dan sisa organik lain. Berbagai invertebrata, mikro organisme, dan ikan, hidup di antara karang dan ganggang. Herbivora seperti siput, landak laut, ikan, menjadi mangsa bagi gurita, bintang laut, dan ikan karnivora.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAGA BUMI HIJAU DAN AKTIVITI KITAR SEMULA

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAGA BUMI HIJAU DAN AKTIVITI KITAR SEMULA

Assalammaulaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin menjelaskan tentang langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan bumi kita.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini demikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. 
 Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan untuk menyelamatkan alam sekitar iaitu dengan memungut semula bahan-bahan yang telah dibuang untuk dikitar semula. 

BAGAIMANA UNTUK KITA HIDUP LEBIH LESTARI?


Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi
lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam
semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain,
kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang
lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan
komponen alam sekitar tetapi juga komponen
politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia
pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan,
penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konfl ik
yang mempunyai kepentingan persekitaran.
 
Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada
hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai
harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan
datang. Berjuta-juta manusia di bandar besar hidup
tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang
tidak bersih, tanpa air minum dan sistem pelupusan
sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar
bandar pula, ada orang-orang kampung di negara-
negara sedang membangun yang kehidupan mereka
terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang
bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti
minyak, berlian dan balak.
 
Konfl ik di negara sedang membangun mengenai sumber
asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam
sekitar yang sangat ketara. Keuntungan yang didapati
hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadang-
kadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit
dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan
masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar.
Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif
untuk menangani masalah global alam sekitar di
kedua-dua negara sudah membangun dan sedang
membangun dengan memberi penekanan kepada
penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu
alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara
mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk
miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan
dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang
lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial
dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam
sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebihan
mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.
 
Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan
lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, Afrika
Selatan memberi satu pandangan yang optimistik
terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di
atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus
berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran
untuk semua golongan manusia di dunia. Semua
orang di dunia berhak menikmati pembanguan lestari
tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua
atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur atau
di Barat dan di Utara atau Selatan. Persidangan
itu juga bertujuan memperteguhkan usaha-usaha
pembangunan secara lestari dengan meminimumkan
pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar
secara tempatan, wilayah atau global akibat daripada
penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan,
perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air
dan udara. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk
membangun dan menyokong persetujuan-persetujuan
antarabangsa untuk mengawal pemanasan global dan
bahan cemar.
 
Selepas melihat isu dan masalah yang dihadapi
serta memahami usaha-usaha yang dijalankan untuk
mencapai pembangunan lestari di peringkat dunia,
apakah yang boleh anda lakukan sebagai seorang
pelajar dan pemimpin masa hadapan? Sanggupkah
anda melihat alam sekitar terus diterokai tanpa
batasan dan sempadan? Tahukah anda jika
alam sekitar musnah kita turut akan musnah
bersama-samanya. Oleh itu kita mesti belajar dan
mengamalkan cara hidup lestari. Bertindaklah secara
lokal dan berfi kir secara global. Paling kurang yang
boleh kita lakukan untuk hidup lebih lestari adalah
dengan lebih celik alam sekitar, belajar daripada
alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar.

Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi
lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam
semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain,
kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang
lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan
komponen alam sekitar tetapi juga komponen
politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia
pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan,
penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konfl ik
yang mempunyai kepentingan persekitaran.
 
Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada
hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai
harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan
datang. Berjuta-juta manusia di bandar besar hidup
tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang
tidak bersih, tanpa air minum dan sistem pelupusan
sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar
bandar pula, ada orang-orang kampung di negara-
negara sedang membangun yang kehidupan mereka
terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang
bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti
minyak, berlian dan balak.
 
Konfl ik di negara sedang membangun mengenai sumber
asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam
sekitar yang sangat ketara. Keuntungan yang didapati
hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadang-
kadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit
dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan
masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar. 
 
Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif
untuk menangani masalah global alam sekitar di
kedua-dua negara sudah membangun dan sedang
membangun dengan memberi penekanan kepada
penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu
alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara
mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk
miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan
dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang
lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial
dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam
sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebihan
mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.
Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan
lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, Afrika

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli), kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.
Faktor-faktor Kemerosotan kualiti air
1. Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. Air tercemar apabila partikel tanah terhakis di bawa ke dalam sistem saliran.
2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia.
3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai.
4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang.
5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.
6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki.
7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.
8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.
9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.
Langkah-langkah mengatasi kemerosotan kualiti air
1. Langkah Perundangan;-Penguatkuasaan undang-undang pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda dan kompaun, menarik balik lesen operasi dan penjara ke atas mana-mana pihak yang di kenal pasti mencemarkan sumber-sumber air sama ada dari pekilang, penternak, pemilik kapal, orang perseoragan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
2. Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rizab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang tidak boleh di usik untuk pembalakan dan penyahutanan.
3. Merawat air yang tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Disamping memperbanyakkan loji rawatan air.Menyediakan perangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melicinkan kadar alirannya.Meningkatkan R&D dan teknologi ke arah yang tidak mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air.
4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut melalui rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemulihraan/pembersihan air laut yang tercemar.
5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar - menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjada sumber air sebagai penerus kehidupan.

PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN LESTARI DI MALAYSIA

Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau pembangunan lestari.  Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.
      Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.
      Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
 
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap  individu atau organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar. 
      Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari. 
      Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana  penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak  pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.
 
      Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat  mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar.  Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara  dengan diselimuti  kehijauan alam sekitar.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4